Khamis, 6 Mei 2021

6 Manfaat Membaca Surah Yasin

1.Doa Agar Hidup Berkah

"Barang siapa yang membaca Surah Yasin sepenuhnya dan saat mencapai ayat 58 surah yasin tersebut diulang sebanyak 7 kali maka Allah SWT akan mempermudah dan mengabulkan hajatnya."


2. Rezeki Lancar 

3. Dijauhkan Dari petaka

4. Kebahagian

5. Diampuni Dosa


6. Meringankan Siksa Kubur

"Barang siapa yang mengunjungi makam seseorang dan membaca Surah Yasin maka pada hari itu Allah SWT meringankan siksa kubur mereka dan diberikannya kebaikan bagi sejumlah penghuni kubur di perkuburan itu."

ZIKIR PEMBUKA PINTU REZEKI YANG PERLU DIAMALKAN SETIAP HARI

1. Zikir: La Hawla Wala Quwwata Illa Billah


Zikir ini bermaksud: “Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah semata-mata.”


“Barang siapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak mengucapkan – La hawla Wala Quwwata Illa billah.” (HR. At-Tabrani)


Jadi, sentiasalah ‘ringan bibir’ melafazkan zikir ini setiap hari sebanyaknya. Sambil bekerja, sambil berzikir. Sambil melayan media sosial anda juga boleh berzikir!


2. Zikir: La Ilaha Illallah Al Malikul Haqqul Mubin


Zikir ini bermaksud: “Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Allah yang Maha Benar lagi Maha Nyata.”


Barang siapa setiap hari membaca La ilaha illallah al malikul haqqul mubin maka bacaan itu akan menjadi keamanan dari kefakiran dan menjadi penenteram dari rasa takut dalam kubur. (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami)


3. Zikir: Subhanallahi Wabihamdihi Subhanallahil ‘Adzim


Zikir ini bermaksud: “Maha Suci Allah dan segala puji bagi-Nya, Maha Suci yang Maha Agung.”


Dari setiap kalimat itu seorang malaikat yang bertasbih kepada Allah Ta’ala sampai hari kiamat yang pahala tasbihnya itu diberikan untukmu. (HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)


6. Sentiasa beristighfar


Astaghfirullah Al Adzim Allazi Laa Ilaha Illa Huwwal Hayyul Qayyum Wa Atubu Ilaih


Zikir ini bermaksud: "Aku memohon ampunan kepada Allah Yang Maha Agung, Yang tidak ada AIlah yang berhak diibadahi kecuali Dia, Yang Maha hidup lagi Maha berdiri sendiri dan aku bertaubat kepada-Nya."


Barangsiapa melazimkan beristighfar nescaya Allah akan mengeluarkan dia dari segala kesusahan dan memberikan rezeki dari arah yang tidak pernah diduga. (HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah)

Bisnes ni konsep dia simple je

Takde iklan, takde customer.

Takde marketing, takde sales.

Usaha sikit. Hasil sikit.

Usaha banyak. Hasil banyak.



Mungkin ada yang rasa usaha dia dah banyak dah. Semua dah buat. Tapi bila kita compare dengan orang lain yang dah berjaya dan lebih berhasil. Rupanya usaha kita ni baru 1% jeee. 😅



Sebab tu jangan pernah rasa selesa dengan apa yang kita usahakan sekarang. Jangan pernah rasa usaha kita ni dah 100% dah. Jangan pernah rasa kita ni dah all out habis-habisan dah.



Kadang kita ni duk pungpang pungpang, tapi macam tin kosong. Habuk pun takde.



Buktikan apa yang kita duk pungpang pungpang tu betul dan berhasil. 



Orang yang lebih berhasil ni dia selalu fikir untuk buat tindakan yang luar biasa, yang lain dari orang lain setiap hari.



Dia tak ulang benda yang sama kalau hasilnya sama.



Dia tak approach guna kaedah yang sama kalau hasilnya sama.



Setiap hari ada jeee benda baru, idea baru yang out of the box.



Dunia bisnes terlalu luas untuk kita explore.


Do more. Learn more.



Semoga rezeki kita sentiasa melimpah ruah bagai air yang mengalir 👍🏻


Ahad, 2 Mei 2021

"3 KEAJAIBAN AMALAN YANG BUAT REZEKI BERKAT DAN MENCURAH-CURAH"

1. NIAT BERNIAGA KERANA ALLAH


Kata ustaz, pernah ditanya pada 

seorang sahabat beliau ni..


' Kenapa nak bisnes lagi.. kan dah 

ada banyak duit, semua pun cukup

 lengkap.. apa lagi yang nak dicari?


Lalu sahabat ini menjawab,


'Ustaz, saya buat bisnes ni kerana 

Allah Ustaz.. saya nak ambik sunnah 

Nabi saw.. 


Saya niat dalam hati bila Allah beri

 saya untung, saya nak sedekah 

dan zakat sebanyak-banyaknya..


Nak bantu ummat dan agama Islam.. 

Saya rasa bahagia Ustaz..'


'Apa lagi yang saya boleh buat untuk

 agama saya Ustaz? Cuma ini yang

 saya mampu.. Nak berperang 

fisabilillah, belum tahu mampu 

ke tak..'


2. JAGA SOLAT


Janji Allah SWT pada yang menjaga 

solat :


- Dikurniakan REZEKI yang BERKAT


- Terlepas dari seksaan KUBUR


- Akan terima buku catatan amalan

 dengan tangan KANAN


- Melintas di titian Sirat sepantas 

KILAT


- Masuk SYURGA tanpa HISAB


Pesan Ustaz lagi, jangan tinggal

 solat Dhuha dan solat Tahajjud.. 


Sebab Allah janjikan rezeki yang tak

 disangka-sangka pada orang yang 

tunaikan solat2 sunat ni.. 


Solat Dhuha, tanda syukur kita pada 

Allah..


3. SAYANGI KELUARGA


Niatlah kita berniaga sebab nak 

tunaikan amanah yang Allah beri.. 

iaitu nak cari nafkah yang berkat

 dan halal untuk keluarga.. 


Supaya kita tak meminta-minta pada 

orang lain..

.

Pegang AMANAH Allah ni erat2, buat

 apapun sebab Allah yang suruh, 

supaya Allah sayang.. 


Jaga dan sayangi isteri dan anak2.. 

mak ayah, adik beradik dan sahabat2

 pun kerana Allah..

.

Allah kata, siapa yang buat keluarga

 dan mak ayahnya gembira, Allah 

akan berikan kegembiraan buat 

dia di akhirat.. 


Ingat, jika kebaikan yang kita beri, 

kebaikan juga yang Allah pulangkan 

pada kita nanti..

[ TIP BISNES ONLINE ]

TIP SENANG JUAL APA-APA PRODUK. 


☑️ Jadi pengguna dahulu 😊 


☑️ Kongsikan kebaikan dan pengalaman produk atau servis berkenaan kepada yang terdekat, orang tersayang atau kawan kawan dulu. 


☑️ Niat untuk bantu mereka, bukan untung semata! 


☑️ Bukan nak jual kepada semua orang semata-mata. kepada yang sepatutnya sahaja. 


☑️ Tahu target market! Dreams Customer 🤗


Moga Bermanfaat.

TIPS BISNES PILIHAN ZTH

3 KESILAPAN ORANG MUDA DALAM BISNES


Dibahagikan kepada 3 fasa:


FASA 1 - BELUM MULA

.......


Tidak bermula. Asyik tunggu masa sesuai untuk bermula.


Buku bisnes sudah banyak baca, guru bisnes sudah ramai follow. Langkah pertama masih belum dimulakan.


Mulakan sahaja. Mula seawal mungkin.


Kita akan banyak belajar apabila sudah bermula.


Selagi tidak memulakan, selagi itu jalan berkelabu.


Mula sedikit, jalan akan terang sedikit. Begitulah seterusnya.


Mula dengan modal kecil. Belajar gandakan duit kecil dahulu. Usah mula dengan besar-besar, duit pinjaman, modal puluhan atau ratusan ribu. Bila bubar, sakitnya tuh di sini.


.

FASA 2 - SUDAH MULA

.......


Apabila sudah bermula, mahu cepat kaya.


Majoriti bisnes ambil masa untuk buat duit banyak.


Buat duit sikit dahulu, lama-lama duit banyak akan datang.


Sabar.


Terus berusaha setiap hari dan percaya satu hari nanti bisnes kita akan sampai titik lonjakan.


Buang 'hati tisu' itu.


Lihat kejayaan kecil usahawan lain. Bergaul dengan mereka. Luaskan bulatan kenalan kita. Sedikit sebanyak ia dapat beri dorongan kepada kita untuk terus konsisten buat sampai jadi.

.


FASA 3 - BISNES SUDAH BUAT DUIT

.......


Apabila bisnes sudah berjaya buat duit, terlalu lama berada dalam zon selesa.


Buat duit memang seronok. Dapat duit poket setiap bulan. Ini fasa berjinak-jinak dengan duit banyak.


Jangan lama-lama berada dalam fasa buat duit. Bisnes yang buat duit belum tentu dapat bertahan lama.


Bisnes terbahagi kepada banyak komponen. Bukan komponen buat duit (jualan) sahaja yang harus dikukuhkan.


Ada lagi komponen lain seperti :


+ Pemasaran

+ Khidmat pelanggan selepas jualan.

+ Admin

+ Kewangan

+ Pengurusan sumber manusia.

+ Operasi


Belajar mensistemkan bisnes kita.


Mula belajar ilmu membina syarikat dan bisnes yang dapat bertahan, berdiri teguh dan berkembang untuk jangka masa yang panjang.


+ Labur semula keuntungan bisnes untuk luaskan pasaran produk.

+ Belajar berniaga dengan cara berpartner.

+ Belajar ilmu pembangunan organisasi.

+ Bina ahli pasukan - PENTING!

+ Lantik orang betul urus kewangan syarikat.

+ Tambah baik sistem dan SOP.

+ Bayar cukai, bayar zakat. Kemudian labur sebahagian keuntungan untuk beli aset.


Otak buat duit hanya fikir 30 hari ke 6 bulan akan datang.


Otak bina bisnes berfikir 10 tahun ke hadapan.


Mulakan langkah daripada SOLO-preneur (Self-Employed) kepada BUSINESS OWNER. Susun batu-bata bisnes kita itu sehingga satu hari nanti ia berdiri teguh dengan asas yang kuat, tidak rapuh.

Kenapa kita lambat kaya, berjaya dan bahagia?

Sebab kita masih di kelilingi oleh orang yang tak hargai apa usaha kita selama ni. 


Kita masih lagi di kelilingi dengan orang yang pandang rendah dengan usaha kita selama ni.


Kita di kelilingi dengan orang yang tak pernah bagi kata semangat dan puji dengan apa yang kita buat sekarang ni!


Jadi salah siape?


Salah orang di sekeliling ke?


Tak!!


Salah diri kita sebab kita yang memilih orang di sekeliling kita. 


This is CIRCLE!


Pilihlah circle yang selalu bagi kata semangat!


Circle yang selalu puji anda!


Circle yang selalu guide anda!


Pilihan di tangan anda, nak berubah atau nak berada di circle yang same?

7 SEBAB HILANG REZEKI SUAMI ISTERI DAN KELUARGA

1. Sering bergaduh.

Usahlah bergaduh sesama suami, istri, lagi-lagi perihal duit. Berbincang dan cari persefahaman. Bila pasangan tidak redha antara satu sama lain, Disitulah rezeki akan sekat.


2. Merungut dan merasa anak-anak sebagai beban.

Berikanlah kasih sayang kepada anak-anak kerana setiap anak adalah rezeki Allah SWT. Namun ibu dan bapa juga perlu mengusahakan rezeki untuk anak-anak tanpa merungut dan rasa terbeban.


3. Selalu mengeluh sesama suami istri dengan apa yang tidak dimiliki. Kurangkan mengeluh dan banyakkan bersyukur dengan apa yang dimiliki tidak kira banyak atau sedikit kerana syukur itu adalah kunci kepada rezeki yang melimpah ruah.


4. Lokek dengan pasangan dan anak2. Jangan terlalu berkira-kira untuk mempermudahkan hal yang baik sekeluarga. Perlu ada tolak ansur dan faham sesama pasangan kerana rezeki yang Allah beri adalah dikongsikan bersama.


5. Gagal mengawal emosi dan amarah. Jangan meninggikan suara dan gunakan kata-kata yang baik sahaja bersama suami, isteri dan juga anak-anak. Buangkan cara menakut-nakutkan ahli keluarga dan tanamkan layanan penuh mesra.


6. Kurang sabar.

Bersabarlah dalam menangani karinah suami, isteri dan anak-anak. Adakalanya sesuatu itu kita tidak suka. Tetapi, tetap perlu bersabar dan fahami keadaan pasangan dan anak. Nasihat dan cari penyelesaian secara baik. Banyakkan bersabar Kerana sabar itu separuh dari iman.


7. Kurang berdoa.

Sentiasalah mendoakan yang baik-baik untuk suami, isteri dan anak-anak. Sentiasa ingatkan mereka dalam doa dan juga sepanjang hari kerana kuasa doa itu adalah luar biasa.

“…MACAM NI CARA AKU BUAT DROPSHIP DI SHOPEE WALAUPUN MASIH MAKAN GAJI…”

Aku dah tak larat nak survive setiap bulan macam ni! Biasanya sampai je hujung bulan, confirm poket dah nipis. Kalau tak buat budget betul2 duit gaji ni, silap hari bulan memang tak lepas nak survive sampai next gaji pun!


Yela, itu dah memang normal la kan utk orang yang kerja makan gaji macam aku ni.. aku dulu pun sama je macam korang.. Bila dah dekat hujung bulan ni, memang kena berjimat habess..


Kadang-kadang tu sampai nak beli susu anak pun x cukup. Adehhh, terpaksa tukar duit syiling sana sini dan pinjam ngn saudara mara atau kawan2 kerja. Setakat sekali dua orang tolong laa…tapi kalau dah setiap bulan apa hal kan…


Tapi Alhamdulillah.. sekarang aku semakin lapang dada sebab aku dah jumpa satu lubuk yang mana poket aku boleh jadi tebal balik walaupun masa hujung bulan. fuhhh, macam dapat gaji 2x sebulan plak rasa.


Lubuk tersebut adalah : Shopeee! Serius tak banyak kerja nak kena buat. Buat secara part time pun dah boleh selesa tak sesak macam dulu dah. Buat bisnes di Shopee tanpa ganggu kerja tetap pun! Alaaa..buat dropship jer..


Kenapa aku pilih shopee sebab peluang untuk dapat customer lebih tinggi. Customer akan mudah untuk jumpa produk kita tapi dengan syarat kena listing banyak barang.


Penting untuk kedai shopee kita nampak “Meriah sebab TRUST akan jadi lebih tinggi. Customer akan lebih yakin untuk membeli di store kita berbanding orang lain. Ofcoz untuk dapat sales tinggi lebih mudah. Customer akan lebih syok untuk shopping dan beli lebih dari 1 barang di kedai kita.


Tapi, aku faham.. mesti korang tertanya-tanya macam mana nak cari banyak barang dan listing sedangkan kita masih lagi makan gaji. mana cukup masa kan nak buat survey barang hot apa nak jual!


BETUL TAK?


Mesti jawapannya YA. Kann…


Baiklah, aku nak share tentang lubuk baru untuk belajar berniaga di Shopee. Memang syok berniaga di Shopee ni kalau kita cukup ilmu. Sekarang nak belajar pasal Shopee ni tak susah lagi.. Sebab ada 1 panduan khas yang mengajar kita untuk berbisnes di Shopee secara AUTOMATIK...


Panduan tersebut dinamakan: Auto Shopee


======================

Ada 3 kelebihan utama video panduan ni:

======================


1. Kita akan diajar step by step bermula dengan bagaimana nak mendaftar di shopee, cara nak apply free shipping, cara nak manage kedai shopee korang dan juga tips dan trick berniaga di shopee sehinggalah cara nak dropship 500 produk dengan satu company ni secara percuma. Tak perlu susah2 untuk korang pack dan pos sendiri lagi.


2. Kita akan diajar cara berniaga di Shopee secara PART TIME. Tak kisah lah korang masih bekerja ke, tengah ada bisnes lain ke.. korang tetap boleh berniaga di Shopee. Yang paling best, Group Support melalui Facebook juga disediakan. korang tak perlu risau lagi kalau ada soalan nak tanya.


3. Kita akan disediakan siap-siap 500 lebih senarai produk yang anda boleh listing dalam kedai Shopee korang secara Automatik.


Korang hanya perlu klik klik jer nanti semua produk akan masuk ke dalam kedai Shopee korang.


Tak payah lagi susah2 nak upload gambar secara manual dan nak copy paste description produk 1 per 1 lagi dah…Syok kan?


Bukan setakat tu jer..


Update stok pun korang x perlu buat secara manual lagi dah sebab kita gunakan sistem auto sync yang boleh auto update stok dari supplier terus ke kedai Shopee kita..


Menarik kan?


Ada lagi…


Bila kedai Shopee kita dapat order, sistem ini jugak akan kesan jualan dan hantar order pada supplier secara automatik.


Jadi supplier akan terus proses order dan shipkan barang pada customer kita. Tracking number pun akan automatik update dekat apps Shopee customer kita nanti.


Memang 90% kerja kita dah jadi Automatik dah..


Sempoi kan.. Buat apa nak susah2 buat manual kalau dah ada yang AUTO.. 😀


Best kan? Hehehehe

DOA MURAH REZEKI MELIMPAH RUAH

 .

‎بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

.

‎ٱللَّهُمَّ رَبَّنَآ أَنزِلۡ عَلَيۡنَا مَآٮِٕدَةً مِّنَ ٱلسَّمَآءِ تَكُونُ لَنَا عِيدًا لِّأَوَّلِنَا وَءَاخِرِنَا وَءَايَةً مِّنكَ‌ ۖ  وَٱرۡزُقۡنَا وَأَنتَ خَيۡرُ ٱلرَّٲزِقِينَ .


Allahumma Rabbanaa anzil ‘alainaa maa-idatan minas samaa-i takuunu lanaa ‘iidan li awwalinaa wa aakhirinaa wa aayatan minka warzuqnaa wa anta khoirur rooziqiin


"Ya Allah, Tuhan kami! Turunkanlah kiranya kepada kami satu hidangan dari langit, untuk menjadi hari raya bagi kami, iaitu bagi kami yang ada hari ini dan bagi orang-orang kami yang datang kemudian, dan sebagai satu tanda (mukjizat) daripadamu (yang menunjukkan kebesaran dan kekuasaanMu); dan kurniakanlah rezeki kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik Pemberi rezeki"


Aamiin3 Ya Rabbal Alamin 🤲

.

Surah Al-Maidah :ayat 114

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama