Khamis, 26 Ogos 2021

3 Cara Nak Kekalkan Customer Beli Dengan Kita

1. Buat pelanggan jadi duta jenama kita


Pernah dengar rakan atau keluarga anda cakap…


“Aku ada kad jenama X, kau guna lah nanti aku dapat point untuk tebus reward”


Itulah strategi nak buat pelanggan jadi duta tak rasmi sesuatu jenama. Mereka bangga dan ajak orang terdekat mereka untuk turut sama beli. 


Secara tak langsung, pelanggan dapat rasa ‘sense of belonging’ bila membeli dari kita. 


Jika anda jual cookies misalnya, anda boleh timbulkan rasa tersebut dengan reward pelanggan yang rekomen produk anda kepada kenalan mereka. 


Barulah mulut pelanggan anda lebih ringan untuk bercerita pasal produk anda. Kan?


2. Raikan kesetiaan pelanggan


Mulakan dengan buat satu posting khas bercerita dengan pelanggan yang kerap membeli dengan anda dan cerita journey mereka kenal dengan bisnes anda sampailah sekarang.


Apa manfaat dari posting tersebut?


Pertama, untuk galakkan mereka repost semula di sosial media mereka dan secara tak langsung pelanggan itu dah perkenalkan bisnes anda kepada kenalan mereka.


Jangan lupa, manusia suka bila dirinya dihargai 😉


3. Customize layanan kepada setiap pelanggan


Jangan broadcast WhatsApp dengan pukul rata kepada semua pelanggan yang dah pernah membeli dengan anda.


Jika anda ada beberapa produk kenalpasti pelanggan suka produk yang mana dan sebelum nak buat posting berbentuk promosi tunjukkan anda care dan ambil kisah dengan pelanggan. 


Contohnya. 


“Salam Cik Mawar, haritu Cik Mawar purchase foundation X kan, sekarang foundation tu tengah diskaun 50%” 


“Salam Kak Peah, ikan masin tenggiri yang akak suka baru sampai stok fresh hari ni, jemput datang kedai saya”


Gitu. 


Belajar sesuatu?

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama