Sebenarnya, bukan virus COVID-19 yang menyebabkan hidup kita huru-hara, ada 7 VIRUS yang menyebabkan hidup kita terus semasa PKP ni.
Buang 7 virus ni, InsyaAllah kita boleh survive, dengan izin Allah.
❌ TAK PEDULI
Tak kisah dengan apa yang berlaku di sekeliling dia. Kerajaan suruh pakai mask, jangan keluar, jaga jarak, dia tak peduli.
Peduli & belajar dengan apa yang berlaku disekeliling kita.
❌ TAK BUAT KEPUTUSAN
Mentor saya sebut sebagai Kelumpuhan Mental.
Hidup sentiasa ada risiko sama ada PKP atau tak. Sama ada buat keputusan atau tak buat, risiko tetap datang.
Jika salah buat keputusan, sekurang-kurangnya kita belajar sesuatu dengan cepat.
❌ TAK YAKIN DIRI
Susah nak survive jika tak yakin diri. Tak yakin yang dia boleh survive Pandemik ni.
Percaya pada diri. Kepecayaan pada diri sendiri akan membantu kita waktu kita susah.
❌ RISAU
Terlalu banyak risau bagi banyak masalah pada mental, kesihatan & perhubungan.
Usah terlalu risau, cari jalan penyelesaian dan biarkan sahaja ia berlaku. Cabaran itu fitrah.
❌ TAKUT AMBIL RISIKO
Hidup sentiasa ada risiko, ini tak bermaksud kita tak boleh mencuba.
Jika kalian anggap mencuba itu adalah 1 risiko, tunggu hingga datang bala jika kita tidak langsung mencuba.
Cari jalan macam mana nak kurangkan risiko, bukan berhenti & tidak bertindak langsung.
❌ MATA LALAT
Semua yang dia nampak depan mata, semua buruk.
Bila kita cari buruk, memang nampak buruk je, jika kita cari cantik, kita akan nampak banda cantik je.
Bagaimana cara kita melihat akan beri impak kepada realiti hidup kita.
❌ KOMPLEN
Ini virus yang paling takde ubat.
Mengeluh & suka komplen ni buang masa & tak bagi apa-apa perubahan langsung dalam hidup.
Jika berlaku sesuatu perkara yang tak best, cari jalan macam mana bak jadikan situasi tu lebih baik. Itu yang terbaik .
Dapat sesuatu?
Semoga bermanfaat utk korang