EGO
Benda ini paling besar dalam diri manusia yang menghalang untuk anda buat sesuatu diluar kotak akal.
SKEPTIKAL
Selalu berfikiran negetif dan tak cuba untuk mencari atau berfikir perkara positif. "aku ni boleh ke berjaya" "boleh ke aku buat bisnes" "kalau orang kata aku macam mana".
TAKUT
Selalunya kita takut nak memulakan sesuatu sebab kita tak pernah mula pun tapi kita cuma lihat orang yang gagal sahaja. Takut untuk buat tindakan nak berubah.
TAK YAKIN
Manusia memang ada perasaan nak kan kepastian baru yakin. Diri rasa tak yakin nak buat sesuatu. Nak lakukan tindakan biasa pon tak yakin macam mana nak buat tindakan luar biasa.
TAK LAYAK
Belum cuba lagi dah fikir diri tak layak nak buat. Sebab dengar kata-kata negatif dari orang lain. Padahal yang nak buat keputusan tu diri sendiri.
SUKA BERTANGGUH
Sikap ni memang semua orang ada. "Nanti dulu lah kejap lagi pon boleh buat. Esok ke. Bukan nak ke mana pon". Tapi kalau tindakan yang lambat maka hasil pon lambat la dapat.
BAGI ALASAN .
Bila ditanya kau nak berjaya tak?. Semua orang cakap nak berjaya tapi alasan dia. "Aku tak pandai." "Aku tak ada masa la." Banyak alasan banyak la halangan.
TUNGGU DULU
Nak tunggu orang lain dah pergi jauh, dah berjaya baru nak tiru. Lebih lama tunggu timbul lagi banyak alasan... tunggu dulu lah aku sibuk lagi ni.
IKUT KAWAN NEGATIF
Berkawan dengan kawan-kawan negatif so hidup kita pon jadi negatif.
Suka dngr ckp org yg x buat, yg x berjaya.
Contoh: 'Alaaa sblum ko buat aku dah buat dulu....' padahal 2-3 tahun dulu beli je pun, xpernah cuba buat pun.
Lama kelamaan jadi habit dalam diri.
TAK BERSUNGGUH
Bila buat sesuatu tindakan dah bagus tapi tak bersungguh-sungguh. Bila ada ujian datang terus down. Tak nak cuba rempuhi. Last sekali putus asa.
SALAHKAN TAKDIR & AGAMA
Ni yang paling teruk orang yang menyalahkan takdir ni. Padahal diri sendiri yang tengah mencipta takdir tu. Kalau kita tak berusaha bagaimana kita nak nampak hasilnya.
Kita sendiri yang sedang mencorakkan perjalanan dan peta kehidupan kita.
Dalam AL QURAN disebut "ALLAH TAKKAN MENGUBAH NASIB SESUATU KAUM MELAINKAN MEREKA MENGUBAHNYA SENDIRI."
APA YANG KITA FIKIR
APA YANG KITA RASA
APA YANG KITA CAKAP
APA YANG KITA BUAT
SEMUA ADALAH DOA. ANDA ADALAH SIAPA YG ANDA FIKIRKAN. BE THE BEST... BEAT THE REST... !!!