Dalam Shopee ada ramai penjual, dan ramai juga pesaing yang menjual barang yang sama.
Betul kan?
Dan bagusnya dalam Shopee lengkap dengan marketing dan sales. Saya beranggapan, sahabat semua dapat membezakan marketing dan sales.
Ayat mudahnya marketing nak bagi orang jumpa kedai kita, barang kita jual.
Dalam Shopee telah disediakan marketing berbayar dan marketing secara percuma. Berdasarkan pengalaman saya, saya nasihatkan kepada nubie supaya guna dulu marketing secara PERCUMA ni.
Untuk marketing secara percuma dalam Shopee ni, ada banyak marketing tools disediakan. Kena pandai dan kreatif. Paling bagus, setiap bulan kena cuba dan adjust mana marketing tools yang berkesan untuk produk dan servis kita.
Dan paling penting kita kena ukur (measure) keberkesanan marketing yang kita buat. Dah disediakan juga di Shopee. Nih part yang paling saya suka dalam Shopee. Berbanding bila kita buat jualan ditempat lain, kita kena measure manually.
Didalam Shopee Marketing Tools, ada 3 bahagian:
>> Boost Sales with Promotion
>> Engage with Your Shoppers
>> Increase Your Shop Traffic
Dalam bahagian Boost Sales with Promotion ada 7 jenis juga kita boleh explore:
1.Vouchers
Increase orders by offering buyers reduced prices at checkout with vouchers
2. Discount Promotions
Set discounts on your products to boost sales
3. Bundle Deal
Increase average spending per order by offering product bundle discounts
4. Add-on Deal
Sell more products by offering add-on discounts or free gifts with min. spend
5. My Shop's Shocking Sale
Boost product sales by creating limited-time discount offers in your shop
6. Shipping Fee Promotion
Set shipping fee discounts to attract shoppers to make orders
7. Seller Coins
Top up seller coins as a reward to encourage shoppers to join shop activities
Untuk saya sendiri, tools 1 dan 2 paling berkesan. Jadi bolehlah explore mana yang kita nak gunakan untuk kedai kita. Tak semestinya sama.
Walaupun ianya adalah marketing secara percuma. Secara jujurnya, ada juga kos penjual dengan berikan diskaun harga, voucher dan potongan lain.
Jadi sebagai penjual kena berhati hati juga masa part ni. Kecuali bagi seller yang lama mungkin akan dapat voucher opt by Shopee, maksudnya Shopee bayar. Jadi yang ni memang berbaloi.