Rabu, 21 Julai 2021

𝟲 𝗕𝗜𝗟𝗔 𝗞𝗜𝗧𝗔 𝗨𝗕𝗔𝗛 𝗔𝗞𝗔𝗡 M𝗘𝗡𝗔𝗥𝗜𝗞 𝗕𝗔𝗡𝗬𝗔𝗞 𝗥𝗘𝗭𝗘𝗞𝗜 𝗗𝗔𝗧𝗔𝗡𝗚 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗞𝗜𝗧𝗔

Apa yang perlu diubah ialah dalaman kita. Bila kita ubah dalaman, maka luaran akan mudah menerima.


1. Ubah niat, niat untuk menjadi sebaik baik manusia, yang memberi manfaat buat ramai orang. Nak membantu ramai orang.


2. Jujur & bercakap benar. Kejujuran akan membina kepercayaan. Orang mudah urusan bila ada trust.


3. Sentiasa berakhlak mulia. Kita baik orang sayang, malah dicintai oleh Allah swt. Tak perlu tunjuk baik depan orang, tapi jadilah baik untuk dapatkan redha Allah swt.


4. Sentiasa menepati masa.

Buangkan tabiat melengah dan tidak menepati masa. Mulakan dengan Solat di awal waktu. Bila kita perbaiki Solat Allah swt akan perbaiki hidup kita.  


5. Sentiasa menjaga tutur kata. Apa yang kita kata mencerminkan peribadi sendiri. Elakkan berkata buruk, kata kesat, menyindir dan memerli, mengumpat dan seangkatan dengannya.


6. Menjaga Minda Sentiasa Positif. Sentiasa berfikiran positif. Fikir, cakap dan doakan yang baik-baik sahaja.

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama