Sabtu, 10 Julai 2021

PERKARA YG BOLEH MEMBUAT BISNES ANDA GAGAL??

sabtu pagi, seorang peniaga Ikan mula berniaga dipasar..


Ia memasang papan bertuliskan "HARI INI DISINI JUAL IKAN SEGAR".. Tdk lama datanglah seorang Pembeli dan bertanya, "Mengapa kau tulis HARI INI? Bukankah kau memang menjual skrg, bukan semalam atau esok?"


Pedagang Ikan mengganti tulisan "DISINI JUAL IKAN SEGAR". Lalu datang pembeli ke 2 dan bertanya, "Mengapa kau tulis DISINI? Bukankah memang disini bukan disana?" Pedagang pun mengganti lagi dgn "JUAL IKAN SEGAR"..


Tdk lama Pembeli ke 3 datang dan bertanya, "Mengapa kau tulis Segar? Bukankah memang yg kau jual Ikan Segar bukan Ikan Busuk?" Pedagang pun mengganti lagi dgn "JUAL IKAN".


Kemudian datanglah pembeli ke 4 yg bertanya, "Mengapa kau tulis kata Jual? Bukankah memang Ikan ini dijual bukan dipamerkan atau diberi percuma?"


Lalu dihapuslah kata Jual, dan tinggal "IKAN". Tak lama datanglah pembeli ke 5 dan bertanya, "Mengapa kau tulis Ikan? Bukankah semua org tahu kau jual Ikan, bukan sayur atau daging?".


Pedagang pun menurunkan Papan itu dan beberapa hari kemudian dagangannya makin sepi pembeli krn jualannya sdh tdk menarik lagi.....




🔥LESSON TO LEARN🔥

Apapun yg kita lakukan, dan bagaimanapun keadaan kita, pasti tdk akan lepas dari penilaian dan komen org lain..


Penilaian yg baik memang akan membuat kita bangga dan lebih bersemangat dlm menjalani hidup. Namun sebaliknya, penilaian buruk boleh membuat kita malu, tersinggung dan sakit hati bahkan kehilangan semangat..


Org lain bebas memberi komen.. Namun, kejayaan itu bergantung kepada keyakinan dan sikap kita sendiri..


Pandai2 lah dlm memilih perkataan yg masuk telinga kita..

Jgn biarkan org lain mengubah arah hidup yg telah kita tentukan..


Jadikan penilaian mereka sbg rujukan namun tetaplah melangkah sesuai dgn apa yg kita yakini



*Tetep Yakin dan semangat freedom*

TIPS FACEBOOK MARKETING

Macamana cara nak CREATE AWARNESS & ENGAGEMENT Pesbuk?


Bila POSTING korang banyak Likes & Banyak Komen, Senang jer Pelanggan datang menyerah diri nanti 👍


Ingat!

 Tiada lagi Istilah MENJUAL sepanjang Hari di PESBUK korang. Jangan Buat Rakan / Pelanggan anda SEMAK!🤪


Cari teknik Softselling yang Unik.

Buat Rakan2 a.k.a Bakal Pelanggan korang sentiasa rasa selesa. 


1. Jangan lokek membuat KOMEN di POST

FRIENDS yang lalu lalang di

NEWSFEED.


2. Set jumlah tertentu untuk anda Komen, Ketik LOVE, WOW, CARE pada satu2 Hari. Buat secara beperingkat. 

Jangan tak buat Langsung. 


3. Wajib Reply KOMEN dari Rakan Korang. Jangan kedekut nak bagi Emoji sekali. 


Ingat buat semua ni dengan Iklhlas dan konsisten.

Tengok dan lihat Perubahan yang bakal berlaku. Okeh!


Semoga bermanfaat

Teknik Membina Personal Branding di Media Sosial

1. Jangan Asyik Posting Pasal Bisness Sahaja


Contoh: Kalau buat 4 posting sehari, 3 post tentang kehidupan, 1 post sahaja tentang bisnes.


2. Kalau boleh wujudkan 2 jenis akaun 


Akaun personal ialah medan kehidupan. 

Akaun page untuk bisnes. 


3. Variasikan posting anda


Kalau ada bisnes kosmetik, tak perlu bersusah payah nak bangunkan semua hal kosmetik. Buat post dalam kehidupan seharian.

Contohnya: video make up, tips cara pakai dan untuk iklan, fokus sahaja kepada 2 jenis (hard sell dan soft sell). 


4. Personal branding di media sosial berbeza dengan orang yang sudah dikenali sebelum ada media sosial dan orang yang baru nak up. 


Orang dah dikenali, bolehlah sembang kata kena up pasal bisnes dia hari-hari.


Orang yang baru nak up, ia perlu dapat trust dahulu. Sembang banyak pasal bisnes, orang nak follow pun takut apatah lagi nak beli barang.


5. Personal branding lebih rendah kekuatannya berbanding company branding. Namun 2-2nya boleh naik seiring dengan baik.  


Orang yang mahu menaikkan diri dalam bidangnya di media sosial, kena sembang juga hal kehidupan, barulah ada kepercayaan tinggi. 


Kalau hari-hari tak habis tentang tips, berjual, kempen beriya sana sini, tak mahu ada posting yang mahu buktikan dia wujud seperti manusia biasa, berhati-hatilah. 


Orang yang tak mahu reveal kehidupannya, boleh jadi dia itu sendiri adalah palsu. Apatah lagi postingnya. 


Semoga Bermanfaat 😊

Khamis, 8 Julai 2021

BAGAIMANA PEMASARAN DI SHOPEE SUPAYA RAMAI PELANGGAN NAMPAK

Dalam Shopee ada ramai penjual, dan ramai juga pesaing yang menjual barang yang sama.

Betul kan?


Dan bagusnya dalam Shopee lengkap dengan marketing dan sales. Saya beranggapan, sahabat semua dapat membezakan marketing dan sales.


Ayat mudahnya marketing nak bagi orang jumpa kedai kita, barang kita jual.


Dalam Shopee telah disediakan marketing berbayar dan marketing secara percuma. Berdasarkan pengalaman saya, saya nasihatkan kepada nubie supaya guna dulu marketing secara PERCUMA ni.


Untuk marketing secara percuma dalam Shopee ni, ada banyak marketing tools disediakan. Kena pandai dan kreatif. Paling bagus, setiap bulan kena cuba dan adjust mana marketing tools yang berkesan untuk produk dan servis kita.


Dan paling penting kita kena ukur (measure) keberkesanan marketing yang kita buat. Dah disediakan juga di Shopee. Nih part yang paling saya suka dalam Shopee. Berbanding bila kita buat jualan ditempat lain, kita kena measure manually.


Didalam Shopee Marketing Tools, ada 3 bahagian:

>> Boost Sales with Promotion

>> Engage with Your Shoppers

>> Increase Your Shop Traffic


Dalam bahagian Boost Sales with Promotion ada 7 jenis juga kita boleh explore:


1.Vouchers

Increase orders by offering buyers reduced prices at checkout with vouchers


2. Discount Promotions

Set discounts on your products to boost sales


3. Bundle Deal

Increase average spending per order by offering product bundle discounts


4. Add-on Deal

Sell more products by offering add-on discounts or free gifts with min. spend


5. My Shop's Shocking Sale

Boost product sales by creating limited-time discount offers in your shop


6. Shipping Fee Promotion

Set shipping fee discounts to attract shoppers to make orders


7. Seller Coins

Top up seller coins as a reward to encourage shoppers to join shop activities


Untuk saya sendiri, tools 1 dan 2 paling berkesan. Jadi bolehlah explore mana yang kita nak gunakan untuk kedai kita. Tak semestinya sama. 


Walaupun ianya adalah marketing secara percuma. Secara jujurnya, ada juga kos penjual dengan berikan diskaun harga, voucher dan potongan lain.


Jadi sebagai penjual kena berhati hati juga masa part ni. Kecuali bagi seller yang lama mungkin akan dapat voucher opt by Shopee, maksudnya Shopee bayar. Jadi yang ni memang berbaloi

PELANGGAN ASYIK REJECT? INI CARA ATASINYA

Pelanggan asyik beri 1001 macam alasan.


"Nanti saya fikir"

"Saya kena discuss dengan isteri / suami"

"Saya tunggu gaji"

"Kalau jadi nanti saya wasap semula"


End up semua pelanggan ni tak beli pun.🤪


Kan mudah kalau pelanggan terus cakap!

SAYA TIDAK BERMINAT!!!


So... 

kat mana masalah sebenarnya?


Berikut PUNCA PELANGGAN TAK JADI BELI.


1. Produk kita BUKAN KEUTAMAAN mereka

2. TIDAK FAHAM tentang produk

3. Kurang percaya tentang MANFAAT produk

4. KURANG PERCAYA pada Kita

5. TIDAK PERLUkan produk kita SEKARANG

6. Tawaran Kita TIDAK MENARIK

7. Mereka rasa produk KIta MAHAL DARIPADA JANGKAAN


SOLUSINYA ialah...


IMPROVE our sales pitch atau skrip jualan supaya bila dapat 10 pelanggan yang bertanya, kita boleh close 5 - 10 pelanggan (50% 70% 100%).


Bukan 10 tanya...

3 close

2 close

1 close

Atau tak close langsung.😴


Guna strategi ini sebelum pelanggan REJECT.


So the solution is... 

IMPROVE OUR SALES PITCH OR SALES SCRIPT (Skrip Jualan).

—————-


KUASAI 7 POINT PENTING DALAM SALES PITCH & SALES SCRIPT


❤️1. PERKENALKAN DIRI

- Siapa Kita?

- Bagaimana Kita boleh bantu?

- Pelanggan kena tahu kenapa Kita penting & kenapa mereka kena beri perhatian.

- Beritahu pelanggan "saya sangat mengambil berat tentang masalah pelanggan & saya sangat serius mahu bantu anda"


❤️2. TUNJUK MASALAH & KENAL PASTI MASALAH PELANGGAN.

- Tunjuk masalah orang ramai yang berkait dengan produk Kita.

- Kenal pasti masalah pelanggan. Tanya adakah mereka hadapi masalah tersebut.

- Beritahu masalah pelanggan akan jadi lebih teruk sekiranya mereka ambil mudah.


❤️3. NASIHAT & REKOMEN JALAN PENYELESAIAN

- Kenapa produk Kita sesuai dengan mereka.

- Apa ada pada produk Kita yang boleh bantu mereka.


❤️4. BUKTIKAN 'RESULT' (Kesan Selepas Guna)

Yakinkan pelanggan dengan:

- Testimoni 01

- Testimoni 02

- Testimoni 03


❤️5. TAWARAN TERBAIK YANG KITA BOLEH OFFER

(2 jenis tawaran ini sudah cukup untuk pikat pelanggan)

- FREE GIFT - untuk mereka yang membeli kerana emosi.

- DISCOUNT - untuk mereka yang membeli kerana logik.


❤️6. URGENCY (Gesaan)

- Buat pelanggan bertindak sekarang.

- FREE gift & Discount untuk TEMPOH MASA TERHAD sangat membantu.


❤️7. HARGAI PELANGGAN WALAUPUN MEREKA TAK BELI.

- Ucap terima kasih.

- Minta feedback kenapa mereka tak membeli.

- Tanya jika mereka benarkan Kita follow up.

- Beritahu Kita sudi bantu bila - bila masa sahaja mereka perlukan.


——————————


KUNCI KEPADA SALES & CLOSING


"Engagement Depends On Your Attitude"

Pastikan sikap Kita cukup mesra melayan pelanggan. 

They buy because of you

Not your product!


Belajar Sesuatu?😊

Selasa, 6 Julai 2021

BILA BERNIAGA, JANGAN KUTIP HUTANG DAN JANGAN KENA MATAHARI

*Hassan Al Basri* merupakan seorang ulama dan ahli perniagaan. Beliau memiliki dua anak lelaki. Sebelum beliau meninggal dunia, beliau telah memanggil kedua anak lelakinya, lalu berpesan,


"Bila ayah telah tiada lagi di dunia ini, kamu berdua hendaklah meneruskan perniagaan ayah. Cuma ada 2 perkara ayah ingin kamu lakukan.


1. Bila kamu berniaga, *jangan kutip hutang.*


2. Bila kamu berniaga, *jangan kena matahari."*


Kemudian Hassan Al Basri mengakhiri hayatnya dan meninggal dunia.


Masa telah berlalu dan selang beberapa tahun, perniagaan si adik semakin merosot dan terus merosot. Manakala perniagaan si abang semakin maju dan maju.


Satu hari si Ibu (balu Hassan Al Basri) memanggil anaknya si adik. Lalu bertanya,


Si ibu : "Wahai adik, kenapa perniagaanmu semakin hari *semakin merosot?"*


Jawab si adik: "Saya ikut pesanan ayah."


Si ibu : "Apakah pesanan ayahmu?"


Jawab si adik : "Ayah berpesan, KALAU BERNIAGA JANGAN KUTIP HUTANG. Jadi, semua yang berhutang dengan saya, saya tak pernah minta bayaran. Kalau mereka nak bayar, mereka bayar. Kalau mereka tak bayar, saya tak kan kutip bayaran."


Pesan ayah lagi, "KALAU BERNIAGA JANGAN KENA MATAHARI."


"Kemana sahaja saya berniaga, mesti bawa payung. Jadi semua perniagaan itu tidak kena matahari sebagaimana pesan ayah."


Kemudian, si ibu pergi berjumpa dengan si abang pula, lalu bertanya.


Si ibu : "Wahai abang, ibu lihat perniagaanmu semakin hari *semakin maju,* apa yang kamu lakukan ?"


Jawab si abang : "Saya ikut pesan ayah."


Si ibu : "Apa pesanan ayahmu?"


Jawab si abang: "Ayah pesan, KALAU BERNIAGA JANGAN KUTIP HUTANG. Jadi , semua saya JUAL TUNAI. Maka, tidak ada orang berhutang dengan saya.k Saya ikut pesan ayah, saya tak perlu kutip hutang. Semua bayar tunai."sah 


"Kedua , ayah berpesan. "KALAU BERNIAGA JANGAN KENA MATAHARI." Jadi saya keluar ke kedai waktu subuh. Lepas solat subuh, saya tidak tidur, terus ke kedai. Malam baru saya pulang ke rumah. Jadi, saya tak kena matahari."


*—Moral of the story*


*Perbezaan MENTAFSIR sesuatu perkara akan menjadikan titik arah hidup yang berbeza.*


Kalau kita kata ibadah itu hanyalah di tikar sembahyang semata-mata, nanti kita akan meninggalkan kewajipan mencari nafkah terhadap keluarga, kewajipan terhadap negara dan ummah keseluruhannya.


Jadi, belajarlah dari ramai guru, banyak membaca untuk tambahkan ilmu, minta اللّٰه سُبْحَانَهُ وَ تَعَالَى beri petunjuk, mohon اللّٰه سُبْحَانَهُ وَ تَعَالَى bimbing kehidupan kita, semoga اللّٰه memberikan taufik dan hidayah.


Mudah-mudahan, dengan kefahaman yang betul, kita di muliakan oleh اللّٰه di dunia dan di akhirat. Nabi صلى الله عليه وسلم pernah bersabda;


*“Siapa yang اللّٰه سُبْحَانَهُ وَ تَعَالَى mahukan kebaikan bagi dirinya, akan difahamkan padanya agama dengan sebenar-benar kefahaman”.*


Silakan share jika rasa ia menarik untuk dibaca dqn rasa bermanfaat.

BAGAIMANA PEMASARAN DI SHOPEE SUPAYA RAMAI PELANGGAN NAMPAK

Dalam Shopee ada ramai penjual, dan ramai juga pesaing yang menjual barang yang sama.

Betul kan?


Dan bagusnya dalam Shopee lengkap dengan marketing dan sales. Saya beranggapan, sahabat semua dapat membezakan marketing dan sales.


Ayat mudahnya marketing nak bagi orang jumpa kedai kita, barang kita jual.


Dalam Shopee telah disediakan marketing berbayar dan marketing secara percuma. Berdasarkan pengalaman saya, saya nasihatkan kepada nubie supaya guna dulu marketing secara PERCUMA ni.


Untuk marketing secara percuma dalam Shopee ni, ada banyak marketing tools disediakan. Kena pandai dan kreatif. Paling bagus, setiap bulan kena cuba dan adjust mana marketing tools yang berkesan untuk produk dan servis kita.


Dan paling penting kita kena ukur (measure) keberkesanan marketing yang kita buat. Dah disediakan juga di Shopee. Nih part yang paling saya suka dalam Shopee. Berbanding bila kita buat jualan ditempat lain, kita kena measure manually.


Didalam Shopee Marketing Tools, ada 3 bahagian:

>> Boost Sales with Promotion

>> Engage with Your Shoppers

>> Increase Your Shop Traffic


Dalam bahagian Boost Sales with Promotion ada 7 jenis juga kita boleh explore:


1.Vouchers

Increase orders by offering buyers reduced prices at checkout with vouchers


2. Discount Promotions

Set discounts on your products to boost sales


3. Bundle Deal

Increase average spending per order by offering product bundle discounts


4. Add-on Deal

Sell more products by offering add-on discounts or free gifts with min. spend


5. My Shop's Shocking Sale

Boost product sales by creating limited-time discount offers in your shop


6. Shipping Fee Promotion

Set shipping fee discounts to attract shoppers to make orders


7. Seller Coins

Top up seller coins as a reward to encourage shoppers to join shop activities


Untuk saya sendiri, tools 1 dan 2 paling berkesan. Jadi bolehlah explore mana yang kita nak gunakan untuk kedai kita. Tak semestinya sama. 


Walaupun ianya adalah marketing secara percuma. Secara jujurnya, ada juga kos penjual dengan berikan diskaun harga, voucher dan potongan lain.


Jadi sebagai penjual kena berhati hati juga masa part ni. Kecuali bagi seller yang lama mungkin akan dapat voucher opt by Shopee, maksudnya Shopee bayar. Jadi yang ni memang berbaloi.

Isnin, 5 Julai 2021

TIPS UNTUK PENIAGA ONLINE

Bila PM masuk bertalu² :

"Ya Allah, kau berilah aku peluang untuk membantu pelanggan ku supaya kembali yakin dan sihat dengan produk jualan ku".


Tips WAJIB Amalkan Sebelum Reply WhatsApp :


1. Mulakan dengan bismillah

2. Berserah dan minta dengan ALLAH dulu kerana hanya DIA yang menjentik hati pelanggan dan buka hati mereka utk membeli.


Jadi kita pun tak kecewa jika pelanggan tu beli atau tak. Sebab kita dah serah dan ALLAH dah atur yg terbaik untuk kita.


1. Sentiasa letakkan ALLAH No 1⃣

2. Jangan mengeluh jika tak dapat close sale

3. Perbaiki cara engagement dengan pelanggan

4. Muhasabah diri dan audit balik apa yg "block" rezeki utk masuk.


Ingat! Bisnes bukan sekadar jual dan duit sahaja 😊

Ahad, 4 Julai 2021

7 ZIKIR TARIKAN REZEKI

1. La Hawla Wala Quwwata Illa Billah


Barangsiapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak mengucapkan –

La hawla Wala Quwwata Illa billah. 

(HR. At-Tabrani)


2. La Ilaha Ilallah Al Malikul Haqqul Mubin


Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha illalla al malikul haqqul mubin maka bacaan itu akan menjadi keamanan dari kefakiran dan menjadi penenteram dari rasa takut dalam kubur. 

(HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami)


3. Subhanallahi Wabihamdihi Subhanallahil ‘Adziim


Dari setiap kalimat itu seorang malaikat yang bertasbih kepada Allah Ta’ala sampai hari kiamat yang pahala tasbihnya itu diberikan untukmu. 

(HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)


4. Surah Al-Ikhlas


Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas ketika masuk rumah maka berkat bacaan menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya. 

(HR. At-Tabrani)


5. Surah Al-Waqi’ah


Barangsiapa membaca Surah Al-Waqi’ah setiap malam maka tidak akan ditimpa kesempitan hidup. 

(HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al-Iman)


6. Selawat ke atas Nabi


Dari Umar bin Khattab dari Nabi Muhammad SAW bersabda:


“Barangsiapa berselawat kepadaku satu kali selawat maka Allah akan membalas sepuluh kali selawat dan mengangkatnya sepuluh darjat”.


7. Beristighfar


Barangsiapa melazimkan beristighfar nescaya Allah akan mengeluarkan dia dari segala kesusahan dan memberikan rezeki dari arah yang tidak pernah diduga. 

(HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah)


Jom kita amalkan, semoga rezeki kita berlimpah ruah dan diberkati. Aamiin

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama