Isnin, 10 Julai 2017

KISAH SEDIH SEORANG ANAK

Perkongsian dari kisah sahabat lain:
Cerita ini kisah benar yg diceritakan abang seguru…
Hari ini saya mandikan dua jenazah. Jenazah yg pertama adalah seorang bayi keguguran dan hanya baru berusia 6 bulan tetapi dah cukup sifatnya.
Yg kedua, saya mandikan anak kecil baru berusia 11tahun.
Saya nak share dengan teman2 pasal anak kecil yg mulia ini. Anak ini anak yatim. Hanya ada ibu tunggal, mak saudara dan dua adik perempuan yg masih kecil. Bapanya meninggal empat tahun yg lalu.
Diagnosis (punca) kematian anak ini adalah demam panas. Yg menarik nak dikongsi adalah cerita ibu saudaranya tentang kisah beberapa hari sebelum arwah “pergi buat selamanya”.
Arwah asyik mengira duit2 raya yang diperolehinya. Kadang2 sampai lima kali sehari sehingga ditegur oleh ibu saudaranya.
Apabila ditanya, abang nak beli apa? Ditanya kembali kepada ibu saudaranya… Maksu, cukup tak duit ni nak beli baju kurung ibu dgn tudung?
Ibu saudaranya bertanya, kenapa? Anak kecil ini menjawab… dia takut kalau dia mati, tapi ibunya tidak menutup aurat dan tidak berhijab sedangkan dia anak lelaki sulung. Ibu saudara hanya mampu terdiam dan mengalirkan air mata.
Hari ini.. semasa dia meninggal dunia, anak itu meninggalkan semua duit rayanya bersama sekeping nota…
“Ibuku sayang, duit yg along tinggalkan ini utk ibu. Ibu gunalah utk beli baju kurung yg tidak terbelah. Along harap sangat ibu beli dan pakai tudung. Bukan tudung yg nampak rambut… tapi hanya nampak wajah ibu yg cantik shj. Along syg ibu… Along tak nak ibu masuk neraka. Ustazah kata, kalau tak tutup aurat nanti kepala akan dibakar. Along taknak ibu dibakar api neraka. Along sygkan ibu dan family kita semua… Sayang Ibu, ALONG”…
Kalau anak sekecil ini, takut akan api neraka…takkan kita tidak terasa akan bahangnya dan masih sanggup melakukan dosa kepada NYA. Wallahualam.
Al Fatihah buat Along Muhammad Fiqry. Terima kasih kepada Mak Su yg sudi share cerita ini selepas saya kafankan jenazah along sebentar tadi. Moga Allah ampunkan dosa Along, ibunya dan kita semua. Al Fatihah!
Amir Muttakin
Hospital Ampang, Selangor
” Sempurnakan aurat kita agar anggun di mata manusia tapi paling penting palingg anggun di sisi Allah SWT jua!
fb status 21/8/2013
p/s: Anak kecil pun mengerti mengenai dosa pahala. Apatah lagi kita. Sama-sama kita renungkan dan jadikannya sebagai pengajaran dalam kehidupan seharian kita. Benda yang baik, sama-sama kita kongsikan.

Kisah Benar) Cerita romantik yang berkesudahan dengan kesedihan

DKM adakalanya dipenuhi dengan cerita-cerita politik, tapi kalau hari2 politik pun pening juga, kadang-kadang sampai naik muak. So hari ni, untuk pengunjung Blog DKM, DKM ingin berkongsi suatu kisah benar yang berlaku kepada seorang blogger di semenanjung. DKM yg rock keras ni pun pandai mengalirkan air mata juga bila terbaca kisah ni. So mungkin ada yang suka, mungkin ada yang kagum dan mungkin ada juga yang ingin tahu siapa penulis sebenar cerita ini. Nak tau lanjut, Just hantar komen di Blog ini Tq.


 
Assalamualaikum. 


Ini sebuah cerita cinta yang pada mulanya, tak masuk dek akal langsung, tapi end up dengan sebuah peristiwa, sebuah kenangan yang terpaling manis dalam kamus hidup seseorang tersebut. Tiada yang lain, seindah kenangan ini. Insya Allah. 


 Sebuah cerita tentang seorang lelaki berbangsa Cina ingin berkenalan dengan seorang budak sekolah, berumur 16 tahun, so called, seorang Melayu. Itu memang biasa. Mungkin, schoolmate, kawan lama, kawan sepermainan masa tadika? Dan sebagainya. Apa apa tanggapan, dibenarkan. Jujur. 


Si lelaki Cina, 5 tahun lebih tua, yang mana, ketika di awal perkenalan, beliau berusia 21 tahun. Beliau merupakan seorang interior designer muda, yang penuh kotak fikirannya dengan idea yang bernas, inspirasi yang cantik, otak geliga, kreatif. Sumpah, ada je idea idea yang boleh diguna pakai sebagai jalan alternatif. Mungkin, itu kebolehan yang beliau perolehi untuk bekerja sebagai seorang interior designer. Beliau juga seorang yang peramah, suka sangat bercerita dan suka sangat senyum. Manis sangat. Handsome sangat. Tinggi sangat. Putih sangat. Kidal. Melalui cara beliau bercakap, memang nampak yang beliau confident dengan apa yang ingin disampaikan. Ideanya. Brilliant!


Si gadis Melayu, berusia 16 tahun, jauh lebih muda. Si gadis Melayu, seorang yang innocent, berbekalkan hati yang busuk, gedik mengada, bahasa kasar. Memang orang yang biasa. Tak expect apa apa sebab beliau, budak baik yang selalu ikut ibunya pergi ke sana ke sini. Ibunya bekerja sebagai seorang businesswoman. Banyak urusan di merata tempat dan kena jumpa ramai orang. Sesekali beliau terasa, macam beliau laa seorang usahawan muda. Di usia muda, dah kena check tender, buat sebutharga, jumpa supplier, dan juga customer lain. Kadang kadang beliau berasa seronok. Penat, sudah tentu! Tapi, ini pengalaman baru kan? Beliau teringin juga untuk menjadi perintis perniagaan keluarganya, bakal bergelar usahawan muda, detik hati kecilnya. 


Dipendekkan cerita, keluarga si gadis Melayu, bakal masuk rumah baru dan nak buat renovation sikit. Dan, si lelaki Cina yang kena handle projek tersebut. Beliau dipilih berdasarkan quotation, harga yang berpatutan, sesuai dengan servis yang diberikan. Si lelaki Cina mula mengenali si gadis Melayu, dan semakin rapat. Rapat hanya dalam kerja. Selain kerja, mereka tak kenal each other. Jujur. Kerja di sini, maknanya melawat projek (renovation rumah keluarga si gadis Melayu). Okayy, faham sikit dah?


Mari kita teruskan. 


Dalam tempoh projek tersebut dijalankan, ada beberapa kali, si gadis Melayu dengan si lelaki Cina itu, berbual. Bergurau. Bercerita. Minum semeja. Berbincang. Bergaduh sedikit. Semua sebab kerja. Dan tak lupa juga, bertukar number telefon. Dan pada saat itulah, perkenalan antara si gadis dan si lelaki, bermula. Berputik. Boleh rasa tak indahnya? Haha. Mungkin belum lagii. Okayy sambung lagi. 
:D


Si gadis Melayu, pindah masuk rumah yang sudah siap direnovate, dalam awal tahun 2008. Dan dalam masa yang sama, si gadis Melayu, bakal menghadapi SPM. Dalam tempoh tersebut juga, si lelaki Cina ada berjumpa dan bercerita melalui surat elektronik (baca ; email). Dalam tempoh si gadis Melayu untuk selesai SPM, jarang jarang sekali beliau dapat meluangkan masa bercerita dengan si lelaki Cina. Cuma perkara perkara penting yang ingin disampaikan sahaja yang dapat menghubungkan mereka. Tak lama selepas result SPM keluar, si gadis Melayu, dapat tawaran untuk menyertai PLKN. 3 bulan, tempoh. Pada ketika itu, projek si lelaki Cina, dahh selesai. So, tak jumpa dah. Kemudian, si gadis Melayu, dapat tawaran menyambung pelajaran ke sebuah universiti di Johor. 


Dalam tempoh si gadis belajar di univerisiti, mereka ada saling berhubung. Tapi, hanya sebagai kawan biasa. Yang text bila rindu, yang nak call bila tak tau nak buat apa, yang bercerita kisah masing masing, sebab dah lama tak jumpa. Cerita penat kerja, cerita malas belajar. Cerita tolong buatkan assignment, cerita busy ke sana ke mari. Cerita cerita kosong, yang tak ada apa makna. Hanya sebagai kawan biasa. Saling mendengar kisah masing masing, dan biar berlalu. 


Awal tahun 2010, ibu kepada si gadis Melayu, dapat satu tawaran kerja ; projek membina sebuah rumah bungalow sekali dengan rekaan dalaman. Ini berikutan, tuan rumah yang menetap di Kuala Lumpur, dan tersangat busy. Tuan rumah dan ibu si gadis Melayu, kawan sejak zaman anak dara. Jadi, setelah berbincang dengan tuan rumah, ibu si gadis, memilih untuk memanggil semula, si lelaki Cina tadi. Pada waktu itu, gadis Melayu tadi, sedang cuti semester. Kebetulan.  


Pada suatu hari, pertemuan dengan si lelaki Cina diadakan. Ibu si gadis mintak tolong si gadis untuk bawa beliau pergi ke tapak projek. Dalam masa yang sama, si lelaki Cina tadi langsung tidak memberitahu si gadis Melayu yang mereka bakal berjumpa. Bila sampai tapak projek, si gadis Melayu terkejut. Si lelaki Cina, seperti biasa, suka tersenyum. Manis. 
*melting*


Projek tersebut sedikiit, sedikit berjalan dengan baik. Cuma bila ada masalah, ibu si gadis akan berjumpa dengan si lelaki Cina, untuk berbincang. Kadang kadang, call sahaja. Bincang, bincang. Dan bincang. Dalam perbincangan tersebut juga, si gadis Melayu ada semeja dengan si lelaki Cina. Dan buat seperti biasa. Sebab ibu si gadis tau yang si lelaki Cina, berkawan dengan si gadis Melayu. Bercerita, bergaduh nak bilik ni warna apa, yang ini nak buat macam mana. Tak nak warna ni, nak yang ini. Untuk dapatkan yang terbaik. Bergaduh di sini bukan bertumbuk segala, ianya adalah (baca ; tukar pendapat).


Perhubungan si lelaki Cina dengan si gadis Melayu, semakin rapat. Sebab, dalam masa yang sama, si gadis Melayu sedang cuti semester. So, memang si gadis kena ke sana ke mari. Kadang kadang, ibu si gadis serahkan sahaja tugas apa yang patut untuk si gadis berbincang dengan si lelaki Cina. Rindunyaaa! :')


Pada suatu hari, si lelaki Cina propose si gadis Melayu, untuk berkawan dengan lebih rapat. So called, "teman tapi mesra". Si lelaki Cina, memang jenis yang tak rajin text. And, dia pun tak rajin call. Cuma, lately ni, sebab dah makin rapat, beliau suka. Kadang kadang, email je dah cukup. Teknologi di hujung jari kan? :D Contact macam tu pun, jadi laa. Hahaha! Kata kata manis dari si lelaki Cina, selalu menjadi status si gadis Melayu. Cumanya, si gadis Melayu, tidak terlampau menaruh perasaan, sebab si gadis tau. Itu adalah hubungan 2 bangsa yang berbeza dan tak mungkin terjadi. Tapi, si gadis Melayu, layankan jugak. 

The special thing about me is you, fifa. - Yip. ♥
Your happiness is my everything laa, fifaaaaaaaa - Yip. ♥
 Baby, without you, I am nothing. I am so lost, hug me. Then tell me how ugly I am, but that you'll always love me. - Nyanyi lagu Rihanna. Yip ♥
That is the way I love you, fifa. - Yip ♥
Saya suka you pakai baju kurung meh. Manis laa ini Fifa. - Yip ♥
The best thing ever in my life, is you, fifa. - Yip ♥
You are the designer of my heart. - Yip ♥
My heart is for you, fifa. Seriously. - Yip ♥
 You changed me a lot sayang. - Yip ♥
It's okay sayang, everything will be fine. I am sure your result will be okay. Good luck, love. - Yip ♥
I was born to give my heart for you. - Yip ♥
Fifa. I am your die hard fan, love! Hihihi. - Yip ♥
I love to take care of you, because you are my everything, love. - Yip ♥
I nak petik bintang banyak banyak and keep it tightly in a colourless glass vase, and hadiahkan kat you, so that you can keep and look at it forever when there is anytime that I am not with you anymore. I love you, fifa. - Yip ♥
 I teringin nak buat love letter untuk you laa fa, bila you dah balik kampus nanti. Agak agak postman jealous tak nanti? - Yip ♥
 I can't forget the things that related to you. It is beautiful enough for me to love you more and more. - Yip ♥
I just wondering, why I keep on loving you non-stop sayang. And I got the answer, because I know, you will always be mine. - Yip ♥
The love is spreading over you sayang. I can see it from your eyes. - Yip ♥
The love drug is you, and that is the reason why I always being high! - Yip ♥
By doing something for our future, we sacrified something. Keep on observing my work. You will make them as one of your addiction later on, heartbeat. - Yip ♥
 Loving you is my passion. - Yip ♥
Your love make me stronger, sweetheart! :) - Yip ♥
You are my alarm clock everyday, love. Thank you! - Yip ♥
 Business is like love. Love is about trust. The trusity make the future of the business. So do love, nah? With trust, there will be the love. - Yip ♥
I am looking for a love, not a girl. Yet, you are the love. - Yip ♥
 You are one in a million. - Yip ♥

 Antara kata kata dari si lelaki Cina untuk si gadis Melayu.


Sejak mendapat lampu hijau dari ibu si gadis Melayu, si lelaki Cina kadang kadang ada bawa si gadis Melayu keluar. Makan, berjalan, shopping. Dan kerja. Itu semestinya! Perhubungan si gadis Melayu dengan si lelaki Cina, semakin serious. Madah madah cinta buat si gadis Melayu, selalu ada. Indah sangat! :D Tempoh perkenalan yang makan masa hampir 4 tahun ini, betul betul diidamkan oleh si lelaki Cina. Dalam masa yang sama, oleh si gadis Melayu juga.


Dipendekkan cerita lagi, tak lama lagi, si gadis Melayu bakal masuk belajar kembali. Beliau masuk pada Januari 2, 2011. Projek belum lagi siap, dan ibu si gadis bakal mengambil alih tugas si gadis. 


Sejak akhir akhir ini, si lelaki Cina kurang sihat. Berjumpa pun, sebab kerja. Email sahaja yang dapat beliau kirim. Katanya, sejak mendapat projek bersama si gadis Melayu, rezekinya melimpah ruah. Sampai tak terkejar dibuatnya. Tapi, si lelaki Cina, still can handle all those things. Uruskan perkara perkara penting. Alasan boleh diterima pakai. :D


Malam tahun baru, si gadis Melayu pulang ke kampung halaman. Berikutan hendak berjumpa dengan atok dan wannya, sebelum naik cuti semester nanti. Dalam perjalanan, si lelaki Cina ada text si gadis Melayu, yang si gadis bakal menerima kejutan pada 1-1-2011. Si gadis Melayu, jadi excited. Tak sabar. Setelah selesai urusan di kampung, ayah si gadis Melayu ajak pergi ke Melaka untuk membeli sedikit keperluan, shopping lah senang cerita. di samping ingin berjumpa dengan salah seorang kawannya. Dalam perjalanan hendak ke Melaka, si gadis Melayu mendapat panggilan telefon dari si lelaki Cina. Sayup. Senyap sunyi. Si gadis Melayu pelik. Beliau terdengar, ada suara yang menyebut,
'ASHADUALLA ILA HA ILLALLAH
WA ASHADUANNA MUHAMMADURRASULULLAH'


Si gadis Melayu terkejut. Panggilan telefon terputus. 
Kemudian, ada panggilan masuk semula dari number yang tak dikenali. Si gadis angkat.

'Babe, Yip passed away. All this while, he was suffering of the brain cancer. You have to see him before the funeral okay. Get here as soon as possible. I am sorry.'

Si gadis Melayu, tak mampu nak bercakap. Beliau terdiam. Beliau mintak tukar pemanduan dengan ayahnya untuk terus balik ke Nilai. Si lelaki Cina, tinggal di Seremban 2. Terus shoot ke sana. Menurut kawan si lelaki Cina, si lelaki masih di Hospital Columbia. Dalam perjalanan pulang ke Seremban, bermacam macam menda yang bermain di fikiran si gadis Melayu. Kata kata si lelaki Cina. Lagu yang si lelaki Cina kirimkan. Kenangan bergelak tawa, bercerita segala kisah mereka. Makan malam bersama keluarga. Dan sebagainya. Air mata tidak berhenti bercucuran. Sedu sedan si gadis Melayu turut diratapi si ibu gadis. Sedih melihat nasib anaknya, barangkali.  


Sampai sahaja di rumah, ibu si lelaki Cina, senyum kelat dan dalam masa yang sama, beliau menangis. Ditahankan agar tak gugur. Namun, tewas. Anak kesayangannya, pergi. Tanpa meninggalkan apa apa pesanan, tanda tanda. Adik si lelaki Cina, datang memeluk si gadis Melayu. Kakaknya juga. Masing masing, cuba untuk gagahkan diri, atas pemergian orang tersayang. Si gadis Melayu, tidak dapat berbuat apa apa, selain menangis. Dipeluk erat oleh ibu si lelaki Cina. 


Ibu si lelaki Cina berbisik ke telinga si gadis Melayu untuk naik ke bilik si lelaki Cina. Dalam bilik tersebut, si gadis Melayu mendengar segala luahan hati ibu si lelaki Cina. Satu persatu. 

'Faa, I am really sorry for not telling you the truth. This was his last request. He did suffering of brain cancer. When he knew you, he felt that you are the person that he's waiting for. He felt in love with you. For the first time, he fall in love. And, the love that he want was, yours. It was you. He became stronger just because your love. He learned about Islam, when you are not here. He was very happy when he met you. Eventhough he's not feeling well. You thought him about life, about the happiness, about the difficulty through many circumstances, about the future. He converted to Islam almost two years back. I am really sorry.' 

'In this box, there were many things for you from him. He kept them all this while and as he wished to meet you yesterday. But, you are going back to your hometown. So, he canceled.'


Si gadis Melayu tak dapat menahan sebak. Menangis. T___T
 Si gadis membuka kotak tersebut. Dalam kotak itu, terdapat beberapa diari. Satu persatu si gadis belek, dan baca. Baca, nangis. Baca, nangis. Tak dapat menahan. Sedihh!


17 Mei 2007
Today was her birthday. I would like to give her this necklace. But, I don't think she will accept it. I am worrying about this now. I missed to look at her smile. She was so cute! :D

Si gadis Melayu melihat rantai tersebut, terukir huruf F dan Y. 
T___T


17 Mei 2008
I converted into Islam, this morning. My new name is Ahmad Amirul Afifi. Near to her name. I felt really nervous at first, so do excited. But, through my studies, learning from the Ustaz, the stories about the prophet. I did it. I made it! It was the precious time ever. Very excited now to tell her the truth! Hope she will not be fainted. Hahaha. 

Si gadis menangis terus. Ya Allah, inilah dugaan yang terpaling besar pernah kau beri pada aku. Berikanlah kekuatan kepada hambamu ini untuk menerima pemergian ini, detik hati kecilnya.
 T___T


17 Mei 2009 
Saya nak beli telekung ni untuk dia dengan ummi dia. Hope she like it. May she remember me always, like I did. Insya Allah.  

Si gadis Melayu mencium kain telekung tersebut. Menangis! 


17 March 2010
I banked in, RM5000 today in Bank Tabung Haji. Ni gaji first saya . Kalau panjang umur, saya nak pergi haji dengan dia! Insya Allah. 

Si gadis Melayu semakin tersedu sedu. Dipeluk erat ibu si lelaki Cina.


17 Mei 2010
I did this Ayat Kursi for her, write in tulisan khat and framed it. I wished to give her. Insya Allah! Lil bit dirty, because saya tak mahir lagi. I loved her handwriting in Jawi. Wished to learn more writing in Jawi.  

Si gadis, peluk erat frame ayat kursi tersebut. Tiada yang lain, menangis.


Ada satu lagi bag kertas Roxy di sebelah katil si lelaki Cina. 
Untuk you! <3 

Ada sepucuk surat dalam beg tersebut. Si gadis baca. 

'Assalamualaikum awakk. Hihi. Ada banyak sangat cerita saya nak bagitau awak. I wrote it for you already in those diaries. Wished you read all of them. It about us baby. About you, about me. I sayang you laa! Sampai I mati. Maybe, when you read this letter, I am off. I am not with you anymore. I dah pergi jumpa Dia dulu. He would love to choose me you know. I am really sorry sebab tak bagitau you the truth. But, you knew how I am right? Secret is my priority. I wished to meet you on the first day of your class, by wearing this beg and this watch. But, I don't think I manage to do that. This was your upcoming birthday present. Hope you liked it and will wear it. Okayy sayang? You remembered right all those words that I told you? Tolong jaga diri baik  baik. I dah takde. I don't have time to talk a lot here. Just wishing the best in your future. You made my days, my life, so do my future. I love you till death. I promised with you right. And I made it. I hoped that you will not regret in anything that we made together. Promises that we made together. You must be stronger when I am not around. Don't you cry, and be moody all the time. That is not good kan? You thought me to spread the love kan? So, you should do it too. Promised me that you will remember me always okay? I missed you seriously. I wished to meet you before. But, you can't. It's okay. Thank you for everything sweetheart. EVERYTHING! I love you till death, heartbeat. Assalamualaikum!' 


Pengebumian berlalu. Sedih sangat. Si gadis Melayu tak dapat menahan. Nangis terus. Si gadis Melayu merasakan itulah cinta terpaling agung pernah beliau ada. Semuanya kerana Allah. 


Januari 1, 2011.
Tarikh yang tersemat dalam hati sanubari si gadis Melayu. Tak kan pernah lupa. Tak pernah hilang. Ingat sampai mati. Insya Allah! 


Si-lelaki-Cina ; Ahmad Amirul Afifi.(Michael Yip)
Si-gadis-Melayu ; saya. 


 Rest in peace,
Ahmad Amirul Afifi.

BERKAHWIN ATAU TIDAK, WAJIB BACA Kisah Ini | KISAH NYATA YANG SEDIH

BERKAHWIN ATAU TIDAK, WAJIB BACA Kisah Ini | KISAH NYATA YANG SEDIH | Terpanggil lagi Abe untuk kongsikan dengan korang semua Kisah Nyata ni. Memang tersentuh perasaan jika korang betul2 hayati kisah ni. Ini Kisah Nyata, ini Kisah Benar, Abe tak BOHONG... Cuma kisah ini di olah dalam bentuk cerita & nama watak telah ditukar. Betul Abe cakap ni, korang cuba baca dulu, kalau habis baca nanti InsyaAllah korang AKAN DAPAT RASAKAN SESUATU dari kisah ini... Kisahnya begini...


Rina sedang menyiapkan makan malam ketika aku tiba di rumah. Aku memegang tangannya dan berkata, “Abang ada sesuatu nak beritahu”. Dia membisu dan dapat ku lihat keresahan di matanya. Tiba-tiba lidahku kelu. Tapi aku nekad untuk memberitahunya. “Abang rasa kita sudah tidak serasi lagi. Kita cerai?”. Akhirnya, terlepas jua beban di dada. Tapi ku lihat Rina tenang dan dia hanya bertanya dengan lembut.
baca lagi Klik TAJUK ENTRI ni

“Mengapa bang? Apa salah saya?”. Giliran aku membisu dan ini menimbulkan kemarahan Rina. Air matanya mula menitis. Aku tahu dia mahukan jawapan tapi aku tiada jawapannya. Yang ku tahu, hatiku kini milik Tasya.

Cintaku bukan pada Rina lagi. Aku katakanya padanya yang dia boleh ambil rumah dan kereta apabila kami bercerai. Rina merenung wajahku. Pandangannya kosong. 10 tahun kami berkahwin tetapi malam ni kami umpama orang asing. Aku kasihankannya tetapi untuk berpatah balik tidak sesekali. Aku cintakan Tasya. Air matanya yang sekian tadi bertakung mula mengalir deras. Sudah ku jangka. Malah aku lega melihatnya menangis. Niatku untuk bercerai semakin jelas dan nyata.

Keesokannya, Rina mengatakan dia tidak mahu apa-apa dari penceraian kami melainkan tempoh 1 bulan. Dia meminta bahawa dalam satu bulan itu kami teruskan rutin harian kami seperti biasa sebagai suami isteri. Alasannya, anak kami bakal menduduki peperiksaan dalam masa sebulan lagi dan dia tidak mahu anak kami terganggu dengan penceraian kami. Aku bersetuju. Kemudian Rina menyuruhku mengingat kembali saat aku mendukungnya ke bilik kami pada malam pertama kami. Dia meminta untuk tempoh sebulan ini, aku mendukungnya keluar dari bilik tidur kami ke pintu depan setiap pagi. Pada ku memang tidak masuk akal. Tetapi aku tetap bersetuju. Aku memberitahu Tasya permintaan Rina. Dia ketawa dan hanya mengatakan ini semua kerja gila. Tidak kira apa muslihat Rina, dia tetap akan diceraikan. Aku hanya diam membatu.

Semenjak aku menimbulkan isu penceraian, kemesraan kami terus hilang. Hari pertama aku mendukungnya keluar, aku merasa kekok. Rina juga. Anak kami bertepuk tangan di belakang sambil ketawa dan berkata, “Ayah dukung ibu ya”. Kata-katanya amat menyentuh hatiku. Mata Rina bergenang dan dengan lembut dia memberitahuku agar jangan sampai anak kami tahu yang kami akan bercerai. Aku mengangguk setuju. Aku menurunkannya di muka pintu. Dan kami memandu berasingan ke tempat kerja.

Masuk hari kedua, hilang sedikit rasa kekok. Rina bersandar di dadaku. Dapat ku cium harumannya. Dapat ku lihat kedutan halus di wajahnya Aku sedar dia tidak muda lagi seperti dahulu. Ternyata perkahwinan kami memberi kesan kepadanya. Selama satu minit, aku tertanya-tanya apa yang telah aku lakukan.

Masuk hari keempat, aku dapat rasakan keintiman kami telah kembali. Tanpa sedar hatiku berkocak mengatakan mungkinkan cintaku masih padanya. Hari kelima dan keenam, aku menyedari keintiman kami mula bercambah kembali. Aku tidak memberitahu Tasya tentang perkara ini. Masuk hari-hari seterusnya, rutin ini jadi lebih mudah malah aku nantikannya setiap pagi.

Suatu pagi, Rina sedang memilih baju untuk dipakai. Katanya tiada yang sesuai. Dia mengeluh. “Semua baju saya besar”. Baru ku sedar, dia semakin kurus. Mungkin itu jugalah sebabnya aku semakin mudah mendukungnya. Tiba-tiba terlintas di fikiranku. Mungkin Rina sedang menyembunyikan keperitan hatinya lantaran sikapku selama ini. Tanda sedar aku merangkul tubuhnya dan membelai rambutnya.

Kemudian, muncul anak kami di muka pintu sambil berkata “ Ayah, cepat lah dukung ibu keluar”. Padanya, melihat aku mendukung keluar isteriku setiap pagi adalah rutin hariannya. Rina memanggil anak kami lalu memeluknya erat. Ku palingkan mukaku kerana takut aku sndiri mengubah fikiran di saat ini. Aku kemudian mendukungnya dan tangannya melingkari leherku. Tanpa sedar, ku eratkan rangkulanku. Dapat ku rasakan badannya sangat ringan. Hari ini genap sebulan. Di muka pintu aku menggenggam tangannya dan berkata “Abang tidak sedar yang selama ini kita kurang keintiman”. Aku terus melangkah ke kereta dan terus memandu ke pejabat. Sesampainya di pejabat, aku terus ke bilik Tasya. Sebaik pintu terbuka, aku masuk dan aku beritahu dia “Maaf Tasya. Saya tidak akan bercerai dengan Rina. Sekarang saya sedar saya masih cintakan dia”.

Muka Tasya berubah merah. Tapi ku kata jua,“Maaf Tasya. Saya dan Rina tidak akan bercerai. Perkahwinan kami membosankan mungkin kerana saya tidak menghargai apa yang kami ada dan kongsi selama ini, bukan kerana kami tidak lagi menyintai satu sama lain”. Tasya menjerit sekuat hati dan aku terus melangkah keluar.

Aku kembali ke kereta dan niat hatiku mahu pulang ke rumah dan memohon maaf dari Rina, isteriku. Aku singgah di sebuah kedai bunga untuk membeli sejambak tulip merah kesukaan Rina. Aku capai sekeping kad dan ku tulis, “Abang akan dukung Rina setiap pagi hingga maut memisahkan kita”.

Setibanya di rumah, aku terus berlari ke bilik kami dan mendapati Rina terbaring tenang di atas katil. Ku belai wajahnya sambil memanggil namanya tapi tiada sahutan. Rina kaku. Hatiku berdetak keras. Kini Rina pergi untuk selamanya. Perpisahan yang ku pinta ternyata ditunaikan. Sekian lama Rina berperang dengan KANSER RAHIM tetapi aku begitu sibuk dengan Tasya untuk menyedarinya. Rina tahu bahawa dia akan mati tidak lama lagi dan dia mahu menyelamatkan aku daripada reaksi negatif dari anak kami, sekiranya kami tetap bercerai. Rina mahu sekurang-kurangnya di mata anak kami, aku adalah suami yang penyayang.

Perkara-perkara mudah dan ringkas yang anda lakukan bersama adalah yang sebenarnya penting dalam perkahwinan. Bukan banglo, kereta, harta, dan wang di bank. Semua itu hanya wujudkan persekitaran yang kondusif untuk kebahagiaan tetapi tidak dapat memberi kebahagiaan pada kita.Jadi carilah masa untuk menjadi sahabat kepada isteri/suami anda dan lakukan perkara-perkara kecil untuk satu sama lain yang membina keintiman. Binalah kemanisan rumah tangga anda. Hargailah setiap pengorbanan pasangan anda.

Kisah Setia Seorang Sahabat di Malam Raya – SeDih…

kesian…sila baca..
Pejam celik, pejam celik je dah nak  raya. Dah lama aku tak balik
kampung..Rasanya dah dekat lima tahun sejak aku  sambung belajar ke luar
negara.Tahun ni, dapat gak aku beraya di kampung,  jumpa mak abah dan
adik-adik kawan-kawan yang dah lama hilang tanpa khabar  berita. Apa cerita
Naim ye?Dah lama aku tak contact dia. Kalau jumpa mesti  dia marah gile kat
aku pasal aku tak reti-reti nak hantar surat kat dia. Dulu  masa kecik main
sama-sama.Bila dah belajar… lupa kawan! Raiz senyum sendirian.  Terkenang
zaman riang kanak-kanaknya bersama Naim.
Bas yang  terhenyak-henyak dek
jalan yang berlubang terasa bagai membuai sambil melayan  kenangan. Mesti
semua orang terkejut dengan kepulangannya. Mesti ramai awek  kempung
menyesal kerana mengejek dia dahulu. Maklumlah dulu Raiz ‘nerd’! Selalu
kena buli. Naimlah yang selalu jadi ‘bodyguard’nya. Tapi sejak belajar di
luar  negara, dia dah berubah. Jadi kacak dan pandai bergaya. Naim juga
mesti  terlopong
melihat perubahan dirinya. Bas yang membawa Raiz dari pekan tadi  berhenti
di bahu jalan. Untuk sampai ke rumah, Raiz kena berjalan kaki hampir
sepuluh minit. Ketika turun dari bas, Raiz lihat ada seseorang duduk
mencangkung  di bawah tiang lampu. Seakan macam dikenalinya orang itu. Raiz
menghampiri.  Orang itu terkebil-kebil memandangnya sambil menggigit anak
kemuncut. “Wey!  Siut! Aku ingat orang darat mana tadi! Engkau rupanya! Apa
kau buat
tepi  jalan malam-malam camni?” Razi bersuara sambil memeluk Naim  yang
terkekeh-kekeh ketawa. “Aku tunggu kau baliklah! Wah! Orang UK ! Balik
Malaysia jadi camni kau yek.. hensem nampak?” Naim menepuk-nepuk bahu Raiz.
Kegembiraan jelas terbayang diwajahnya. “Biasa la! zaman bersedar, manusia
pun  kena berubah! Mana kau tau aku nak balik?” Naim tidak menjawab soalan
Raiz, cuma  tersengih-sengih. Raiz memerhatikan Naim dari atas hingga ke
bawah.. Ada   perubahan ketara pada sahabatnya. Nampak berserabut, selekeh
dan kakinya sedikit  tempang. “Apa kena dengan kau ni? Apasal kaki kau tu?
Lagi satu aku tengok kau  ni macam ada masalah je…” tegur Raiz.
Naim kelihatan murung.
“Aku  memang ada masalah pun. Eh! kau ni terus balik
rumah ke?” Naim mengubah  topik.
“Cadangnya gitulah!”
” Ala ! singgahlah rumah aku dulu! Aku dah  lama tak borak dengan kau.
Banyak
benda aku nak cerita. Bukan senang aku nak  jumpa kau!” pujuk Naim lalu
menarik tangan Raiz, dan tanpa membantah, Raiz  mengikut sahaja.
“Tak apalah, malam ni aku temankan Naim! Pagi esok aku balik  la!
boleh terus siap untuk sembahyang raya!” kata Raiz dalam hati.
“Eh?  Kau duduk sorang je ke? Mana mak ayah kau? Raiz kehairanan apabila
mendapati  suasana rumah Naim sunyi sepi. Malah rumah itu hanya diterangi
cahaya pelita  minyak tanah! Naim menarik nafas panjang.
“Inilah! nasib aku malang betul  Iz,lepas kau pergi UK dulu, macam-macam
terjadi kat aku! Mak ayah aku sakit,  aku tak dapat sambung belajar sebab
nak jaga diorang.Terpaksalah aku buat  kerja kampung. Tapi mulut orang
jahat betul, aku dituduhnya buat kerja-kerja  mencuri. Kaki aku ni, tempang
dibalun dek orang kampung la!” Terkejut Raiz  mendengar cerita Naim.
“Setahun lepas tu mak ayah aku meninggal. Kau tau,  takde sapa yang datang
nak uruskan jenazah, kecuali mak abah kau dengan pak  imam je!” Naim
terisak-isak. Dia mengesat airmata dengan lengan bajunya yang  lusuh. Raiz
tergamam. Tidak disangka-sangka nasib Naim sebegitu malang   .
“Lepas mereka meninggal, hidup aku jadi tak tentu arah. Aku tak ada  tempat
nak mengadu. Tiap-tiap malam raya sampailah ke hari raya, aku tunggu  tepi
jalan, manalah tau kot-kot kau ada balik! Pasal aku tau kau sorang  je
boleh dengar masalah aku. Semua orang cakap aku gila. Minah-minah kilang
pulak tuduh aku nak mengenen diorang. Hishh! Aku cuma tunggu kau balik!
Salah  ke? Kau kawan aku dunia akhirat. Diorang apa tau?Tak peduli aku
makan ke, minum  ke! sakit ke! matipun diorang mesti tak ambil peduli!”
Suara Naim sedikit  tinggi. Menunjukkan “Aku mintak maaf Naim, aku
betul-betul tak tau hidup kau  susah sampai macam tu sekali!” Raiz
menyuarakan rasa bersalahnya. Naim cuma  tersenyum. “Tu la kau, pergi
belajar jauh-jauh tu kenapa? Dah langsung tak  dengar berita. Tengok-tengok
balik dah jadi camni bergaya kau ye! Eh! Minumlah!  rumah aku takde apa
boleh dimakan. Ni je la!”. Naim menyorong gelas berisi teh  sejuk dan
sepiring biskut kering. Hati Raiz sebak. Sampai begini susah hidup  Naim!
“Aku mintak maaf Naim, sedih sungguh aku tengok kau ni!” Suara Raiz sayu
dan pilu. Naim senyum tawar. “Buat apa kau mintak maaf? Aku jadi macam ni
pun  bukan kau punya angkara. Dah nasib aku, nak buat camana. Kau dah balik
ni, selalu-selalu la jenguk  aku kat sini! ye. Esok dah nak raya,aku mintak
ampun maaf dengan kau dari hujung  rambut sampai hujung kaki..Halalkanlah
makan minum aku selama kita berkawan.  Raya ni datanglah rumah aku ye!”
Mereka berbual hingga larut malam. Raiz tak sedar hingga pukul
berapa.  Ketika matanya terasa berat, Naim menghulurkan bantal kecil dan
tilam  nipis sambil tersenyum. Terus Raiz tertidur..
“Astaghfirullah! Budak ni kat  sini rupanya! Puas kita tunggu dia balik!”
Satu suara kuat menyebabkan Raiz  tersentak dari tidur.Terpisat-pisat Raiz
bangun.”Eh? Mak!” terkejut Raiz  lihat ibunya berdiri di depan bersama ayah
dan
ahli keluarganya yang lain.  Berpakaian cantik dan kemas. “Yang kau tidur
kat sini pagi-pagi raya ni kenapa?  Dah takde rumah nak balik?” jerkah
ayahnya.
“Eh? Kenapa pulak diorang marah  ni?Raiz memerhatikan sekelilingnya. Tiada
gelas berisi teh… tiada biskut  kering! Hanya daun-daun kering yang
bertaburan! Di tepinya terpacak batu  nisan! Raiz melompat bangun. Raiz
pandang sekeliling. Bukan satu sahaja batu  nisan,ada dua, tiga, malah
berpuluh-puluh lagi. Raiz mengelabah.
“Eh?  Semalam saya pergi rumah Naim, mak… ayah!
“Kenapa?? Kau tengok… dekat  kubur siapa kau tidur tu!” Raiz segera
mengamati tulisan jawi yang tertulis  pada batu nisan. Abdul Naim bin
Malik.16 September 1975 – 27 Oktober 2003!  Raiz terpelangah.
“Mak! Malam tadi saya jumpa Naim mak!! Kalau dia takde,  sapa yang saya
jumpa malam tadi? Bulan puasa pun ada hantu ke?”
“Budak  ni…bulan puasa mana ada hantu! Naim dah tak ada! Dia meninggal
hari pertama  menyambut puasa. Masa tu ribut, dia duduk dekat kubur arwah
mak ayah dia. Ada   pokok tumbang tertimpa dia. Esoknya baru orang jumpa
dia, dah tak  ada..”terang ibunya dengan suara pilu. Raiz tambah terkejut.
Terfikirkan  pengalaman malam tadi! ‘bertemu’ arwah Naim di malam menjelang
raya.Kalau betul  bulan puasa tak ada hantu! apakah yang Raiz temui
semalam? Petunjuk apakah yang  Allah ingin sampakan padanya terduduk disisi
pusara Naim, lantas dia teringatkan  kata-kata arwah malam tadi.
“Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini!  ye. Esok dah nak
raya, aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung rambut  sampai hujung
kaki. Halalkan makan minum aku selama kita berkawan. Raya ni  datang lah
rumah aku ye!” Serta-merta  Raiz kembali duduk di sisi pusara arwah Naim
lalu menadah tangan.  Kalimah-kalimah ayat suci disedekahkan kepada
arwah.”Terima kasih kerana  mengingatkan aku! semoga kau tenang dan aman di
sana !

MENGAPA KAU PERGI DULU

(Cerita ini diadaptasikan dari kisah benar seorang sahabat)


“Woi, tepilah sikit, sibuk jelah kat tengah jalan, aku nak lalu ni”, Rita geram. Sebenarnya Rita adalah seorang gadis yang bersikap seperti lelaki dan kasar. Dia bukanlah seperti gadis lain yang bersikap lemah lembut dan sopan, Rita bersikap agak ganas dan brutal. Namun begitu dia merupakan seorang gadis yang periang, baik hati dan suka membantu kawan- kawan dikala susah. Rita juga tidak suka jika ada budak lelaki mengusiknya. Rita memang kurang senang dengan lelaki yang bersikap begitu, pasti akan “dibasuhnya” cukup- cukup. “Cuba kau cakap baik- baik sikit dengan budak lelaki tu, dia cuma tanya je, bukannya buat apapun, yang kau tengking dia sampai macam tu kenapa, kesian dia” Dayah, kawan Rita menegur. “Biar dia takut sikit, kalau tak nanti dia mengada-ngada, jangan percaya sangat kat budak lelaki ni, tak boleh bagi muka”, Rita bersuara tegas.

Sebenarnya Rita bukan tidak suka berkawan dengan lelaki, tetapi kerana peristiwa lampaunya membuatkan dia lebih berhati- hati jika ingin berkawan dengan lelaki. Ketika Rita disekolah menengah dulu, Rita pernah bercinta, tetapi lelaki tersebut telah mempermainkannya. Oleh kerana itulah Rita tidak mempercayai lelaki. Dia sering menasihati kawan-kawannya agar jangan terlalu mempercayai lelaki kerana menurutnya, lelaki suka mengambil kesempatan terhadap kebaikan dan kelembutan perempuan. Namun begitu, masih ada juga lelaki yang meminati Rita kerana perwatakannya yang bersahaja itu. Rita sering mendapat surat layang daripada lelaki di tempat kerjannya. Ada yang memang meminatinya dan ada juga yang mahu mempermainkannya. Tidak kurang juga lelaki yang bertaruh untuk medapatkannya. Tetapi Rita langsung tidak mengendahkan semua itu kerana dia memang tidak berminat langsung untuk megambil tahu perkara-perkara sebegitu.



“Eh, ada budak baru masuk department kitalah”, “Yelah, hensem pula tu, untunglah aku kalau dapat dia kan”, kedengaran keriuhan semua pekerja di SURIA HOLDING. “ Kau ni Rita, takde reaksi langsung, cubalah tengok, ‘jambu’ tu”, Dayah mengusik Rita. “Biarlah dia, yang korang sibuk- sibuk dengan budak baru tu kenapa, bukan dapat apa pun”, Rita tidak mengendahkan rakan sekerjanya itu. “OK, staff SURIA HOLDING, saya perkenalkan pekerja baru kita En. Shahrin, dia akan bekerja di department ini”.Pada hari tersebut adalah hari pertama bagi Shahrin bekerja di syarikat itu. Shahrin telah di tempatkan bersebelahan dengan meja Rita. Semasa Shahrin mengenalkan diri kepada pekerja-pekerja lain, Rita tidak memberikan sebarang reaksi pun. Dia sibuk menyiapkan kerjanya yang tergendala beberapa hari lepas. “ Hai, saya Shahrin, saya harap awak dapat memberi tunjuk ajar kepada saya”, Shahrin menghulurkan tangan tanda perkenalan. Rita hanya memandang Shahrin sambil tersenyum. Huluran tangan Shahrin tidak disambutnya. Shahrin dengan rasa agak malu menarik kembali tangannya. Shahrin segera menuju ke meja yang telah ditetapkan untuknya.

Memang diakui Shahrin merupakan seorang yang tampan dan kacak, lagipun perwatakannya yang baik itu telah menyebabkan ramai gadis di SURIA HOLDING meminatinya. Ramai yang suka merenungnya dari jauh. Walaupun Shahrin sedar semua itu, dia malas ingin mengambil tahu. Dia bukanlah seorang lelaki yang suka berfoya- foya. Setelah beberapa minggu bekerja di SURIA HOLDING, Shahrin berasa pelik kenapa Rita tidak mengendahkannya berbanding gadis lain yang suka mengejar dan ingin berkenalan lebih rapat dengannya. Shahrin merasakan yang dirinya tiada disitu bagi Rita. Mereka jarang bertegur sapa kecuali Shahrin memerlukan pertolongan daripada Rita, apatah lagi ingin berbual- bual. Rita lebih senang melakukan kerjanya daripada berbual kosong. Lagipun Rita jarang bercakap dengan staff lelaki di syarikatnya. Tanpa disangka, dalam diam Shahrin sering memerhatikan Rita. Shahrin suka melihat perwatakan Rita yang agak ganas dan brutal itu. Rita bukanlah seorang gadis yang suka bergaya. Dia lebih suka memakai jeans dan T-shirt sahaja sehinggakan kadang kala bosnya telah menegur cara pemakaian Rita yang kurang sesuai ketika di pejabat. Namun dia lebih selesa begitu. Rita lebih suka memakai ala kadar sahaja asalkan selesa baginya. Walaupun begitu, itulah yang telah membuatkan Shahrin tertarik dengannya. Ditambah pula dengan perwatakan Rita yang periang dan bersahaja sudah membuatkan Shahrin mula jatuh hati. Pada mulanya Rita tidak perasan yang Shahrin sering memerhatikannya, tetapi lama- kelamaan Rita dapat menghidu perbuatan Shahrin yang sering memerhatikan kelakuannya. Rita mula rimas dengan keadaan itu.

Sebenarnya sejak hari pertama bekerja di situ Shahrin telah mula tertarik dengan Rita. Dia mula menyedari ada sesuatu perasaan yang tidak dapat ditafsirkan terhadap Rita. Di sebabkan oleh itu, Shahrin mula cuba untuk memikat Rita. Setiap hari Shahrin cuba menegur Rita. Adakalanya Shahrin telah menghantar bunga ataupun coklat di atas meja Rita, tetapi Rita tidak menunjukkan sebarang reaksi. Jika ingin di bandingkan dengan gadis lain yang satu pejabat dengan mereka, jika mereka mendapat bunga atau coklat di atas meja pasti kecoh dan riuh rendah jadinya. Ada “secret admire” yang bagi katanya. Beberapa kali juga Shahrin cuba menghantar bunga dan coklat kepada Rita, namun tiada reaksi. Shahrin beralih pula cuba memberikan kad kepada Rita. Rita yang sememangnya tidak suka dengan keadaan itu, terus sahaja membuang kad itu ke dalam tong sampah. Rita tahu yang pengirim kad itu adalah Shahrin. Di sebabkan itu, Rita semakin rimas dan mula bersikap kasar terhadap Shahrin. Namun Shahrin tetap tidak berputus asa. Pelbagai cara telah dilakukan untuk memikat hati Rita yang memang keras dan ego itu. Shahrin tahu, seego-egonya hati perempuan pasti akan lembut. “Shahrin, aku tahu kau cuma nak main-mainkan aku, kau jangan ingat aku macam perempuan lain yang kau boleh main-mainkan, tak payah buang masa kau lah, carilah perempuan lain, malas aku nak layan kau”, Rita rimas. “Aku memang ikhlas nak kawan dengan kau Rita, aku bukan nak main-mainkan kau”, Shahrin bersuara. “Aku tak sukakan kau, lelaki semuanya sama saja, suka mainkan perasaan perempuan, termasuk kau juga, lagipun aku bukan ‘minah bunga’ atau ‘minah jiwang’ lah, jangan ganggu akulah, get lost”, Rita tegas dengan pendiriannya. “Anggapan kau silap Rita, silap, aku akan buktikan yang aku memang ikhlas ”, Shahrin berkata.

Pada suatu hari, syarikat Rita telah mengadakan percutian bagi meyambut ulang tahun syarikat. Percutian itu telah di buat di Pulau Tioman. Semua staff telah menyertai percutian tersebut termasuk Rita dan Shahrin. Pelbagai aktiviti telah di atur dan semua pekerja SURIA HOLDING sangat gembira dengan aktiviti yang diatur. Pada petang itu, mereka semua melakukan aktiviti pantai. Rita juga tidak ketinggalan untuk bermain dan mandi manda di pantai. Begitu juga Shahrin. Sedang mereka asyik bermain air, tiba-tiba kedengaran suara orang meminta tolong. “Tolong, tolong, Rita lemas, cepat selamatkan dia, tolong”, Dayah menjerit kecemasan. Tanpa membuang masa Shahrin yang sedang seronok bermain di gigi air terus berenang menuju kearah Rita yang kelemasan. Semua orang yang berada di situ kelihatan agak cemas dengan keadaan yang berlaku. Shahrin terus membawa Rita ke tepi pantai. Rita yang tidak sedarkan diri terus di hantar ke klinik berdekatan. Setelah sedar, Rita mendapati Shahrin ada disisinya. Rita tahu Shahrin yang telah menyelamatkan nyawanya. Rita sangat berterima kasih kepada Shahrin.

Sejak kejadian tersebut, bermulalah bibit- bibit cinta diantara Shahrin dan Rita. Shahrin dan Rita sering kelihatan bersama. “Rita, Shah nak Rita tahu yang Shah memang ikhlas terhadap Rita, Shah memang sayangkan Rita”, Shahrin bersuara lembut. “Maafkan Rita, selama ni Rita dah salah anggap terhadap Shah, ternyata anggapan Rita terhadap Shah meleset. I’m sorry”, Rita sayu memandang Shah. Sejak itu, perwatakan Rita telah berubah. Rita telah menjadi seorang gadis yang lebih lemah lembut dan mula bersikap sopan. Dia bukanlah lagi Rita yang di kenali sebagai seorang yang bersikap kasar dan ganas. Dia juga bukanlah lagi Rita yang dikenali lelaki sebagai gadis yang brutal. Dia kini sudah pandai memakai blaus dan baju kurung kepejabat. Dia juga sudah mula pandai mengenakan alat solek di mukanya. Ini semua kerana Shahrin. Shahrin telah membimbingnya supaya menjadi wanita yang sejati. Shahrin jugalah yang mendorongnya agar bersikap lemah lembut. Semua pekerja di SURIA HOLDING perasan dengan perubahan Rita. Rita kelihatan lebih gembira dan ceria.

Kemesraan yang terjalin diantara Shahrin dan Rita memang tidak dapat dinafikan. Walaupun mereka berada di pejabat yang sama dan duduk bersebelahan, mereka pasti akan keluar bersama setiap minggu. Semua pekerja di SURIA HOLDING telah menggelarkan mereka sebagai “belangkas” kerana sering bersama kemana sahaja. Mereka juga menjadi semakin cekap dan tangkas melakukan urusan syarikat sehinggakan bos telah memberi kepercayan kepada mereka untuk bekerjasama menguruskan urusan syarikat. Lagipun gandingan mereka di dalam menguruskan urusan pejabat memang berjaya dan telah menaikkan nama SURIA HOLDING. Segala projek yang di uruskan oleh mereka pasti akan menjulang dan tidak akan menghadapi sebarang masalah. Semua staff di SURIA HOLDING sangat mempercayai mereka. Semua pekerja sangat mencemburui kejayaan dan kemesraan mereka. Shahrin dan Rita boleh dikatakan sebagai pasangan yang sangat bahagia dan romantik dan juga pasangan yang sangat berdedikasi apabila melakukan kerja.

“Rita, minggu depan Shah nak bawa Rita jumpa parent Shah, Rita prepare apa yang patut OK”, Shahrin senyum memandang Rita. Rita hanya mengangguk tanpa berkata apa- apa. Pada hari yang ditetapkan, Shahrin telah membawa Rita berjumpa kedua orang tuanya. Nampaknya kedua orang tua Shahrin merestui perhubungan mereka. Rita dan Shahrin sangat gembira dengan keadaan tersebut. Keluarga Rita yang sememangnya sudah tahu perhubungan mereka juga senang dengan keadaan tersebut. Lagipun Shahrin telah banyak mengubah Rita yang dulunya merupakan seorang gadis yang kasar menjadi seorang yang lemah lembut dan sopan santun. Shahrin dan Rita menjadi semakin intim dan rapat kerana kedua orang tua mereka merestui perhubungan mereka.

Di sebabkan itu, Shahrin telah merancang untuk mengikat tali pertunangan dengan Rita. Shahrin telah bekerja bersungguh-sungguh dan berusaha dengan lebih keras lagi. Rita juga sering membantu Shahrin di dalam urusan pejabat. Mereka sangat bahagia sekali. Pada suatu hari, Shahrin telah mendapat tawaran untuk bekerja dengan sebuah syarikat besar yang memang telah diidam-idamkan olehnya untuk bekerja di situ. Shahrin telah mendapat tawaran bekerja di syarikat tersebut selama dua tahun. Pada mulanya Shahrin tidak mahu pergi kerana tidak sanggup berjauhan dengan Rita, tapi setelah Rita meyakinkannya supaya menerima tawaran tersebut, Shahrin telah menerima tawaran tersebut. “Shah kan memang dah lama nak kerja dekat syarikat tu, pergilah, bukannya lama pun, dua tahun je, lagipun bukannya kita tak boleh jumpa, KL dengan JB bukannya jauh sangat, Rita boleh call Shah everyday, jangan lepaskan peluang ni”, Rita meyakinkan Shah. “Oklah, Shah akan terima tawaran tu, lagipun dah lama Shah nak kerja kat syarikat tu, baru sekarang dapat peluang. Tapi ada satu perkara yang Shah nak cakap dengan Rita”, Shah memandang Rita. “Apa dia Shah?”, Rita terkejut. “Lepas habis je kontrak Shah dengan syarikat tu selama dua tahun, Shah nak kita ikat terus tali pertunangan, Shah dah tak sanggup nak berjauhan dengan Rita lagi”, Shah menggenggam erat tangan Rita. Rita tertunduk malu. Memang itu yang di harapkan olehnya selama ini. “Shah, Rita sangat sayangkan Shah”. “ Shah pun sangat sayangkan Rita”.

Sepanjang Shah berada di Johor Bharu, mereka kerap bercakap di telefon walaupun jarang berjumpa. Mereka hanya akan berjumpa dua bulan sekali. Kadang kala Shahrin yang akan pulang ke Kuala Lumpur dan kadang kala Rita yang akan menyusul di Johor Bharu. Walaupun mereka berjauhan, kasih sayang mereka semakin erat. Rita yang berada di Kuala Lumpur tidak pernah merasakan yang Shahrin jauh dari sisinya. Shahrin juga tetap berasa Rita sentiasa dekat di hatinya. 

Pada ulang tahun Rita yang ke dua puluh empat, Shahrin telah membawa Rita sebuah restoran yang eksklusif. Di situ mereka telah di sajikan dengan lagu- lagu cinta di hiasi dengan cahaya lilin yang samar- samar. Shahrin memang sengaja memilih tempat begitu. Suasana pada malam itu memang sangat romantik sekali. Shahrin memandang wajah Rita. Dia menggamati wajah Rita yang lembut. Dia terkenang kembali, wajah itulah dulu yang begitu kasar terhadapnya. Wajah itulah dulu yang tidak menghiraukannya, wajah itulah yang dulu merupakan seorang yang kasar dan ganas. Shahrin tidak menyangka yang dia dapat mengubah Rita menjadi seorang perempuan yang lemah lembut dan sopan sekali. Rita sekarang sudah tidak seperti yang dikenalinya mula- mula dahulu. Shahrin begitu bahagia dan gembira sekali dengan perubahan itu. Rita yang sedar Shahrin merenungnya membiarkan sahaja keadaan itu. Rita tahu yang Shahrin memang sangat merinduinya, lagipun setelah Shahrin bekerja di Johor Bharu, mereka jarang berjumpa, inilah masanya untung memandang buah hati dengan sepuas-puasnya. 

Panas yang disangka hingga kepetang rupanya hujan ditengahhari. Pada suatu hari, Shahrin yang sedang memandu untuk pulang ke Kuala Lumpur telah di rempuh oleh sebuah lori. Kereta yang di pandu oleh Shahrin telah terbabas di bahu jalan. Tiba-tiba sebuah kereta dari arah hadapan yang cuba mengelak dari lori tersebut telah melanggar kereta Shahrin. Kereta Shahrin telah remuk dengan teruk sekali. Shahrin telah tercampak keluar dari kereta dan mengalami pendarahan yang teruk di kepala. Pada waktu itu, Rita yang baru beredar dari pejabat berasa begitu tidak senang sekali. Dia berasa berdebar- debar. Tiba- tiba Rita mendapat panggilan daripada keluarga Shahrin yang mengatakan bahawa Shahrin telah terlibat dengan kemalangan dan kini di tempatkan di ICU Hospital Kuala Lumpur. Rita terus bergegas menuju ke hospital. Sepanjang perjalanan menuju ke hospital, air mata Rita keluar dengan deras sekali. Rita berasa begitu takut jika sesuatu berlaku terhadap Shahrin.

Setibanya di hospital, kelihatan semua kelurga Shahrin telah berada di situ. “Rita, Shah tengah tenat sekarang, pergi masuk cepat, dari tadi dia asyik sebut nama Rita”, ibu Shahrin bersuara sayu. Tanpa melengahkan masa lagi, Rita terus meluru masuk. Kelihatan Shahrin dalam keadaan yang sangat memilukan. Doktor telah mengesahkan bahawa tulang belakang Shahrin retak dan telah berlaku pendarahan yang teruk di kepalanya. Menurut doktor, Shahrin sudah tidak dapat di selamatkan lagi, hanya menunggu masa sahaja. Air mata Rita mengalir laju. “Rita, Shah minta maaf kalau selama ini Shah ada buat salah, ada sakitkan hati Rita, Shah tak dapat tunaikan janji Shah, Shah tak dapat nak jaga Rita, maafkan Shah”, Shah bersuara dalam keadaan kesakitan. “Shah, jangan cakap macam tu, Rita sayangkan Shah, janganlah Shah cakap macam tu”, Rita sayu. Rita menggenggam erat jari jemari Shahrin. Rita terus memeluk erat Shahrin. Tiba- tiba nafas Shahrin menjadi semakin laju. Rita semakin cemas. Rita terdengar suara yang begitu sayu.” Shah sayangkan Rita”. Tiba- tiba Shahrin terkulai di dalam dakapan Rita. Tuhan lebih menyayangi nyawa Shahrin. Rita terus terkedu dan terdiam. Shahrin telah pulang ke Rahmatullah di dalam dakapannya. Ya Allah, mengapa dia pergi dulu. Kenapa dia pergi di waktu begini? Kenapa   ??. “Shah, dua bulan lagi kita nak bertunang Shah, kenapa Shah pergi di waktu begini?”, Rita begitu sebak. “Shah……”. Tiba- tiba Rita jatuh terkulai di lantai hospital. Rita telah jatuh pengsan kerana terkejut.

Sejak pemergian Shahrin kerahmatullah, Rita menjadi pendiam dan tidak banyak bercakap. Dia lebih banyak menyendiri dan semakin tidak bergaul dengan kawan-kawan. Hnaya Dayah sahajah yang telah memberikan semangat kepadanya. “Walau apapun yang berlaku, hidup tetap perlu diteruskan Rita, aku tahu kau boleh menghadapi semua ini”. “Terima kasih Dayah kerana bersama aku selama ini, kaulah yang banyak beri nasihat dan dorongan kepada aku”. Walaupun setelah pemergian Shahrin yang dikasihi, kehidupan tetap perlu diteruskan. Setiap sesuatu yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. Ia telah mengajar Rita agar menjadi seorang yang tabah mengharungi hidup yang penuh dengan dugaan dan cabaran. Apabila terdengar lagu nyanyian Eisya yang bertajuk Nurani, air mata Rita pasti akan bercucuran jatuh. Dia pasti akan terkenagkan memori bersama Shahrin.

Tapi sedikit tak kuduga
Ia hanya sebentar sahaja
Kasih yang diikat telah terlerai juga
Semasa kepulanganmu kau ditimpa bencana
Kau tinggalkan diriku untuk selama-lamanya
   

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama