Sabtu, 15 Mei 2021

YAKIN REZEKI ALLAH

Ada berjuta-juta makhluk di sekeliling kita  yang hidup tanpa harta, tanpa simpanan.


'Poket' mereka kosong, tiada apa-apa.


Tetapi mereka boleh tidur dan bangun tanpa risau sedikit pun soal rezeki mereka. 


Subhanallah..


Apabila kita telah berusaha dan bertawakkal kepada Allah dalam mencari rezeki, apa lagi yang merisaukan kita?


Kun Anta,

Usaha, Doa, Tawakkal.

Apa itu barokah?

Ia adalah salah satu dari tentera Allah yang diutus kepada hamba-Nya yang Dia kehendaki. 


Bila barokah itu berada di harta maka harta itu menjadi banyak, bila ia ada di anak maka anak itu menjadi soleh, bila barokah ada di badan maka ia akan menjadikan kuat, bila ada di waktu maka ia akan memperpanjang, bila ada di hati maka ia akan membahagiakan. 


Aku mohon kepada Allah agar memberi barokah di rumah kita, kesihatan kita, hidup kita, keturunan kita, harta kita dan waktu kita."


Syaikh Muhammad Mutawalli As-Sya'rowi


Aamiin🤲

NAK BANTU RAMAI ORANG YANG PERLUKAN ILMU UNTUK MAJU DALAM BISNES ONLINE

Jika Anda Masih Baru Dalam Dunia Bisnes Online, Mulakan Dengan Facebook Zero Cost Marketing. 


Anda Wajib Tahu Ilmu-ilmu Berikut


1. Facebook Zero Cost Marketing 


2. Cara Elak DiBlock Facebook 


3. Cara Beriklan Di Facebook 


4. Facebook MarketPlace 


5. Fasa Cara Dapatkan Pelawat (Trafik) 


6. Fasa Telegram Marketing 


7. Chatbot Messenger Basic 


8. Fasa Viral Strategi Marketing 


9. Fasa Marketing Akhirat 


10. Fasa Psikology Customer 


11. Fasa Editing Gambar Dalam Handphone 


12. Fasa Instagram Zero Cost 


13. Fasa Chatbot FB Messenger Advance ( Manychat ) 


14. Fasa Content Marketing ( Video Marketing ) 


15. Fasa Website Jualan Automasi 


16. Facebook Ads 


17. IG  Ads 


18. Google Ads 


19. Email Autoresponder. 


20. Complete Strategy Funnel Marketing 


21. Tools / Software Exclusive

ILMU & INCOME

Tahap ilmu akan menentukan tahap pendapatan anda.


Lagi banyak ilmu anda miliki lagi besar peluang untuk anda jana banyak income. 


Hari ini ramai yang mempunyai sijil dari tempat-tempat hebat tetapi Income hanya dari RM0 - RM1000. 


Apa yang saya maksudkan ialah Ilmu tentang survival ketika ini. Seperti, cabaran menempuh norma baru musim PKP dan cara pemasaran moden 2020.


Ilmu dapat membantu untuk anda bergerak dengan pelbagai cara. Ia tidak terhad kepada skill biasa yang anda ada.


Kalau dulu mungkin anda pekerja hebat dan ada kemahiran yang diperlukan. 


Mungkin hari ini sudah tidak lagi. Mungkin anda sudah perlu pelajari sesuatu yang baru. 


Kesediaan kita untuk berubah itu perlu. Ia akan menentukan sejauh mana kita boleh buat perubahan dalam hidup kita.


Ada orang dia menunggu dan terus menunggu, nak bertanya malu dan sebagainya.

TIPS BISNES ONLINE

Jenuh iklan di group-group Facebook. Krik Krik Krik... 

Akhir sekali ‘LIKE’ posting sendiri.


Apa sebabnya ?


- Tiada Enggagement 

- Tiada Respon komen

- Tiada Respon share

- Tiada Respon emoji


Robot Fb yang dipanggil “ALGO” ini fungsinya adalah menyebarkan atau push posting content yang menarik kepada pengguna FB.


Jika posting anda tidak menarik, posting itu akan FB tenggelamkan.


Jadi, anda boleh fikirkan. Adakah anda mengalami masalah diatas? 


Teknik Marketing 2020 telah berubah. 😉


Ingat... Fb personal adalah laman bersosial, Fb group adalah laman untuk berbincang @ post iklan (twist) post iklan. 


Fb pages adalah laman untuk niaga atau services.


Gunalah dengan bijak dan manipulate platform yang yang disediakan oleh Facebook jika anda menggunakan Zero Cost Marketing.

Renungan Sebelum Lena

Adakala mungkin kita terleka apabila sudah menerima nikmat yang kita inginkan.


Sehinggakan terkadang  kita terlupa yang dahulunya kita merintih-rintih siang malam berdoa pada Allah swt untuk diperkenankan.


Tetapi apabila diberi nikmat yang kita mahukan, segala amalan sunat, membaca al-Quran, solat berjemaah, zikir harian pagi petang semuanya semakin pudar sikit demi sikit atas sebab kita sudah tidak 'berhajat' kepada bantuan Allah swt.


Allah swt berfirman:


وَإِذَا مَسَّ ٱلۡإِنسَـٰنَ ٱلضُّرُّ دَعَانَا لِجَنۢبِهِۦۤ أَوۡ قَاعِدًا أَوۡ قَاۤىِٕمࣰا فَلَمَّا كَشَفۡنَا عَنۡهُ ضُرَّهُۥ مَرَّ كَأَن لَّمۡ یَدۡعُنَاۤ إِلَىٰ ضُرࣲّ مَّسَّهُۥۚ كَذَ ٰ⁠لِكَ زُیِّنَ لِلۡمُسۡرِفِینَ مَا كَانُوا۟ یَعۡمَلُونَ


Maksudnya: Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, dia (kembali) melalui (jalannya yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan.

[Surah Yunus: 12]


Adakah ibadat yang kita buat sebelumnya ketika kita ditimpa musibah, kesakitan, kesusahan itu hanya semata-mata untuk diperkenankan hajat kita yang banyaknya bersifat keduniaan?


Malunya kita pada Allah... dulunya diri yang hina ini memohon merintih minta pertolongan pada Allah, tetapi apabila sudah dapat, dilupakan begitu sahaja.


Allahh... ampunilah kami, kami benar-benar sudah melampaui batas pada-Mu, ampunilah kami.


Wallahua'lam.

TAMBAH PENDAPATAN ATAU TAMBAH HUTANG

Susah ke sekarang ? Susah sebab ? 


1. MINDA NEGATIF 


Pinjam dengan oranglah senang. Dapat duit nanti gantilah. Tahun bila nak ganti ? Duit gaji setakat tu je bulan-bulan tak bertambah. 


2. TAK ADA ILMU 


Kedekut nak melabur ilmu untuk buat duit. Nak ilmu FREE memanjang. Bagi FREE tak buat pun.


Tak mahu cari Ilmu untuk tambah rezeki. Sombong dengan guru, sombong dengan ilmu.


3. EGO 


Tak mahu berhujan, tak mahu berpanas, tak mahu promot, tak mahu susah-susah, tak mahu leceh-leceh. Nak duduk opis je, tunggu hujung bulan gaji masuk. 


4. BANYAK ALASAN 


Aku tak sempatlah.. anak lagi, suami lagi, rumah lagi, kerja lagi. Kat mana nak cari ? Kat mana nak buat ? Kau senanglah kau dah biasa, aku ni apa pun takda. Habis orang lain takda anak ? orang lain takda kerja ?


P/S : Semakin banyak meminta kepada manusia, semakin sempitlah hidup.


Tambah Ilmu ✔️

Marketing Dunia Akhirat

Hari hari masuk sale

MEMANG TAK DISANGKA

Sales Boleh Masuk Hari Hari  Secara Auto Hanya Gunakan Sistem Yang Mudah Simple Free dan Murah Je


✓mudah

✓mesra pembeli

✓laju

✓murah

✓automatik

✓mesra Facebook dan Google

✓unlimited produk

✓unlimited transaksi sales

✓monitor sales lebih mudah

✓kumpul database lebih mudah


Memang dari awal hingga akhir, proses

sales itu berlaku setiap masa iaitu 24jam


Perghh padu amat bila pula, ejen ejen dilantik rajin post di social media link produk yang telah disetup dalam sistem Ordersini


Selepas ini boleh pump pula Facebook Ads,

lagi sales mencurah curah masuk secara

automatik


===


Hidup sebagai org bisnes kan sekarang lebih mudah dan kurang stress bila gunakan Ordersini


Biar bisnes kita beri life dan jangan berikan stress pada kehidupan kita.


Jangan Tunggu lagi,

Jom terokai Sistem Yang Roketkan Sales Anda

Nak Rasa Hujan Sale

Online Seller Perlu Tahu Pantang Larang Facebook

🔺Kene alert🔻


1⃣ Respon kastemer atau prospek dengan segera. 

Rajin reply komen di post wall peribadi, wall prospek dan mesej di messenger. Jika engagement kurang, post cepat tenggelam ke bawah.


2⃣ Marketing online di facebook bergerak sangat laju.

Kene peka pada perubahan terbaru di media sosial facebook.


3⃣ Sistem facebook bertukar tiap masa.

Dulu Up 5 untuk featured photos, sekarang bole up 6-9 gambar.


4⃣ Audiens di facebook borak guna bahasa santai je atau bahasa wechat tapi pastikan ejaan penuh. Kalau tak tulis tak bukan x.


5⃣ Wujudkan komunikasi 2 hala. Elakkan buat posting syok sendiri. Elert tranding semasa

5 FASA MENUJU KEJAYAAN

1) Fasa Exited/semangat


Masa ni jiwa kita sangat bersemangat nak buat bisnes. Setiap hari sharing, posting di media sosial.


2) Fasa mula diuji


Ada adik beradik perli, kawan2 rendahkan kita, tiada sokongan keluarga malah diuji dengan kata2 negatif orang sekeliling berkenaan bisnes anda.


3) Fasa Down


Fasa ni ramai yg tidak mampu untuk bangkit sebab terlalu banyak layan biawak sekeliling. Akhirnya stop, berhenti di tengah jalan. TETAPI andai anda berjaya hadapi segala ujian, maka anda akan naik ke fasa keempat.


4) Fasa  Bangkit dari kegagalan


Orang yang berjaya bangkit dan istiqamah dalam fasa ini, maka dia akan terus buat tanpa henti. Perjalanan bisnes akan kembali stabil dan pasti akan naik ke fasa lima.


5) Fasa KEJAYAAN


Inilah fasa yang dinantikan & didambakan oleh semua usahawan. Jiwa raga kental dengan segala macam bentuk ujian yg melanda. Lebih tenang menghadapi segala kemungkinan. Ianya akan membuatkan anda berjaya  capai apa sahaja impian, Financial Freedom, bebas membeli impian, bebas hutang dan akan terus bersemangat melahirkan usahawan2 baru tanpa henti.


So, teruskan sahabat. Jangan stuck di fasa ketiga. Bangkitlah dan teruskan melangkah kerana kejayaan amat hampir dengan insan yang berusaha tanpa henti.

Khamis, 13 Mei 2021

Tahun 2021 ini sama-sama kita jadi orang kuat yang berdiam bina dan bangunkan diri kita tanpa kita bising dan sakiti sesiapa, caranya mudah sahaja:

1. Sekiranya kita ditegur, dinasihat, letak dalam kepala dan jiwa kita ini adalah teguran yang Allah beri untuk kita jadi lebih baik lagi.


- sekiranya ia dilakukan di khalayak ramai dan menyebabkan kita malu dan segan, maka ambil pendekatan berjumpa dengan yang menasihat dan beritahu dia kita tak selesa dengan hal tersebut. 


- tak perlu marah di mana-mana medan termasuk media sosial, berani berdepan.


2. Sekiranya kita dihina, dipandang jelek, tenang dan tarik nafas panjang-panjang. Letak dalam kepala dan jiwa kita ujian itu memang untuk kita hadap. 


- takkan kita dihina jika Allah tak nak jiwa kita lebih besar. Takkan kita dipandang tak elok jika Allah tak nak kita jadi orang "cantik" hatinya selepas itu. Pasti ada sebabnya.


- tak perlu up status apa yang kita nak buat selepas itu, bangkit berubah dan perlahan-lahan menuju sukses.


3. Sekiranya kita banyak buat salah, banyak buat silap, kemudian kita bertanya kepada diri kenapa jadi begitu kenapa jadi begini, semak semula apa hubungan kita dengan Allah, apa hubungan kita dengan keluarga. 


- 2 perkara ini akan memungkinkan segala apa kita buat itu lancar atau sebaliknya.


- baik hubungan, baik semua. Tak semua yang berlaku kepada diri kita adalah salah orang lain. Biasanya 80% salah diri kita sendiri. 


Kawan-kawan,


Orang bijak, dia berubah.

Orang baik, dia tak cepat penat lelah,

Orang hebat, dia laju-laju tukar arah.


Dia tahu dia juga boleh tumbang,

Dia tahu dia juga boleh sedih boleh cedera parah,

Namun dia juga tahu dia perlu tarik hand brek dan berhenti sekejap.


Keluar dari kereta dan melihat di mana kerosakan, kemudian baiki dan jalan terus. 


Dia tak ada nak maki kereta tersebut, tak ada nak marah siapa bina kereta tak ada juga nak carut di mana-mana socmed tentang apa yang jadi.


Bagi dia sampai ke destinasi lebih penting. 


Mari sama-sama jadi orang kuat yang membina diri diam-diam. 


Tak hebah tak heboh salah orang,

Nampak silap diri lebih banyak.

Kemudian baiki dan berubah.


Setahun, 2 tahun, 5 tahun, 10 tahun, lihatlah diri kalian dah sampai tahap mana.


Jika jenis tak boleh berubah, suka duduk di kerusi sama, kalian akan perasan pandangan kalian, cara kalian bercakap, cara kalian berfikir masih sama.


Namun jika kalian alami perubahan, 1-10 tahun itu kalian akan dekati banyaknya keindahan dalam sebuah kehidupan. Ada 1,001 pelajaran! 


Begitulah.


Credit to Khairul Hakimin Muhammad,

Kita diam-diam bangkit! Bismillah 💪

TIPS COPYWRITING

Sedikit tips Penulisan Berpengaruh yang saya amalkan dari tahun 2015 dan kini mempunyai lebih 188,000 pengikut.


1. Ejaan Betul.

Tidak kira kalian siapa, santai atau rojak atau biasa, tulislah dengan ejaan yang betul tanpa 1 singkatan pun. Ejaan yang bagus akan membantu menaikkan kredibiliti, memberi kefahaman yang baik dan membantu  ‘see translation’ berfungsi dengan sempurna. 


2. Perkataan biasa.

Sebaiknya guna perkataan yang biasa. Tidak perlu sampai menulis dengan perkataan canggih dan bombastik hingga akhirnya memberi orang lain sukar untuk faham. 


3. Beri ayat yang tepat.

Tak perlu panjang lebar memberi penerangan. Sekiranya boleh diringkaskan dan sudah memberi kefahaman, terus titik noktah. Panjang-panjang nanti akan jadi membebel.


4. Satu lagi hal membebel iala banyaknya pengulangan perkataan yang sama di dalam 1 perenggan. Elakkan. Ia akan tambah bosan orang membaca. 


5. Pastikan 4-5 baris ayat, buat perenggan.

Ia mesti ada ruang antara 1-1 perenggan itu supaya ia memudahkan orang membaca menggunakan telefon bimbit. Ingat, 90% pengguna media sosial, guna telefon bukan laptop. 


6. Pastikan tulisan kita beri impak positif kepada audien. Jika tidak, sukar benar mereka ingin klik butang share. 


7. Tenang dalam menggunakan perkataan.

Sama ada marah, gelisah atau teruja, pilih perkataan yang sesuai. Dilarang sama sekali berkasar, mencarut dan sebagainya. 


8. Tulis perkara yang kita mahir, suka dan sudah kaji.

Jika tidak, kita akan dapat soalan yang kita sendiri tidak tahu jawapannya. 


9. Jika ingin banyak share (untuk naikkan follower), tulis perkara yang banyak titik persamaan di antara kita semua. Jika tulis perkara rare, orang akan keliru dan kita sahaja yang akan faham. 


10. Untuk dapat like dan komen (bagi naikkan enggagement) tulis perkara yang menghiburkan orang. Audien yang tersenyum biasanya akan setia. 

TIP PEMASARAN DALAM GROUP FACEBOOK

Ramai peniaga online sekarang suka beriklan dalam facebook group.


Sebab dalam group itulah anda dapat dan berpeluang membuat jualan produk yang di promosikan. 


Tetapi apa yang sangat menyakitkan hati dan membuat hati sering kecewa ialah kerapkali berlaku akaun Facebook di BLOCK oleh facebook.


Saya jual produk biasa aje, tapi selalu kena BLOCK, Orang lain jual ubat kuat tak ada KKM pun boleh lepas Iklan 😡. 


Hari tu saya ada Post , jual cuckoo pun kena BLOCK. 


Ini menimbulkan kemarahan. Sedih, kecewa dan akan buatkan anda mudah berputus asa. 


Mungkin anda salah seorang antara kita yang pernah melaluinya. 


saya pun pernah kena 😂. Tetapi sekarang tidak lagi. Alhamdulillah,walau saya post iklan ke seratus Group Dalam masa kurang sejam setengah. 


Sebenarnya, ada beberapa perkara yang boleh menyebabkan anda kena BLOCK.


Antaranya ialah anda menggunakan akaun Facebook  yang masih baru dibuat dan terus beriklan di dalam banyak Group. 😊 


Antara lain ialah anda langsung tidak bersosial..., Facebook ialah tempat untuk anda bersosial. Membawang dan sebagainya. 


Antara lain isi Copywriting anda yang menyebabkan 🤖 robot Facebook mengesan sesuatu yang menyalahi polisi yang ditetapkan oleh mereka. 😊 


Jadi bagaimana nak atasi? 🤔


Dengan ilmu dan panduan yang betul... Anda boleh mengelakkan perkara ini dari berterusan menghantui diri anda. 😊


Banyak rahsia dan tips dapat dipelajari jika anda sanggup untuk mempelajari ilmu-ilmu yang sangat berguna sebagai peniaga dalam talian. 


Sepertimana anda hendak memandu kereta, anda perlu belajar ilmu memandu kereta agar anda tidak melanggar tembok atau melanggar apa sahaja yang tidak sepatutnya. 😊 


Boleh share jika manfaat pada rakan2x

RAHSIA MARKETING ADVANCE

10 NASIHAT Al IMAM AS SHEIKH DR. RAMADAN AL-BUTI 


1. Memulakan hari dengan solat subuh berjemaah di masjid.


2. Ketika mendengar suara azan; di mana pun kita berada dan dalam keadaan apa sekalipun, maka kita harus cepat-cepat menuju ke masjid terdekat untuk melakukan solat berjemaah.


3. Berusaha dengan sekuat tenaga untuk tidak menggunakan umur kita ini kecuali untuk taat kepada Allah, bekerja untuk mencari rezeki halal, mencari ilmu, dan untuk beristirehat menghilangkan kepenatan.


4. Ketika hendak tidur, maka kita harus membayangkan bahawa kemungkinan tidur ini adalah tidur untuk selama-lamanya, tidur terakhir kita di alam dunia. Sebelum tidur, kita bermuhasabah dan beristighfar kepada Allah.


5. Ketika kamu mendapat kenikmatan atau ujian, maka jangan lupa hakikat bahawa tidak ada yang dapat memberi manfaat dan tidak ada yang dapat menolak mudarat kecuali Allah Subhanahu Wa Ta'ala.


6. Sesudah kamu melakukan solat dan selesai berwirid, maka jangan berdiri sebelum mengangkat tanganmu berdoa kepada Allah degan penuh kerendahan hati dan penuh kehinaan, meminta kepada-Nya menunaikan hajat-hajatmu, menghindarkan dari segala ketakutan, dan mengampuni segala dosa-dosamu.


 7. Ketika kamu merasa ditinggalkan manusia dan dibenci oleh mereka maka jadikanlah redha Allah sebagai pengubat hatimu. Dan ketahuilah bahawa hal itu lebih baik daripada manusia yang menyukaimu tetapi Allah membencimu.


 8. Ketika nafsumu menarikmu untuk ghibah ( mengumpat ) pada saudaramu, maka ingatlah bahawasannya kamu juga mempunyai banyak kecacatan dan apabila Allah membukanya nescaya kecacatanmu itu juga menjadi pembicaraan manusia lain pula.


 9. Berusahalah sekuat tenagamu untuk menjadikan bekalan yang kamu sediakan nanti adalah merupakan hati yang suci daripada segala kotoran kebencian.


10. Ketika nafsumu mengajak untuk melakukan kemungkaran, maka ingatlah akan kematian kerana kematian itu akan mengecilkan besarnya maksiat dan menjadikan ibadah dan taat itu banyak.


-Petikan dari kitab Bathinul Ithsmi (باطن الإثم), karangan Syeikh Ramadhan al-Buthi


[ TIPS MARKETING ]



KEKUATAN DALAMAN UNTUK BERJAYA


Stratergy , taktik dalam bisnes hanya mewakili 10% dari kejayaan.


90% dkuasai oleh dalaman & attitude.


Team saya apabila ditanya kenapa x hantar report,kenapa x buat tuagasan , ada yang menjawab "tak sempat"


Saya akan ketawa dan tahu dia x akan berjaya sampai bila2 jika jawapan itu tak berubah.


Dia x berkahwin lagi,tak ada anak lagi,x ada tanggungjawab lagi.Boleh dia jawab "x ada masa" depan orang lain yg ada beberapa orang anak.


Memberi alasan adalah ciri orang yang attitude rendah.


Orang sebegini tak akan berjaya.


Serius!!


Setahun lalu saya adalah orang yang suka bagi alasan bila sesuatu tak dibuat dengan sempurna.


Saya sering salahkan orang lain atas kejadian .


Dan apabila saya start ubah,saya start membayar atas  setiap kesilapan yg saya buat,hidup saya berubah.


Saya pernah membayar rm100 kerana lambat beberapa minit sampai ke bilik training.


Saya pernah membayar rm50 kerana lupa silentkan henset.


Saya pernah membayar rm50 kerana bangun tidur lebih pukul 6a.m.


Semua ini kerana saya nak membentuk attitude yang hebat dalam diri saya.


Dan saya latih team saya dengan cara yang sama.


Saya doakan anda dipermudahkan urusan.


Jutawan dunia & akhirat.


Mohonkan saya juga dipermudahkan urusan .

TIPS MARKETING - TRUST

Sebelum mula tulis #content, pastikan #profile kalian itu sudah tersusun dengan elok. Nak beri orang percaya, nak orang dekati, nak orang follow, ia mesti ada elemen orang suka. 


1. Nama. - mesti nama orang. Tak kisah nak guna nama samaran, nama komersil atau nama timangan. Janji nama orang. Contoh nama sebenar Fatimah Awang, dia guna nama Tim Awang. Ha boleh sahaja. 


Tak boleh nama yang bergabung dengan syarikat atau produk. Memang tak ada siapa nak berkawan dengan kita apatah lagi nak follow. Contoh salah ialah Fatimah Coway. Aduhlah janganlah. 


2. Gambar Profile. - Mesti guna gambar sendiri dan seorang diri. Tak perlu gambar dengan suami / isteri. Letak sahaja tanpa prejudis. Biar jelas dan terang ia adalah gambar kita. Juga tan perlu pakai kot, pakai smart-smart, ini media sosial, tenang-tenang aja kawan-kawan.


3. Gambar Cover. - Ramai yang berusaha letak business card, gambar produk, gambar syarikat, gambar dapat award dan hadiah. Itu semua akan menyebabkan ramai orang berundur dan merasakan kalian ini akan menjual menjual menjual. 


Letak sahaja gambar kehidupan biasa seperti gambar pergi makan-makan, dengan keluarga, dengan kawan, gambar pergi travel semua. Itu semua gambar yang beri kepercayaan tinggi.


4. Text Bio. - Yang bahagian kecil untuk kita tulis tentang diri kita. Elakkan tulis “Ejen Produk A, CEO Syarikat B.” aiyo, itu semua pengenalan yang patut ditulis di bahagian About - Working. 


Di sini letak minat, suka, hobi dan sebagainya, baru tulis apa yang kalian buat. Kalau follower dah 25,000 orang ke atas, dah boleh tulis kerjaya. Selagi itu, jangan dulu. Kasi orang percaya dulu gais.


5. About - Working. Ini antara titik kepercayaan tinggi audien kepada kalian. Tulis sahaja di mana kalian pernah bekerja dulu dan sekarang. Orang akan nampak kalian itu sebelumnya apa, sekarangnya apa. Jika dulu Eksekutif di Ingress, maka tulis sahaja. Jika sekarang dah jadi CEO Syarikat, tulis juga. 


6. Features Photo- Yang ini boleh letak sampai 9 gambar sekarang. Boleh sahaja campur-campur. Yang penting ia adalah gambaran kepada kehidupan kalian.


7. Web / Link - Ha letak sahaja link website atau Instagram kalian di bahagian bawah itu. Semua akan menjadi baik-baik sahaja.


8. Dan tolonglah Publickan profile tersebut jika memang nak kumpul follower. Kalau tak nak, tak apa. No hal. 


*


Habis itu bagaimana nak menjual?


Menjual di posting. Bukan di profile. Ia adalah “rumah kalian”. Kena ingat. Setting rumah mesti kemas, mesti elok dan mesti friendly. Biar orang suka datang tengok dan beri kepercayaan tinggi. 


Jika setting kalian seperti “kedai”, orang akan takut-takut nak klik add, takut juga nak follow. Serba salah kerana bimbang sangat kita akan sering menjual. 


Susun posting selepas siapkan profile. Barulah mula bermain dengan content.


Mana untuk kehidupan, mana untuk jana kewangan. Bila dah elok, ada posting yang viral, orang akan klik profile, eh dia suka, terus dia tekan butang follow.

Selasa, 11 Mei 2021

7 Zikir Mudah Menjemput Rezeki

💗1. Memperbanyak Membaca – 

La hawla Wala Quwwata Illa billah .


Barangsiapa lambat datang Rezekinya 

hendaklah banyak mengucapkan – 

La hawla Wala Quwwata Illa billah 

(HR. At- Tabrani)


💗2. Membaca – La Ilaha Illallahul 

Malikul Haqqul Mubin.


Barangsiapa setiap hari membaca 

La ilaha illallahul malikul haqqul 

mubin maka bacaan itu akan menjadi 

Keamanan dari Kefakiran dan 

menjadi Penenteram dari rasa Takut 

dalam Kubur (HR. Abu Nu’aim dan 

Ad Dailami).


💗3. Membaca – Subhanallah 

wabihamdihi Subhanallahil adziim .


Dari setiap Kalimat itu seorang 

MALAIKAT yang BERTASBIH kepada 

ALLAH Ta’ala sampai hari Kiamat 

yang Pahala Tasbihnya itu diberikan 

Untukmu. (HR. Al-Mustagfiri dalam 

Ad-Da’awat)


💗4. Membaca Surat Al-IKHLAS:


Barangsiapa membaca Surat AlIkhlas 

ketika masuk rumah maka berkah 

bacaan Menghilangkan Kefakiran dari 

penghuni rumah dan tetangganya

(HR. AtTabrani)


💗5. Membaca Surat Al-WAQIA’AH :


Barangsiapa membaca surat 

Al-Waqiaah setiap malam maka TIDAK 

akan diTimpa Kesempitan Hidup” 

(HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al-Iman)


💗6. Memperbanyak SELAWAT KEATAS 

NABI : 


Dari Umar bin Khaththab dari Nabi 

Shallallahu’alaihi wa sallam bersabda 

bersabda: Barangsiapa Berselawat 

kepadaku satu kali Selawat maka 

ALLAH akan membalas sepuluh kali 

Selawat dan Mengangkatnya Sepuluh 

DARJAT. (Dikeluarkan Imam Bukhari 

dalam Adabul Mufrad, Ibnu Abu 

Syaibah..

al-Bazzar Ibnu Syahiin dan al-Ismaili 

dengan sanad ma’lul)


💗7. Melazimkan BERISTIGHAFAR : 


Barangsiapa melazimkan Beristighfar 

nescaya ALLAH akan Mengeluarkan 

dia dari segala Kesusahan dan 

Memberikan Rezki dari arah yang 

tidak diDuga-Duga” (HR. Ahmad, 

Abu Dawud dan Ibnu Majjah)

BARU LA SMART IMPIAN KORANG

Bila kita berniaga tak kira apa pun produk/servis yang kita cuba jual , kita wajib ada business goal atau target yang kita cuba nak capai dlm business.


Lain org lain niat 

Lain org lain target 

Lain org lain big why

Lain org lain motivation


Tapi apa pun target/niat/big why/motivation kita dlm menjalankan perniagaan kita ,  ia mesti ada strategi atau framework utk memastikan ia menjadi realiti utk kita.


Jom saya kongsikan..


🔥 S.M.A.R.T Method 🔥


🚀 S - Specific 🚀


Kita akan lebih mudah utk capai sesuatu jika betul2 tahu secara spesifik atau details tentang perkara yg kita nk capai berbanding mereka yg tak tahu secara spesifik.


Contoh : 


👨🏻Mohd : Saya nak belikan ibu saya sebiji rumah banglo di kawasan kampung area Banting Selangor. Berkonsepkan inggeris & berkeluasan 6,000 kaki persegi


👨 Abu : Saya nak belikan rumah utk ibu..kalau ada rezeki.


Nampak x perbezaannya & siapa yg akan lebih mudah utk capai apa yg mereka impikan ? Semestinya 'Mohd'


🚀 M - MEASURABLE🚀


Measurable ini dlm bahasa melayu bermaksud "boleh diukur". Ada impian atau goal tak cukup jika kita x tahu BERAPA duit diperlukan utk capai impian kita


Cuba tanya pada diri sendiri :


Berapa lama diperlukan utk capai ?

Berapa byk duit diperlukan utk capai ? 

Berapa byk produk perlu terjual ? 

Apa yang diperlukan utk aku capai benda ni ?


Contoh :


👨🏻 Mohd menggunakan dividend sebanyak RM500,000 dari business beliau utk belikan aset atau belikan banglo utk ibunya di kampung. 


🚀 A - ATTAINABLE 🚀


Attainable ini bermaksud "MAMPU CAPAI" . Kita kena jadi realistik dlm impian yang kita nak capai. OPTIMISTIK penting tapi realitik lebih utama.


Jika kita ddk di Malaysia & hanya kerja makan gaji , agak mustahil utk kta beli "private jet" sendiri. 


Set goal yg realistik dgn kemampuan & kapasiti yg kita ada.


🚀 R - Realistic 🚀


Pilih impian atau set impian yang realistik utk diri kita sendiri & jgn ikut orang lain. Kita mesti tahu apa yg kita nak & mesti realistik utk KITA 


Sbg contoh , jika baru bernilai 2 hari jgnlah kita set nk untung RM1,000,000 dlm masa sebulan. MUSTAHIL ! 


🚀 T - TIMELINE 🚀


Impian kita wajib ada dateline atau due date. Ia akan melatih kita utk hormati masa , tepati masa & berdisiplin dlm membuat tindakan. 


Contoh :


👨🏻 Mohd ingin utk capai sales RM1,000,000 dalam masa 3 tahun beliau beroperasi.


Jadi , SMART ker impian korang ? 😊

TIPS MARKETING

Cara Supaya Orang Nampak Iklan Kita Di Facebook


Pernah tak anda post iklan kat facebokk kemudian krikk... krikkk.. Tak ada yang nampak dan respon.


Bukan takat sendu, silap silap tenggelam terus dan hilang dari radar.


Bagaimana caranya???


Jawapannya adalah High Engagement.


◾️ Pastikan masa dan waktu anda post adalah ketika ramai sasaran pelanggan anda online.


◾️ Pastikan konten anda menarik prospek untuk respon like, komen dan share. Contoh post berkenaan servey dan soalan yg membuat prospek berminat untuk menjawab.


◾️ Pastikan gambar dan grafik anda unik dan ada kelainan.  Pilih gambar yg memukau dan buat prospek terpaku sejenak, dan berasa ingin tahu apa yg cuba anda sampaikan.

Upgrade diri untuk 2021

1. Jika bagus menjaga solat pada tahun sebelum ini, tahun ini kita tambah dengan:

- solat sunat sebelum subuh.

- solat sunat sebelum dan selepas zohor, maghrib dan isyak.

- solat sunat sebelum asar. 


2. Jika bagus menjaga solat tahajjud sebelum waktu subuh pada tahun sebelum ini, boleh kita bangun lebih awal untuk solat sunat taubat dan hajat. 


3. Jika bagus kita bersedekah pada setiap hari jumaat pada tahun sebelum ini, maka kita cuba bersedekah setiap hari pula.


4. Jika bagus kita bawa makanan pada setiap hari jumaat untuk diberi kepada rakan sekerja, cuba bawa setiap 3 hari pula.


5. Jika memberi kepada emak ayah RM200 tahun sebelum ini, kita tambah kepada RM250 tahun ini.


6. Jika kita tak pernah memberi kepada adik beradik sebelum ini, tahun ini kita pasang niat dan terus mula. 


7. Jika kita dengar radio pada setiap pagi pergi kerja, kita tukar kepada dengar zikir dan berzikir sampailah ke tempat kerja.


8. Jika kita terbiasa dengan membaca perkongsian di media sosial sahaja, tahun ini tanam hajat nak habiskan sekurang-kurangnya 12 buku setahun.


9. Jika kita terbiasa sembang benda negatif, tahun ini kita cuba sedaya upaya bersembang idea nak jadi lebih baik lagi dan lagi.


10. Jika kita dah biasa beri hadiah kepada pasangan hanya pada hari lahir dan ulang tahun, biasakan diri membeli sesuatu pada setiap bulan pula.


Kawan-kawan,


Kita nak Allah upgrade rezeki kita, kita juga kena upgrade lagi besar kehidupan kita. Jujur saya cakap, semua yang saya tulis di wall ini saya juga tulis dalam planner / diari saya. 


Biasa apa yang kita tulis, Allah akan makbulkan. Di sini hanya 10. Kalian boleh buat sehingga sebanyak mana yang kalian boleh. Saya doakan semuanya kaya dan berjaya tahun ini.


Mari bersama-sama kita usahakannya.


Begitulah.

6 BILA KITA UBAH AKAN MENARIK BANYAK REZEKI DATANG KEPADA KITA

Apa yang perlu diubah ialah Dalaman kita.  Bila kita ubah dalaman, maka luaran akan mudah menerima.


1. Ubah niat.

Niat utk menjadi sebaik baik manusia,  yang memberi manfaat buat ramai orang. Nak membantu ramai orang.


2. Jujur dan bercakap benar.

Kejujuran akan membina kepercayaan.  Orang mudah urusan bila ada trust.


3. Sentiasa berakhlak mulia.

Kita baik orang sayang, malah dicintai oleh Allah swt. Tak perlu tunjuk baik depan org, tapi jadi lah baik untuk dapatkan redha Allah swt.


4. Sentiasa menepati masa.

Buangkan tabiat melengah dan tidak menepati masa.  Mulakan dengan Solat di awal waktu.  Bila kita perbaiki Solat Allah swt akan perbaiki hidup kita.  


5. Sentiasa menjaga tutur kata.

Apa yang kita kata mencerminkan peribadi sendiri. Elakkan berkata buruk, kata kesat, menyindir dan memerli, mengumpat dan seangkatan dengannya.


6. Menjaga Minda Sentiasa Positif.

Sentiasa berfikiran positif.  Fikir, cakap dan doakan yang baik-baik sahaja.

Mengapa Orang Berjaya mereka Boleh Berjaya??

1. Sikap mereka berbeza

🌷Mereka tak suka komplen, mengeluh atau merungut. Orang gagal sebaliknya sentiasa komplen dan mengeluh. Mereka sentiasa tidak berpuas hati. Mereka tak sabar, byk tunggu dan nanti.

🌷Orang berjaya sentiasa bertindak, mereka tidak menunggu sesiapa. Mereka tidak pernah duduk saja.


2. Mereka sentiasa pantas

🌷Pantas buat keputusan, pantas buat tindakan.

🌷Tahu atau tidak, mereka buat saja. Nak bisnes buat aje. Tak pernah fikir masalah. Jadi atau tak jadi itu nombor dua. Yang penting mereka bertindak.


3. Mereka sentiasa invest utk kejayaan mereka

✏Invest ilmu

💰Invest wang

💪Invest tenaga

🕰Invest masa

❤️Invest pengorbanan


4. Mereka membina networking yg bagus

🌷Apa maksud networking ?? Anda adalah siapa kawan anda. Bulatan kawan2 yg berjaya, mereka pasti berjaya.

🌷Jadi upgradelah lingkungan bulatan kawan2 kita. Jangan sembarangan memilih kawan.


5. Mereka dah buat keputusan dari awal untuk berjaya

🌷Sebelum bertindak, mereka dah set dlm minda untuk sukses dan hebat.


6. Mereka berkawan dgn orang yg betul.

🌷Mereka belajar cara org berjaya lakukan.


7. Mereka tidak bertangguh.

🌷Mereka tidak memberi alasan.

🌷Kejayaan adalah kepantasan. Bisnes adalah kepantasan.


8. Mereka tidak terpengaruh dgn kutukan orang sekeiling.

🌷Jangan melayan cakap orang.

🌷Mereka tidak hiraukan perkara remeh temeh.

🌷Mereka tidak melayan kutukan dan hinaan orang.


9. Fokus

🌷Fokus pd satu bidang sahaja.

🌷Di mana ada peluang, di situ ada kekayaan.


10. Mereka konsisten dan persisten. 

🌷Tak mudah putus asa.

🌷Tak mudah mengalah.

🌷Mereka sentiasa excited dan melakukan yg terbaik untuk diri mereka .


Moga bermanfaat buat semua🌸

MACAM MANA NAK TARIK CUSTOMER UNTUK BELI BARANG/PRODUK YANG KITA JUAL ?

1. Bina identiti sendiri. Jangan tiru atau nak jadi macam orang lain.


2. Promote dengan idea dan kreativiti sendiri (kalau jual barang/produk yang banyak persaingan). 


3. Buat customer rasa perlu beli barang/produk yang kita jual (selesaikan masalah orang). 


4. Jual penyelesaian masalah, bukan jual barang.Ini mindset anda perlu ubah


5. Usaha tanpa henti dan buat sampai jadi.


Carilah kelainan, wujudkan identiti anda sendiri. 🤗 


Present siapa anda. Sebab di luar sana berjuta seller yang jual produk hampir sama dengan anda dan amat banyak sekali yang sama.

PENTINGNYA CONTENT MARKETING

Content marketing ialah salah satu teknik paling berkesan akhir-akhir ini.


Bagi yang fokus kepada zero cost marketing, ia adalah teknik paling ampuh untuk anda cuba… Lagi praktikkan.


Sebenarnya, zaman sekarang ni kaedah content marketing dah semakin meluas dan ramai yang ikut kaedah marketing yang baru ni.


Jadi content marketing ni sangat penting kerana ia membantu :


1. Kuatkan branding bisnes kita

2. Tngkatkan prestasi sales kita  3. Pelanggan lebih percaya kita 4. Akan nampak anda serius dalam perniagaan anda 5. Reach & Like lebih tinggi


Nampak tak kesannya kalau anda pun buat content marketing ni ?


Sebagai contoh, jika anda menjual ubat jerawat, anda boleh membuat dan mengedarkan content seperti


tips penjagaan muka, infografik mengenai cara hidup untuk mengelakkan jerawat, dan lain-lain lagi.


Moga Bermanfaat

Sekiranya kalian nak bermain dengan #content di Facebook, maka kalian wajib buat 5 proses asas ini:

1. Profiling. - ia bertujuan memastikan profile kalian bebas dari unsur menjual terlalu banyak. Ruangan setting profile mesti mempunyai unsur kehidupan yang orang selesa. 


2. Positioning. - ia mesti disusun siapa kalian. Nak tulis apa, bentuk apa, jenis apa, matlamat apa. Jika niche tidak dibangunkan, maka kalian akan kelam kabut, serabut dan carca marba postingnya. Audien akan banyak keliru berbanding mahu follow.


3. Objektif. - kalian wajib tahu dan hadam matlamat menaikkan posting. Ada 5 semuanya:


- to educate

- to inform

- to inspire

- to entertain

- to convert to money.


Semua matlamat ini berbeza hasilnya. Ada untuk pembangunan follower, ada untuk maintain engagement ada juga untuk naikkan sales.


4. Strategi. - sudah setkan semuanya, baru masuk ke dalam dunia strategi. Ini game sebenar. Schedule, timing, mana dulu mana kemudian.


5. Blueprint and mapping. - ini ultimate pembinaan content. Sekiranya semua dah bersusun. Setiap hari, setiap masa, setiap susunan waktu ada sahaja benda nak ditulis. Semuanya sudah tersedia.


*


Ya, ia memang proses yang sukar. Namun inilah cara nak dapatkan lebih 100,000 follower dan jutaan ringgit jualan. 


Ini baru basic, belum lagi tambah perkara-perkara lain. 


Ada orang anggap media sosial dan Facebook ini boleh hentam kromo, namun jujurnya ramai pemain di sini adalah mereka yang menyusun dan bermain dengan sangat strategi. Sebab itu mereka pungut hasil yang lumayan. 


Begitulah.

TIPS FB PERSONAL FACEBOOK

Aku selalu posting kat facebook.

Tapi yang nampak, aku sorang jer... 

Aku yang ‘LIKE’ posting sendiri.

Apa sebabnya ?


- Tiada enggagement 

- Tiada respon komen

- Tiada respon share

- Tiada respon emoji


Robot Fb yang dipanggil “ALGO” ini fungsinya adalah menyebarkan atau push posting content yang menarik kepada pengguna FB.


Jika posting anda tidak menarik, posting itu akan FB tenggelamkan.


Jadi, selalu lah tekan butang emoji, share atau komen pada kawan-kawan di laman facebook personal.


InsyaAllah, facebook personal anda juga akan dapat benda yang sama dari kawan-kawan anda!


Fb personal adalah laman bersosial,

Fb group adalah laman untuk berbincang..

Fb pages adalah laman untuk niaga atau services.


Gunalah platform yang betul yang disediakan oleh Facebook.

𝑵𝒂𝒌 𝒋𝒂𝒅𝒊 𝒐𝒓𝒂𝒏𝒈 𝒃𝒆𝒓𝒋𝒂𝒚𝒂?

1) 𝑹𝒆𝒉𝒂𝒕? 𝒋𝒂𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒃𝒂𝒏𝒚𝒂𝒌. 𝑴𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒃𝒂𝒏𝒚𝒂𝒌 𝒕𝒂𝒌 𝒂𝒑𝒂.

2) 𝑴𝒂𝒔𝒂𝒍𝒂𝒉? 𝑻𝒖𝒌𝒂𝒓𝒌𝒂𝒏 𝒌𝒆𝒑𝒂𝒅𝒂 𝒄𝒂𝒃𝒂𝒓𝒂𝒏.

3) 𝑪𝒂𝒃𝒂𝒓𝒂𝒏? 𝑳𝒂𝒏𝒈𝒈𝒂𝒓 𝒋𝒆, 𝒑𝒂𝒔𝒕𝒊 𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒋𝒖𝒎𝒑𝒂 𝒑𝒆𝒏𝒚𝒆𝒍𝒆𝒔𝒂𝒊𝒂𝒏. 

4) 𝑴𝒂𝒍𝒖? 𝑻𝒊𝒂𝒅𝒂 𝒊𝒔𝒕𝒊𝒍𝒂𝒉 𝒎𝒂𝒍𝒖 𝒋𝒊𝒌𝒂 𝒎𝒂𝒉𝒖 𝒃𝒆𝒓𝒋𝒂𝒚𝒂. 𝑲𝒂𝒍𝒂𝒖 𝒏𝒂𝒌 𝒈𝒂𝒈𝒂𝒍 𝒎𝒂𝒌𝒂 𝒔𝒆𝒏𝒕𝒊𝒂𝒔𝒂 𝒍𝒂 𝒎𝒂𝒍𝒖.

5) 𝑲𝒆𝒓𝒋𝒂 𝒋𝒂𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒃𝒆𝒓𝒌𝒊𝒓𝒂 𝒎𝒂𝒔𝒂 𝒅𝒂𝒏 𝒕𝒆𝒏𝒂𝒈𝒂. 𝑲𝒂𝒍𝒂𝒖 𝒂𝒅𝒂 𝒃𝒐𝒔 𝒎𝒆𝒓𝒆𝒌𝒂 𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒏𝒊𝒍𝒂𝒊 𝒌𝒊𝒕𝒂, 𝒋𝒊𝒌𝒂 𝒌𝒆𝒓𝒋𝒂 𝒔𝒆𝒏𝒅𝒊𝒓𝒊 𝒖𝒏𝒕𝒖𝒏𝒈𝒏𝒚𝒂 𝒃𝒆𝒓𝒈𝒂𝒏𝒅𝒂.

6) 𝑹𝒆𝒃𝒖𝒕 𝒑𝒆𝒍𝒖𝒂𝒏𝒈 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒂𝒅𝒂. 𝑷𝒆𝒍𝒖𝒂𝒏𝒈 𝒃𝒊𝒂𝒔𝒂𝒏𝒚𝒂 𝒅𝒂𝒕𝒂𝒏𝒈 𝒕𝒂𝒌 𝒂𝒅𝒂 𝒏𝒐𝒕𝒊𝒔.

7) 𝑻𝒊𝒓𝒖? 𝒀𝒆 𝒕𝒊𝒓𝒖 𝒐𝒓𝒂𝒏𝒈 𝒚𝒈 𝒃𝒆𝒓𝒋𝒂𝒚𝒂 𝒌𝒍𝒖 𝒏𝒂𝒌 𝒃𝒆𝒓𝒋𝒂𝒚𝒂. 𝑱𝒂𝒅𝒊𝒌𝒂𝒏 𝒎𝒆𝒓𝒆𝒌𝒂 𝒎𝒐𝒅𝒆𝒍 𝒅𝒂𝒓𝒊 𝒔𝒖𝒅𝒖𝒕 𝒌𝒖𝒂𝒍𝒊𝒕𝒊 𝒌𝒆𝒓𝒋𝒂, 𝒌𝒆𝒕𝒆𝒓𝒂𝒎𝒑𝒊𝒍𝒂𝒏 𝒅𝒂𝒏 𝒔𝒆𝒎𝒂𝒏𝒈𝒂𝒕.

8) 𝑹𝒊𝒏𝒈𝒂𝒏𝒌𝒂𝒏 𝒕𝒖𝒍𝒂𝒏𝒈 𝒄𝒂𝒓𝒊 𝒑𝒆𝒏𝒈𝒂𝒍𝒂𝒎𝒂𝒏, 𝒃𝒂𝒓𝒖 𝒌𝒊𝒕𝒂 𝒕𝒂𝒉𝒖 𝒔𝒖𝒔𝒂𝒉 𝒔𝒆𝒏𝒂𝒏𝒈𝒏𝒚𝒂 𝒔𝒆𝒕𝒊𝒂𝒑 𝒌𝒆𝒓𝒋𝒂 𝒖𝒕𝒌 𝒄𝒂𝒓𝒊 𝒓𝒆𝒛𝒆𝒌𝒊.

9) 𝑱𝒈𝒏 𝒎𝒆𝒏𝒈𝒂𝒍𝒂𝒉? 𝑷𝒆𝒓𝒄𝒂𝒚𝒂 𝒑𝒂𝒅𝒂 𝒒𝒂𝒅𝒂 𝒅𝒂𝒏 𝒒𝒂𝒅𝒂𝒓. 𝑻𝒆𝒓𝒖𝒔𝒌𝒂𝒏 𝒖𝒔𝒂𝒉𝒂 𝒅𝒂𝒏 𝒕𝒂𝒘𝒂𝒌𝒂𝒍.

10) 𝑱𝒂𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒃𝒊𝒂𝒓𝒌𝒂𝒏 𝒔𝒂𝒎𝒑𝒂𝒉 𝒔𝒂𝒓𝒂𝒑 𝒎𝒆𝒍𝒆𝒌𝒂𝒕 𝒑𝒂𝒅𝒂 𝒃𝒂𝒅𝒂𝒏. 𝑩𝒖𝒂𝒏𝒈 𝒔𝒂𝒎𝒑𝒂𝒉 𝒋𝒆𝒏𝒊𝒔 𝒊𝒓𝒊 𝒉𝒂𝒕𝒊, 𝒔𝒊𝒏𝒊𝒔, 𝒕𝒊𝒌𝒂𝒎 𝒃𝒆𝒍𝒂𝒌𝒂𝒏𝒈 𝒕𝒖 𝒋𝒂𝒖𝒉-𝒋𝒂𝒖𝒉. 𝑲𝒂𝒍𝒂𝒖 𝒍𝒂𝒚𝒂𝒏 𝒂𝒏𝒋𝒊𝒏𝒈 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒎𝒆𝒏𝒚𝒂𝒍𝒂𝒌 𝒔𝒖𝒔𝒂𝒉 𝒌𝒊𝒕𝒂 𝒏𝒂𝒌 𝒃𝒆𝒓𝒈𝒆𝒓𝒂𝒌.

11) 𝑺𝒆𝒏𝒕𝒊𝒂𝒔𝒂 𝒑𝒐𝒔𝒊𝒕𝒊𝒇 𝒐𝒌 +𝒗𝒆.


𝑩𝒂𝒏𝒚𝒂𝒌 𝒍𝒂𝒈𝒊....

3 Pengorbanan Yang Usahawan Perlu Hadapi

🍄 Korbankan lebih masa . Bukan 9 am - 5 pm dah . Boleh jadi 8 am - 12 am . (Trade 8am-12am)


🍄 Korbankan kawan-kawan yang negatif . Mula cari kawan yang positif dan ada growth mindset . (Cut off negative friends)


🍄 Korbankan pergi bercuti . Hanya fokus bisnes untuk capai impian . (Forget about vacation)


Ingat semua perkara di atas tak perlu buat selamanya. 


Tapi untuk mula bina empayar dan menjadi orang yang sukses ianya perlukan PENGORBANAN.

TIPS PENULISAN VIRAL

Boleh sahaja nak up iklan pada setiap hari. Tak ada masalah. Yang penting #content itu tersusun. Itu sahaja.


Saya banyak kali beritahu, sekiranya dah buat profiling, dan susun positioning, dan letak apa topik yang nak dimuatnaik, game sebenar ada di bahagian penjadualan (scheduling).


Nak jadualkan post, tengok hari apa dan waktunya.


Ada 3 posisi: Crowd, Side dan RM.


Tiga-tiga posisi ini berbeza hasilnya. Ada untuk dapatkan follower ada untuk maintain engagement dan ada untuk dapatkan duit. Jadi susun content untuk raih semua itu.


Ingat, waktu aktif orang bermain media sosial ialah jam 7.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari. Jadi ada 15 jam untuk disusun content di dalam posting.


Saya bagi saranan di sini, jika nak buat iklan 1 kali sehari.


9.00 pagi - Crowd A (topik 1)

11.00 pagi - RM

2.00 petang - Side.


Sekiranya nak buat iklan 2 kali sehari maka jadualnya:


9.00 pagi - Crowd A (topik 1)

11.00 pagi - RM (a)

2.00 petang - Side.

4.00 petang - RM (b)

8.00 malam - Side atau Crowd B (topik 2).


Sekiranya kita dah siapkan mapping, dah susun semuanya untuk penulisan content setahun. Tak perlu bimbang sibuk nak uruskan bisnes.


Kita boleh susunkan semuanya. Sibuklah bagaimanapun, travellah sampai hujung dunia, kita tetap boleh up kerana kita ada #BankContent. Itu seronoknya bermain dengan dunia content. 


Lebih dari itu, kita tidur pun duit masuk.


Begitulah.

6 KUALITI UNTUK SUKSES

1⃣ FOKUS 


Apa yang kita fokus itu yang kita dapat (hasil). Sebab kita menarik magnet itu. So laser fokus pada matlamat korang. Jangan biar orang lain distract untuk anda capai kejayaan anda. 


2⃣ HATI 


Perbetul hati dan niat. Buang segala hasad dengki tuh. Perasaan2 itu lah yang akan buatkan rezeki kita tersekat. Baik jer dengan semua orang. Pintu rezeki kita pasti akan terbuka luas inshaAllah.


3⃣ DISIPLIN 


Orang berjaya mereka berdisiplin. Mereka dah ada jadual dan follow jadual tuh. Sebab disiplin tu sebagai ‘kompas’ untuk kita berjaya.


4⃣ RISK TAKER 


Mereka berani sahut cabaran dan tak takut dengan cabaran yang mendatang. Hati korang kena kental. Jatuh sekali bangkit 1juta kali! Apa ada hal.. Kan!


5⃣ ALWAYS LEARNING


Everyday upgrade ilmu. Jangan rasa kita dah serba tahu. Pergi berguru cari ilmu jangan ego. Sebab tahap ilmu menentukan taraf hidup anda. 


6⃣ STRONG MINDSET


Kejayaan bermula dengan mindset. Berjaya ubah mindset, anda berjaya ubah habit/tabiat. Mindset kata ‘aku wajib berjaya’ plus dengan tindakan, yes u akan berjaya! InshaAllah.

Isnin, 10 Mei 2021

KUNCI UNTUK DAPAT HATI SENANG & JIWA TENANG

1. TIDAK MEMBENCI

Jangan benci seseorang walaupun dia buat salah padamu.


2. TIDAK MERUNGUT

Jangan berkeluh kesah sebaliknya banyakkan doa.


3. BERSEDERHANA

Hidup sederhana walaupun kamu ada kedudukan tinggi dan berharta.


4. BERSANGKA BAIK

Sentiasa fikir positif walaupun sentiasa di timpa ujian.


5. SELALU  SENYUM

Senyumlah walaupun hati terluka.


6. SELALU  MEMBERI

Banyakkan beri sedekah walaupun kita terhalang melakukannya..


7. DOA TANPA PENGETAHUAN MEREKA

Jangan putus-putus mendoakan kebaikan untuk saudaramu tanpa pengetahuannya...


8. TIDAK BERDENGKI & IRI HATI

Jangan berdengki dengan kejayaan teman2 anda, berdoalah semoga anda jua berjaya sepertinya...jika anda dengki dengan mengaibkan dia..ingatlah segala

amal baik anda pasti hangus..Kerana Allah tak terima amal kebajikan orang yang berhasad dengki....

..

MINDSET

Penghalang terbesar dalam ramai orang yang nak berjaya adalah mindset.

Ramai orang gagal kerana overthinking. Banyak sangat fikir sampai takut untuk bertindak dan akhirnya langsung TIDAK BERTINDAK ! 

Peluang sentiasa ada. Dengan ilmu yang betul, tindakan yang betul anda akan menuju ke destinasi yang betul. 

Apa yang paling penting adalah MULA BERTINDAK dan JANGAN TUNGGU !

Online Marketing ialah highway untuk kita jana pendapatan dengan lebih mudah.

Tetapi mestilah dengan Ilmu pengetahuan yang betul.

Seperti kata-kata  sebelum ini, Jika anda nak pandu kereta maka anda mesti belajar cara mengendalikan kereta.

Jika tidak.... Mana mungkin anda akan mampu memandu kereta tersebut dengan baik.

Belajar sendiri bukan tak boleh. Tetapi acap kalinya akan terbabas dan melanggar tembok.

Tetapi dengan panduan yang betul dari seorang guru. Maka ianya menjadi lebih mudah. Insya Allah.

Bangun pagi ini dengan semangat dan iltizam baru. Ayuhhh bangkit terus.

MOTIVASI BERNIAGA

1.🚫Asal :  Aku takde duit nak berniaga.


✔Ubah :  Sebab aku takde duit lah aku mesti berniaga.


2.🚫Asal :  Aku mana ada bakat berniaga.


✔Ubah :  Aku mesti cari seseorang untuk belajar berniaga.


3.🚫Asal :  Keluarga aku mana ada berniaga.


✔Ubah :  Aku mesti jadi contoh kepada keluarga aku untuk berniaga.


4.🚫Asal  :  Aku mana ada masa berniaga. Selalu sibuk.


✔Ubah  :  Aku mesti belajar urus masa. 24 jam cukup jika bijak uruskan masa.


5.🚫Asal  :  Aku takut gagal, tak laku dan malu.


✔Ubah  :  Apa yang aku dapat jika aku takut & malu? Tak dapat apa pun. Buat & adjust je.


6.🚫Asal :  Aku takut sombong bila kaya.


✔Ubah  :  Ramai juga orang miskin yang sombong. Aku kaya aku tidak menyusahkan sesiapa. Aku boleh bantu orang yang memerlukan.


7.🚫Asal  :  Aku banyak hutang.


✔Ubah  :  Sebab banyak hutang lah aku mesti berjaya dalam bisnes. Keuntungan bisnes boleh bayar hutang dengan lebih cepat.


8.🚫Asal  :  Aku belum bersedia. Ilmu & pengalaman takde.


✔Ubah  :  Aku mesti bertindak sekarang. Ilmu & pengalaman pasti ada sepanjang aku berniaga.


9.🚫Asal  :  Kalau aku kaya & berjaya, aku takut kahwin dua, tiga atau empat.


✔Ubah  :  Ramai juga orang miskin yang kahwin lebih dari satu. Aku mesti fokus untuk dalam bidang bisnes.


10.🚫Asal  :  Bila masa sesuai untuk berniaga?


✔Ubah  :  Sekarang masa sesuai untuk bermula. Ya. Sekarang! Bukan esok.

Ramai orang bukan masalah duit pun

Tapi masalah keyakinan, kepercayaan dan kebergantungan dia kepada Rezeki itu hak milik Allah.

.

Ramai orang punya masalah hati. Kalau takda duit pun tapi bila ada Allah, jiwa pasti tenang, sabar dan syukur. Allah pasti tambah lagi. 😇

.

Takda duit. Tak rasa risau. Rasa tenang. Rasa bahagia. Yakin. Yang difokuskan hanyalah bertakwa iaitu melaksanakan perintah Allah amar makruf nahi mungkar.

.

Berapa ramai suami isteri bergaduh pasal duit. Pasal kewangan. Asbab bercerai. Hanya sebab takda ilmu rumah tangga yang betul. Pendek kata, ilmu dalaman diri betulkan jiwa. Dalam hati kalau dua-dua bawa Allah, pasti rumah tangga tu aman walaupun diuji dengan masalah kewangan. Rezeki yang berkat itu cukup.

.

Manusia ni nak ketenangan dan kebahagiaan je sebenarnya. Inilah rezeki yang dicari. Bila dalam hati ada Allah hati akan tenang dan bahagia. Kerana Allah lah sumber kebahagiaan dan ketenangan. Bukannya makhluk. Jadi letakkan hati kita ditempat yang betul. Pasti kita akan bahagia dan tenang.

.

Kalau dengan adanya benda lain contoh macam duit, baru hati kita tenang itu kena double cek. Bersedekah hati tak tenang. Gigil dan takut nak memberi. Takut rasa tak cukup. Tidak mahu doakan orang lain lebih. Takut orang lain dapat lebih. Itu tanda hati kita berpenyakit dan berperasangka.

.

Rasa tamak. Rasa iri. Kalau orang yang betul2 ikhlas. Mereka takkan ada rasa ini semua. Itu baru ikhlas namanya. Hanya kerana Allah. Ikhlas ni hanya kerana Allah. Bukan kerana mengharapkan balasan. Bukan kerana manusia dll. Hanya kerana Allah. Itulah ikhlas

Ukirlah Pelangi Dalam Lembaran Hidup mu

Sesungguhnya Allah tidak pernah menjanjikan bahwa langit itu selalu biru...bunga selalu mekar dan mentari selalu bersinar....


Namun Allah akan memberi hikmah di setiap peristiwa, memberi bahagia setelah derita,senyum setelah air mata,berkah di setiap cobaan dan jawapan di setiap do'a...


Hidup tak selalu memberikan jalan yang mudah.....Namun di setiap perjalanan yang kita dilalui sudah pasti kita akan belajar menjadi lebih kuat dan teguh dalam mengharungi setiap ujian dan cubaan pada hari hari yang akan mendatang....


Allah tak menjanjikan bahwa hidup ini selalu mudah,namun yakinlah bahwa Allah selalu ada di sisi kita..


Saat didera kepedihan, cubaan yang seolah tiada henti, jangan kehilangan pegangan, jadikan Allah sebagai satu-satunya sandaran untuk memperoleh kekuatan.Tanamkan keyakinan bahwa kasih sayang serta pertolongan-Nya akan menguatkan kita dalam melaksanakan ikhtiar dan membuat kita istiqamah . Sungguh,Allah tak pernah meninggalkan hamba-Nya yang beriman.


Hidup tak selalu memberikan jalan yang mudah, namun tak perlu takut selagi kita di jalan yang diredhai Allah dan berada dalam petunjuk serta bimbingan-Nya . Semua itu akan memandu langkah kita menuju kedewasaan. Hadapi semua ujian hidup ini dengan kesabaran. Tersenyum dan ayunkan langkah dengan menyebut Asma-Nya bersama seluruh cinta dan kasih sayang-Nya.Kemudian, lukislah pelangi yang indah dalam lembaran hidup kita,nikmati hidup indah dalam naungan dan ridha-Nya.


Semoga bermanfaat..

ORANG BERILMU YANG BERJAYA

1) TIDAK MERASA HEBAT dengan ILMU yang ada.

.

Jika ada perasaan ini cepat-cepat semak semula.

.

.

2) KOSONGKAN GELAS

.

Jika mahu menuntut ilmu dengan orang.

Kosongkan gelas kita, dan sedut gelas ilmu orang banyak-banyak.

Tidak merasa kita lebih pandai daripada orang yang kita sedang berguru.

.

.

3) MERENDAH HATI

.

seperti resmi padi, makin berisi, makin menunduk.


Wajib memiliki sifat ini. mendengar, menerima dan menghormati segala ilmu yang disampaikan sama ada sudah tahu atau belum tahu.

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama