AL-MAW’IZAH al-Hasanah bererti nasihat, peringatan atau pengajaran yang baik. Dari segi istilah, al-Maw’izah al-Hasanah bermaksud membawa contoh yang menarik serta mengingatkan sasaran dakwah dengan al-Quran dan menyanggah tentangan mereka dengan baik.
Mereka juga tidak dipaksa untuk menjalankan segala apa yang disampaikan kepada mereka.
Al-Maw’izah al-Hasanah menurut Sayyid Qutb adalah kaedah menyentuh hati dengan cara lemah lembut, menyelami perasaan, memahami, bukan dengan mengherdik atau mencela dalam perkara yang tidak wajib dicela, bukan dengan cara mendedahkan kesalahan yang kadang-kadang berlaku dengan sebab kejahilan
atau dengan niat yang baik tetapi caranya salah.
atau dengan niat yang baik tetapi caranya salah.
Nasihat yang baik, peringatan lemah-lembut dapat ‘mencairkan’ hati manusia yang keras, menjinakkan hati yang liar dan kebiasaannya membuahkan natijah lebih baik berbanding menggunakan kata-kata kasar, penghinaan dan cacian.
Sayyid Qutb juga menyarankan beberapa perkara dalam pelaksanaan kaedah al-Maw’izah alHasanah yang harus diikuti pendakwah, antaranya:
l Pertuturan lemah lembut dan menarik hati pendengar.
l Menjauhi sikap sombong, bangga diri atau bersikap kasar terhadap sasaran dakwah.
l Menghindari kata-kata sindiran yang boleh menggugat kehormatan orang yang dinasihati.
Setiap manusia fitrahnya suci bersih. Semua orang dilahirkan sebagai orang baik. Lihatlah wajah bayi, tulus tanpa dosa.
Sekalipun fitrah itu dicemari dengan kelakuan buruk, manusia dibekalkan dengan potensi jiwa untuk bertukar daripada sifat buruk menjadi baik.
Kita tentu pernah dengar kisah samseng bertaubat, kaki judi bertaubat, kaki arak bertaubat, penzina bertaubat dan pelbagai lagi kisah taubat yang menyentuh hati.
Walaupun pelaku dosa besar itu hidup dengan maksiatnya puluhan tahun lamanya, mereka masih berupaya mengubah jalan hidupnya dengan izin Allah selepas mendapat sentuhan dakwah.
Haiwan liar yang sukar ditundukkan juga mampu menjadi jinak dengan asu-
han manusia, apatah lagi hati manusia yang dibekalkan fitrah dan akal yang baik.
han manusia, apatah lagi hati manusia yang dibekalkan fitrah dan akal yang baik.
Bagaimana kita boleh membantu mengajak seseorang berminat kembali kepada fitrah baiknya?
Di sini pentingnya kaedah nasihat dan pengajaran yang baik dalam berdakwah. Kita kena yakin semua orang mampu jadi baik.
Usah sesekali putuskan harapan sesiapa dengan melabelnya tidak akan jadi baik. Memang wujud sesetengah ajaran meyakini kejahatan adalah tabiat asal manusia.
Ia tidak dapat disucikan melainkan dengan meninggalkan kehidupan itu dan hidup zuhud secara total.
Namun, Islam menolak kefahaman begitu. Dalam pelaksanaan kaedah nasihat dan pengajaran yang baik ini (Al-Maw’izah Al-Hasanah), kita perlu menjaga beberapa perkara:
l Tuturkan perkataan yang menyejukkan telinga, bermanfaat dan mengandungi unsur nasihat berfaedah.
Hindari kata-kata yang merendahkan, memperbodohkan dan menghina orang lain. Masih ingat kisah pembunuh 100 orang yang akhirnya jenazahnya direbut malaikat rahmat dalam sahih Muslim? Pengajarannya, tiada siapa boleh putuskan harapan seseorang untuk berubah menjadi baik.
l Pastikan kita menyampaikan mesej yang sarat isi kandungan, bukan sembang kosong semata-mata.
Isi kandungan itu termasuklah isi yang sesuai dengan orang yang diseru seperti analogi, kisah, filem yang bermanfaat, pepatah, contoh kes lain, kata-kata hikmah, syair, puisi tanpa melupakan ayat al-Quran dan al-Sunah.
Kecenderungan seseorang tidak sama. Sebab itu, dakwah perlu disampaikan dalam pelbagai kreativiti dan cara selagi masih dalam batasannya.
l Berusaha menjaga perasaan orang yang dinasihati kerana dakwah bukan untuk menyakiti tetapi untuk melembutkan hati.
Ayat berlapik dan kiasan yang baik kadang kala wajar digunakan dalam misi memenangi hati manusia supaya suka pada kebenaran.
l Nada suara hendaklah sesuai. Biarlah nada yang mendominasi adalah nada yang lembut, tidak tinggi seperti memarahi dan alunannya santun dan sederhana.
l Ayat berkaitan suruhan atau larangan berusaha dielakkan, terutamanya kepada orang yang seringkali kalah dengan emosinya atau mengalami tekanan mental.
Sebaliknya, kita perlu menggunakan strategi menggunakan kata-kata yang memberi penerangan tentang manfaat atau bahaya sesuatu perkara.
Semoga ia akan difahami bahawa maksud di sebalik ayat itu adalah suruhan atau larangan.