ramai yang meletakkan ALLAH adalah NO.1 di hatinya?
.
.
.
Tanda ALLAH NO. 2 adalah apabila "DUNIA" di dalam HATI.
.
Bagaimana DUNIA di dalam HATI?
1) Bangun pagi lihat telefon memasing DULU sebelum panjatkan rasa syukur kepada ALLAH.
.
Usai bangun itu... bersandar di dinding sekejap, duduk menegak beberapa saat, bersyukur kepadanya kerana masih hidup untuk terus bertaubat dan menambah pahala.
.
kerana kita hidup bukan untuk mencari DUNIA.
kita hidup kerana mahu mencari AKHIRAT.
.
.
tempat ASAL kita ~> SYURGA.
berusahalah kembali ke TEMPAT asal kita dengan SELAMAT.
.
2) Ketika SOLAT, tidak khusyuk, sentiasa difikiran mahu selesaikan itu, mahu buat itu mahu masak ini. (DUNIA). tidak fokus kepada apa yang kita sedang SEMBAH.
.
Solat yang bercelaru. Cara mematikan diri di dalam solat ialah apabila kita tanamkan di dalam hati... Ini solatku yang TERAKHIR. cubalah dan rasakan auranya.
.
Selebihnya saya terangkan kemudian. :)
.
CARA MEMAKBULKAN DOA ialah dengan mengutamakan ALLAH sebagai yang pertama-tama dalam hidup kita kerana DIAlah pemberi REZEKI.
=============================
.
Adakah anda suka manusia memuji anda?
.
Semua orang suka dipuji bukan?
.
Anak puji ayah,
suami puji isteri,
Adik puji Kakak,
Kawan puji Kawan.
dan lain-lain.
.
kita suka sangat kan? Apabila kita merasa suka dengan PUJIAN itu, terasa melambung-lambung perasaan kita kan? Rasa nak beri itu, nak beri ini kepada yang memuji kan? secara spontan.
.
Biasanya kita akan ucapkan,
.
"HAI... puji-puji ni ada apa-apa ke? mesti nak apa-apa ni....?" hehe...
(komunikasi saya dengan adik biasa begitu :P )
.
Kemudian saya dengan rela hati akan berikan dia apa yang dia nak. Rasa bertambah-tambah mahu memberi kerana sikap baiknya kepada saya :P
.
ada sesiapa di sini yang ada anak? Yang mana anaknya sekali sekala memujinya.
.
"mommy cantiklah hari ini! " :D.. adik nak duit rm5 boleh? hihi.. :P
"ayah nampak hensemlah hari ini" ^_^ kakak nak ayah belikan itu balik nanti boleh? hihi :P
.
.
Apabila terdengar pujian itu bagaimana kita bertindak balas?
rasa ingin memberi bukan? ^_^
.
Apa yang saya mahu kongsikan di sini ialah...
ITULAH ALLAH... ^_^
Yang MAHA MEMBERI itu sangat suka kepada hambanya yang memuji-mujinya, mensucikannya, mengagungkannya, membesarkannya. Sebab itu kita disarankan sebelum berdoa (meminta) kita perlu dahulu berzikir, bertahmid, bertakbir...
tetapi kita tidak, doanya laju, bacaannya laju, solatnya laju. semuanya mahu laju-laju. :3
Tidak mahu berlama-lama di tikar sejadah kerana ada "DUNIA" di hati. -_-
.
.
.
ALLAH sangat suka kepada hamba yang suka memuji kerana segala puji-pujian hanyalah kepadanya. Semakin kita puji dia, semakin banyak dia memberi, semakin kita suka memuji dia, semakin suka dia memberi... ^_^
.
.
.
Bagaimana DIA mahu senang memberi jika kamu "tidak senang" MEMUJI kebesaran dan keagungannya?
.
.
Salam motivasi dan ELMU pagi.
Alhamdullillah masih berpeluang menambah nilai dan menambah pahala diri.
saya suka ingatkan diri saya dan orang yang suka diingatkan.