Isnin, 28 Jun 2021

9 Perbezaan Orang Kaya, Pertengahan dan Miskin

1. Matlamat dan Gaya Hidup

Miskin : Nak teruskan hidup (survive), berfikir dari sehari ke sehari, kais pagi makan pagi

Pertengahan: Nak selesa, berfikir dari gaji bulanan ke gaji bulanan seterusnya

Kaya: Nak bebas kewangan, berfikir dari setahun ke setahun dan lebih jauh lagi


2. Perbelanjaan dan Hutang

Miskin: Bayar guna wang tunai atau berhutang

Pertengahan: Bayar guna kad kredit dan buat hutang baru sebaik sahaja satu hutang selesai

Kaya : Bayar guna kad kredit tetapi buat bayaran penuh, tahu bagaimana manfaatkan hutang


3. Pemikiran dan Perbualan

Miskin: Sibuk berborak tentang orang lain

Pertengahan: Sibuk berborak tentang perkara materialistik

Kaya: Sibuk berborak tentang idea-idea baru


4. Sikap Terhadap Pekerjaan dan Mindset

Miskin & Pertengahan: Bekerja ala kadar, kurang mengambil risiko

Kaya: Ambil risiko yang terkawal, mencabar diri sendiri untuk menjadi yang terbaik


5. Duit dan Peluang

Miskin & Pertengahan: Kurang, peluang sedikit dan duit susah untuk diperolehi

Kaya: Melimpah-ruah, banyak peluang untuk menjana duit


6. Sikap dan Motivasi

Miskin & Pertengahan: Tak sabar, kalau boleh nak hidup yang selesa hari ini juga

Kaya: Berkorban hari ini untuk keselesaan pada masa akan datang


7. Kekayaan dan Halangan

Miskin & Pertengahan: Saya tak mampu dan saya tak boleh

Kaya: Bagaimana saya mampu untuk memilikinya? Bagaimana saya boleh belajar untuk lakukannya?


8. Masa Lapang dan Perlaksanaan

Miskin & Pertengahan: Tengok televisyen, gosip serta dikelilingi oleh perkara kebendaan

Kaya: Kayakan diri sendiri dengan ilmu, bantu orang lain dan menambah nilai kepada orang lain

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama