Sabtu, 3 Julai 2021

Tak perlu sibuk nak bersaing dengan orang lain. Bersaing dengan diri sendiri itu lebih baik

jadikan hari ini lebih baik dari semalam.

.

Hati baik dengan buat baik itu dua perkara yang berbeza.

.

Buat baik outside count. Hati baik inside count.

.

Ada orang buat baik tapi hati dia tak baik.

.

Yang Allah nak tengok adalah HATI BAIK. Itulah tempat tiliknya. Maksudnya, baik hati, baiklah keseluruhannya.

.

Tiada dengki

Tiada iri

Tiada khianat

.

Apabila hidup kita terasa begitu sulit saat ini, maka

Baharuilah hati,

Bersihkanlah hati, 

Betulkanlah hati,

.

Dengan banyakkan mengingati Allah. 😊 💕

.

InshaaAllah hidup akan berubah. Be happy.

11 MENTAL BLOCK MANUSIA. Manusia yang menjadi halangan utk berjaya!

EGO

Benda ini paling besar dalam diri manusia yang menghalang untuk anda buat sesuatu diluar kotak akal. 


SKEPTIKAL

Selalu berfikiran negetif dan tak cuba untuk mencari atau berfikir perkara positif. "aku ni boleh ke berjaya" "boleh ke aku buat bisnes" "kalau orang kata aku macam mana". 


TAKUT 

Selalunya kita takut nak memulakan sesuatu sebab kita tak pernah mula pun tapi kita cuma lihat orang yang gagal sahaja. Takut untuk buat tindakan nak berubah.


TAK YAKIN

 Manusia memang ada perasaan nak kan kepastian baru yakin. Diri rasa tak yakin nak buat sesuatu. Nak lakukan tindakan biasa pon tak yakin macam mana nak buat tindakan luar biasa. 


TAK LAYAK

Belum cuba lagi dah fikir diri tak layak nak buat. Sebab dengar kata-kata negatif dari orang lain. Padahal yang nak buat keputusan tu diri sendiri. 


SUKA BERTANGGUH

Sikap ni memang semua orang ada. "Nanti dulu lah kejap lagi pon boleh buat. Esok ke. Bukan nak ke mana pon". Tapi kalau tindakan yang lambat maka hasil pon lambat la dapat.


BAGI ALASAN  .

Bila ditanya kau nak berjaya tak?. Semua orang cakap nak berjaya tapi alasan dia. "Aku tak pandai." "Aku tak ada masa la." Banyak alasan banyak la halangan.


TUNGGU DULU

 Nak tunggu orang lain dah pergi jauh, dah berjaya baru nak tiru. Lebih lama tunggu timbul lagi banyak alasan... tunggu dulu lah aku sibuk lagi ni. 


IKUT KAWAN NEGATIF

Berkawan dengan kawan-kawan negatif so hidup kita pon jadi negatif.

Suka dngr ckp org yg x buat, yg x berjaya.


Contoh: 'Alaaa sblum ko buat aku dah buat dulu....' padahal 2-3 tahun dulu beli je pun, xpernah cuba buat pun.

 Lama kelamaan jadi habit dalam diri.


TAK BERSUNGGUH

Bila buat sesuatu tindakan dah bagus tapi tak bersungguh-sungguh. Bila ada ujian datang terus down. Tak nak cuba rempuhi. Last sekali putus asa.


SALAHKAN TAKDIR & AGAMA

Ni yang paling teruk orang yang menyalahkan takdir ni. Padahal diri sendiri yang tengah mencipta takdir tu. Kalau kita tak berusaha bagaimana kita nak nampak hasilnya. 


Kita sendiri yang sedang mencorakkan perjalanan dan peta kehidupan kita.


 Dalam AL QURAN disebut "ALLAH TAKKAN MENGUBAH NASIB SESUATU KAUM MELAINKAN MEREKA MENGUBAHNYA SENDIRI."


APA YANG KITA FIKIR

APA YANG KITA RASA

APA YANG KITA CAKAP

APA YANG KITA BUAT


SEMUA ADALAH DOA. ANDA ADALAH SIAPA YG ANDA FIKIRKAN. BE THE BEST... BEAT THE REST... !!!

TIPS PALING SIMPLE UNTUK MENJADI ORANG KAYA

Nak merasa jadi orang kaya ? Boleh try amalkan tips simple kat bawah ni :


1. Lepas makan kat restoran / gerai makan, tinggalkan shj duit balance yg seringgit dua/sen tu sebagai tips kpd mereka yg serve kita. Tak luak pon duit kat dalam poket. Jutawan pun belum tentu boleh buat.


2. Time isi minyak kereta, lepas attendan pam tlg kita cuci cermin atau isikan minyak, ringankan tangan bagi token. Tak kiralah apa bangsa sekalipun,kita tidak tahu doa yg mana akan makbul. Mereka yg berkereta mewah dan pakai driver, belum tentu ada peluang utk buat camtu.


3. Jika kita singgah solat kat mana2 surau atau masjid,jgn lupa lepas solat seluk poket carik note yang paling BESAR utk disedekahkah ke tabung masjid. Manalah tau, mungkin sumbangan terakhir kita. Hanya orang yg betul-betul kaya mampu berbuat demikian.


4. Cuba ubah tempat kita shopping barang keperluan harian. Selalunya kita ke pasaraya besar spt Tesco/Giant, cuba shopping kat pasar tani pulak kali ni. Sambil tolong penjual/petani. Tak perlu berkira sgt mintak tawar menawar sayur atau lauk mentah tu.


5. Time nak belikan mainan anak, bawak je diorang ke pasar malam. Bagi duit RM10, macam2 toys boleh beli kat sana. Sambil boleh bantu peniaga pasar malam. Daripada duk gi Toys r Us, RM10 buat bayar parking je. 


6. Bila naik teksi, genapkan ajer tambang tu. Dengan niat utk sedekah. Jika mereka diberi peluang, mungkin mereka tak nak jadi pemandu teksi.Tak semua orang berpeluang naik teksi & jd penumpang.


7. Adakala kita tgh queue di kaunter bayaran mini market, jumpa budak2 merengek nak beli jajan or gula2, apa salahnya tolong amikkan dan bayarkan. Buat diorang tersenyum.


8. Time travel balik kampung, singgah di mana-mana RNR, liarkan pandangan kita. Tengok2 la orang sekeliling. Ada yg singgah dgn family ramai, naik kereta lama siap berhimpit anak ramai. Makan pon mcm kena kongsi. Apa salahnya belikan air atau bayarkan makan walaupun mereka mampu.


9. Masa kita minum di kedai kopi/kedai makan,sekali sekala tu apa kata kita cuba bayarkan makan atau minum utk meja sebelah. Usha dulu la meja, tengok yg mana yg patut dibayar. Tak perlu sebab dan alasan.


10. Jika ada peluang pi melawat org sakit kat wad, time nk belikan buah tangan, apa kata beli extra 1 pack. Pass kat jiran dia katil sebelah. Doakan ksejahteraan mereka.Besar nilainya bg org yg tgh sakit dpt ingatan sebegitu. Orang kenamaan shj biasanya ada peluang buat camtu.


Kita tidak memerlukan masa dan saat yg sesuai utk menjadi orang kaya. Kita juga tak perlu sebab dan alasan tertentu utk menjadi seperti orang kaya. Apa yang penting adalah KEIKHLASAN.


Cubalah, saya yakin insyaAllah anda akan menjadi seperti orang kaya dan usah khuatir kerana anda tidak akan menjadi seorang yang papa kalu buat perkara di atas. Hari ini mungkin tangan kita yg memberi, mana tahu esok lusa kita pula yg akan menerima?

MEMINTA itu MENYEMPITKAN REZEKI

Kenapa dikatakan meminta itu menyempit rezeki?

.

.

Iaitu apabila kita meminta kepada SELAIN ALLAH SWT. ^_^

.

.

HADIS berkaitan meminta-minta

===============


Dari Abu Hurairah : Rasulullah saw bersabda, “Sungguh salah seorang di antara kalian mengikat satu ikat kayu bakar, dibawa di atas punggungnya lalu menjualnya, itu lebih baik dari meminta-minta kepada seseorang; baik orang itu memberi atau menolaknya.” [2583] Sahih Nasa'i

.

.

Dari Ibnu Umar : Rasulullah saw bersabda, “Seseorang selalu meminta-minta, hingga pada hari kiamat kelak tidak sepotong daging pun ada pada wajahnya.” [2584] Sahih Nasa'i

.

.


Dari Abu Sa’id Al-Khudri : Sekelompok orang meminta-minta pada Nabi saw, lalu beliau memberikan kepada mereka. Kemudian mereka meminta-minta lagi, maka beliau memberikan kepada mereka, hingga ketika apa yang beliau (Nabi saw) telah habis.


.

.

Nabi saw bersabda, “Aku tidak memiliki harta lagi dan jika aku punya (ada harta) tidak akan ku simpan dari kalian (pasti diberikan kepada peminta). Barangsiapa menjauhkan diri dari (meminta-minta), nescaya Allah Azza wa Jalla akan menjauhkan dirinya dari semua yang tidak halal; dan barangsiapa bersabar, nescaya Allah akan memenuhi segala keperluannya.


.

.

Tidaklah seseorang diberikan suatu pemberian yang lebih baik dan lebih luas dari kesabaran.” [2587] Sahih Nasa'i

.

.

.

.

Bukankah Islam mengajar jika kita kesusahan dan kesempitan hanya kepada ALLAH tempat meminta?

.

Justeru kenapa kita meminta kepada MAKHLUK? Bomoh? Manusia? Jin? -_-

.

.

Apakah ada satu pun ALLAH tidak mampu beri?

Apakah ALLAH tidak mampu mengkabulkan permintaanmu?

.

.

Sebab itu lah semakin kita meminta kepada makhluk semakin kita susah, bukan makin senang, bukan makin kaya. Orang yang meminta hutang? Adakah makin senang HIDUPNYA? Rezeki ketenangan makin menjauh, rezeki kesihatan makin ditarik. hidup dalam ketakutan, betul? Jika ada yang SENANG dan KAYA sila buktikan kepada saya.

.

.

.

.

Mungkin ada tapi SENANG dan KAYA yang sementara. betul?

.

.

.

Cuba renung dan lihat pada diri kita?

Nikmat mana lagi yang kita dustakan?

.

Anda tidak mampu mengubah taraf kehidupan diri dah kenapa?

.

1) Adakah anda cacat anggota FIZIKAL yang membuatkan anda tidak mampu berusaha?

.

2) Adakah anda adalah manusia yang paling susah dan kesempitan atas muka bumi ini?

.

Cuba renungkan orang yang lebih miskin, lebih susah?

kita kata kita susah nak makan nasi pun dengan TELUR mata sahaja.

Makan MAGGI hari-hari? Boleh bawa bekal sahaja pergi kerja?

.

BERSYUKURLAH.

kerana ada lebih ramai yang lebih susah daripada ITU.

.

.

Rakyat Syria sana makan rumput sahaja.

Apakah kalian tidak menangis mengenangkan mereka? T_T

.

Rakyat Palestin tak ada rumah. habis kena BOM.

Apakah kalian tidak merasa belas kasihan memikirkan hal itu?


.

BERSYUKURLAH.

.

Renungkan diri kita? Lihat tubuh badan kita? Apakah cacat di mana-mana? Nikmat mana yang kita dustakan yang ALLAH beri untuk kita berusaha memperbaiki DIRI?

.

Jika nak meminta kepada manusia...

ISLAM sarankan kita meminta kepada ALLAH dulu.. Bagaimana? Solat.

.

.

Solatlah..istiqarah.. ALLAH akan detikkan dalam hati manusia untuk membantu kesusahan kita sebagai perantara. Solat dulu..Jika masih tiada petunjuk. solat lagi.. solat sehingga kita letih. sehingga kita ada terdetik di dalam hati dan yakin itulah pilihan terbaik daripadaNYA.

.

.

.

Allah tidak suruh kita fikir jalan keluar menyelesaikan masalah

tapi DIA suruh kita SABAR dan SOLAT.

.

.

ALLAH TELAH BERJANJI.

================

Barangsiapa yang menjaga SOLAT,

maka dia adalah orang yang BERJAYA...

.

Barangsiapa yang menjaga SOLAT,

maka Allah akan angkat kesempitan hidup di dunia...

.

Mereka yang tidak yakin dan tidak percaya dengan janji-janji ALLAH walaupun satu huruf daripada AL-QURAN maka ternyata rosaklah AKIDAH.

.

BERIMAN KEPADA KITAB ALQURAN itu WAJIB.

.

Janji Allah itu pasti...

P E S A N A L A M

Kalau nak tangkap ayam, jangan kejar nanti kita penat dan ayam pun lari.. Taburlah beras atau  makanan, nanti terkedek-kedek ayam datang.


Begitulah rezeki, keluarkanlah sedekah, nanti rezeki akan datang menghampir tepat waktu.


Kalau ingin memelihara kupu-kupu, jangan tangkap kupu-kupunya, pasti ia akan terbang. 


Tetapi tanamlah bunga. Maka kupu-kupu akan datang sendiri dan membentangkan sayapnya yang indah.


Bahkan bukan hanya kupu-kupu yang datang, tetapi kawanan yang lain juga datang :

lebah

pepatung

dan lainnya

juga akan datang...

Menambah warna warni keindahan. 


Sama halnya dalam kehidupan di dunia ini. Ketika kita menginginkan kebahagiaan dan keberuntungan


Tanamkan kebaikan demi kebaikan, kejujuran demi kejujuran, maka kebahagiaan dan keberuntungan akan datang anugerah langsung dari Allah.

KENAPA PELANGGAN SENYAP LEPAS BAGITAHU HARGA?

Soalan:


Saya dah berjaya dapat nombor telefon prospek yang berminat untuk tahu tentang produk.


Selepas saya bagi harga, prospek terus senyap.


(Bluetick di Whatsapp, tapi tiada respon).


Jawapan:


1) Kami pun sentiasa ada cabaran yang sama sehingga hari ini.


2) Ada terlalu banyak sebab yang boleh membuatkan prospek masih belum bersedia untuk respon kembali.


3) Satu daripada sebab biasa adalah TRUST & Value.


4) Apabila kita dapat peluang untuk berkomunikasi dengan prospek (yang belum pernah kenal kita), jangan gelojoh untuk cerita tentang produk.


5) Bina kepercayaan secara berperingkat dengan bertanyakan soalan yang memerlukan komitmen kecil.


6) Sebagai contoh, 


“Puan nak tahu tentang produk X kan? Saya suka untuk berkongsi manfaatnya pada puan. Tapi saya perlu pastikan puan sesuai atau tidak guna produk ini.


Soalan ringkas saya, puan memang ada masalah Y atau masalah lain yang berkaitan dengan masalah Y?


Kalau puan dapat spend time jawab soalan ini, maka saya berbesar hati untuk bantu.”


7) Contoh ayat di atas adalah cara berbual untuk dapatkan komitmen kecil daripada prospek.


8) Komitmen-komitmen kecil ini akan BESARKAN nilai KEPERCAYAAN.


9) Sentiasa ingat bahawa memperoleh peluang untuk berkomunikasi dengan prospek adalah peluang keemasan.


10) Jangan sia-siakan peluang itu dengan menjadi salesman yang gelojoh.


11) Pastikan kita berbual untuk memahami pelanggan. Bukan berbual untuk mengambil kesempatan.


Boleh tolong SHARE tip ini di FB anda? Supaya kita berdua dapat banyak manfaat dan pahala (Insha Allah) kerana sebarkan kebaikan kepada orang yang memerlukan.

Khamis, 1 Julai 2021

Kiriman drpd Ustazah Nurhafizah. Sedap.baca nih....rasa terkena batang idung sendiri....

Tengok Pertandingan 90 minit...

Tengok Drama bersiri 60 minit...

Tengok Movie 130 minit...

Tunaikan Solat hanya 5 minit saja...

Di dalam api neraka Jahannam sepanjang hayat...


Untuk akal yang maju!!

Renungkanlah...


Di Whatsapp 300 kawan...

Di Blackberry 500 kawan...

Di Contact phone 80 kawan...

Di Kampung 50 kawan...


Dalam keadaan susah hanya ada 1 kawan...


Dalam jenazahmu, hanya keluargamu saja yang menguruskannya.


Dalam kubur hanya kau sendirian. Jangan anggap aneh kenyataan ini...


Sebab memang seperti inilah kenyataan hidup...


Pada Hakikatnya:

"Tidak ada yg dapat memberikan kemanfaatan bagimu kecuali solatmu"...


Duduk setelah salam dari solat yang telah diwajibkan adalah waktu yang paling mulia sebab pada waktu itu turun rahmat Allah Azza Wajalla.


Jangan tergesa-gesa berdiri, bacalah istighfar, bertasbihlah, baca ayat Al Qursi, dan jangan lupa bahwa sesungguhnya engkau berada dalam jamuan Dzat Yang Maha Rahman Azza Wa Jalla. 


Apabila kamu telah selesai, kerjakanlah dengan bersungguh-sungguh dan hanya kepada Allah swt hendaknya kamu berharap.


LANGKAH MENUJU SYURGA...


Langkah ini membuat aku kagum hingga aku pilih untuk aku bagikan kepada orang yang aku cintai. Ada 5 perkara kita semua pasti inginkan serta berusaha untuk mendapatkannya:


1. Wajah yang cantik.

2. Duit berjuta-juta.

3. Sihat dan kuat.

4. Anak-anak yang patuh serta berjaya.

5. Tidur nyenyak tanpa ubat penenang.


Hal itu mudah kita perolehi, hanya perlukan waktu 15 minit saja. 


Bagaimana caranya???


1. Nabi SAW bersabda: Barangsiapa yg tinggalkan solat Subuh maka wajahnya tak akan ada cahaya.


2. Barangsiapa yang tinggalkan solat Zohor nescaya tak ada keberkatan dlm rezekinya. 


3. Barangsiapa yang tinggalkan solat Asar nescaya tak ada kekuatan dlm jasadnya. 


4. Barangsiapa yang tinggalkan solat Maghrib nescaya tak ada buah atau hasil yg boleh dipetik dari anak2nya.


5. Barangsiapa yg tinggalkan solat Isya' tak ada kenyamanan dlm tidurnya.


Tahu kenapa kalimah 'Laa ilaaha Illallah' tidak sampai menggerakkan bibir jika diucapkan??


Sebab ini adalah rahmat dari Allah swt ke atas orang Islam, supaya jika maut menghampiri dengan mudah ia menyebutkan kalimah itu.


Mudah-mudahan tangan yang mengirim dan menyebarkan ini kelak tidak susah untuk melafazkan kalimah 

Laa ilaaha Illallah.


Bila ini bermanfaat bagimu, sila kongsikan dengan orang2 yang kita sayangi, berbahagi perkara yg bermanfaat adalah bahagian dari amal2 soleh.


Sahabatmu dlm perkongsian...

Wallahu A'lam..

Isnin, 28 Jun 2021

10 "BIAWAK" DALAM OTAK YANG KENA BUNUH CEPAT²

CABARAN SEBELUM BERJAYA


1 : Aku mana ada modal

2 : Engkau buat dahulu. Dah berjaya baru aku ikut

3 : Aku busy. Takde masa

4 : Aku takde ramai kawan

5 : Aku jenis pemalu

6 : Aku takut tak laku

7 : Aku tak reti Internet

8 : Buat apa nak kayakan orang lain

9 : Aku dah berniaga dahulu. Susahlah

10: Belajar tinggi-tinggi, takkan nak bisnes. 


🔥CABARAN SETELAH BERJAYA


1 : Engkau bolehlah. Duit dah banyak.

2 : Engkau dah ada pengalaman.

3: Engkau buat full time.

4 : Networking engkau dah ramai.

5: Engkau pandai bercakap.

6 : Engkau pandai menjual padanlah laku.

7: Engkau power IT. 

8 : Pembekal beri harga murah. Bolehlah. 

9: Nasib engkau baik. 

10: Apa orang cakap nanti. Aku ada sijil.


Ini adalah sebahagian cabaran "BIAWAK" untuk berniaga & ajak mereka berniaga. Penolakan tetap berlaku. 


Setiap rejection mendekatkan kita dengan kejayaan. Jangan give up. InsyaALLAH. Amin.


Biawak ni kalau bunuh tak dosa 😄💪🏻💪🏻💪🏻

9 Perbezaan Orang Kaya, Pertengahan dan Miskin

1. Matlamat dan Gaya Hidup

Miskin : Nak teruskan hidup (survive), berfikir dari sehari ke sehari, kais pagi makan pagi

Pertengahan: Nak selesa, berfikir dari gaji bulanan ke gaji bulanan seterusnya

Kaya: Nak bebas kewangan, berfikir dari setahun ke setahun dan lebih jauh lagi


2. Perbelanjaan dan Hutang

Miskin: Bayar guna wang tunai atau berhutang

Pertengahan: Bayar guna kad kredit dan buat hutang baru sebaik sahaja satu hutang selesai

Kaya : Bayar guna kad kredit tetapi buat bayaran penuh, tahu bagaimana manfaatkan hutang


3. Pemikiran dan Perbualan

Miskin: Sibuk berborak tentang orang lain

Pertengahan: Sibuk berborak tentang perkara materialistik

Kaya: Sibuk berborak tentang idea-idea baru


4. Sikap Terhadap Pekerjaan dan Mindset

Miskin & Pertengahan: Bekerja ala kadar, kurang mengambil risiko

Kaya: Ambil risiko yang terkawal, mencabar diri sendiri untuk menjadi yang terbaik


5. Duit dan Peluang

Miskin & Pertengahan: Kurang, peluang sedikit dan duit susah untuk diperolehi

Kaya: Melimpah-ruah, banyak peluang untuk menjana duit


6. Sikap dan Motivasi

Miskin & Pertengahan: Tak sabar, kalau boleh nak hidup yang selesa hari ini juga

Kaya: Berkorban hari ini untuk keselesaan pada masa akan datang


7. Kekayaan dan Halangan

Miskin & Pertengahan: Saya tak mampu dan saya tak boleh

Kaya: Bagaimana saya mampu untuk memilikinya? Bagaimana saya boleh belajar untuk lakukannya?


8. Masa Lapang dan Perlaksanaan

Miskin & Pertengahan: Tengok televisyen, gosip serta dikelilingi oleh perkara kebendaan

Kaya: Kayakan diri sendiri dengan ilmu, bantu orang lain dan menambah nilai kepada orang lain

𝗦𝗣𝗜𝗥𝗜𝗧𝗨𝗔𝗟𝗜𝗧𝗜 𝗦𝗨𝗕𝗨𝗛

Apa tabiat patut dibuat pada waktu pagi?


1. Bangun sebelum subuh, 5AM (waktu sedut energy)


2.Terus mandi air sejuk (kuatkan tulang + rewire our brain).


3. Solat sunat tahajjud, taubat, tasbih, hajat, istiqarah. Tak boleh buat semua, jangan tinggal semua. Paling tidak buat solat sunat 2 rakaat pun jadi.


4. Berdoa sblm subuh - (mustajab, doa tiada hijab)


5. Solat sunat fajar dan qabliah subuh - (lebih baik dari dunia dan seisinya)


6. Solat subuh jemaah - (umpama solat tahajjud sepanjang malam)


7. Membaca dan tadabbur Al Quran - (ajar otak berfikir kreatif)


8. Bersenam - (kalori dibakar tinggi, minda lebih cerdas)


9. Sarapan bernutrisi sebelum jam 8AM - (badan perlu makanan time ni supaya dapat bekerja dgn baik)


10. Get your sunlight - berjemur bawah matahari pagi - dapatkan free Vitamin D dan aktifkan mitokondria pada kulit.


11. Grounding - berkaki ayam pijak tanah dan rumput.


 

Mengapa hari ini ramai manusia sakit jiwa/akhlak? :-


Kerana tidak memulakan hari dengan betul.


Fokus yg atas ni sahaja selama dua bulan, Insya Allah hidup anda berubah secara TERKEJUT.


Dengan izin-Nya.


Sebulan kita berpuasa, kita mampu bangun awal 1 atau 2 jam sebelum Subuh selama sebulan, mengapa tidak diteruskan sebagai habit?


"Make time for spirituality in your life and spirituality will make time for you."

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama