Isnin, 24 Mei 2021

Bila kita seen mesej orang, bluetick contohnya

Berdosa kita biar mereka tertunggu mesej kita tanpa sebab dan alasan munasabah. Kalau sibuk beritahu sibuk, kalau taknak, beritahu taknak. Kita tak buang masa orang, orang pun tak buang masa kita. Jangan reka alasan macam-macam. Dah jadi penipu pulak.

.

Buat orang ternanti sama seperti menyeksa orang.

.

Kalau tak buka lagi mesej, tak tengok lagi, takpa orang pun paham. 

.

Ni dah terang-terang dah baca mesej tersebut. Ambik keputusan senyap terus dari radar lepas bluetick. 😕

.

.

Sopan sungguh adab.

.

Jom sama-sama belajar memperbaiki. 

Belajar berterus terang. Belajar jujur. Belajar menghargai orang.

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama