Bantu orang lain disaat kita sendiri penuh dengan gunung masalah?
.
Itulah manfaat.
.
Walaupun sekadar menadah telinga untuk mendengar. Walaupun sekadar berpesan pada kebenaran dan kesabaran.
.
Bukan bila kita takda masalah. Bukan kita takda ujian baru kita nak membantu orang. Walaupun sendiri masih susah, masih struggle, masih belajar perbaiki diri.
.
Mari tu tak kenal usia, mati tu tak kenal waktu. Ujian tak pernah surut selagi kita masih panjang umur.
.
Bantu orang lain, Allah bantu kita. Walaupun sekadar membantu memberikan secebis nasihat. Bantu orang lain disaat kita sendiri penuh masalah bukan bermaksud kita tak sayang diri kita. Tapi kita faham dan percaya. Bantu orang lain, Allah bantu kita. Bahagiakan orang lain, inshaaAllah kita bahagia.
.
Patuhilah
Laksanakanlah
Perintah Allah.
.
Menjadi manusia yang sentiasa berpesan pada kesabaran dan kebenaran.
.
InshaaAllah. Pahala disisi Allah dan jika kita sentiasa mengajak orang lain untuk #AlwaysTurnbacktoAllah.
.
Ingat. Ujian tak pernah habis. Ujian takkan pernah berhenti. Tanpa mengira saat susah dan senang tetaplah, teruslah memberi dan menasihati walaupun hanya sekadar memberi telinga untuk mendengar dan mengucapkan "sabar" kepada saudara kita.
.
Kerana itu adalah Perintah Allah