Isnin, 24 Mei 2021

KEBERKATAN HIDUP

●  JENIS-JENIS KEBERKATAN :


●  KEBERKATAN DALAM HIDUP : Hidup seseorang yang berkat akan mampu melakukan dan menghasilkan sesuatu yang tidak mampu dilakukan oleh orang yang hidupnya lebih lama.

●  Sebagai contoh: shahabat Rasulullah Sa’ad bin Mu’adz masuk Islam di usia 30 tahun dan meninggal pada usia 36 tahun. Akan tetapi ketika beliau meninggal ‘Arsy sampai bergoncang dalam rangka menyambut kedatangan rohnya. Padahal ia hidup hanya enam tahun dalam pangkuan Islam.


●  KEBERKATAN PADA WAKTU : Kemampuan dalam menggunakannya.


●  CONTOHNYA : Ada orang yang tidur selama sepuluh jam, bangun tidur tetap dalam kondisi malas dan tidak bersemangat. Seperti orang yang belum tidur. Di sisi lain ada orang yang tidur hanya empat jam, tetapi dia bangun dalam keadaan semangat, hati tenang dan senang hal ini disebabkan keberkatan waktu tidur.


●  KEBERKATAN PADA REZEKI : Rezeki yang berkat itu dapat mencukupi meskipun sedikit.  Ramai  orang yang gajinya banyak, tetapi banyak hutang yang harus di bayar dan kehidupannya tetap susah. 

●  Tetapi ada ramai orang yang berpendapatan sedikit, tetapi cukup untuk menghidupi keluarganya. Apa yang diperlukannya dapat  dicapai. Hidupnya aman, damai dan bahagia.


●  KEBERKATAN PADA ILMU : Ilmu dan pengetahuan yang berkat akan membawa perubahan yang positif pada pemiliknya, dari segi amal ibadahnya serta budi pekertinya dan dapat memberi manfaat kepada orang lain.


●  KEBERKATAN PADA RUMAH : Rumah yang berkat, akan membuat penghuninya merasa aman dan damai  tinggal di dalamnya. Rumah yang dapat menjadikan penghuninya perasaan bahagia ketika berada dalam rumah.  


●  KEBERKATAN PADA KELUARGA : Keluarga yang  berkat adalah keluarga yang dapat  membantu kita dalam melaksanakan ketaatan kepada Allah SWT. Keluarga yang  sakinah mawadah wa rahmah. 


●  KEBERKATAN DALAM PERSAHABATAN - PERGAULAN : Sahabat yang baik adalah sahabat yang membuat kita lebih rajin dalam beramal kebaikan serta saling melengkapi. 

●  Sahabat yang baik adalah sahabat yang selalu memberi motivasi  ke arah  kecemerlangan hidup di dunia dan di akhirat. 


●  KEBERKATAN PADA PERKERJAAN : Pekerjaan yang berkat adalah pekerjaan yang dilakukan dengan cara yang baik dan penuh dengan semangat.

●  Pekerjaan yang berkat juga akan dilakukan oleh seseorang dengan penuh tanggung jawab dan amanah dengan tidak meninggalkan ibadah kepada Allah SWT dan  melakukan amalan kebaikan yang lainnya.

Tips Menjual : Terlajak Perahu boleh diundur

Ada banyak cara untuk memberitahu kumpulan sasaran ( pelanggan ) kita mengenai tawaran serta produk yang kita jual. Malam ini saya nak kongsi salah satu cara paling mudah. 


Sesuai untuk orang baru mula bisnes yang malu-malu kucing.


Begini, mudah sahaja. Semua orang ada telefon kan ? Dan saya amat yakin dalam satu telefon mesti ada lebih daripada 50 contact. Cara-caranya ialah :


Langkah 1.


Senaraikan 30 ( atau lebih ) orang yang berada di dalam senarai contact kita.Lagi banyk lagi bagus.


Langkah 2.


Tuliskan ayat promosi atau jualan ringkas melalui sms/whatsapp dan kirim kepada mereka : 


" Salam, you! kain cantik cantik lah kat tangan ni, baru je sampai pagi tadi. Corak paling baru ni, ada diskaun ni nak bagi, sebab tu bagitau you dulu "


" Promosi kambing golek sado sempena Rumah Terbuka Raya tahun ini. Tempah seekor kambing hari ini dan dapat percuma dua ekor ayam! "


" Rumah Lelong pada harga lantai. Ramai menangis tak berlagu selepas terlepas pandang mesej ini "


" Tengah cari idea nak beli apa untuk membahagiakan mak di kampung ? Pasanglah penapis air kami bos! Free bunga sejambak untuk bonda tercinta jika bayar deposit sebelum 23 Jun ini "


--------


Ok, faham dan jelas ? Boleh buat kan ?


Langkah 3.


Selang 20 saat kemudian, sms atau whatsapp sekali lagi, tulis ayat begini.


 " Alamak sorry bos! tersalah hantar mesej tadi..huhu "


4. Tunggu jawapan mereka nanti.


Agak-agaknya apa ?

 

Ini dipanggil, terlajak perahu boleh diundur, terlajak hantar, terjual lah pula.

5 CARA MUDAH UNTUK MULA BERNIAGA

1. PROMOTE DI GROUP WHATSAPP

Postkan bahan2 iklan contoh gambar atau copywritting di semua group yang kita ada. Kalau kita ada 5 group yang ada 100 orang dalam setiap group, anda dah ada 500 orang yang nampak apa anda cuba menjual. Takkan 1 pun tak ada yang membeli? Kalau bukan harini mungkin esok lusa. Dan mereka jugak akan bagitahu org sekeliling mereka bahawasanya anda dah mula berniaga produk .


2. POST DI INSTAGRAM ANDA

postkan di story ,feed anda,jangan sekali post then give up,ikutkan kajian orang akan membeli sekiranya dia tengok lebih 5 kali iklan atau produk tersebut.Variasikan post di story,ikut tips sebelum ni,10 idea yg boleh di post.


3. POSTKAN DI FACEBOOK

Post setiap hari berkenaan produk anda di fb wall anda. Untuk nampak lebih meriah anda boleh share anda punya postingn tu di setiap group yang anda likes.Disiplinkan diri untuk post berkenaan produk saya di 50 group setiap hari. Cuba anda bayangkan kalau 1 group ada 50k member. (50 group c 50k members = 2.5 juta orang nampak produk anda tanpa anda keluarkan apa2 cost marketing pun!


4. POSTKAN DI TWITTER

Twitter adalah satu tempat yang sangat baik untuk viralkan produk yang kita jual. Mana tak ye twitterkan tmpt keyboard warrior! Hahah. So kalau anda pandai dalam buat ayat, buatlah satu ayat yang gempak untuk viralkan produk anda di twitter. Mungkin kali pertama tak menjadi, tapi anda tak tahu tweet mana satu yang akan pergi viral! Dont stop trying to tweet everyday.


5. PROMOTE DI TELEGRAM

Anda boleh buat channel telegram yang anda masukkan semua produk anda di channel tersebut. So anda lebih mudah nak promote produk anda. Everyday anda just promote link telegram anda sahaja tak payah promote gambar sebab org akan tngok gambar produk anda di telegram. 


6. GUNAKAN KUASA MULUT KE MULUT

Ini adalah salah satu marketing yang terbaik, anda boleh promote dulu barang2 yang anda jual di kawan sekeliling anda, di family anda dan orang2 yang rapat dengan anda. Ia memudahkan pembelian kerana trust mereka kepada anda.

DAH TAHU DA NAK JUAL APA , TAPI,TAK RETI MACAM MANA NAK BUAT SALE ?😭

1.Mindset

• First korang kena betulkan mindset korang bahawa

 " orang taknak membeli"

"Orang nak berjimat"

Memang ada,tapi tak semua rakyat malaysia,so korang ada peluang !

Change your mind will change your life !


2. FREE MARKETING

• Post dekat ig,fb story korang,post dekat group2,nak lagi power kan macam sy dulu,save semua contact dari group ws yg kita ada,even tak kenal sngat,then blast (forward) dekat semua orang tu, JANGAN MALAS !

kenapa tak dalam group je ? Sekarang ni,kalau dalam group,orang malas da nak bukak,tak impact pon ,

Kalau korang blast secara personal,pasti yg menerima tu akan appriate betul ?

Gunakan bahasa "wehh aku ad jual ....." bukan nya macam ayat dalam group yg formal tu,ada paham ? SIAPA BUAT CARA NI DENGAN BETUL,SANGAT POWER !


3. FREE REVIEW

• korang semua ada ig ? Ada fb ?

Ada follower kan ? 

Apa kata korang dm seramai mungkin dorang ni,suruh dorang post satu gamba or video korang,video produk korang ler,than captionnya

"Wehhh sedap gilaa dohhh kek ni,order pagi petang sampai,kalau korang nak order dm kawan aku ni @xxxxx ,cod area taman xxxxx."

Contoh yee ,apa kelebihan nya ?

Orang membeli sebab trust,rekomen,kawan.

Bayangkan korang buat 50 orang kawan korang,seorang 1000 follower,

Da 50,000 orang tahu 

korang jual apa

🤣🤣,yg bestnya tu kan ,kawan korang ni pasti duduk area berdekatan ,lagi syokkk wooo... semua tahu,jngan berangan nak satu malaysia tahu kalau kawsan taman pon masih tak tahu 🤣! 

dapat ?! 


4.CARI DROSHIP !

•Macam sy cakap sebelum ni,orang perlukan duit tapi takut nak kluar,dan korang plak pegang stok (agent & stokis)

why not korang cari dropship dan korang poskan barang ? 

Dorang dapat income tepi,korang dapat  sale melimpah ruah 🤣,ajarkan je la cara 1-3 saya tu,senang kan ?


Okay gais ni adalah 4 cara yg sy terfikir,tu sy tak cerita lagi cara review berbayar dan ads,berasap nanti🤣,tapi seriusly cara ni memang antara yg terlatest ,siapa buat dia tahu ! Apopon cara takkan jadi kalau korang tade ACTION !


Saya harap dapat membantu korang !😍❤️

Bila kita seen mesej orang, bluetick contohnya

Berdosa kita biar mereka tertunggu mesej kita tanpa sebab dan alasan munasabah. Kalau sibuk beritahu sibuk, kalau taknak, beritahu taknak. Kita tak buang masa orang, orang pun tak buang masa kita. Jangan reka alasan macam-macam. Dah jadi penipu pulak.

.

Buat orang ternanti sama seperti menyeksa orang.

.

Kalau tak buka lagi mesej, tak tengok lagi, takpa orang pun paham. 

.

Ni dah terang-terang dah baca mesej tersebut. Ambik keputusan senyap terus dari radar lepas bluetick. 😕

.

.

Sopan sungguh adab.

.

Jom sama-sama belajar memperbaiki. 

Belajar berterus terang. Belajar jujur. Belajar menghargai orang.

RAHSIA IKHLAS

Ramai orang bukan masalah duit pun.

.

Tapi masalah keyakinan, kepercayaan dan kebergantungan dia kepada Rezeki itu hak milik Allah.

.

Ramai orang punya masalah hati. Kalau takda duit pun tapi bila ada Allah, jiwa pasti tenang, sabar dan syukur. Allah pasti tambah lagi. 😇

.

Takda duit. Tak rasa risau. Rasa tenang. Rasa bahagia. Yakin. Yang difokuskan hanyalah bertakwa iaitu melaksanakan perintah Allah amar makruf nahi mungkar.

.

Berapa ramai suami isteri bergaduh pasal duit. Pasal kewangan. Asbab bercerai. Hanya sebab takda ilmu rumah tangga yang betul. Pendek kata, ilmu dalaman diri betulkan jiwa. Dalam hati kalau dua-dua bawa Allah, pasti rumah tangga tu aman walaupun diuji dengan masalah kewangan. Rezeki yang berkat itu cukup.

.

Manusia ni nak ketenangan dan kebahagiaan je sebenarnya. Inilah rezeki yang dicari. Bila dalam hati ada Allah hati akan tenang dan bahagia. Kerana Allah lah sumber kebahagiaan dan ketenangan. Bukannya makhluk. Jadi letakkan hati kita ditempat yang betul. Pasti kita akan bahagia dan tenang.

.

Kalau dengan adanya benda lain contoh macam duit, baru hati kita tenang itu kena double cek. Bersedekah hati tak tenang. Gigil dan takut nak memberi. Takut rasa tak cukup. Tidak mahu doakan orang lain lebih. Takut orang lain dapat lebih. Itu tanda hati kita berpenyakit dan berperasangka.

.

Rasa tamak. Rasa iri. Kalau orang yang betul2 ikhlas. Mereka takkan ada rasa ini semua. Itu baru ikhlas namanya. Hanya kerana Allah. Ikhlas ni hanya kerana Allah. Bukan kerana mengharapkan balasan. Bukan kerana manusia dll. Hanya kerana Allah. Itulah ikhlas.

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama