Jumaat, 7 Julai 2017

10 Kesilapan Yang Boleh Menganggu Hubungan Percintaan Anda

Dalam sesebuah perhubungan,
mustahil sekali jika perhubungan
tersebut berjalan dengan lancar
tanpa sebarang masalah.
Wujudnya kasih sayang yang
kuat antara dua insan
menjadikan perkara-perkara
kecil boleh membawa kepada
masalah yang besar.

Sedang asyik dilamun cinta, kita
tidak sedar perbuatan,
perlakuan mahupun percakapan
kita mengguris hati pasangan.
Sikapnya yang kekadang kuat
merajuk membuat kita buntu
akan punca si dia bersikap
begitu. Mari kita ketahui apakah
sikap anda yang boleh
membuatkan si dia berasa kecil
hati tanpa disedari.

Jom kita ketahui apakah 10
Kesilapan yang boleh
menganggu hubungan
Percintaan anda.

● Anda bercerita mengenai masa
lalu anda pada dia tanpa dia
bertanya pada anda. Pasangan
anda bukannya tempat untuk
anda luahkan perasaan.
Sebaliknya, anda perlu fokus
untuk membahagiakan dia
apabila berjumpa.

● Anda memandang dan bercerita
mengenai wanita lain apabila
anda bersama dengan dia.

● Anda terlalu memuji dia sehingga
anda kelihatan seperti terpaksa
memuji dia.

● Anda terlalu awal memberi dia
hadiah yang mahal. Perbuatan
ini seolah – olah menunjukkan
anda merayu – rayu untuk
dapatkan perhatian dari dia.

● Anda memegang dan meraba–
raba pasangan anda. Sebagai
orang islam, perbuatan
memegang dan menyentuh
manusia yang bukan mahram
adalah haram. Dia juga pasti
tidak selesa untuk bersama
dengan anda kerana sikap
melampau anda itu.

● Anda terlalu serius ketika
bersama dengan dia seperti
membincangkan sesuatu topik
terlalu serius sehingga membawa
pergaduhan
Terlalu jiwang dan setiap kali
bertemu anda akan beritahu dia
apa yang anda rasa tanpa
bertanya apa yang dia rasa
terhadap anda.

● Anda sentiasa mendesak dia
untuk selalu bertemu. Seperti
anda yang memerlukan ruang
dalam hidup anda, dia juga
perlukan ruang untuk jalani
kehidupan peribadi dia.

● Jangan
terlalu mendesak dan jalani
hubungan percintaan dengan
sabar.

● Anda sentiasa berbincang
mengenai masa hadapan
hubungan anda berdua tetapi
tiada satu pun tindakan yang
anda lakukan.

● Jangan berjanji
sesuatu yang anda tidak yakin
untuk tunaikannya.

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama