Khamis, 26 Ogos 2021

13 Punca Rezeki yang ramai terlepas pandang

Ramai di antara kita sebagai usahawan terlepas pandang dengan punca-punca rezeki. Di sini, kami nak kongsikan tentang 13 senjata booster rezeki.


Alhamdulillah, ramai yang perolehi result yang mengagumkan selepas mengamalkan 13 punca ini.


Bukan sahaja terkesan dari segi jualan & bisnes mereka, bahkan kehidupan mereka bersama keluarga pun berubah 360 darjah. Berikut adalah senarai punca rezeki tersebut.


1. SOLAT - "kami tidak minta rezeki, kami yang memberi rezeki".


2. AL QURAN - kelebihan surah waqiah, Allah hilangkan kefakiran selamanya.


3. ZIKIR - "ingat aku pagi & petang aku cukupkan keperluan pada hari itu."


4. ISTIGHFAR - sesiapa yang melazimi istigfar Allah akan hilangkan kesempitan hidup & kesusahan.


5. TUNTUT ILMU - barangsiapa menuntut ilmu, Allah tanggung rezeki (kisah imam bukhari)


6. SILATURRAHIM - mudahkan rezeki, menyambung silaturrahim panjang umur murah rezeki


7.SEDEKAH - Allah ganti sehingga 10 kali ganda (kisah Ali r.a dgn unta)


8. DAKWAH - asbab terbesar rezeki...kisah para nabi


9. TAQWA - barangsiapa bertaqwa kepada Allah, akan diberi rezeki dari jalan yang tak disangka-sangka

 

10. SYUKUR - kalau syukur Allah akan tambah nikmat, kalau kufur Allah ancam azab pedih


11. TAWAKKAL - surah at-Talaq (ayat seribu dinar) jika tawakkal Allah cukupkan.


12. NIKAH - cari keberkatan rezeki dgn nikah (kisah sahabat mengadu tentang rezeki, Nabi suruh kawin)


13. KERJA/BISNES - Kerja atau bisnes ada perintah dari Allah untuk menjadi asbab rezeki, tetapi belum ada jaminan dari Allah.


No 1 - 12 adalah jaminan dari Allah. 


Conclusion


Jadi jika kita buat bisnes ataupun kerja, untuk tambah rezeki, pastikan kita jangan tinggal no 1 hingga no 12 sebab itu ada jaminan rezeki dari Allah.


Seringkali ramai di antara kita yang fokus pada no 13 semata-mata, walhal "MAGIK"nya terletak pada punca no 1 hingga 12. Ayuh, kita sama-sama amalkan. Dah ramai yang merasai kejayaan daripada tindakan daripada punca-punca rezeki ini.

10 TIP BAGAIMANA CARA UNTUK BINA BISNES YANG BERKEMBANG

1. Harus ubah cara berfikir (Growth mindset)

Perkara luaran sukar berubah apabila sikap dan cara berfikir dari dalam diri tidak diusahakan untuk berubah.


2. Harus ada matlamat untuk berkembang. (Growth goal) 


3. Harus tahu cara untuk capai matlamat tersebut. (Growth strategy)


4. Sentiasa dapatkan pandangan daripada circle usahawan yang mempunyai mindset dan matlamat yang sama. Bergaul dengan mereka.


5. Tidak keseorangan. Bina bisnes yang berkembang ialah kerja berpasukan. Harus ada rancangan keluar daripada kepompong buat semua perkara seorang diri.


6. Sentiasa buat penambahbaikan pada tindakan. Tambah baik sampai jadi. Jadi orang yang mahukan sesuatu yang lebih baik. Adakah kita ada attitude seperti itu?


7. Usah kedekut tidak bertempat. Kita akan penat apabila semua perkara nak berjimat akhirnya memakan kos lebih besar di kemudian hari.


8. Pastikan aliran tunai positif. Buat keuntungan secara konsisten. Labur duit untung itu untuk kita ke tahap lebih baik.


9. Usah terpengaruh dengan orang bisnes kaki joli. Ia menyebabkan kita menanggung satu lagi kos yang besar iaitu kos berfikiran tidak waras. 


10. Upgrade pemikiran. Pupuk LONG-TERM THINKING. Ia akan menterjemah banyak perkara dalam keputusan dan tindakan kita dalam membina bisnes dan jenama. Ia syarat awal untuk bina LONG-TERM SUSTAINABLE BRAND.

Tips Ketika Hadapi Masalah

Lain orang, lain cara bila berhadapan dengan masalah. Saya terjumpa satu artikel yang sangat bagus dalam menghadapi masalah.


Ada 15 panduan yang boleh kita gunakan:


1. Pertama sekali, terus paksa diri untuk ambil air wuduk dan solat. Boleh rujuk surah Al Baqarah ayat 45. Allah s.w.t sendiri bagi tips terbaik, mintalah pertolongan dengan jalan sabar dan solat.


2. Bila ada masalah, tika air mata mengalir. Saat itu satu saja yang boleh selesaikan masalah kita. Sedarilah bukan duit, bukan orang, bukan apa-apa melainkan Allah.


3. Selalu masalah datang dari pelbagai arah. Bertalu-talu. Kita tidak perlu fikir solusi, strategi atau pening nak buat apa. Jawapannya ketika timbul masalah adalah banyakkan Istighfar. Istighfar dulu. Solusi Allah akan bagi.


Minta ampun pada Allah. Kurangkan dosa kita. Diantara penyebab hidup kita selalu ada masalah, ini kerana kita kurang rahmat Allah dalam hidup atas akibat dosa kita.


4. Tarik perhatian Allah. Jemput rahmat Allah melalui mulakan menjaga amalan wajib. Solat 5 waktu saja tidak cukup, kalau boleh solat awal 5 waktu. Tambahkan dengan amalan-amalan sunat terutama Tahajud.


Lihat saja surah Al Isra dan Muzammil, betapa Allah tidak sebut solat sunat nafilah atau sebagai 'tambahan' selepas solat fardhu melainkan bangun malam.


Tunjukkan pada Allah, yang kita benar-benar mahu masalah kita selesai.


5. Banyak hutang, masalah rumahtangga, belum ada jodoh, belum ada rezeki anak, belum ada kerja dan bisnes down. Bangun Tahajud. Luahkanlah perasaan kita pada Allah ketika semua orang sedang tidur.


6. Jangan hanya baca doa yang kita hafal. Ajak berbicara dengan Allah dalam doa. Allah suka dengar hambaNya mengadu padaNya. Dia suka.  "Ya Allah, saya ada itu dan ini.."


Ceritakan masalah kita dari awal. Seperti bercerita dengan kawan rapat. Luahkan semuanya.


7. Allah uji tanda sayang. Bila masalah datang, dan terlalu banyak sampai kita tak mampu nak buat apa-apa. Sebutlah, "Innalillahi wa innalillahi rojiun".


Kita tak boleh buat apa-apa. Jawapannya adalah Redha. Ya redha dulu dengan apa yang dah berlaku. Redha kita dalam situasi tersebut. Kita bukan tuan apatah lagi Tuhan. Redha.


8. Nabi Sulaiman alaihi salam juga pernah alami situasi sejatuh-jatuhnya. Boleh rujuk kisahnya surah As-Sad ayat 33 hingga 36. Biasanya kita sering dengar orang sebut,


"Ya Allah, tolonglah bantu aku bayar hutang kali ni saja. Aku cuma nak hutang aku lunas."


"Ya Allah, aku ada masalah besar. Lepaskan aku dari masalah ini ya Allah."


SubhanaAllah, Nabi Sulaiman a.s ketika down, dia tak minta hanya selesaikan masalah dia saja. Kerajaan dia hilang. Justeru, Nabi Sulaiman a.s meminta pada Allah,


"Qala rabbi ighfir li wahab li mulkan la yanbaghi liahadin min ba'aadi innaka anta alwahhab."


" Wahai Tuhanku! Ampunkanlah kesilapanku, dan kurniakanlah kepadaku sebuah kerajaan (yang tidak ada taranya dan) yang tidak akan ada pada sesiapapun kemudian daripadaku; sesungguhnya Engkaulah yang sentiasa Melimpah kurniaNya."


Maksudnya, ketika ada masalah. Jangan bersedih, istighfar dan mintalah yang besar-besar dari Allah.


Contoh, "Ya Allah selesaikanlah masalah hutangku dan bagi aku kemampuan ya Allah untuk selesaikan masalah hutang orang lain."


"Ya Allah aku redha dengan apa yang dah hilang, gantikanlah aku yang baru, yang jauh lebih baik dan ubahkanlah hidupku ya Allah."


9. Sentiasa zikir "La haula quwwata billah". Biasakan baca selawat. Ini kerana selawat akan meleraikan segala masalah. Amalkan selawat Syifa dan Tafrijiyyah.


10. Jumpalah orang yang soleh. Minta nasihat dari mereka. Orang yang baik ada cahaya dalam percakapannya. InshaAllah akan buat hati kita tenang bila dekat dengan orang yang dekat dengan Tuhan.


11. Minta maaflah. Rendahkan ego kita untuk minta maaf jika ada buat salah pada manusia terutama pada emak ayah. Salam dan ciumlah tangan dan dahi mereka, minta doakan kita.


12. Bersedekahlah. Ya sedekah. Semakin banyak masalah, semakin perlu banyak kita bersedekah. Allah akan menggantikan hingga 10 kali lipat. Sekaligus menjaga kita dari bala musibah.


13.Hidup ini untuk menyelesaikan masalah. Life is to solve problem. Itulah kata-kata mutiara barat, tapi kita ubah sikit, "Hidup ini untuk menyelesaikan ujian." Kita gantikan perkataan masalah kepada perkataan 'ujian'.


Masalah itu adalah ujian, tapi ujian bukan masalah. Ini kerana kita tahu segala ujian datang dari Allah.


14. Iringi masalah kita dengan taat pada Allah dulu. Mula jaga Quran. Baca dan fahami. Sekaligus praktikkan dalam hidup kita. Kuncinya adalah, "Semakin banyak masalah, semakin taat pada Allah."


15. Tenangkan hati dulu dengan ingat pada Allah. Selepas itu baru usaha dan ikhtiar. Imbas semula kesusahan kita yang lepas, kita sangka kita tak dapat lepas ujian itu tapi ternyata hari ini kita masih hidup.


Allah selamatkan kita. Yakinlah, kali ini juga Allah pasti selamatkan kita. Bersyukur bila ada masalah, Allah masih sayang kita dan mahu mengangkat darjat kita.


Jemput share ya. Moga bermanfaat.

3 Cara Nak Kekalkan Customer Beli Dengan Kita

1. Buat pelanggan jadi duta jenama kita


Pernah dengar rakan atau keluarga anda cakap…


“Aku ada kad jenama X, kau guna lah nanti aku dapat point untuk tebus reward”


Itulah strategi nak buat pelanggan jadi duta tak rasmi sesuatu jenama. Mereka bangga dan ajak orang terdekat mereka untuk turut sama beli. 


Secara tak langsung, pelanggan dapat rasa ‘sense of belonging’ bila membeli dari kita. 


Jika anda jual cookies misalnya, anda boleh timbulkan rasa tersebut dengan reward pelanggan yang rekomen produk anda kepada kenalan mereka. 


Barulah mulut pelanggan anda lebih ringan untuk bercerita pasal produk anda. Kan?


2. Raikan kesetiaan pelanggan


Mulakan dengan buat satu posting khas bercerita dengan pelanggan yang kerap membeli dengan anda dan cerita journey mereka kenal dengan bisnes anda sampailah sekarang.


Apa manfaat dari posting tersebut?


Pertama, untuk galakkan mereka repost semula di sosial media mereka dan secara tak langsung pelanggan itu dah perkenalkan bisnes anda kepada kenalan mereka.


Jangan lupa, manusia suka bila dirinya dihargai 😉


3. Customize layanan kepada setiap pelanggan


Jangan broadcast WhatsApp dengan pukul rata kepada semua pelanggan yang dah pernah membeli dengan anda.


Jika anda ada beberapa produk kenalpasti pelanggan suka produk yang mana dan sebelum nak buat posting berbentuk promosi tunjukkan anda care dan ambil kisah dengan pelanggan. 


Contohnya. 


“Salam Cik Mawar, haritu Cik Mawar purchase foundation X kan, sekarang foundation tu tengah diskaun 50%” 


“Salam Kak Peah, ikan masin tenggiri yang akak suka baru sampai stok fresh hari ni, jemput datang kedai saya”


Gitu. 


Belajar sesuatu?

KEBERKATAN HIDUP

Jenis-jenis keberkatan:


1. Keberkatan dalam hidup


Hidup seseorang yang berkat akan mampu melakukan dan menghasilkan sesuatu yang tidak mampu dilakukan oleh orang yang hidupnya lebih lama.


Sebagai contoh: shahabat Rasulullah Sa’ad bin Mu’adz masuk Islam di usia 30 tahun dan meninggal pada usia 36 tahun. Akan tetapi ketika beliau meninggal ‘Arsy sampai bergoncang dalam rangka menyambut kedatangan rohnya. Padahal ia hidup hanya 6 tahun dalam pangkuan Islam.


2. Keberkatan pada waktu (Kemampuan dalam menggunakannya)


Contohnya:

Ada orang yang tidur selama 10 jam, bangun tidur tetap dalam kondisi malas dan tak bersemangat. Seperti orang yang belum tidur. Di sisi lain ada orang yang tidur hanya 4 jam, tetapi dia bangun dalam keadaan semangat, hati tenang dan senang hal ini disebabkan keberkatan waktu tidur.


3. Keberkatan pada rezeki


Rezeki yang berkat itu dapat mencukupi meskipun sedikit. Ramai orang yang gajinya banyak, tetapi banyak hutang yang harus di bayar dan kehidupannya tetap susah.


Tetapi ada ramai orang yang berpendapatan sedikit, tetapi cukup untuk menghidupi keluarganya. Apa yang diperlukannya dapat dicapai. Hidupnya aman, damai dan bahagia.


4. Keberkatan pada ilmu


Ilmu dan pengetahuan yang berkat akan membawa perubahan yang positif pada pemiliknya, dari segi amal ibadahnya serta budi pekertinya dan dapat memberi manfaat kepada orang lain.


5. Keberkatan pada rumah


Rumah yang berkat, akan membuat penghuninya merasa aman dan damai tinggal di dalamnya. Rumah yang dapat menjadikan penghuninya perasaan bahagia ketika berada dalam rumah.


6. Keberkatan pada keluarga


Keluarga yang berkat adalah keluarga yang dapat membantu kita dalam melaksanakan ketaatan kepada Allah SWT. Keluarga yang sakinah mawadah wa rahmah.


7. Keberkatan dalam persahabatan/pergaulan


Sahabat yang baik adalah sahabat yang membuat kita lebih rajin dalam beramal kebaikan serta saling melengkapi.


Sahabat yang baik adalah sahabat yang selalu memberi motivasi ke arah kecemerlangan hidup di dunia dan di akhirat.


8. Keberkatan pada pekerjaan


Pekerjaan yang berkat adalah pekerjaan yang dilakukan dengan cara yang baik dan penuh dengan semangat.


Pekerjaan yang berkat juga akan dilakukan oleh seseorang dengan penuh tanggung jawab dan amanah dengan tidak meninggalkan ibadah kepada Allah SWT dan melakukan amalan kebaikan yang lainnya.


SEMOGA BERMANFAAT

10 Kelebihan Bersedekah Yang Anda Perlu Tahu

Antara amalan yang paling mudah untuk dilakukan adalah bersedekah. Ia patut dilakukan oleh setiap umat Islam kerana terdapat banyak kelebihan bersedekah.


Amalan ini sangat senang dan boleh menolong mereka yang memerlukan bantuan anda. Anda tidak perlu bersedekah banyak pada setiap masa jika anda tidak mampu.


Hanya bersedekah mengikut kemampuan anda dan anda boleh menikmati kelebihan yang terdapat pada golongan mulia ini.


Di dalam artikel ini, kami akan menceritakan kepada anda tentang kelebihan yang terdapat pada mereka yang bersedekah.


Teruskan membaca artikel ini untuk mendapat maklumat yang bermanfaat.


Apa Maksud Sedekah Dalam Islam?


Sedekah secara amnya adalah pemberian oleh seseorang kepada orang lain bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.


Pemberian ini biasanya akan diberi kepada mereka yang memerlukan bantuan seperti golongan fakir miskin atau juga kepada pembinaan masjid dan tahfiz.


Ini pula adalah antara dalil pensyariatan sedekah dalam Islam yang boleh dilihat dalam Al-Quran:


Firman Allah SWT:


إِن تُبْدُوا الصَّدَقَاتِ فَنِعِمَّا هِيَ ۖ وَإِن تُخْفُوهَا وَتُؤْتُوهَا الْفُقَرَاءَ فَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ ۚ وَيُكَفِّرُ عَنكُم مِّن سَيِّئَاتِكُمْ ۗ وَاللَّـهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ


Yang bermaksud: “Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan.” (Surah al-Baqarah: 271)


Firman Allah SWT:


إِنَّ الْمُصَّدِّقِينَ وَالْمُصَّدِّقَاتِ وَأَقْرَضُوا اللَّهَ قَرْضاً حَسَناً يُضَاعَفُ لَهُمْ وَلَهُمْ أَجْرٌ كَرِيمٌ


Yang bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia.” (Surah al-Hadid: 18)


Bersedekah adalah amalan yang sangat mulia dan harus dilakukan oleh semua umat Islam.


10 Kelebihan Bersedekah


Di bahagian ini, kami akan terangkan kepada anda 10 kelebihan yang anda boleh menikmati jika bersedekah.



Menghapuskan Dosa 

Kelebihan sedekah yang pertama adalah ia boleh menghapuskan dosa dan kesalahan anda yang lepas. Tetapi anda perlulah bertaubat agar tidak melakukan perkara itu lagi.


Perkara ini boleh dilihat di mana Rasulullah S.A.W bersabda:


“Sedekah itu dapat menghapus dosa sebagaimana air itu memadamkan api”


Hadis Riwayat at-Tirmidzi


Mendapat Pahala

Selain dari menghapuskan dosa anda, bersedekah dengan ikhlas juga akan memberi anda ganjaran pahala. Setiap amalan baik akan diberi ganjaran oleh Allah SWT.


Ini boleh dilihat di dalam Al-Quran di mana Allah berfirman:


“Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan mereka, kecuali dari bisikan-bisikan orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekah, atau berbuat kebaikan atau mengadakan perdamaian di antara manusia. Dan barangsiapa yang berbuat demikian kerana mencari keredaan Allah, maka kami akan memberinya pahala yang besar.”


(Surah an-Nisa:114)


Rezeki Akan Bertambah

Rezeki anda juga akan bertambah dengan banyak jika anda bersedekah. Amalan ini akan membuka pintu rezeki ajik kerana anda berkongsi rezeki dengan orang yang memerlukan.


Ini boleh dilihat di mana Rasulullah S.A.W bersabda:


“Tidak akan berkurang rezeki orang yang bersedekah, kecuali bertambah, bertambah dan bertambah.”


kelebihan bersedekah

Mendekatkan Diri Kepada Allah SWT

Kita juga akan dapat memperkuatkan iman kita dan dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT jika kita selalu bersedekah kepada mereka yang memerlukan.


Ini kerana kita berkongsi rezeki yang kita memperolehi dan menggunakan kelebihan ini untuk membantu orang lain. 


Ini boleh mendekatkan diri kita dengan Allah kerana Allah menyayangi mereka yang suka menolong antara satu sama lain.


Dapat Memadamkan Kepanasan Alam Kubur

Kelebihan bersedekah seterusnya adalah dapat memadamkan kepanasan alam kubur melalui amalan mulia ini.


Ramai tidak tahu tentang kelebihan ini yang anda boleh menikmati jika anda bersedekah.


Ia boleh dilihat di dalam hadis di mana Rasulullah SAW bersabda:


“Sesungguhnya sedekah itu benar-benar akan dapat memadamkan panasnya alam kubur bagi penghuninya, dan orang mukmin akan bernaung dibawah bayang-bayang sedekahnya.”


Hadis Riwayat at-Thabrani


Mendapat Naungan Pada Hari Akhirat

Salah satu perkara yang kita mesti melakukan semasa bersedekah adalah kita mesti mempunyai niat yang ikhlas dan tidak bertujuan untuk menunjuk-nunjuk.


Ini boleh memberi anda ganjaran di hari akhirat di mana Allah akan memberi naungan kepada anda. Ini boleh dilihat di dalam sebuah hadis:


“Seorang yang bersedekah dengan tangan kanannya, maka ia menyembunyikan amalnya itu sampai tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya.”


Hadis Riwayat Bukhari


Umur Dipanjangkan

Selain itu, amalan ini juga boleh memanjangkan umur anda. Kelebihan ini menunjukkan keindahan dan kebaikan yang anda akan dapat jika anda selalu bersedekah. 


Perkara ini boleh dilihat di dalam hadis di mana Rasulullah SAW bersabda:


“Sesungguhnya sedekahnya orang muslim itu dapat menambah umurnya, dapat mencegah kematian yang buruk, Allah akan menghilangkan darinya sifat sombong, kefakiran dan sifat bangga pada diri sendiri.”


Hadis Riwayat Thabrani


Menjauhkan Diri Dari Sifat Kedekut

Amalan bersedekah juga boleh menjauhkan diri anda dari mempunyai sifat kedekut. Ini kerana amalan ini mengajar anda untuk selalu berkongsi rezeki anda.


Bersedekah bukan sahaja dilakukan dengan duit sahaja, daging korban juga boleh disedekahkan kepada golongan fakir miskin.


Ibadah korban mengajar kita untuk selalu berterima kasih dan bersyukur tentang kehidupan kita. 


Dengan bersedekah, kita belajar untuk tidak kedekut dan selalu menolong mereka yang memerlukan bantuan.


kelebihan bersedekah

Memberi Ketenangan Kepada Hati Anda

Melalui bersedekah, kita juga akan berasa tenang dan bahagia kerana kita dapat membantu mereka yang memerlukan.


Ini juga boleh memberi kebahagiaan kepada kita dan boleh mencuci hati kita. Kita tahu bahawa jika kita bersedekah, duit itu akan digunakan untuk tujuan yang bagus dan bermanfaat.


Oleh itu, kita akan berasa tenang dan berpuas hati kerana dapat menggukanan harta kita ke jalan yang benar.


Lindungi Kita Dari Bahaya

Kelebihan bersedekah yang terakhir dalam artikel ini adalah amalan bersedekah mampu melindungi kita dari kejahatan dan musibah.


Ini boleh dilihat di mana Rasulullah SAW bersabda:


“Bersegeralah untuk bersedekah. Kerana musibah dan bencana tidak bisa mendahului sedekah.”


Amalan ini boleh menjadi penolak bala untuk kita dan boleh membantu kita hidup dalam keadaan yang selesa dan tenang.


Kesimpulannya, terdapat banyak kelebihan bersedekah yang kita boleh menikmati jika sering melakukan amalan mulia ini.

Isnin, 23 Ogos 2021

VAKSIN DIRI MU

1.J͟i͟k͟a͟ nak m͟e͟r͟a͟w͟a͟t͟ j͟a͟n͟t͟u͟n͟g͟,  kurangkan penggunaan garam.*


*2. J͟i͟k͟a͟ nak m͟e͟r͟a͟w͟a͟t͟ h͟a͟t͟i͟,  elakkan m͟a͟k͟a͟n͟a͟n͟ b͟e͟r͟l͟e͟m͟a͟k͟.*


*3. J͟i͟k͟a͟ nak m͟e͟r͟a͟w͟a͟t͟ p͟e͟r͟u͟t͟,  elakkan m͟a͟k͟a͟n͟a͟n͟ sejuk.*


*4. J͟i͟k͟a͟ nak m͟e͟r͟a͟w͟a͟t͟ u͟s͟u͟s͟,  tukarkan makanan segera d͟e͟n͟g͟a͟n͟ s͟a͟y͟u͟r͟a͟n͟*


*5. J͟i͟k͟a͟ nak m͟e͟r͟a͟w͟a͟t͟ p͟a͟n͟k͟r͟e͟a͟s͟,  elakkan m͟a͟k͟a͟n͟  hingga k͟e͟n͟y͟a͟n͟g͟.*


*6. J͟i͟k͟a͟ nak m͟e͟r͟a͟w͟a͟t͟ G͟i͟n͟j͟a͟l͟,  m͟i͟n͟u͟m͟l͟a͟h͟ b͟a͟n͟y͟a͟k͟ a͟i͟r͟ d͟i͟ s͟i͟a͟n͟g͟ h͟a͟r͟i͟,  m͟i͟n͟u͟m͟ l͟e͟b͟i͟h͟ s͟e͟d͟i͟k͟i͟t͟ a͟i͟r͟ d͟i͟ waktu m͟a͟l͟a͟m͟ ,  k͟o͟s͟o͟n͟g͟k͟a͟n͟ pundi kencing a͟n͟d͟a͟ s͟e͟b͟e͟l͟u͟m͟ t͟i͟d͟u͟r͟.*


*7. J͟i͟k͟a͟ nak m͟e͟r͟a͟w͟a͟t͟ O͟t͟a͟k͟,  t͟i͟d͟u͟r͟l͟a͟h͟ s͟e͟l͟a͟m͟a͟ l͟a͟p͟a͟n͟ j͟a͟m͟ sehari*


*8. J͟i͟k͟a͟ a͟n͟d͟a͟ m͟e͟r͟a͟w͟a͟t͟ j͟i͟w͟a͟,  m͟i͟l͟i͟k͟i͟ h͟u͟b͟u͟n͟g͟a͟n͟ y͟a͟n͟g͟ I͟n͟t͟i͟m͟ d͟e͟n͟g͟a͟n͟ Maha P͟e͟n͟c͟i͟p͟t͟a͟,  A͟l͟l͟a͟h͟ Y͟a͟n͟g͟ M͟a͟h͟a͟ K͟u͟a͟s͟a͟.Bacalah Al quran &  berzikir*.


*9. J͟i͟k͟a͟ nak m͟e͟r͟a͟w͟a͟t͟ rindu dan cinta  pada Nabi ,  banyakkan berselawat  kepadanya.* 


🌹 *H͟i͟d͟u͟p͟ i͟t͟u͟ s͟e͟d͟e͟r͟h͟a͟n͟a͟,  y͟a͟n͟g͟ kusut i͟t͟u͟ fi͟k͟i͟r͟a͟n͟ k͟i͟t͟a͟*


🌹 *H͟i͟d͟u͟p͟ i͟t͟u͟ m͟u͟r͟a͟h͟,  y͟a͟n͟g͟ m͟a͟h͟a͟l͟ i͟t͟u͟ kehormatan k͟i͟t͟a͟.*


🌹 *M͟a͟r͟i͟l͟a͟h͟ k͟i͟t͟a͟ m͟e͟n͟j͟a͟d͟i͟ o͟r͟a͟n͟g͟ y͟a͟n͟g͟ p͟a͟n͟d͟a͟i͟ b͟e͟r͟s͟y͟u͟k͟u͟r͟.*


🌹 *S͟e͟m͟o͟g͟a͟ Mendapat B͟e͟r͟m͟a͟n͟f͟a͟a͟t͟ Bersama*🥰


*Kebajikan, Kesihatan, Kewangan.*


*Indahnya Hidup Berkasih sayang kerana Allah.* 


*Al Quran Teman Dunia Akhirat*

Jumaat, 30 Julai 2021

13 Punca Rezeki yang ramai terlepas pandang

Ramai di antara kita sebagai usahawan terlepas pandang dengan punca-punca rezeki. Di sini, kami nak kongsikan tentang 13 senjata booster rezeki.


Alhamdulillah, ramai yang perolehi result yang mengagumkan selepas mengamalkan 13 punca ini.


Bukan sahaja terkesan dari segi jualan & bisnes mereka, bahkan kehidupan mereka bersama keluarga pun berubah 360 darjah. Berikut adalah senarai punca rezeki tersebut.


1. SOLAT - "kami tidak minta rezeki, kami yang memberi rezeki".


2. AL QURAN - kelebihan surah waqiah, Allah hilangkan kefakiran selamanya.


3. ZIKIR - "ingat aku pagi & petang aku cukupkan keperluan pada hari itu."


4. ISTIGHFAR - sesiapa yang melazimi istigfar Allah akan hilangkan kesempitan hidup & kesusahan.


5. TUNTUT ILMU - barangsiapa menuntut ilmu, Allah tanggung rezeki (kisah imam bukhari)


6. SILATURRAHIM - mudahkan rezeki, menyambung silaturrahim panjang umur murah rezeki


7. SEDEKAH - Allah ganti sehingga 10 kali ganda (kisah Ali r.a dgn unta)


8. DAKWAH - asbab terbesar rezeki...kisah para nabi


9. TAQWA - barangsiapa bertaqwa kepada Allah, akan diberi rezeki dari jalan yang tak disangka-sangka

 

10. SYUKUR - kalau syukur Allah akan tambah nikmat, kalau kufur Allah ancam azab pedih


11. TAWAKKAL - surah at-Talaq (ayat seribu dinar) jika tawakkal Allah cukupkan.


12. NIKAH - cari keberkatan rezeki dgn nikah (kisah sahabat mengadu tentang rezeki, Nabi suruh kawin)


13. KERJA/BISNES - Kerja atau bisnes ada perintah dari Allah untuk menjadi asbab rezeki, tetapi belum ada jaminan dari Allah.


No 1 - 12 adalah jaminan dari Allah. 


Conclusion


Jadi jika kita buat bisnes ataupun kerja, untuk tambah rezeki, pastikan kita jangan tinggal no 1 hingga no 12 sebab itu ada jaminan rezeki dari Allah.


Seringkali ramai di antara kita yang fokus pada no 13 semata-mata, walhal "MAGIK"nya terletak pada punca no 1 hingga 12. Ayuh, kita sama-sama amalkan. Dah ramai yang merasai kejayaan daripada tindakan daripada punca-punca rezeki ini.


Kalau mereka boleh, anda pun boleh!

Bantu orang lain disaat kita sendiri tengah susah?

Bantu orang lain disaat kita sendiri penuh dengan gunung masalah? 

.

Itulah manfaat. 

.

Walaupun sekadar menadah telinga untuk mendengar. Walaupun sekadar berpesan pada kebenaran dan kesabaran. 

.

Bukan bila kita takda masalah. Bukan kita takda ujian baru kita nak membantu orang. Walaupun sendiri masih susah, masih struggle, masih belajar perbaiki diri. 

.

Mari tu tak kenal usia, mati tu tak kenal waktu. Ujian tak pernah surut selagi kita masih panjang umur. 

.

Bantu orang lain, Allah bantu kita. Walaupun sekadar membantu memberikan secebis nasihat. Bantu orang lain disaat kita sendiri penuh masalah bukan bermaksud kita tak sayang diri kita. Tapi kita faham dan percaya. Bantu orang lain, Allah bantu kita. Bahagiakan orang lain, inshaaAllah kita bahagia. 

.

Patuhilah 

Laksanakanlah

Perintah Allah. 

.

Menjadi manusia yang sentiasa berpesan pada kesabaran dan kebenaran. 

.

InshaaAllah. Pahala disisi Allah dan jika kita sentiasa mengajak orang lain untuk #AlwaysTurnbacktoAllah. 

.

Ingat. Ujian tak pernah habis. Ujian takkan pernah berhenti. Tanpa mengira saat susah dan senang tetaplah, teruslah memberi dan menasihati walaupun hanya sekadar memberi telinga untuk mendengar dan mengucapkan "sabar" kepada saudara kita. 

.

Kerana itu adalah Perintah Allah

3 Kesilapan Yang Perlu Dielakkan Dalam Perniagaan Jika Mahu Pelanggan ‘Lekat’ dengan kita

1.Tidak Mengucapkan Ucapan Terima Kasih

-Dengar macam remeh jer kan, tapi percayalah, ada orang yang sangat menitikberatkan ucapan terima kasih ini. Barulah dia akan rasa dihargai.

Begitu juga dalam bisnes..Percayalah dengan hanya ucapan terima kasih, pelanggan akan lebih rasa dihargai dan mereka akan datang lagi kepada anda untuk membeli produk anda. Mereka akan rasa lebih ‘dekat’ dengan anda. Jika anda ‘berat mulut’ nak berterima kasih, dah tentu pelanggan akan rasa menyampah dengan anda. Logik bukan?


2.Kurang Pengetahuan Tentang Produk Sendiri

-Jika anda mahu membeli sesuatu produk itu dan kemudian tanya pekerjanya dan dia pulak tak tahu tentang produk itu, adakah anda bengang, rasa nak marah dan kalau boleh nak jer anda lari dari situ, pernah rasa tak?

Jika anda ada perasaan ini dan pernah rasa, sudah tentu pelanggan anda pun rasa perkara yang sama jika mereka membeli produk anda. Apa yang cuba disampaikan di sini adalah, anda sendiri perlu faham tentang produk anda supaya senang untuk menerangkan kepada pelanggan tentang produk anda itu. Jadi taklah nanti terkebil-kebil mata bila pelanggan tanya soalan cepu emas pada produk anda. 


3.Tidak Dengar Pandangan Pelanggan

-Feedback pelanggan adalah sangat penting sama ada baik dan buruk .Feedback baik kita boleh highlightkan untuk bakal pelanggan kita .Feedback buruk akan membantu kita improvekan lagi kualiti servis atau produk kita .


Hubungan dengan pelanggan adalah sangat penting . Jadi jangan melakukan kesilapan-kesilapan yang mungkin dianggap enteng oleh usahawan di luar sana. Ingat, perkara yang kita mungkin lihat tidak penting itu yang akan memberi kesan teruk kepada perniagaan kita .

Rabu, 21 Julai 2021

HIDUP INI INDAH

Jika sebiji telur dipecahkan oleh kekuatan dari luar, maka kehidupan di dalamnya akan berakhir. Tetapi, jika sebiji telur dipecahkan oleh kekuatan dari dalam, maka kehidupan baru akan lahir.


Maka hal-hal besar selalu bermula dari dalam diri, bukan dari luar.


Allah tidak pernah menjanjikan bahawa langit itu selalu biru, bunga selalu mekar, matahari selalu bersinar.


Tapi ketahuilah bahawa Allah selalu memberi Hikmah dalam setiap cubaan, Jawapan dalam setiap doa, Penyelesaian dalam setiap masalah. 


Jangan pernah menyerah. Life is so beautiful.


Jika hidup itu perjalanan, maka nikmatilah.


Jika hidup adalah tentangan, maka hadapilah.


Jika hidup adalah anugerah, maka terimalah.


Jika hidup adalah tugas, maka selesaikanlah.


Jika hidup adalah cita-cita, maka capailah.


Jika hidup adalah peluang, maka ambillah.


Satu hal yang membuat kita bahagia adalah 👉 Cinta Allah


Satu hal yang membuat kita hancur adalah 👉 Putus Asa


Satu hal yang membuat kita maju adalah 👉 Ikhtiar


Satu hal yang membuat kita kuat adalah 👉 Doa


Semoga Allah permudahkan  segala urusan kita hari ini. Insha Allah..

𝟲 𝗕𝗜𝗟𝗔 𝗞𝗜𝗧𝗔 𝗨𝗕𝗔𝗛 𝗔𝗞𝗔𝗡 M𝗘𝗡𝗔𝗥𝗜𝗞 𝗕𝗔𝗡𝗬𝗔𝗞 𝗥𝗘𝗭𝗘𝗞𝗜 𝗗𝗔𝗧𝗔𝗡𝗚 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗞𝗜𝗧𝗔

Apa yang perlu diubah ialah dalaman kita. Bila kita ubah dalaman, maka luaran akan mudah menerima.


1. Ubah niat, niat untuk menjadi sebaik baik manusia, yang memberi manfaat buat ramai orang. Nak membantu ramai orang.


2. Jujur & bercakap benar. Kejujuran akan membina kepercayaan. Orang mudah urusan bila ada trust.


3. Sentiasa berakhlak mulia. Kita baik orang sayang, malah dicintai oleh Allah swt. Tak perlu tunjuk baik depan orang, tapi jadilah baik untuk dapatkan redha Allah swt.


4. Sentiasa menepati masa.

Buangkan tabiat melengah dan tidak menepati masa. Mulakan dengan Solat di awal waktu. Bila kita perbaiki Solat Allah swt akan perbaiki hidup kita.  


5. Sentiasa menjaga tutur kata. Apa yang kita kata mencerminkan peribadi sendiri. Elakkan berkata buruk, kata kesat, menyindir dan memerli, mengumpat dan seangkatan dengannya.


6. Menjaga Minda Sentiasa Positif. Sentiasa berfikiran positif. Fikir, cakap dan doakan yang baik-baik sahaja.

Ahad, 18 Julai 2021

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM BISNES SHOPEE

1. Pastikan anda masukkan produk banyak2 dalam kedai shopee anda.. Kalau produk sikit, customer pun tak nak beli sebab diorang nak dapatkan free shipping mesti nak campur produk untuk cukupkan RM40 Free shipping ataupun RM15 free shipping


2. Follow customer di rating pesaing kita dalam 100-200 setiap hari..Walaupun penat, tapi dengan cara ini kita akan dapat tambah follower dan secara tak langsung mereka adalah potential buyer kita..


3. Wajib tekan Boost setiap 4 jam 5 barang..Tapi semua student Teacher yang join kelas shopee online semua dah belajar Robot AutoBoost jadi sangat mudah untuk buat..Dah tak perlu tekan boost dah sebab robot yang akan buat untuk kita 😉


Semoga berjaya gud luck semua 😃


Jom Belajar Berniaga Di Shopee 😉

Kebanyakan dari kita termasuk saya, tak fokus pada satu perkara dalam satu masa menyebabkan hidup jadi stress, murung dan risau

😅 Masa bersama keluarga, fikir pasal kerja.

😅 Masa kerja, fikir nak pergi bercuti.

😅 Masa solat, fikir nak makan apa lepas ni.

😅 Masa makan, mata tengok henfon.


Bila kita fokus pada situasi semasa, hidup kita jadi lebih bahagia & mudah nak capai apa sahaja yang kita nak capai dalam hidup.


🏆 Bila buat kerja, fokus kerja betul-betul.

🏆 Bila makan, makan betul-betul.

🏆 Bila bersama keluarga, henfon letak tepi.

🏆 Bila solat, fokus pada bacaan dalam solat.


Mentor saya cakap, what you do anything is how you do everything.


Jika 1 perkara kita tak fokus, semua perkara kita takkan fokus.


Bila tak fokus, kita hidup sama ada di masa hadapan atau di masa lampau. Tak pernah berada di masa sekarang.


Ramai tak perasan mereka tak hidup normal. Tak perasan apa yang ada di sekeliling mereka sekarang. Mereka fokus pada masa hadapan atau masa lampau.


Hidup jadi risau & gemuruh jika kita hidup di masa hadapan.


😟 Esok nak makan apa?

😟 Minggu depan nak pergi mana?

😟 Apa jadi kalau PKP dilanjutkan?


Hidup akan jadi murung jika hidup di masa lampau.


😔 Aku pernah gagal

😔 Semalam bergaduh dengan pasangan

😔 Minggu lepas kena marah dengan bos


Apa yang perlu kita buat untuk happy?


Enjoy & fokus apa yang ada di depan mata.


🥰 Syukur masih ada rumah

🥰 Syukur masih ada kerja

🥰 Syukur masih ada keluarga

🥰 Syukur masih ada makanan atas meja


InsyaAllah, hidup anda akan berubah 360 darjah.


Dah bersyukur hari ini? 😍


Credit to Ahmad Isa

BERITA BAIK UNTUK MEREKA YANG NAK BUAT INCOME DEKAT SHOPEE

Takde barang niaga sendiri pun takpe, boleh buat DROPSHIP jer..supplier dah sediakan lebih 500++ produk utk dijual. 😉


Cara nak berniaga di Shopee pun ada diajarkan step by step..semua pakai sistem Automatik gais yang ini..👍


Ni cara paling simple korang nak buat INCOME dari rumah.. Insyaallah potensi boleh buat 4 Angka sebulan 😍 🔥secara part time jer.. 😎


Baca detail kat bawah ni 👇 



"...TAK PAYAH ADA BARANG, TAK PAYAH MASUK BARANG SATU2, TAK PAYAH RISAU NAK UPDATE STOCK, TAK PAYAH POS BARANG PUN UNTUK MENIAGA DI SHOPEE 🔥🔥🔥..."

SEMUA DI HUJUNG JARI SAJA…

.

Anda dah buntu tiada jalan penyelesaian untuk masalah kwangn anda.. Dah cuba macam2 cara tapi semua separuh jalan???

.

BERITA BAIK! Kami anda solusi yang dapat membantu anda keluar dari masalah kwangn anda. Tanpa perlu ada stok di tangan dan tanpa perlu pos barang, semua secara AUTOMATIK. Anda mampu dapat 4-5 angka sebulan 😍

.

✅ Auto Upload

Hanya perlu beberapa klik sahaja semua gambar dan maklumat detail produk akan masuk ke kedai shopee.

.

✅ Auto Update Stock

Sistem akan sync kan bekalan stok dari supplier terus ke akaun shopee secara automatik. Tiada istilah "cancel order" customer lagi.

.

✅ Auto Fulfillment

Sistem akan kesan jualan dari kedai shopee dan proses order tersebut secara automatik.

.

✅ Auto Update Tracking

Tracking number akan automatik update ke apps shopee selepas parcel diposkan. Hanya perlu monitor pergerakan parcel sahaja.

.

✅ 500 Produk Ready Stock

Lebih dari 500 produk ready stok (malaysia) dari pelbagai kategori untuk dimasukkan ke dalam kedai shopee.

.

✅ Harga Borong (Dropship)

Harga dropship yang ditawarkan adalah dengan harga borong yang sangat murah walaupun hanya 1 unit.

.

✅ Mark Up Harga

Tiada kawalan harga dikenakan pada setiap produk. Anda bebas untuk menetukan harga jualan (markup) anda sendiri.

.

✅ Mudah & Cepat

Setting yang mudah dan boleh siap dalam masa beberapa minit sahaja untuk setiap produk

.

Anda nak ubah nasib kluarga anda, berminat nak buat 4-5angka sebulan..


Klik link website dekat bawah ni :


>>> https://ezy.la/autoshopee

>>> https://ezy.la/autoshopee


Jangan bertangguh lagi. Orang lain meroket buat sale, kita masih terkial-kial hentam sendiri tanpa ilmu.


Makin lambat belajar, makin rugi.


Takkan pernah rugi mereka yang melabur untuk ilmu. Ia aset sepanjang hayat .


Kalau korang tau ada rakan kenalan korang yg tgh struggle nak buat income tambahan bulan puasa ni, boleh la kongsiiikan kat diorang.. Semoga bermanfaat sahabat-sahabat sekalian..

Cara Nak Register Shopee Shop

1) Pastikan ada 4 maklumat ini :

👉No Handphone yang aktif

👉Nama Pengguna @ username

👉Nama Kedai kita

👉Email Address



MACAM MANA NAK TENTUKAN NAMA SHOP KITA ?


TIPS BERGUNA


✔️ Saya bagi contoh jika kita nak setup kedai perfume, kita kena pastikan nama kedai kita tu ada bersangkut paut dengan perkataan perfume. Sebagai contoh “Dexandra”



✔️ No telephone ni pastikan no yang aktif untuk terima TAC.. Untuk information, satu nombor handphone hanya boleh ada 1 Shopee Shop sahaja.



✔️ Dah decide nama lepas tu create kan email menggunakan Gmail. Ni nak pastikan yg nama kedai kita ni ada email yg bersangkut nama dengan kita. Nak nampak professional sikit la 💪💪 


❤️Satu lagi tujuannya jika nombor handphone tu telah mati tanpa kita sedari, no tac kita pastinya tak dapat nak terima.. Jadi melalui email nie lah kita boleh login balik kita punya shopee..


Faham kee Fahamm?? ☺

KELEBIHAN MENIAGA DI PLATFORM SHOPEE

❤️DAFTAR SHOPEE FREE

❤️MENJUAL DI SHOPEE FREE

❤️TIADA BAYARAN BULANAN ATAU TAHUNAN

❤️TIADA SSM PUN XPE

❤️SYSTEM YANG SANGAT MUDAH DAN SIMPLE 

❤️DAPAT 7 VOUCHER FREE SHIPPING SEBULAN

❤️KALAU SELLER APPLY PROGRAM FREE SHIPPING, POSTAGE TAK PERLU BAYAR. 

❤️SETTING GUNA HANDPHONE SAHAJA

❤️TRANSACTION MONEY YANG JELAS

❤️DAPAT TAHU SALES SETIAP HARI/MINGGU/BULAN/TAHUN

❤️DAN BANYAK LAGI KELEBIHANNYAA


Menjual Di Shopee Perlukan Tips Dan Tricks Untuk Tackle Buyer.

BENDA APA JE NAK POST? PAHAMKAN BETUL2 SETIAP SATU, DAN CUBA BAYANGKAN DAN KAITKAN DGN PRODUK KORANG INSYALLAH HASILNYA LAGI BOOM

1.Pasal produk


2.Kebaikkan produk


3.Testimoni produk


4.Promosi produk


5.Kesan sekiranya tak beli produk


6.Background work

(Pos barang, stok sampai, produk in making, etc.)


7.Tips based on audience

(Example jual produk kurus, bagi tips makan, tips makanan yg effect gemuk)


8.Fakta nombor

(Contoh :30% rakyat adalah obesiti,

Malaysia negara tertinggi kadar obesiti di asia, Buat dalam chart or gamba, search je google.)


9.Isu-isu semasa, isu-isu viral


10.Video lawak2.


Dengan adanya 10 idea ni, korang da tak pening2 lagi da nak post apa, banyakkan pilihan rupanya, sy nasihatkan  rancang seminggu awal atau sebulan awal utk posting, spy tersusun dan tak kabut 😍💪

7 VIRUS YANG MENYEBABKAN KITA TAKKAN BOLEH SURVIVE MASA PKP

Sebenarnya, bukan virus COVID-19 yang menyebabkan hidup kita huru-hara, ada 7 VIRUS yang menyebabkan hidup kita terus semasa PKP ni.


Buang 7 virus ni, InsyaAllah kita boleh survive, dengan izin Allah.


❌ TAK PEDULI


Tak kisah dengan apa yang berlaku di sekeliling dia. Kerajaan suruh pakai mask, jangan keluar, jaga jarak, dia tak peduli.


Peduli & belajar dengan apa yang berlaku disekeliling kita.


❌ TAK BUAT KEPUTUSAN


Mentor saya sebut sebagai Kelumpuhan Mental. 


Hidup sentiasa ada risiko sama ada PKP atau tak. Sama ada buat keputusan atau tak buat, risiko tetap datang.


Jika salah buat keputusan, sekurang-kurangnya kita belajar sesuatu dengan cepat.


❌ TAK YAKIN DIRI


Susah nak survive jika tak yakin diri. Tak yakin yang dia boleh survive Pandemik ni. 


Percaya pada diri. Kepecayaan pada diri sendiri akan membantu kita waktu kita susah.


❌ RISAU


Terlalu banyak risau bagi banyak masalah pada mental, kesihatan & perhubungan.


Usah terlalu risau, cari jalan penyelesaian dan biarkan sahaja ia berlaku. Cabaran itu fitrah.


❌ TAKUT AMBIL RISIKO


Hidup sentiasa ada risiko, ini tak bermaksud kita tak boleh mencuba. 


Jika kalian anggap mencuba itu adalah 1 risiko, tunggu hingga datang bala jika kita tidak langsung mencuba. 


Cari jalan macam mana nak kurangkan risiko, bukan berhenti & tidak bertindak langsung.


❌ MATA LALAT


Semua yang dia nampak depan mata, semua buruk.


Bila kita cari buruk, memang nampak buruk je, jika kita cari cantik, kita akan nampak banda cantik je.


Bagaimana cara kita melihat akan beri impak kepada realiti hidup kita.


❌ KOMPLEN


Ini virus yang paling takde ubat.


Mengeluh & suka komplen ni buang masa & tak bagi apa-apa perubahan langsung dalam hidup.


Jika berlaku sesuatu perkara yang tak best, cari jalan macam mana bak jadikan situasi tu lebih baik. Itu yang terbaik .


Dapat sesuatu? 


Semoga bermanfaat utk korang

Isnin, 12 Julai 2021

3 Kesilapan Yang Perlu Dielakkan Dalam Perniagaan Jika Mahu Pelanggan ‘Lekat’ dengan kita

1.Tidak Mengucapkan Ucapan Terima Kasih

-Dengar macam remeh jer kan, tapi percayalah, ada orang yang sangat menitikberatkan ucapan terima kasih ini. Barulah dia akan rasa dihargai.

Begitu juga dalam bisnes..Percayalah dengan hanya ucapan terima kasih, pelanggan akan lebih rasa dihargai dan mereka akan datang lagi kepada anda untuk membeli produk anda. Mereka akan rasa lebih ‘dekat’ dengan anda. Jika anda ‘berat mulut’ nak berterima kasih, dah tentu pelanggan akan rasa menyampah dengan anda. Logik bukan?


2.Kurang Pengetahuan Tentang Produk Sendiri

-Jika anda mahu membeli sesuatu produk itu dan kemudian tanya pekerjanya dan dia pulak tak tahu tentang produk itu, adakah anda bengang, rasa nak marah dan kalau boleh nak jer anda lari dari situ, pernah rasa tak?

Jika anda ada perasaan ini dan pernah rasa, sudah tentu pelanggan anda pun rasa perkara yang sama jika mereka membeli produk anda. Apa yang cuba disampaikan di sini adalah, anda sendiri perlu faham tentang produk anda supaya senang untuk menerangkan kepada pelanggan tentang produk anda itu. Jadi taklah nanti terkebil-kebil mata bila pelanggan tanya soalan cepu emas pada produk anda. 


3.Tidak Dengar Pandangan Pelanggan

-Feedback pelanggan adalah sangat penting sama ada baik dan buruk .Feedback baik kita boleh highlightkan untuk bakal pelanggan kita .Feedback buruk akan membantu kita improvekan lagi kualiti servis atau produk kita .


Hubungan dengan pelanggan adalah sangat penting . Jadi jangan melakukan kesilapan-kesilapan yang mungkin dianggap enteng oleh usahawan di luar sana. Ingat, perkara yang kita mungkin lihat tidak penting itu yang akan memberi kesan teruk kepada perniagaan kita .

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama