Khamis, 24 Jun 2021

5 FORMULA SUPERMAN

1) SOLAT

- Jika kita nak rezeki kita mintak dari yang memberi

- Asas hubunga n kita dengan dia kena kuat baru rezeki deras masuk ke account kita.


2) SELAWAT & ISTIFAR

- Banyakkan selawat dan istikar sebab ini merupakan teknik jutawan pada zaman nabi amalkan.


3) SENYUMAN

- Senyuman membuka pintu rezeki.

- Bila ada masalah jadikan ia nikmat utk kita dekat dengan Allah swt / Tuhan.


4) SYUKUR

- Sentiasa lihat diri sentiasa kaya.

- Allah bagi kekayaan pada kita bila kita bersyukur dan kekayaan datang dengan sendirinya.

- Bangun dari tidur terus bersyukur dgn kekayaan kita dpt.

- Bersyukur dengan pancaindera

(kaki,tangan,mata,mulut dll)

- Allah akan tambah rezeki kita jika bersyukur.


5) SEDEKAH

- Jangan takut untuk sedekah. Beri nilai yang paling besar. Sebab jika kita yakin dengan kuasa Allah. Pasti dia akan beri lebih untuk kita.

- "THE MORE U GIVE THE MORE U GET" istilah ini sering kedenggaran bila kita selalu membaca buku rezeki.

- Jika anda nak kaya ? Bersedekahlah. Kalau tak percaya pergi YouTube dan search Ustaz Azhar Idrus. "Petua Kaya" tengok apa dia kata.


- Kita digalakkan sedekah waktu pagi sebab itu merupakan waktu menjemput rezeki. Seelok-eloknya kita sediakan tabung khas untuk SEDEKAH SUBUH. Bila cukup bulan kita bawa duit untuk sumbangkan kepada orang memerlukan.


- Anda mesti sedekah setiap hari, sebab kita nak rezeki masuk hari-hari. Jadi kita pun kena sedekah hari-hari.


- Setelah sedekah yakinlah dengan kekuasaan MAHA MEMBERI REZEKI.

Rezeki

 Rezeki ni bukan pasal tak masuk semata-mata tapi lebih kepada persoalan berkat atau tak. Berkat itu yang perlu dicari. Berkat rezeki perlu diusahakan dengan menjaga asbab-asbab berkat dibawah:

.

1) Jaga hubungan dengan Allah 

2) Jaga hubungan dengan keramat hidup

3) Jaga hubungan silaturahim dengan adik beradik, saudara mara, jiran-jiran dll

4) Jaga hubungan dengan guru

5) Jaga pemakanan yang halal

6) Membaca Alquran dan mengamalkan zikir serta selawat

7) dll

.

Keberkatan ni kalau buat sikit je boleh jadi banyak. Tak perlu nak struggle kerja 24 jam tapi ibadah kelaut. Mengaji Quran kelaut. Dengan mak ayah berdendam bertahun-tahun. 

.

Dalam hidup ni keberkatan no 1. Jadi jagalah keberkatan. Dan dapatkan ilmu untuk mencari keberkatan untuk kita mendapat ketenangan, kejayaan dan kebahagiaan dunia dan akhirat. 


Semoga bermanfaat.

Walaupun sebesar mana dosa kita dengan Allah s.w.t, taubat kita akan diterima. Tidak mengira siapa mereka, ia tetap diterima Allah s.w.t.

Jangan lengahkan taubat kita. Walaupun kita berasa "frust" atau kecewa pada diri kita, jangan putus asa kerana Allah akan mengampun dosa mereka.


Masa yang telah berlalu usahlah dikenang lagi, hanya dijadikan sebagai pengajaran dan taubat yang berterusan, masa yang akan datang usahlah terlalu diimpi sehingga dijadi khayalan, namun berdoalah agar menjadi kenyataan, hari ini laluilah dengan keyakinan, kerana setiap ummat ini diajar tidak berputus asa dan putus harapan kerana kita ada Allah yang bersifat Ar Rahman..


Setiap orang pasti tidak akan terlepas daripada melakukan dosa....Ingatlah  ini semua bukan penghujung kehidupan atau penamat harapan.


Sesungguhnya Pintu-pintu taubat sentiasa terbuka luas menanti kunjungan. Tanpa jemu menunggu dan menunggu..Sehingga suatu masa kelak, apabila matahari terbit dari barat..Pintu ini akan tertutup rapat selamanya...Di sini penyesalan sudah tiada nilainya lagi... 


Untuk jiwa-jiwa yang gelisah kerana noda-noda lampau yang membayangi kehidupan. Jangan berputus asa dan jangan berduka kerna PINTU TAUBAT MASIH TERBUKA LUAS buat mu.


Jangan merasa lelah dan berputus asa untuk meminta keampunan dari NYA...Semoga kita semua mendapat keampunan dengan RAHMATNYA dan juga sinar keredhaanNYA... INSYA-ALLAH.....


Andai kata engkau pernah berbuat dosa kepada Allah sehingga langit itu penuh dengan dosa-dosamu..lalu engkau menyesali dengan taubat...maka Allah menerima taubatmu, yakni diampuni dosamu...

(Ibn Majah)


"Allah membentangkan tangan-Nya pada malam hari untuk menerima taubat orang yang bersalah siang hari, dan membentangkan tangan-Nya siang hari untuk menerima taubat orang yang bersalah malam hari hingga matahari terbit di Barat. (HR. Muslim) "


Tidak ada kata menyesal dalam sebuah masa lalu... Jika kita ingin berubah karena Allah, lakukanlah sebelum pintu taubat tertutup!!! Allah pasti akan selalu bersama orang" yg ingin berusaha untuk menjadi hamba yg lebih baik lagi...


Sebagai mana Ibnu Umar Radiallahu 'anhuma berkata, "Jika engkau berada pada waktu sore maka jangan menunggu hingga pagi, dan jika engakau berada pada waktu pagi maka jangan menunggu hingga sore. Manfaatkan masa sehatmu sebelum datang masa sakitmu. Manfaatkan masa hidupmu sabelum datang kematianmu." (HR. Al-Bukhari)


Karena Allah mencintai kita maka Allah uji kita

Hati kita sangat penting. Perlu dijaga sebaiknya sebab hati yang tenang, yang redha, yang tidak sakit akan menarik-narik rezeki datang kepada kita

Kalau kita marah kepada seseorang, apa kita rasa, berdebar2, ada yang sakit kepala, fikiran bercelaru, macamana kita nak berfikir dengan betul? Masa tu imun badan kita turun. Bila bercakap tengah marah pun, tu emosi yang bercakap bukan fikiran kita. Ada yang terlajak kata, last menyesal betul? Ada yang tengah drive marah2 sebab orang potong jalan? Tiba destinasi kita dah terasa penat. Tak ke rugi kan?

-

Camana nak jaga hati kita? Nak sembuhkan? Solat, zikrullah & buat kebajikan-kebajikan lain dengan ikhlas. Buat pahala sebanyak-banyaknya supaya Allah nampak effort kita. Dalam hidup ni kita mengharap pada redha Allah. Tiada keredhaan camana nak lancar buat semua perkara betul?

-

Mula-mula memang susah. Saya pun dulu. Malah sekarang nak istiqamah kena paksa diri. Tapi perkara-perkara yang kita dah selalu buat, bila tinggal terasa tak sedap sepanjang hari. Kenapa? Sebab rindu. Rindu nak cakap-cakap kepada Kekasih kita. Kita rasa bersalah sebab teringat-ingat segala nikmat sepanjang hari yang Allah dah beri dari kita bangun tidur. Lupa nak ucap ‘Alhamdulillah aku masih bernyawa’ sampailah kita nak berehat semula di malam hari.

-

Buat perkara-perkara kecil dahulu dan istiqamah. Contoh : sedekah subuh RM2. Sediakan apa-apa kotak. Kotak tisu kosong pun boleh. Lepas solat subuh, masukkan RM2. Niatkan supaya dengan sedekah ni, Allah redha, Allah ampunkan dosa-dosa kita, dosa-dosa ibu bapa kita dan asbab sedekah itu Allah lapangkan, limpahkan rezeki buat kita dan dijauhkan dari kesempitan hidup. Akhir bulan, letakkan semua duit tu dalam tabung masjid atau rumah anak yatim atau belikan makanan dan sedekah kepada org susah.

-

Boleh boleh? Alhamdulillah Ya Allah Ya Syakur

KESILAPAN ORANG BISNES

Bismillah , open your mind & baca betul-betul . Especially kalau awak seorang peniaga online atau ada perancangan nak buat bisnes online 😊


1 : Gelojoh ➡ Sikap gelojoh membuta ni tolong buang jauh-jauh . Customer whatsapp tanya details 👉 pum pang pum pang , awak terus balas sepanjang-panjangnya details produk lepastu terus bagi harga + no akaun & soalan "sis nak berapa pack?" 😒😪


2 : Pemalas ➡ Customer tanya , awak jawab acuh tak acuh . Macam malas sangat dah nak layan . Attitude macam tengah balas whatsapp boyfriend waktu merajuk : "Bae , you marah i ke " "Tak" 😪


3 : Warning ➡ Belum apa-apa lagi dah warning customer dalam details produk 👉 "Back out buyer will be block" , "No fussy buyer" , "Barang pre-order , tak boleh sabar jangan beli" 😳


4 : Carut ➡ Ingat , kita ni berniaga , jadi punca rezeki kita datangnya dari orang yang membeli . Ini tidak , customer tanya banyak sikit , dah carut-carut dalam hati . Customer cakap tunggu gaji , dah maki hamun dalam hati . Customer kata survey dulu , dah meroyan bagai . Ye , memang awak buat semua tu dalam hati , tapi sedarlah sikit Allah tu tahu 👄


5 : Sarcastic  ➡ Suka sindir customer . Tak puas hati sikit update status menyindir . Bukan takat status facebook , sekali dengan whatsapp status , sepakej terus . Aduii , bersungguh naw 😂 


Nak bisnes buat betul-betul , layan customer elok-elok macam mana yang awak nak orang layan awak time membeli ☺ . Bukan nak ajar korang suruh acah-acah good tapi tahukan maksud 'orang berbudi kita berbahasa' ? Dia beli tak beli tu belakang cerita , yang penting servis biar tip top dulu . Train diri sendiri , one day dah jadi big boss boleh ajar anak-anak buah pulak

Rabu, 23 Jun 2021

Kenapa Masih "Takut" Nak Buat Online?

 -Takut Rugi

-Takut Tak Jadi

-Takut Kena Reject

-Takut dengan "apa orang kata"

-Takut tiada masa

.

Kalau nak senaraikan, memang macam-macam jenis takut lah ada 😅

.

Perasaan takut ni sebenarnya berlaku pada semua orang. Tapi, kenapa ada orang yang berjaya atasi perasaan takut ni?

.

Ramai usahawan berjaya hari ini disebabkan dia berjaya keluar dari perasaan "takut"

.

Bila ada masalah takut ni saya selalu nasihat mereka untuk pergi belajar. 

.

Bila anda banyak belajar, kompem perasaan takut tu boleh di lawan. 

.

Sebab punca sebenar anda takut bukanlah sebab anda ni bachul.. Tapi sebab anda tak tahu mana nak mula.. 

.

Dengan belajar, anda akan mula nampak jalan mengikut pengalaman guru-guru. 

.

Itu sebab pilih guru yang "buat apa yang di ajar". Guru yang sendiri turun padang berniaga secara online. 

.

Bukan sekadar teori semata-mata. 

.

Dengan guru sebegini, anda lebih mudah nak "follow". sebab selepas belajar anda kena mula bertindak. 

Selagi anda tak bertindak, selagi tu proses pembelajaran belum bermula.

Motivasi diri

1.🚫Asal : Aku takde duit nak berniaga.

✔Ubah : Sebab aku takde duit lah aku mesti berniaga.


2.🚫Asal : Aku mana ada bakat berniaga.

✔Ubah : Aku mesti cari seseorang untuk belajar berniaga.


3.🚫Asal : Keluarga aku mana ada berniaga.

✔Ubah : Aku mesti jadi contoh kepada keluarga aku untuk berniaga.


4.🚫Asal : Aku mana ada masa berniaga. Selalu sibuk.

✔Ubah : Aku mesti belajar urus masa. 24 jam cukup jika bijak uruskan masa.


5.🚫Asal : Aku takut gagal, tak laku dan malu.

✔Ubah : Apa yang aku dapat jika aku takut & malu? Tak dapat apa pun. Buat & adjust je.


6.🚫Asal : Aku takut sombong bila kaya.

✔Ubah : Ramai juga orang miskin yang sombong. Aku kaya aku tidak menyusahkan sesiapa. Aku boleh bantu orang yang memerlukan.


7.🚫Asal : Aku banyak hutang.

✔Ubah : Sebab banyak hutang lah aku mesti berjaya dalam bisnes. Keuntungan bisnes boleh bayar hutang dengan lebih cepat.


8.🚫Asal : Aku belum bersedia. Ilmu & pengalaman takde.

✔Ubah : Aku mesti bertindak sekarang. Ilmu & pengalaman pasti ada sepanjang aku berniaga.


9.🚫Asal : Kalau aku kaya & berjaya, aku takut kahwin dua, tiga atau empat.

✔Ubah : Ramai juga orang miskin yang kahwin lebih dari satu. Aku mesti fokus untuk berjaya dalam bidang bisnes.


10.🚫Asal : Bila masa sesuai untuk berniaga?

✔Ubah : Sekarang masa sesuai untuk bermula. Ya. Sekarang! Bukan esok. In Syaa ALLAH. Aamiin.


Jom Ubah ! Transformasi kan diri kita!


👆Ubah cara pemikiran kita ! fikir positif dapat positif fikir negatif dapat negatif

AKAN DATANG SATU MASA

Telah berkata Sayyidina Ali bin Abi Talib karramallahu wajhah:


"Akan Datang Suatu Masa Dan Aku Khuatir Terhadap Masa Itu....


1. Di mana keyakinan hanya tinggal di dalam pemikiran.


2. Di mana keimanan tak berbekas dalam perbuatan.


3. Banyak orang baik tapi tak berakal.


4.Ada pula yang berakal tapi tak beriman.


5. Ada yang lidahnya fasih tapi hatinya lalai.


6. Ada pula yang khusyu' tapi sibuk menyendiri.


7. Ada ahli ibadah tapi mewarisi kesombongan iblis.


8. Ada pula ahli maksiat tapi rendah hati.


9. Ada yang bahagia tertawa tapi hatinya berkarat.


10. Ada pula yang sedih menangis tapi kufur nikmat.


11. Ada yang murah senyum tapi hatinya mengumpat.


12. Ada pula yang berhati tulus tapi wajahnya cemberut.


13. Ada yang berlisan bijak tapi tidak memberi teladan.


14. Ada pula pelacur tapi menjadi idola


15. Ada yang memiliki Ilmu tapi tidak faham.


16. Ada pula yang faham tapi tidak menjalankan.


17. Ada yang pintar tapi membodohi.


18. Ada pula yang bodoh tapi tidak tahu diri.


19. Ada yang beragama tapi tidak berakhlak.


20. Ada pula yang berakhlak tapi tidak ber-TUHAN.


21. ADA ORANG BAIK TAPI MEMBIARKAN KEBATILAN DAN KEJAHATAN BERLELUASA"

ALLAH NO. 1

ramai yang meletakkan ALLAH adalah NO.1 di hatinya?

.

.

.

Tanda ALLAH NO. 2 adalah apabila "DUNIA" di dalam HATI.

.

Bagaimana DUNIA di dalam HATI?


1) Bangun pagi lihat telefon memasing DULU sebelum panjatkan rasa syukur kepada ALLAH.

.

Usai bangun itu... bersandar di dinding sekejap, duduk menegak beberapa saat, bersyukur kepadanya kerana masih hidup untuk terus bertaubat dan menambah pahala.

.


kerana kita hidup bukan untuk mencari DUNIA.

kita hidup kerana mahu mencari AKHIRAT.

.

.

tempat ASAL kita ~> SYURGA.

berusahalah kembali ke TEMPAT asal kita dengan SELAMAT.

.


2) Ketika SOLAT, tidak khusyuk, sentiasa difikiran mahu selesaikan itu, mahu buat itu mahu masak ini. (DUNIA). tidak fokus kepada apa yang kita sedang SEMBAH.

.

Solat yang bercelaru. Cara mematikan diri di dalam solat ialah apabila kita tanamkan di dalam hati... Ini solatku yang TERAKHIR. cubalah dan rasakan auranya.

.

Selebihnya saya terangkan kemudian. :)

.

CARA MEMAKBULKAN DOA ialah dengan mengutamakan ALLAH sebagai yang pertama-tama dalam hidup kita kerana DIAlah pemberi REZEKI.

=============================

.

Adakah anda suka manusia memuji anda?

.

Semua orang suka dipuji bukan?

.

Anak puji ayah,

suami puji isteri,

Adik puji Kakak,

Kawan puji Kawan.

dan lain-lain.

.

kita suka sangat kan? Apabila kita merasa suka dengan PUJIAN itu, terasa melambung-lambung perasaan kita kan? Rasa nak beri itu, nak beri ini kepada yang memuji kan? secara spontan.

.

Biasanya kita akan ucapkan,

.

"HAI... puji-puji ni ada apa-apa ke? mesti nak apa-apa ni....?" hehe...


(komunikasi saya dengan adik biasa begitu :P )

.

Kemudian saya dengan rela hati akan berikan dia apa yang dia nak. Rasa bertambah-tambah mahu memberi kerana sikap baiknya kepada saya :P

.

ada sesiapa di sini yang ada anak? Yang mana anaknya sekali sekala memujinya.

.

"mommy cantiklah hari ini! " :D.. adik nak duit rm5 boleh? hihi.. :P

"ayah nampak hensemlah hari ini" ^_^ kakak nak ayah belikan itu balik nanti boleh? hihi :P

.

.


Apabila terdengar pujian itu bagaimana kita bertindak balas?

rasa ingin memberi bukan? ^_^

.

Apa yang saya mahu kongsikan di sini ialah...


ITULAH ALLAH... ^_^


Yang MAHA MEMBERI itu sangat suka kepada hambanya yang memuji-mujinya, mensucikannya, mengagungkannya, membesarkannya. Sebab itu kita disarankan sebelum berdoa (meminta) kita perlu dahulu berzikir, bertahmid, bertakbir...


tetapi kita tidak, doanya laju, bacaannya laju, solatnya laju. semuanya mahu laju-laju. :3

Tidak mahu berlama-lama di tikar sejadah kerana ada "DUNIA" di hati. -_-

.

.

.

ALLAH sangat suka kepada hamba yang suka memuji kerana segala puji-pujian hanyalah kepadanya. Semakin kita puji dia, semakin banyak dia memberi, semakin kita suka memuji dia, semakin suka dia memberi... ^_^

.

.

.

Bagaimana DIA mahu senang memberi jika kamu "tidak senang" MEMUJI kebesaran dan keagungannya?

.

.


Salam motivasi dan ELMU pagi.


Alhamdullillah masih berpeluang menambah nilai dan menambah pahala diri.


saya suka ingatkan diri saya dan orang yang suka diingatkan.

TUKAR CARA BERDOA

INSYA ALLAH siapa yang betul-betul amalkan, The Power of Doa ini, boleh mengubah hidup kita menjadi yang lebih baik. Biiznillah.


🍀FORMULA 1


Sebelum ini kita selalu berdoa, " Ya ALLAH berikanlah aku kekuatan." Jika kita berdoa begitu, maka ALLAH akan sentiasa uji untuk test kekuatan kita. Faham faham?


Jadi doa yang kita boleh betulkan ialah,


" Ya ALLAH lapangkan kesulitan apa yang aku hadapi ini, Ya ALLAH keluarkan aku dari kesulitan ini, Ya ALLAH bantulah aku)'.


🍀FORMULA KE 2


Selain daripada itu, kita sebelum ini mungkin selalu berdoa, "Ya ALLAH berilah aku...". Jadi, selepas ini kita tukar sikit doa iaitu,


" Ya ALLAH kurniakanlah aku..."


Kerana apa? Jika kita sebut beri maka bila-bila masa ALLAH boleh ambil balik. Namun, jika sebut kurnia, maka ALLAH akan kurniakan kita sesuatu sampai bila-bila INSYA ALLAH.


🍀FORMULA KE 3


Satu lagi, selalu saya dengar dan nampak orang doa begini, "semoga DIMURAHKAN rezeki". Selepas ini, latihkan baca doa begini,


" semoga DILIMPAHKAN rezeki yang berpanjangan dan berkat."


Nampakkan dua perbezaan doa itu? Doa kena betul, sebab setiap doa kita ALLAH dengar dan yakin ALLAH makbulkan doa kita. Jadi dengan doa ini saya nampak betapa pentingnya untuk kita praktikkan dalam kehidupan seharian.


🍀FORMULA KE 4


Selain itu, selalu kan kita berdoa seperti ini, contonya, “Ya ALLAH, kurniakanlah kami zuriat, anak yang soleh dan solehah.” Dan setiap kali itu jugalah kita akan berasa kecewa, stress bila doa tidak dimakbulkan ALLAH.


Kalau selama ni kita hanya minta pada ALLAH sekadar nikmat sahaja. Kita tak benar-benar ikhlas meminta padaNya supaya diberikan nikmat yang lebih bernilai. Maka hari ini, ayuh kita tukar cara berdoa seperti ini, contohnya,


' Ya ALLAH, sekiranya dengan mempunyai zuriat dapat mendekatkan aku dengan diriMu maka makbulkan ya ALLAH..


Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan Engkau lebih memandangku ya Allah, maka kurniakanlah..


Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan ibadahku lebih bertambah dan solatku lebih khusyuk maka izinkanlah nikmat ini Engkau pinjamkan padaku ya ALLAH..


Kerana Engkau sahajalah sebaik2 perancang dan Engkaulah Rabb Yang Maha Mengetahui atas segala sesuatu yang terbatas bagiku. '


Amin Ya Mujib.


Sebabnya, bilamana kita berdoa seperti di atas ini, matlamat dan objektif dalam doa itu bukan terfokus pada nikmat semata, tapi lebih ikhlas kerana hubungan kita pada ALLAH yang memberikan nikmat itu.


🍀FORMULA KE 5


Selalu juga, bila kita berdoa kita minta macam-macam pada ALLAH.. Hingga kita lupa nak bersyukur atas segala nikmat yg telah ALLAH beri.. Kita lupa nak bersyukur dengan rezeki yg sudah ada di hadapan kita..


Jadinya, bersyukur dulu atas apa yg ALLAH dah beri, maka ALLAH akan tambahkan lagi.. Sebagai contoh,


' Ya ALLAH, aku bersyukur umurku masih panjang lagi pada hari ini, maka Engkau jadikanlah hariku sebagai ibadah kepada Mu. Dan redhalah kepadaku ya ALLAH..'


🍀FORMULA KE 6


Satu lagi cara berdoa adalah dengan mendoakan orang lain. Kerana bila mendoakan orang lain, seluruh malaikat di arasy akan turut mengaminkan doa kita.. satu contoh,


' Ya ALLAH, sahabatku ini dalam kesulitan dan kesempitan ya ALLAH.. bantu lah dia ya ALLAH, lapangkan kesulitannya.. permudahkan perjalanan hidupnya ya ALLAH..'


Moga Allah makbulkan setiap permintaan kita. Amin.

TANDA BATINMU LELAH

 1. Mudah tersinggung.⁣⁣⁣⁣


2. Menjadi tidak sabar dan mudah marah.⁣⁣⁣⁣


3. Tidak termotivasi untuk melakukan sesuatu padahal yang biasanya kamu sukai.⁣⁣⁣⁣


4. Sering gelisah atau ketakutan akan banyak hal secara berlebihan, khususnya masa depan.⁣⁣⁣⁣


5. Sering rasanya ingin menangis tiba-tiba dan merasakan kesedihan tanpa tau sebabnya.⁣⁣⁣⁣


6. Mulai terasing dengan sekitar, merasa sendirian di tengah keramaian dan lebih asik membayangkan kehidupan ideal yang kita ciptakan di dalam fikiran.⁣⁣⁣⁣


7. Tidur mulai tidak merasakan nyenyak dan saat bangun tidak segar dan tak bermaya.⁣⁣⁣⁣


Maka itu adalah tanda jiwa atau batin tengah kelelahan.


Saranan terbaik adalah..⁣⁣⁣⁣.


👇🏻 Hentikan sejenak aktiviti yang membuang banyak waktu.. lalu luangkan waktu untuk merehatkan jiwa⁣⁣⁣⁣.


Caranya??⁣⁣⁣⁣


Tidak ada doktor yang boleh mengubati sang jiwa kecuali yang memiliki jiwa.⁣⁣⁣⁣


• Jaga solat 5 waktu.⁣⁣⁣⁣


• Perbanyaklah berdoa bermunajat.⁣⁣⁣⁣ - Wudhu, lalu solat sunnah taubat/hajat/tahajud/dhuha/mutlaq meski hanya 2 rakaat.⁣⁣⁣⁣


• Setelah itu jangan beranjak.⁣⁣⁣⁣ Duduk saja. Nikmati.. meski itu hanya sekedar diam berdzikir menyebut nama Allah (kalau tak boleh berdoa).⁣⁣⁣⁣


• Atau berbicaralah dengan Allah..⁣⁣⁣⁣ Ciptakan pendekatan hanya dengan Allah.⁣⁣ Waktu malam lebih baik..⁣⁣⁣⁣ Berlama-lama lah di situ..⁣⁣⁣⁣ Kerana jiwa yang lelah adalah isyarat waktu kebersamaanmu bersama Rabb-mu teramat kurang.⁣⁣⁣⁣


• Perbanyak membaca Qur'an dan ertinya/terjemahan.⁣⁣⁣⁣


Jangan sampai lelahnya jiwa membuat kita tak boleh menjadi peribadi terbaik saat hidup di dunia⁣⁣⁣⁣.


Kerana tanpa sedar, lelahnya jiwa membuat kita menjadi mati sebelum jasad mati⁣⁣⁣⁣ ⁣⁣⁣⁣ Selamat beramal ..

ORANG BERILMU YANG BERJAYA

1) TIDAK MERASA HEBAT dengan ILMU yang ada.

.

Jika ada perasaan ini cepat-cepat semak semula.

.

.

2) KOSONGKAN GELAS

.

Jika mahu menuntut ilmu dengan orang.

Kosongkan gelas kita, dan sedut gelas ilmu orang banyak-banyak.

Tidak merasa kita lebih pandai daripada orang yang kita sedang berguru.

.

.

3) MERENDAH HATI

.

seperti resmi padi, makin berisi, makin menunduk.


Wajib memiliki sifat ini. mendengar, menerima dan menghormati segala ilmu yang disampaikan sama ada sudah tahu atau belum tahu..

ISLAM ADALAH CARA HIDUP

Jika kita marah – TOPUP - wuduk untuk menyejukkan jiwa.


Jika kita bingung – KLIK - doa agar tenang hati.


Jika kita dipuji – RELOAD - syukur supaya tidak alpa.


Jika kita gagal – DOWNLOAD - usaha untuk memberi semangat.


Jika kita kecewa – RESTART - tenaga agar sentiasa sedar.


Jika kita sedih – SELECT - ibu bapa untuk meluahkan perasaan.


Jika kita berdosa – UNDO - perangai itu dan bersolat taubat.


Jika kita berdendam – DELETE - buruk sangka supaya bersih hati.


Jika kita berbohong – BACKSPACE - kata-kata untuk memperbetul keadaan.


Jika kita buat maksiat – REGISTER SOFTWARE - sikap baru dan bertaubat nasuha.

Isnin, 21 Jun 2021

13 Punca Rezeki yang ramai terlepas pandang

Ramai di antara kita sebagai usahawan terlepas pandang dengan punca-punca rezeki. Di sini, kami nak kongsikan tentang 13 senjata booster rezeki.


Alhamdulillah, ramai yang perolehi result yang mengagumkan selepas mengamalkan 13 punca ini.


Bukan sahaja terkesan dari segi jualan & bisnes mereka, bahkan kehidupan mereka bersama keluarga pun berubah 360 darjah. Berikut adalah senarai punca rezeki tersebut.


1. SOLAT - "kami tidak minta rezeki, kami yang memberi rezeki".


2. AL QURAN - kelebihan surah waqiah, Allah hilangkan kefakiran selamanya.


3. ZIKIR - "ingat aku pagi & petang aku cukupkan keperluan pada hari itu."


4. ISTIGHFAR - sesiapa yang melazimi istigfar Allah akan hilangkan kesempitan hidup & kesusahan.


5. TUNTUT ILMU - barangsiapa menuntut ilmu, Allah tanggung rezeki (kisah imam bukhari)


6. SILATURRAHIM - mudahkan rezeki, menyambung silaturrahim panjang umur murah rezeki


7.SEDEKAH - Allah ganti sehingga 10 kali ganda (kisah Ali r.a dgn unta)


8. DAKWAH - asbab terbesar rezeki...kisah para nabi


9. TAQWA - barangsiapa bertaqwa kepada Allah, akan diberi rezeki dari jalan yang tak disangka-sangka

 

10. SYUKUR - kalau syukur Allah akan tambah nikmat, kalau kufur Allah ancam azab pedih


11. TAWAKKAL - surah at-Talaq (ayat seribu dinar) jika tawakkal Allah cukupkan.


12. NIKAH - cari keberkatan rezeki dgn nikah (kisah sahabat mengadu tentang rezeki, Nabi suruh kawin)


13. KERJA/BISNES - Kerja atau bisnes ada perintah dari Allah untuk menjadi asbab rezeki, tetapi belum ada jaminan dari Allah.


No 1 - 12 adalah jaminan dari Allah. 


Conclusion


Jadi jika kita buat bisnes ataupun kerja, untuk tambah rezeki, pastikan kita jangan tinggal no 1 hingga no 12 sebab itu ada jaminan rezeki dari Allah.


Seringkali ramai di antara kita yang fokus pada no 13 semata-mata, walhal "MAGIK"nya terletak pada punca no 1 hingga 12. Ayuh, kita sama-sama amalkan. Dah ramai yang merasai kejayaan daripada tindakan daripada punca-punca rezeki ini.


Kalau mereka boleh, anda pun boleh!!

5 PETUA MELEPASI FASA AWAL PERNIAGAAN‼️

1) Pemasaran Secara Konsisten

🔸 Tujuan pemasaran adalah untuk memberitahu sasaran pelanggan yang tepat tentang produk/servis yang kita ada. Pelanggan wajib “NAMPAK” kandungan content kita sekurang-kurangnya 3 kali setiap hari untuk membuatkan pelanggan tahu dan ingat apa yang kita ada. 


🔸 Lakukan secara konsisten, tanpa henti setiap hari sehingga produk/servis kita diterima oleh sasaran pelanggan. Pemasaran yang baik ialah yang tidak menampakkan kita terlalu menjual tetapi berkongsi sesuatu supaya mereka dapat manfaat daripada kempen pemasaran yang dijalankan.


🔸 Sebelum menjalankan aktiviti pemasaran, kenal pasti terlebih dahulu sasaran pelanggan, apa masalah mereka yang kita mahu selesaikan dan berapa mereka sanggup bayar untuk selesaikan masalah itu.



2) Jaga Pelanggan Sedia Ada

🔹 Pemasaran yang berkesan akan membuat pelanggan yang disasarkan berminat untuk berurusan dengan kita. Apabila sudah mendapat pelanggan, kita mestilah menjaga mereka dengan baik supaya mereka berpuas hati dengan layanan kita. Itu akan memudahkan mereka menjadi pelanggan setia.


🔹 Lebih kurang 7 daripada 10 pelanggan akan berurusan buat kali kedua jika mereka percaya, berpuas hati dan selesa berurusan dengan kita. Kesannya, jualan dapat ditingkatkan dan kos pemasaran dapat dijimatkan.


🔹 Selain itu, pemasaran daripada mulut ke mulut adalah pemasaran yang paling terbaik jika pelanggan sedia ada berpuas hati dengan servis yang kita berikan kepada mereka.



3) Asingkan Duit Bisnes Dan Duit Peribadi

🔸 Jika masih menggunakan akaun simpanan peribadi dan segala macam duit dalam akaun tersebut bercampur, perlu asingkan segera. Sebahagian masalah peniaga bukan disebabkan masalah jualan tidak rancak, tetapi duit keuntungan entah dibelanja ke mana.


🔸 Duit daripada pelanggan, duit daripada keluarga, duit gaji dan lain-lain dicampurkan sekali dalam satu akaun.


🔸 Daftarkan akaun simpanan semasa untuk syarikat di bank. Selain dapat mengasingkan duit, kepercayaan dapat dibina kerana pelanggan akan berurusan terus dengan akaun bank syarikat.


🔸 Duit yang diasingkan mestilah diuruskan dengan betul supaya kita dapat aliran tunai yang positif untuk simpanan peribadi dan bisnes.


🔸 Majoriti usahawan yang berjaya hari ini, yang mana bisnes mereka sudah berkembang lebih 10 tahun, menjalani hidup seperti cukup-cukup makan sahaja pada fasa awal perniagaan. Keuntungan peringkat awal banyak dilaburkan semula untuk perkembangan bisnes mereka.



4) Letak Sasaran Dan Buat “WORKFLOW”

🔹 Setiap perjalanan akan lebih jelas jika kita ada hala tujuan. Jadi, letak sasaran yang jelas dalam bisnes. Boleh mulakan dengan sasaran sederhana agar kita tidak rasa tertekan atau terbeban.


🔹 Mula-mula letak sasaran 12 bulan dan pecahkan kepada tiga bulan, satu bulan dan harian. Ia akan jadi lebih spesifik dan kita pun jelas dengan apa yang perlu dicapai. Pencapaian yang besar datangnya daripada himpunan kejayaan kecil yang diperoleh dalam perjalanan perniagaan kita.



5) Ambil Risiko Yang Mampu Diserap.

🔸 Dalam apa-apa keputusan bisnes, usah gatal tangan atau teruja dengan mengambil risiko yang besar. Hal ini kerana apabila berlaku sebaliknya, kita pasti akan terduduk dan banyak berhutang.


🔸 Sentiasa mengambil risiko yang kecil banyak kali sehingga kita menemui cara yang betul. Pada masa yang sama, jangan terlalu takut sehinggakan lambat atau mengelak risiko yang kecil.

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama