3 KESILAPAN ORANG MUDA DALAM BISNES
Dibahagikan kepada 3 fasa:
FASA 1 - BELUM MULA
.......
Tidak bermula. Asyik tunggu masa sesuai untuk bermula.
Buku bisnes sudah banyak baca, guru bisnes sudah ramai follow. Langkah pertama masih belum dimulakan.
Mulakan sahaja. Mula seawal mungkin.
Kita akan banyak belajar apabila sudah bermula.
Selagi tidak memulakan, selagi itu jalan berkelabu.
Mula sedikit, jalan akan terang sedikit. Begitulah seterusnya.
Mula dengan modal kecil. Belajar gandakan duit kecil dahulu. Usah mula dengan besar-besar, duit pinjaman, modal puluhan atau ratusan ribu. Bila bubar, sakitnya tuh di sini.
.
FASA 2 - SUDAH MULA
.......
Apabila sudah bermula, mahu cepat kaya.
Majoriti bisnes ambil masa untuk buat duit banyak.
Buat duit sikit dahulu, lama-lama duit banyak akan datang.
Sabar.
Terus berusaha setiap hari dan percaya satu hari nanti bisnes kita akan sampai titik lonjakan.
Buang 'hati tisu' itu.
Lihat kejayaan kecil usahawan lain. Bergaul dengan mereka. Luaskan bulatan kenalan kita. Sedikit sebanyak ia dapat beri dorongan kepada kita untuk terus konsisten buat sampai jadi.
.
FASA 3 - BISNES SUDAH BUAT DUIT
.......
Apabila bisnes sudah berjaya buat duit, terlalu lama berada dalam zon selesa.
Buat duit memang seronok. Dapat duit poket setiap bulan. Ini fasa berjinak-jinak dengan duit banyak.
Jangan lama-lama berada dalam fasa buat duit. Bisnes yang buat duit belum tentu dapat bertahan lama.
Bisnes terbahagi kepada banyak komponen. Bukan komponen buat duit (jualan) sahaja yang harus dikukuhkan.
Ada lagi komponen lain seperti :
+ Pemasaran
+ Khidmat pelanggan selepas jualan.
+ Admin
+ Kewangan
+ Pengurusan sumber manusia.
+ Operasi
Belajar mensistemkan bisnes kita.
Mula belajar ilmu membina syarikat dan bisnes yang dapat bertahan, berdiri teguh dan berkembang untuk jangka masa yang panjang.
+ Labur semula keuntungan bisnes untuk luaskan pasaran produk.
+ Belajar berniaga dengan cara berpartner.
+ Belajar ilmu pembangunan organisasi.
+ Bina ahli pasukan - PENTING!
+ Lantik orang betul urus kewangan syarikat.
+ Tambah baik sistem dan SOP.
+ Bayar cukai, bayar zakat. Kemudian labur sebahagian keuntungan untuk beli aset.
Otak buat duit hanya fikir 30 hari ke 6 bulan akan datang.
Otak bina bisnes berfikir 10 tahun ke hadapan.
Mulakan langkah daripada SOLO-preneur (Self-Employed) kepada BUSINESS OWNER. Susun batu-bata bisnes kita itu sehingga satu hari nanti ia berdiri teguh dengan asas yang kuat, tidak rapuh.