Selasa, 11 Mei 2021

7 Zikir Mudah Menjemput Rezeki

💗1. Memperbanyak Membaca – 

La hawla Wala Quwwata Illa billah .


Barangsiapa lambat datang Rezekinya 

hendaklah banyak mengucapkan – 

La hawla Wala Quwwata Illa billah 

(HR. At- Tabrani)


💗2. Membaca – La Ilaha Illallahul 

Malikul Haqqul Mubin.


Barangsiapa setiap hari membaca 

La ilaha illallahul malikul haqqul 

mubin maka bacaan itu akan menjadi 

Keamanan dari Kefakiran dan 

menjadi Penenteram dari rasa Takut 

dalam Kubur (HR. Abu Nu’aim dan 

Ad Dailami).


💗3. Membaca – Subhanallah 

wabihamdihi Subhanallahil adziim .


Dari setiap Kalimat itu seorang 

MALAIKAT yang BERTASBIH kepada 

ALLAH Ta’ala sampai hari Kiamat 

yang Pahala Tasbihnya itu diberikan 

Untukmu. (HR. Al-Mustagfiri dalam 

Ad-Da’awat)


💗4. Membaca Surat Al-IKHLAS:


Barangsiapa membaca Surat AlIkhlas 

ketika masuk rumah maka berkah 

bacaan Menghilangkan Kefakiran dari 

penghuni rumah dan tetangganya

(HR. AtTabrani)


💗5. Membaca Surat Al-WAQIA’AH :


Barangsiapa membaca surat 

Al-Waqiaah setiap malam maka TIDAK 

akan diTimpa Kesempitan Hidup” 

(HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al-Iman)


💗6. Memperbanyak SELAWAT KEATAS 

NABI : 


Dari Umar bin Khaththab dari Nabi 

Shallallahu’alaihi wa sallam bersabda 

bersabda: Barangsiapa Berselawat 

kepadaku satu kali Selawat maka 

ALLAH akan membalas sepuluh kali 

Selawat dan Mengangkatnya Sepuluh 

DARJAT. (Dikeluarkan Imam Bukhari 

dalam Adabul Mufrad, Ibnu Abu 

Syaibah..

al-Bazzar Ibnu Syahiin dan al-Ismaili 

dengan sanad ma’lul)


💗7. Melazimkan BERISTIGHAFAR : 


Barangsiapa melazimkan Beristighfar 

nescaya ALLAH akan Mengeluarkan 

dia dari segala Kesusahan dan 

Memberikan Rezki dari arah yang 

tidak diDuga-Duga” (HR. Ahmad, 

Abu Dawud dan Ibnu Majjah)

BARU LA SMART IMPIAN KORANG

Bila kita berniaga tak kira apa pun produk/servis yang kita cuba jual , kita wajib ada business goal atau target yang kita cuba nak capai dlm business.


Lain org lain niat 

Lain org lain target 

Lain org lain big why

Lain org lain motivation


Tapi apa pun target/niat/big why/motivation kita dlm menjalankan perniagaan kita ,  ia mesti ada strategi atau framework utk memastikan ia menjadi realiti utk kita.


Jom saya kongsikan..


🔥 S.M.A.R.T Method 🔥


🚀 S - Specific 🚀


Kita akan lebih mudah utk capai sesuatu jika betul2 tahu secara spesifik atau details tentang perkara yg kita nk capai berbanding mereka yg tak tahu secara spesifik.


Contoh : 


👨🏻Mohd : Saya nak belikan ibu saya sebiji rumah banglo di kawasan kampung area Banting Selangor. Berkonsepkan inggeris & berkeluasan 6,000 kaki persegi


👨 Abu : Saya nak belikan rumah utk ibu..kalau ada rezeki.


Nampak x perbezaannya & siapa yg akan lebih mudah utk capai apa yg mereka impikan ? Semestinya 'Mohd'


🚀 M - MEASURABLE🚀


Measurable ini dlm bahasa melayu bermaksud "boleh diukur". Ada impian atau goal tak cukup jika kita x tahu BERAPA duit diperlukan utk capai impian kita


Cuba tanya pada diri sendiri :


Berapa lama diperlukan utk capai ?

Berapa byk duit diperlukan utk capai ? 

Berapa byk produk perlu terjual ? 

Apa yang diperlukan utk aku capai benda ni ?


Contoh :


👨🏻 Mohd menggunakan dividend sebanyak RM500,000 dari business beliau utk belikan aset atau belikan banglo utk ibunya di kampung. 


🚀 A - ATTAINABLE 🚀


Attainable ini bermaksud "MAMPU CAPAI" . Kita kena jadi realistik dlm impian yang kita nak capai. OPTIMISTIK penting tapi realitik lebih utama.


Jika kita ddk di Malaysia & hanya kerja makan gaji , agak mustahil utk kta beli "private jet" sendiri. 


Set goal yg realistik dgn kemampuan & kapasiti yg kita ada.


🚀 R - Realistic 🚀


Pilih impian atau set impian yang realistik utk diri kita sendiri & jgn ikut orang lain. Kita mesti tahu apa yg kita nak & mesti realistik utk KITA 


Sbg contoh , jika baru bernilai 2 hari jgnlah kita set nk untung RM1,000,000 dlm masa sebulan. MUSTAHIL ! 


🚀 T - TIMELINE 🚀


Impian kita wajib ada dateline atau due date. Ia akan melatih kita utk hormati masa , tepati masa & berdisiplin dlm membuat tindakan. 


Contoh :


👨🏻 Mohd ingin utk capai sales RM1,000,000 dalam masa 3 tahun beliau beroperasi.


Jadi , SMART ker impian korang ? 😊

TIPS MARKETING

Cara Supaya Orang Nampak Iklan Kita Di Facebook


Pernah tak anda post iklan kat facebokk kemudian krikk... krikkk.. Tak ada yang nampak dan respon.


Bukan takat sendu, silap silap tenggelam terus dan hilang dari radar.


Bagaimana caranya???


Jawapannya adalah High Engagement.


◾️ Pastikan masa dan waktu anda post adalah ketika ramai sasaran pelanggan anda online.


◾️ Pastikan konten anda menarik prospek untuk respon like, komen dan share. Contoh post berkenaan servey dan soalan yg membuat prospek berminat untuk menjawab.


◾️ Pastikan gambar dan grafik anda unik dan ada kelainan.  Pilih gambar yg memukau dan buat prospek terpaku sejenak, dan berasa ingin tahu apa yg cuba anda sampaikan.

Upgrade diri untuk 2021

1. Jika bagus menjaga solat pada tahun sebelum ini, tahun ini kita tambah dengan:

- solat sunat sebelum subuh.

- solat sunat sebelum dan selepas zohor, maghrib dan isyak.

- solat sunat sebelum asar. 


2. Jika bagus menjaga solat tahajjud sebelum waktu subuh pada tahun sebelum ini, boleh kita bangun lebih awal untuk solat sunat taubat dan hajat. 


3. Jika bagus kita bersedekah pada setiap hari jumaat pada tahun sebelum ini, maka kita cuba bersedekah setiap hari pula.


4. Jika bagus kita bawa makanan pada setiap hari jumaat untuk diberi kepada rakan sekerja, cuba bawa setiap 3 hari pula.


5. Jika memberi kepada emak ayah RM200 tahun sebelum ini, kita tambah kepada RM250 tahun ini.


6. Jika kita tak pernah memberi kepada adik beradik sebelum ini, tahun ini kita pasang niat dan terus mula. 


7. Jika kita dengar radio pada setiap pagi pergi kerja, kita tukar kepada dengar zikir dan berzikir sampailah ke tempat kerja.


8. Jika kita terbiasa dengan membaca perkongsian di media sosial sahaja, tahun ini tanam hajat nak habiskan sekurang-kurangnya 12 buku setahun.


9. Jika kita terbiasa sembang benda negatif, tahun ini kita cuba sedaya upaya bersembang idea nak jadi lebih baik lagi dan lagi.


10. Jika kita dah biasa beri hadiah kepada pasangan hanya pada hari lahir dan ulang tahun, biasakan diri membeli sesuatu pada setiap bulan pula.


Kawan-kawan,


Kita nak Allah upgrade rezeki kita, kita juga kena upgrade lagi besar kehidupan kita. Jujur saya cakap, semua yang saya tulis di wall ini saya juga tulis dalam planner / diari saya. 


Biasa apa yang kita tulis, Allah akan makbulkan. Di sini hanya 10. Kalian boleh buat sehingga sebanyak mana yang kalian boleh. Saya doakan semuanya kaya dan berjaya tahun ini.


Mari bersama-sama kita usahakannya.


Begitulah.

6 BILA KITA UBAH AKAN MENARIK BANYAK REZEKI DATANG KEPADA KITA

Apa yang perlu diubah ialah Dalaman kita.  Bila kita ubah dalaman, maka luaran akan mudah menerima.


1. Ubah niat.

Niat utk menjadi sebaik baik manusia,  yang memberi manfaat buat ramai orang. Nak membantu ramai orang.


2. Jujur dan bercakap benar.

Kejujuran akan membina kepercayaan.  Orang mudah urusan bila ada trust.


3. Sentiasa berakhlak mulia.

Kita baik orang sayang, malah dicintai oleh Allah swt. Tak perlu tunjuk baik depan org, tapi jadi lah baik untuk dapatkan redha Allah swt.


4. Sentiasa menepati masa.

Buangkan tabiat melengah dan tidak menepati masa.  Mulakan dengan Solat di awal waktu.  Bila kita perbaiki Solat Allah swt akan perbaiki hidup kita.  


5. Sentiasa menjaga tutur kata.

Apa yang kita kata mencerminkan peribadi sendiri. Elakkan berkata buruk, kata kesat, menyindir dan memerli, mengumpat dan seangkatan dengannya.


6. Menjaga Minda Sentiasa Positif.

Sentiasa berfikiran positif.  Fikir, cakap dan doakan yang baik-baik sahaja.

Mengapa Orang Berjaya mereka Boleh Berjaya??

1. Sikap mereka berbeza

🌷Mereka tak suka komplen, mengeluh atau merungut. Orang gagal sebaliknya sentiasa komplen dan mengeluh. Mereka sentiasa tidak berpuas hati. Mereka tak sabar, byk tunggu dan nanti.

🌷Orang berjaya sentiasa bertindak, mereka tidak menunggu sesiapa. Mereka tidak pernah duduk saja.


2. Mereka sentiasa pantas

🌷Pantas buat keputusan, pantas buat tindakan.

🌷Tahu atau tidak, mereka buat saja. Nak bisnes buat aje. Tak pernah fikir masalah. Jadi atau tak jadi itu nombor dua. Yang penting mereka bertindak.


3. Mereka sentiasa invest utk kejayaan mereka

✏Invest ilmu

💰Invest wang

💪Invest tenaga

🕰Invest masa

❤️Invest pengorbanan


4. Mereka membina networking yg bagus

🌷Apa maksud networking ?? Anda adalah siapa kawan anda. Bulatan kawan2 yg berjaya, mereka pasti berjaya.

🌷Jadi upgradelah lingkungan bulatan kawan2 kita. Jangan sembarangan memilih kawan.


5. Mereka dah buat keputusan dari awal untuk berjaya

🌷Sebelum bertindak, mereka dah set dlm minda untuk sukses dan hebat.


6. Mereka berkawan dgn orang yg betul.

🌷Mereka belajar cara org berjaya lakukan.


7. Mereka tidak bertangguh.

🌷Mereka tidak memberi alasan.

🌷Kejayaan adalah kepantasan. Bisnes adalah kepantasan.


8. Mereka tidak terpengaruh dgn kutukan orang sekeiling.

🌷Jangan melayan cakap orang.

🌷Mereka tidak hiraukan perkara remeh temeh.

🌷Mereka tidak melayan kutukan dan hinaan orang.


9. Fokus

🌷Fokus pd satu bidang sahaja.

🌷Di mana ada peluang, di situ ada kekayaan.


10. Mereka konsisten dan persisten. 

🌷Tak mudah putus asa.

🌷Tak mudah mengalah.

🌷Mereka sentiasa excited dan melakukan yg terbaik untuk diri mereka .


Moga bermanfaat buat semua🌸

MACAM MANA NAK TARIK CUSTOMER UNTUK BELI BARANG/PRODUK YANG KITA JUAL ?

1. Bina identiti sendiri. Jangan tiru atau nak jadi macam orang lain.


2. Promote dengan idea dan kreativiti sendiri (kalau jual barang/produk yang banyak persaingan). 


3. Buat customer rasa perlu beli barang/produk yang kita jual (selesaikan masalah orang). 


4. Jual penyelesaian masalah, bukan jual barang.Ini mindset anda perlu ubah


5. Usaha tanpa henti dan buat sampai jadi.


Carilah kelainan, wujudkan identiti anda sendiri. 🤗 


Present siapa anda. Sebab di luar sana berjuta seller yang jual produk hampir sama dengan anda dan amat banyak sekali yang sama.

PENTINGNYA CONTENT MARKETING

Content marketing ialah salah satu teknik paling berkesan akhir-akhir ini.


Bagi yang fokus kepada zero cost marketing, ia adalah teknik paling ampuh untuk anda cuba… Lagi praktikkan.


Sebenarnya, zaman sekarang ni kaedah content marketing dah semakin meluas dan ramai yang ikut kaedah marketing yang baru ni.


Jadi content marketing ni sangat penting kerana ia membantu :


1. Kuatkan branding bisnes kita

2. Tngkatkan prestasi sales kita  3. Pelanggan lebih percaya kita 4. Akan nampak anda serius dalam perniagaan anda 5. Reach & Like lebih tinggi


Nampak tak kesannya kalau anda pun buat content marketing ni ?


Sebagai contoh, jika anda menjual ubat jerawat, anda boleh membuat dan mengedarkan content seperti


tips penjagaan muka, infografik mengenai cara hidup untuk mengelakkan jerawat, dan lain-lain lagi.


Moga Bermanfaat

Sekiranya kalian nak bermain dengan #content di Facebook, maka kalian wajib buat 5 proses asas ini:

1. Profiling. - ia bertujuan memastikan profile kalian bebas dari unsur menjual terlalu banyak. Ruangan setting profile mesti mempunyai unsur kehidupan yang orang selesa. 


2. Positioning. - ia mesti disusun siapa kalian. Nak tulis apa, bentuk apa, jenis apa, matlamat apa. Jika niche tidak dibangunkan, maka kalian akan kelam kabut, serabut dan carca marba postingnya. Audien akan banyak keliru berbanding mahu follow.


3. Objektif. - kalian wajib tahu dan hadam matlamat menaikkan posting. Ada 5 semuanya:


- to educate

- to inform

- to inspire

- to entertain

- to convert to money.


Semua matlamat ini berbeza hasilnya. Ada untuk pembangunan follower, ada untuk maintain engagement ada juga untuk naikkan sales.


4. Strategi. - sudah setkan semuanya, baru masuk ke dalam dunia strategi. Ini game sebenar. Schedule, timing, mana dulu mana kemudian.


5. Blueprint and mapping. - ini ultimate pembinaan content. Sekiranya semua dah bersusun. Setiap hari, setiap masa, setiap susunan waktu ada sahaja benda nak ditulis. Semuanya sudah tersedia.


*


Ya, ia memang proses yang sukar. Namun inilah cara nak dapatkan lebih 100,000 follower dan jutaan ringgit jualan. 


Ini baru basic, belum lagi tambah perkara-perkara lain. 


Ada orang anggap media sosial dan Facebook ini boleh hentam kromo, namun jujurnya ramai pemain di sini adalah mereka yang menyusun dan bermain dengan sangat strategi. Sebab itu mereka pungut hasil yang lumayan. 


Begitulah.

TIPS FB PERSONAL FACEBOOK

Aku selalu posting kat facebook.

Tapi yang nampak, aku sorang jer... 

Aku yang ‘LIKE’ posting sendiri.

Apa sebabnya ?


- Tiada enggagement 

- Tiada respon komen

- Tiada respon share

- Tiada respon emoji


Robot Fb yang dipanggil “ALGO” ini fungsinya adalah menyebarkan atau push posting content yang menarik kepada pengguna FB.


Jika posting anda tidak menarik, posting itu akan FB tenggelamkan.


Jadi, selalu lah tekan butang emoji, share atau komen pada kawan-kawan di laman facebook personal.


InsyaAllah, facebook personal anda juga akan dapat benda yang sama dari kawan-kawan anda!


Fb personal adalah laman bersosial,

Fb group adalah laman untuk berbincang..

Fb pages adalah laman untuk niaga atau services.


Gunalah platform yang betul yang disediakan oleh Facebook.

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama