Ada banyak cara untuk memberitahu kumpulan sasaran ( pelanggan ) kita mengenai tawaran serta produk yang kita jual. Malam ini saya nak kongsi salah satu cara paling mudah.
Sesuai untuk orang baru mula bisnes yang malu-malu kucing.
Begini, mudah sahaja. Semua orang ada telefon kan ? Dan saya amat yakin dalam satu telefon mesti ada lebih daripada 50 contact. Cara-caranya ialah :
Langkah 1.
Senaraikan 30 ( atau lebih ) orang yang berada di dalam senarai contact kita.Lagi banyk lagi bagus.
Langkah 2.
Tuliskan ayat promosi atau jualan ringkas melalui sms/whatsapp dan kirim kepada mereka :
" Salam, you! kain cantik cantik lah kat tangan ni, baru je sampai pagi tadi. Corak paling baru ni, ada diskaun ni nak bagi, sebab tu bagitau you dulu "
" Promosi kambing golek sado sempena Rumah Terbuka Raya tahun ini. Tempah seekor kambing hari ini dan dapat percuma dua ekor ayam! "
" Rumah Lelong pada harga lantai. Ramai menangis tak berlagu selepas terlepas pandang mesej ini "
" Tengah cari idea nak beli apa untuk membahagiakan mak di kampung ? Pasanglah penapis air kami bos! Free bunga sejambak untuk bonda tercinta jika bayar deposit sebelum 23 Jun ini "
--------
Ok, faham dan jelas ? Boleh buat kan ?
Langkah 3.
Selang 20 saat kemudian, sms atau whatsapp sekali lagi, tulis ayat begini.
" Alamak sorry bos! tersalah hantar mesej tadi..huhu "
4. Tunggu jawapan mereka nanti.
Agak-agaknya apa ?
Ini dipanggil, terlajak perahu boleh diundur, terlajak hantar, terjual lah pula.