Sabtu, 5 Jun 2021

TARGET SANGAT PENTING DALAM BUSINESS

Set target dalam perniagaan adalah seperti NADI berniaga. Tanpa target, perniagaan kita hanyalah perniagaan yang tiada arah tuju. 

.

Bekerja dengan matlamat adalah sesuatu yang menjadikan kita boleh maju kehadapan. Samada ia lebih kepada kehidupan peribadi, professional, cita-cita atau dalam bekerja dan berniaga.

.

Tanpa matlamat, kita takkan tahu kemana kita akan tuju. Umpama kita bawa kereta, sudah pastinya kita bawa kereta ni mesti ada tempat yang ingin kita tuju, bukan hanya pegang stereng kereta, tekan minyak tapi tak tahu hala tuju. Bukan ke membazir minyak namanya tu.

.

Begitu juga dengan berniaga. Setting target atau matlamat adalah perkara yang perlu kita buat sebelum berniaga, supaya kita tahu adakah kita berniaga ni hanyalah sekadar suka-suka atau ada matlamat ingin menambahkan income keluarga serta membantu lebih ramai orang lagi. 

.

Sekiranya kita berniaga hanyalah untuk suka-suka, makanya hasilnya pun akan suka-suka, suka-suka datang, suka-suka tak datang. Kita pun akan jadi penat sebab kita tak tahu apa yang kita nak kejar.

.

Set target adalah sama dengan kita set goal kita. Apa BIG WHY kita bila kita mula-mula buat bisnes? Kebanyakkan antara kita, BIG WHY kita adalah anak-anak dan keluarga. Betul kan? So bila kita ada target, kita akan jadi lebih FOKUS untuk lebih usaha untuk mencapai apa yang kita inginkan, tak kira dengan cara bagaimana, yang terbaik dan berkesan untuk kita capai setiap satu target kita. 

.

Dalam business contohnya, setiap awal bulan kita dah ada angka sales target yang kita sudah setkan pada bulan tersebut. Supaya apa, supaya kita boleh pastikan kita akan dapat apa yang kita telah setkan dalam bulan itu. Sebagai contoh, kita bahagikan seperti:

 • Bilangan stock yang kita perlu ada untuk capai sales target yang kita telah setkan.

 • Bilangan product yang kita kena jual setiap hari, minggu dan bulan.

 • Contoh: Bulan February kita nak capai sales RM100K, dan bila kita bahagikan kepada 4 minggu dalam sebulan, makanya setiap minggu kita kena pastikan jualan kita mencecah RM25K. Itu pengiraan bagi mingguan.

 • So selepas dibahagikan dalam mingguan, kita kira pula dalam sehari, RM25K seminggu, kita bahagikan dalam seminggu ada 7 hari, makanya setiap hari kita kena cari atau jual lebih kurang RM3,580.

Mudah kan? Bila dah ada target, jadi kita akan nampak mudah dengan apa jenis perniagaan yang kita buat. 

.

So dah set target korang? Kalau belum masih sempat lagi kita kejar target kita.

Jom sama-sama kita pulun sales bulan ni!

PERSAMAAN DI ANTARA MULTI-BILLIONARE DENGAN KITA SEMUA

_Pernah tak kita cakap.. kita tak ada masa.. kita tak ada duit.. kita tak ada connection. tak ada family mak bapak kaya.. tak pandai.. sebab itu lah kita tak jadi apa yang kita nak?_


Truth is.. kita mungkin pernah terfikir kita jadi macam ni sebab  benda2 ni.


Kenapa tak pandai buat copywriting? Tak faham


Kenapa tak boleh spend budget marketing? Tak de duit.


Kenapa tak boleh pergi belajar? Tak de masa.


-


So it always about time, money and resource.. atau sumber ilmu yang kita tak ada..


Benda2 ni adalah dalam satu kategori "resources" atau sumber atau juga modal masa, modal duit, modal ilmu..


Tony Robbin kata.. time, money, knowledge ni semua masuk dalam kategori resources..


Most of the multi-billionare.. at one time of their life.. tak ada resources.. tetapi mereka ini resourcefulness.


-


Ape benda resourcefulness ni? The ability to overcome the limitation.


Tak ada duit? Depa pandai cari duit.


Tak ada masa? Depa pandari cari masa.


Tak de connection? Depa pandai develop connection.


-


Every single person that we know.. ada limitation masing.. time, money.


Tony Robbin kata.. selepas dia slalu tanya billionare.. selepas depa lepak2 tanya.. apa benda yang menyebabkan mereka berjaya?


Satu benda in common.. "Resourcefulness"


Benda tak ada tu memang nyata mereka tak ada. Tapi mereka akan cari cara untuk overcome the limitation.


Tony Robbin kata lagi.. Berapa % di dalam dunia ni, yg dia bekalkan dengan semua benda yang di perlukan untuk berjaya.. dan akhirnya berjaya?


Ada.. tapi tak ramai. Most probably kita tak tahu pon apa cerita dia.


-


So untuk diri kita ni.. apa yg menghalang diri kita dari untuk capai apa yang kita nak capai?


Boleh kita tukar mindset dari waiting for resource.. kita tukar jadi "resourcefulness?"


-


Pernah terfikir kenapa kita susah sekarang? Kenapa kita struggle?


Because Allah give you the opportunity to tell a great story how you overcome the hardship once you're successful.


Just image kita pergi tengok movie..


Seorang hero yang kacak bergaya, handsome, kaya raya.. First quarter semua tenang... enjoying life.. tak ada crisis.. 2nd quarter movie tu pon sama.. duit makin bertambah..


3rd quarter tu pon senang juga.. takde masalah.. lek pis lek lu.. 4th quarter tu movie habis..


Saya pasti... once korang keluar dari movie tu.. movie tu la movie paling menyampah anda pernah tengok dan paling boring.


-


Tetapi cuba fikir kalau anda yang dalam cerita tu..


Anda susah.. anda jumpa solution.. anda berjaya.. then something wrong happen.. kena tipu.. tapi anda bangkit semula.. cuba semula bangkit dari kegelapan.. lama-kelamaan, anda berjaya capai impian anda.. dapat hantar parents pergi umrah.. sediakan segala keperluan parents yang semakin hari, semakin di mamah usia..


Anda dapat jaga anak-anak dengan baik.


See?


Then ada boleh ceritakan bagaimana anda bangkit dari kegagalan dan menuju kejayaan.


Now.. it's a great story to tell because anda pernah berada di bawah dan anda berjaya.


-


Do you wish for easy life or do you wish to become resourcefulness?


I choose the latter.


-


So ada dua pengajaran disini..


1) Resourcefulness

2) Change your story


_Limitation is only in our mind. We have the answer to it._


Tukar cerita anda then anda akan tukar pengakhirannya.

5 KESILAPAN ORANG BISNES

Bismillah , open your mind & baca betul-betul . Especially kalau awak seorang peniaga online atau ada perancangan nak buat bisnes online 😊


1 : Gelojoh ➡ Sikap gelojoh membuta ni tolong buang jauh-jauh . Customer whatsapp tanya details 👉 pum pang pum pang , awak terus balas sepanjang-panjangnya details produk lepastu terus bagi harga + no akaun & soalan "sis nak berapa pack?" 😒😪


2 : Pemalas ➡ Customer tanya , awak jawab acuh tak acuh . Macam malas sangat dah nak layan . Attitude macam tengah balas whatsapp boyfriend waktu merajuk : "Bae , you marah i ke " "Tak" 😪


3 : Warning ➡ Belum apa-apa lagi dah warning customer dalam details produk 👉 "Back out buyer will be block" , "No fussy buyer" , "Barang pre-order , tak boleh sabar jangan beli" 😳


4 : Carut ➡ Ingat , kita ni berniaga , jadi punca rezeki kita datangnya dari orang yang membeli . Ini tidak , customer tanya banyak sikit , dah carut-carut dalam hati . Customer cakap tunggu gaji , dah maki hamun dalam hati . Customer kata survey dulu , dah meroyan bagai . Ye , memang awak buat semua tu dalam hati , tapi sedarlah sikit Allah tu tahu 👄


5 : Sarcastic  ➡ Suka sindir customer . Tak puas hati sikit update status menyindir . Bukan takat status facebook , sekali dengan whatsapp status , sepakej terus . Aduii , bersungguh naw 😂 


Nak bisnes buat betul-betul , layan customer elok-elok macam mana yang awak nak orang layan awak time membeli ☺ . Bukan nak ajar korang suruh acah-acah good tapi tahukan maksud 'orang berbudi kita berbahasa' ? Dia beli tak beli tu belakang cerita , yang penting servis biar tip top dulu . Train diri sendiri , one day dah jadi big boss boleh ajar anak-anak buah pulak

Khamis, 3 Jun 2021

5 PETUA MELEPASI FASA AWAL PERNIAGAAN‼️

1) Pemasaran Secara Konsisten

🔸 Tujuan pemasaran adalah untuk memberitahu sasaran pelanggan yang tepat tentang produk/servis yang kita ada. Pelanggan wajib “NAMPAK” kandungan content kita sekurang-kurangnya 3 kali setiap hari untuk membuatkan pelanggan tahu dan ingat apa yang kita ada. 


🔸 Lakukan secara konsisten, tanpa henti setiap hari sehingga produk/servis kita diterima oleh sasaran pelanggan. Pemasaran yang baik ialah yang tidak menampakkan kita terlalu menjual tetapi berkongsi sesuatu supaya mereka dapat manfaat daripada kempen pemasaran yang dijalankan.


🔸 Sebelum menjalankan aktiviti pemasaran, kenal pasti terlebih dahulu sasaran pelanggan, apa masalah mereka yang kita mahu selesaikan dan berapa mereka sanggup bayar untuk selesaikan masalah itu.



2) Jaga Pelanggan Sedia Ada

🔹 Pemasaran yang berkesan akan membuat pelanggan yang disasarkan berminat untuk berurusan dengan kita. Apabila sudah mendapat pelanggan, kita mestilah menjaga mereka dengan baik supaya mereka berpuas hati dengan layanan kita. Itu akan memudahkan mereka menjadi pelanggan setia.


🔹 Lebih kurang 7 daripada 10 pelanggan akan berurusan buat kali kedua jika mereka percaya, berpuas hati dan selesa berurusan dengan kita. Kesannya, jualan dapat ditingkatkan dan kos pemasaran dapat dijimatkan.


🔹 Selain itu, pemasaran daripada mulut ke mulut adalah pemasaran yang paling terbaik jika pelanggan sedia ada berpuas hati dengan servis yang kita berikan kepada mereka.



3) Asingkan Duit Bisnes Dan Duit Peribadi

🔸 Jika masih menggunakan akaun simpanan peribadi dan segala macam duit dalam akaun tersebut bercampur, perlu asingkan segera. Sebahagian masalah peniaga bukan disebabkan masalah jualan tidak rancak, tetapi duit keuntungan entah dibelanja ke mana.


🔸 Duit daripada pelanggan, duit daripada keluarga, duit gaji dan lain-lain dicampurkan sekali dalam satu akaun.


🔸 Daftarkan akaun simpanan semasa untuk syarikat di bank. Selain dapat mengasingkan duit, kepercayaan dapat dibina kerana pelanggan akan berurusan terus dengan akaun bank syarikat.


🔸 Duit yang diasingkan mestilah diuruskan dengan betul supaya kita dapat aliran tunai yang positif untuk simpanan peribadi dan bisnes.


🔸 Majoriti usahawan yang berjaya hari ini, yang mana bisnes mereka sudah berkembang lebih 10 tahun, menjalani hidup seperti cukup-cukup makan sahaja pada fasa awal perniagaan. Keuntungan peringkat awal banyak dilaburkan semula untuk perkembangan bisnes mereka.



4) Letak Sasaran Dan Buat “WORKFLOW”

🔹 Setiap perjalanan akan lebih jelas jika kita ada hala tujuan. Jadi, letak sasaran yang jelas dalam bisnes. Boleh mulakan dengan sasaran sederhana agar kita tidak rasa tertekan atau terbeban.


🔹 Mula-mula letak sasaran 12 bulan dan pecahkan kepada tiga bulan, satu bulan dan harian. Ia akan jadi lebih spesifik dan kita pun jelas dengan apa yang perlu dicapai. Pencapaian yang besar datangnya daripada himpunan kejayaan kecil yang diperoleh dalam perjalanan perniagaan kita.



5) Ambil Risiko Yang Mampu Diserap.

🔸 Dalam apa-apa keputusan bisnes, usah gatal tangan atau teruja dengan mengambil risiko yang besar. Hal ini kerana apabila berlaku sebaliknya, kita pasti akan terduduk dan banyak berhutang.


🔸 Sentiasa mengambil risiko yang kecil banyak kali sehingga kita menemui cara yang betul. Pada masa yang sama, jangan terlalu takut sehinggakan lambat atau mengelak risiko yang kecil.

Rabu, 2 Jun 2021

Kawan-kawan

1. Banggakan diri sendiri sahaja. Berhenti buat orang rasa kita penting, kita ini hebat, kita ini begitu begini. 


2. Terus bantu sesiapa sahaja atau apa sahaja. Itu adalah kebaikan.


3. Bersaing dengan diri sendiri, bukan dengan sesiapa. Jika dia lebih kaya, itu bukan tanda Allah sayangkan dia, kita tak tahu ujiannya bagaimana. Jika dia lebih miskin, sangat bagus kita bantu dia ikut kemampuan kita.


4. Berhenti melihat kelebihan orang lain. Lihat apa yang Allah dah beri kepada kita. Bersyukur buat kita rasa banyak dan rasa puas. Melihat orang lain buat hati penuh dengki dan iri. Elakkan!


5. Jika dipuji, hati-hati. Jika dihina, sabar dan terima. Telan sahaja apa ujian hari itu. Esok bangkit semula. Dipuji boleh makan diri, dihina biasanya boleh buat diri penting dan mahu berdiri lagi. 


6. Kebaikan kita hari ini adalah untuk kita bawa pergi bersama. Ingat itu. Buat baik kepada dia, pahala. Buat baik kepada sesiapa, pahala. Dan pahala itu jadi simpanan untuk mengadap Allah nanti. Bukan pujian yang menggunung untuk diangkat mengadap Allah.


7. Konsisten berbuat baik buat diri lega, puas dan tenang. Hidup hari ini untuk bawa kepada kehidupan dalam syurga. Hanya dengan berbuat baik kita dapat masuk syurga. Ingat itu. 


8. Sentiasa rasa banyak dosa itu perbuatan mulia. Berhenti rasa diri baik, berhenti rasa dah banyak buat kebaikan. Hati-hati dengan kejahatan dalam merasa diri baik. Akan mula fikir keburukan orang dan rasa diri lebih baik dari orang lain. 


Kawan-kawan,


Lihat berapa ramai yang dah pergi di kalangan kita semua. Adakah kita ingatkan mereka setiap hari? Tidak.


Adakah ia datang ke dalam ingatan kita sesekali? Iya. 


Beza pada waktu kita masih hidup, hari-hari kita mahu lihat dia di mana-mana media sosial. 


Apabila kita pergi nanti, kita dah tak bernilai lagi kepada sesiapa. Yang penting semasa hidup, buat baik sahaja. Itu adalah tanda kita fokus kepada diri sendiri apabila kita mati nanti.


Begitulah.

3 Teknik Percuma untuk Lariskan Jualan di Shopee

1. Letak Gambar yang Menarik Perhatian

Contoh jika anda menjual produk pakaian, guna gambar model yang menggayakan pakaian tersebut. Kalau produk baby, pastikan ada baby dalam gambar. Pasti menarik perhatian.


2. Guna Fungsi Boost Now

Fungsi percuma di Shopee ini akan menyenaraikan produk anda di senarai teratas produk terbaru di Shopee. Ini akan membolehkan lebih ramai pengunjung Shopee menjumpai produk anda.


3. Gunakan Perkhidmatan Penghantaran Percuma PosLaju

Sekiranya anda gunakan perkhidmatan percuma ini di Shopee, akan tertera label “free postage” pada produk anda. Pengunjung pasti akan lebih tertarik untuk membeli kerana tahu kos penghantaran percuma.

Bisnes ni konsep dia simple je

Takde iklan, takde customer.

Takde marketing, takde sales.

Usaha sikit. Hasil sikit.

Usaha banyak. Hasil banyak.


Mungkin ada yang rasa usaha dia dah banyak dah. Semua dah buat. Tapi bila kita compare dengan orang lain yang dah berjaya dan lebih berhasil. Rupanya usaha kita ni baru 1% jeee. 😅


Sebab tu jangan pernah rasa selesa dengan apa yang kita usahakan sekarang. Jangan pernah rasa usaha kita ni dah 100% dah. Jangan pernah rasa kita ni dah all out habis-habisan dah.


Kadang kita ni duk pungpang pungpang, tapi macam tin kosong. Habuk pun takde.


Buktikan apa yang kita duk pungpang pungpang tu betul dan berhasil. 


Orang yang lebih berhasil ni dia selalu fikir untuk buat tindakan yang luar biasa, yang lain dari orang lain setiap hari.


Dia tak ulang benda yang sama kalau hasilnya sama.


Dia tak approach guna kaedah yang sama kalau hasilnya sama.


Setiap hari ada jeee benda baru, idea baru yang out of the box.


Dunia bisnes terlalu luas untuk kita explore.


Do more. Learn more.


Semoga rezeki kita sentiasa melimpah ruah seperti air yang mengalir 👍🏻

Sama-sama kita semua Aamiinkan

JANGAN BIARKAN HURUF "T" MENGUASAI DIRI

Takut 👉 gagal.

Takut 👉 tak jadi.

Takut 👉 kena tipu.

Takut 👉 tak dapat.

Takut 👉 tak berjaya.

Takut 👉 tak sempat balik modal.

Takut 👉 tak boleh buat.

Takut 👉 jadi hangat2 tahi ayam.

Takut 👉 sejarah lama berulang.

Takut 👉 nak cuba.


Takut itu dan takut ini.


Akhirnya apa pun peluang yang datang semuanya 'TERLEPAS'...

dan kalian KEKAL' disitu.


"Buka mata kalian kerana peluang yang kecil boleh memberi pulangan yang besar.


Ramai dah melangkah ke hadapan, terus mendaki menuju ke puncak.

Sampai bila nak melihat saja ?


Tolak ketepi semua alasan.. JOM BERTINDAK DARI SEKARANG !!💪


Semakin kuat balingan bola ke dinding, semakin kuat lantunannya kembali kepada kalian. More you give and more you can get back.

Minda Yang Patut Ada Dekat Seorang Usahawan

Kita kene ada satu ruang minda usahawan dalam otak kita. Kalau kita benar-benar nak menjadi seorang usahawan berjaya, benda ni kita kene titip beratkan. 


1- minda seorang usahawan akan sentiasa bersikap positive. Bersikap positive dalam segala aspek. Baik perlakuan dan juga fikiran.


2- minda seorang usahawan suka akan ilmu. Suka mencari sebanyak mana ilmu untuk majukan diri mereka. Sebab itu kalau kita lihat, ramai yang hadiri seminar-seminar di luar sana kebanyakkan orang orang yang sedang atau telah berjaya. Walaupun mereka sudah pun berjaya, namun ilmu juga yang mereka dahagakan. 


3- minda seorang usahawan akan sentiasa merasakan diri mereka lemah, dan banyak perlu di perbaiki. Kalau kita tidak ada sikap ini, maka kita akan meletakkan diri kita didalam “comfort zone” ! Once dah masuk dalam comfort zone, percaya lah bukan senang nak keluar dari zone tersebut. 


4- minda seorang usahawan juga sentiasa suka dan mesra berjumpa orang, bermanis muka dan berkelakuan baik. Oleh yang demikianlah mereka mampu membuat networking yang sangat meluas dan oleh sebab itu lah mereka mempunyai pengikut yang ramai kerana mereka sentiasa memberi inspirasi pada orang awam. 


5- minda seorang usahawan lebih suka memberi daripada menerima. Mereka suka memberi manfaat kepada masyarakat, tak semestinya dalam bentuk wang, kadang kala ia datang dalam pelbagai bentuk yang berlainan. 


Jadi, untuk menjadi usahawan yang hebat dan baik, 5 perkara ini perlu kita amalkan. 


Selamat mencuba!

How to manage time wisely?

 1- buat planning tentang apa yang anda ingin lakukan pada esok hari. Buat planning tersebut pada malam harinya. 

 

2- bangun awal setiap hari. Bukan hanya bangun sahaja, bagun mandi dan breakfast. Semua orang yang berjaya pasti dia boleh bangun awal ! So kalau kita tak boleh lagi bangun awal, it means kita belum lagi berjaya. 


3- set keutamaan. Ada kerja yang sangat penting, ada kerja yang penting dan ada kerja yang tak penting. Dalam planning awal tadi, pilih elok-elok mana yang penting dan mana yang kurang penting. 


4- berhenti buat kerja sekiranya focus kita dah mula hilang atas faktor kurang tenaga dan lain lain. Sebab bila buat kerja masa focus takde, kerja tersebut hanya sekadar siap dan takde penambah baikkan dalam kerja itu. 


5- buat POWER NAP. Power nap hanya 20 minit - 30 minit sahaja. Lepas tu kita akan dapat energy macam wake up early morning. Tapi before tido tu, pastikan kita dah set minda kita betul betul. 


6- creat blok per min bukan perhour. Kalau set perhour, masa kita akan nampak sekejap, so kalau nak jadi lama, kita set per minit, maybe 30 minit perhaps. Semua benda ni nampak sama, tapi ia mempengaruhi minda kita sebenarnya. 


7- buat dateline untuk sesuatu kerja yang kita dah set. Benda ni elok supaya kita tak tangguh-tangguh kerja kita. So bila ada dateline minda kita akan rasa nak buat dan siapkan. 


8- delegate kita wisely. Cari orang yang betul-2 boleh buat kerja tersebut untuk kita. Bila ada yang buat kerja untuk kita, baru lah senang untuk kerja kita jalankan. 


9- guna teknologi sebaiknya. Sometimes, kita tak perlu turun meeting by out own, kita boleh facetime / video call untuk berbincang tentang sesuatu. So masa kita jimat kat situ.

CARA KIRA TARGET JUALAN

KESALAHAN RAMAI ORANG BISNES


Ramai orang dalam bisnes dia dah letakkan target dia berapa nak capai sebulan, tapi dia tak letakkan target terperinci untuk capaikan benda ini.


Contoh dia nak capai 100k, tapi dia tak letak berapa kuantiti target sebulan, seminggu atau sehari. 


Ok contoh barang yang anda jual RM100 seunit. 


RM100,000/Rm100 = 1000 unit

1000 unit/4 minggu = 250 unit seminggu

250 unit/7 hari = 36 unit sehari


So anda dah letakkan target anda sehari anda mesti menjual 36 unit barang anda. 


Bila matlamat anda jelas, maka anda akan mudah mencapainya. Ramai orang yang berjaya mereka betul2 letakkan matlamat dia. 


Bila anda letak target, terperincikannya. Contoh anda cakap nak jadi kaya, nak sale juta2. Tapi anda tak sebut nak berapa juta tahun ni? Cuba bayangkan anda letak 5 juta. Maka automatik anda akan train mindset untuk bekerja macam dah capai 5 juta and suddenly anda capainya. Kuasai minda anda.



Berfikir macam orang berjaya


Ok sekarang ambil pen dan kertas kemudian buat pengiraan sekarang juga..


Baik sekarang jawab soalan ni...


Target jualan sebulan RM____?

Jumlah unit yang perlu dijual sebulan ____ unit

Jumlah jualan harian ____unit?


Selamat maju jaya

7 TIPS UNTUK BERJAYA DALAM BUSINESS ONLINE

NAMA BUSINESS KITA💻

Cari nama yang mudah diingat, mudah ditaip dan pendek mungkin agar mudah diingati. Korang juga boleh memilih nama perniagaan korang berdasarkan nama produk yang korang mahu jual.


START KECIK-KECIK DULU🏗

Tak semua business perlu mula secara besar-besaran yang pakai modal yg besar . Janganlah hanya sekadar hobi dan minat untuk memenuhi masa dianggap sudah memadai, ianya mestilah disertai dengan kesungguhan dan usaha. Jadi langkah terbaik utk mulakan business anda adalah dengan menjadi DROPSHIP / AGENT / STOKIS . Belajar daripada basic dulu.


MEMPUNYAI STRATEGY🗝

Untuk memastikan business itu berjaya, korang perlu mempunyai strategi yang berkesan. Bukan business je tapi setiap pekerjaan yang dilakukan juga memerlukan perancangan yang sempurna, supaya tidak musnah di pertengahan jalan. Selalu buat planning jika ingin berbuat sesuatu / menjual sesuatu . Nak buat marketing pun kena ada planning tau


DENGAR APA CUSTOMER NAK👫

Pihak yang akan menentukan jatuh bangun sesebuah business itu adalah “CUSTOMERS”.

Keinginan,kemahuan dan kehendak pelanggan wajib diambil kira dan tidak boleh dipandang remeh. Jika tidak, customer korang akan lari dan korang akan mengalami kerugian kerana gagal memenuhi kehendak mereka. Dalam pada masa yang sama, kehendak pelanggan memberikan anda sesuatu yang baru untuk dicuba di dalam dunia perniagaan. Mereka mungkin akan memberi idea yg bernas utk business korang . Jadi dengar atau bertanya la tentang pendapat customers


FOCUS🙇🏻‍♂️🙇🏻‍♀️

Setiap business bukan sahaja perlukan modal kewangan tetapi juga memerlukan modal tenaga, idea, kreativiti, masa dan sebagainya. Oleh itu, korang elak lah daripada run beberapa perniagaan serentak dalam satu-satu masa. Jual bag , baju , kasut , gadget . Semua nak jual . Last2 semua tak jadi. Focus kat 1 business dahulu. Korang jangan sesekali terpengaruh dengan peluang yang boleh mengalihkan fokus business korang . Korang perlu fokus kepada business yang korang buat sekarang dan sentiasa katakan kepada diri sendiri bahawa perniagaan yang korang tengah usahakan sekarang adalah yang terbaik.


MARKETING 💰💸

Marketing adalah nadi business yang perlu diberikan perhatian serius oleh pemilik business kerana ianya menentukan kejayaan business korang. Tiada cara lain untuk korang bersaing di dalam business sekarang melainkan dengan mengukuhkan cara dan teknik korang melakukan marketing.

Walaupun korang memiliki produk yang paling bagus dalam dunia , tapi marketing korang tak buat .  In the end korang akan gagal untuk menjualnya. Korang perlulah sentiasa menimba ilmu dan teknik marketing yang paling latest 2019 ni agar dapat koranh guna dalam memajukan business korang .


RAJIN MENGKAJI👨🏻‍💻👩🏻‍💻

Selalu buat research menerusi pembacaan, menonton video tutorial . Dalam faceboon/ instagram / youtube ada macam2 ilmu latest . Korang kena banyak membaca dan cari ilmu tu . tentang teknik marketing , teknik copywriting , teknik edit gambar dan macam2 lagi teknik semua ada . Korang just research je . Kalau hanya tunggu je ilmu disuap , sampai bila2 korang takkan jadi orang yg "satu dalam seribu" . Business korang hanya takat itu sahaja

CARA UNTUK TINGKATKAN "POWER" DALAM COPYWRITING ANDA

MASUKKAN TRACK RECORD👨🏻‍💻

Apa itu “Track Record”??

Maksud “Track Record” adalah, apa yang telah dicapai oleh produk/servis anda. Ada tak apa-apa kejayaan yang produk anda dah capai? Anda boleh nyatakan dalam copywriting berapa unit telah terjual.


Tapi, ni tak cukup “power”.

Copywriting anda akan jadi lebih berpengaruh kalau anda cerita berapa orang telah berjaya dapat “Positive Result”” lepas guna produk anda.


Contoh, kalau anda jual ubat gemuk.

Anda boleh nyatakan berapa orang dah berjaya gemuk lepas guna produk anda.


“1,426 orang telah berjaya kurus dengan amalkan Qu Gendut.”


Kalau nak masukkan track record dalam copywriting, pastikan anda guna angka yang tepat.

Contoh:

1,426 (jangan tulis 1,000)

Kalau anda tak pasti angka yang tepat. anda boleh follow ayat ni:

“Lebih dari 1,426 orang telah berjaya bla bla bla dengan produk X”


GUNAKAN ELEMEN AUTHORITY🧚🏻‍♂️

Authority ni adalah elemen yang akan menguatkan kepercayaan prospek kepada produk anda.

Ada tak pakar yang iktiraf produk anda?


Atau, ada tak kajian dari saintis/pengkaji yang mengesahkan bahan yang ada dalam produk anda tu, boleh bantu prospek anda untuk capai impian mereka.

Kalau ada, anda boleh masukkan dalam copywriting.

Tapi, kalau tak ada, jangan reka pulak😂


TONJOLKAN CREDIBILITY🙆🏻‍♂️🙆🏻‍♀️

Macam mana nak tonjolkan kredibiliti produk anda?

Anda boleh kongsikan testimoni dalam iklan anda.

Selain tu, anda juga boleh jadikan kisah pelanggan anda sebagai ayat iklan. Kalau nak gunakan teknik ni, anda boleh cuba interview pelanggan yang pernah repeat order lebih dari 3 kali. Cuba korek kisah pelanggan tu.


Anda boleh tanya mereka 4 soalan ni:

 1. Apa yang terjadi dalam hidup dia?

 2. Apa usaha yang dia pernah cuba tapi gagal?

 3. Macam mana dia jumpa produk anda?

 4. Apa perubahan yang ketara berlaku dalam hidup pelanggan lepas amalkan produk anda?

Catat setiap point penting yang keluar dari mulut pelanggan setia anda tu.


PASTIKAN HEADLINE MENARIK MINAT AUDIENS🤳🏻

“7 dari 10 iklan gagal sebab headline tak cukup menarik”


Pernah tak dengar kenyataan ni? Ya, headline memainkan peranan yang besar dalam menentukan keberkesanan iklan anda. Headline menarik ni, tak semestinya kena panjang dan guna perkataan power-power. Saya pernah cuba headline pendek untuk iklan produk ubat gatal-gatal.

Ini headline yang saya guna:


“GATAL-GATAL CELAH KANGKANG”


Ya, hanya 3 perkataan je. Apa yang penting, headline tu boleh tarik perhatian prospek yang kita sasarkan. Kalau tengok headline yang saya guna tu, agak-agak orang yang ada masalah gatal-gatal celah kangkang akan baca tak iklan tu? Mulai hari ni, ubah mindset anda.


Kebanyakan masanya, tak perlu pun fikir terlalu “complicated”. Kadang-kadang yang simple tu la yang power.


PERATUSAN VS ORANG👫

Okay, tips ni anda boleh gabungkan dengan tips pertama sekali tadi. Saya pernah juga guna teknik ni.

Berapa peratus pelanggan anda yang berjaya capai impian mereka lepas guna produk anda. Katakan, dalam 100 orang yang beli ubat gemuk anda, 80 orang berjaya gemuk.


Anda boleh masukkan statistic ni dalam copywriting.

Tapi, jangan guna ‘peratusan’, tapi gunakan “ORANG”.

Tak faham?


Ini contohnya:

“8 dari 10 orang yang amalkan Qu Gemuk berjaya gemuk dalam masa 3 bulan.


Gunakan ‘8 dari 10 orang’, bukan ‘80%’.

Kenapa?

Sebab ianya akan mewujudkan visual yang jelas dalam

kepala prospek yang baca iklan tu. 80% ni susah otak nak bayangkan, tapi kalau tulis ‘8 dari 10’ orang’  otak akan mudah bayangkan. 

Prospek yang baca tu akan fikir macam ni:

“Eh… senangnya nak gemuk. Aku rasa aku pun boleh jadi salah seorang dari 8 orang tu”

Kalau perasan, iklan kempen kesihatan dari KKM suka guna teknik ni.

7 SEBAB KENAPA KENA BUAT DIGITAL MARKETING

#1. CUT COST MARKETING

Tahukah anda melabur untuk marketing di platform digital marketing adalah lebih efektif?

Katakanlah anda merupakan seorang usahawan Industri Kecil & Sederhana (IKS) di kawasan pedalaman dan anda nak pasarkan produk anda ke seluruh Malaysia tapi anda tidak berkemampuan untuk mengeluarkan modal pengiklanan di akhbar, TV, mahu pun radio. Mesti susah kan?

Oleh sebab itu, dengan adanya platform digital marketing, produk anda mampu ‘pergi’ lebih jauh dengan kos yg lebih rendah dan efektif… berdasarkan laporan HubSpot, Cost-Per-Lead (CPL) di platform digital marketing jauh lebih baik berbanding platform marketing yg lain.


#2. TARGETED AUDIENCE

Saya ni kan Sifu sampai pokai keluar duit buat flyers, banner, keluar iklan kat TV sana sini! Tapi takde lead masuk pun?

Haaa sebab apa jadi macam ni?

Tak lain tak bukan sebab tak target audiens lah tu! Buat iklan sana sini tapi prospek tak perasan pun! Sedih ke sedih sangat?

Kelebihan bila menggunakan platform digital marketing ni tak kesahlah anda berbisnes guna FB ke IG ke, anda akan dapat ‘perangkap’ prospek anda tu melalui ruangan Interest. Dari situ, hanya prospek sahaja yg boleh nampak iklan anda dan potensi untuk closing jauh lebih tinggi!


#3. ‘TAPAU’ SMARTPHONE CONSUMERS

Zaman sekarang ni, tipulah kalau kata takde smartphone kan? Majoriti hampir semua orang miliki smartphone. Jadi, kebanyakkan urusan termasuklah bersosial, bekerja, bersantai dan berbisnes pun akan melibatkan smartphone.

Jadi, kalau boleh berbisnes di smartphone, kenapa tak manfaatkan peluang untuk ‘tapau’ prospek yg juga pengguna smartphone. Ye dak?


#4. ‘MENINGKATKAN’ TRUST

Berbisnes menggunakan platform digital ni berbeza dengan berbisnes secara konvensional… Kalau berbisnes di platform offline, prospek boleh lihat, sentuh dan rasa produk yg mereka inginkan.

Tapi, kalau berbisnes di platform online, trust boleh ditingkatkan melalui social proof dan testimonials. Jadi, perkongsian content-content berbentuk testimoni ni sudah mampu untuk meningkatkan trust.

Ditambah pula dengan ‘kuasa’ viral, contohnya jika produk anda terbukti berkesan dan ada customer yg menyebarkan kebaikan produk anda sehingga ia menjadi viral, ia mampu mempengaruhi prospek yg lain untuk membeli kerana trust mereka terhadap produk anda sudah meningkat.


#5. ENGAGEMENT LEBIH ‘UMPHHH!’

Nak lebih rapat dengan audiens? Maka, digital marketing lah jawapannya! Ini kerana prospek mahu pun customer ada akses untuk terus berhubung dengan anda seperti melalui ruangan komen, DM, PM mahupun WhatsApp.

Kalau dulu, nak tahu feedback cutomer terhadap produk memang susah! Sebab diorang takde medium yg sesuai untuk memberikan maklum balas. Tapi, sekarang semuanya dihujung jari.

Dari situ, Founder juga boleh menambah baik kualiti produk mereka.


#6. REVENUE YANG LEBIH TINGGI

Strategi digital marketing yg berkesan akan meningkatkan conversion rates dan seterusnya mampu mendatangkan lebih banyak faedah kepada bisnes!

Lebih banyak faedah yg masuk, maka lebih tinggilah revenue… industri kecil dan sederhana (IKS) yg menggunakan digital marketing juga akan memperolehi 3.3 kali ganda peluang untuk mengembangkan lagi bisnes mereka.

Bak kata omputeh… Internet adalah ‘rocket fuel’ untuk perkembangan usahawan IKS.


#7. KUASA ‘CTA’

Selalu tengok kan button ‘BUY NOW’, ‘CLICK HERE’ dan ‘ SIGN UP’ kan? Haaa itu semua CTA lah tu. Melalui CTA ni… secara psikologinya, mampu mendorong prospek untuk bertindak mengikut arahan!

CTA tu apa Sifu?

CTA tu ialah Call-To-Action… maksudnya, apa tindakan yg perlu prospek buat untuk dapatkan sesuatu. Dengan wujudnya platform digital marketing, founder-founder boleh manfaatkan dan berinovasi dengan sales funnel masing2!          

Inilah antara sebab kenapa anda perlu buat digital marketing pada era sekarang ni.

Tapi tak cukup setakat tu je. Ada banyak lagi perkara lain yang anda perlu tahu, untuk convert bisnes anda lebih berkembang maju dan laju ke depan dari pesaing lain..

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama