1.Tidak Mengucapkan Ucapan Terima Kasih
-Dengar macam remeh jer kan, tapi percayalah, ada orang yang sangat menitikberatkan ucapan terima kasih ini. Barulah dia akan rasa dihargai.
Begitu juga dalam bisnes..Percayalah dengan hanya ucapan terima kasih, pelanggan akan lebih rasa dihargai dan mereka akan datang lagi kepada anda untuk membeli produk anda. Mereka akan rasa lebih ‘dekat’ dengan anda. Jika anda ‘berat mulut’ nak berterima kasih, dah tentu pelanggan akan rasa menyampah dengan anda. Logik bukan?
2.Kurang Pengetahuan Tentang Produk Sendiri
-Jika anda mahu membeli sesuatu produk itu dan kemudian tanya pekerjanya dan dia pulak tak tahu tentang produk itu, adakah anda bengang, rasa nak marah dan kalau boleh nak jer anda lari dari situ, pernah rasa tak?
Jika anda ada perasaan ini dan pernah rasa, sudah tentu pelanggan anda pun rasa perkara yang sama jika mereka membeli produk anda. Apa yang cuba disampaikan di sini adalah, anda sendiri perlu faham tentang produk anda supaya senang untuk menerangkan kepada pelanggan tentang produk anda itu. Jadi taklah nanti terkebil-kebil mata bila pelanggan tanya soalan cepu emas pada produk anda.
3.Tidak Dengar Pandangan Pelanggan
-Feedback pelanggan adalah sangat penting sama ada baik dan buruk .Feedback baik kita boleh highlightkan untuk bakal pelanggan kita .Feedback buruk akan membantu kita improvekan lagi kualiti servis atau produk kita .
Hubungan dengan pelanggan adalah sangat penting . Jadi jangan melakukan kesilapan-kesilapan yang mungkin dianggap enteng oleh usahawan di luar sana. Ingat, perkara yang kita mungkin lihat tidak penting itu yang akan memberi kesan teruk kepada perniagaan kita .