1. Profiling. - ia bertujuan memastikan profile kalian bebas dari unsur menjual terlalu banyak. Ruangan setting profile mesti mempunyai unsur kehidupan yang orang selesa.
2. Positioning. - ia mesti disusun siapa kalian. Nak tulis apa, bentuk apa, jenis apa, matlamat apa. Jika niche tidak dibangunkan, maka kalian akan kelam kabut, serabut dan carca marba postingnya. Audien akan banyak keliru berbanding mahu follow.
3. Objektif. - kalian wajib tahu dan hadam matlamat menaikkan posting. Ada 5 semuanya:
- to educate
- to inform
- to inspire
- to entertain
- to convert to money.
Semua matlamat ini berbeza hasilnya. Ada untuk pembangunan follower, ada untuk maintain engagement ada juga untuk naikkan sales.
4. Strategi. - sudah setkan semuanya, baru masuk ke dalam dunia strategi. Ini game sebenar. Schedule, timing, mana dulu mana kemudian.
5. Blueprint and mapping. - ini ultimate pembinaan content. Sekiranya semua dah bersusun. Setiap hari, setiap masa, setiap susunan waktu ada sahaja benda nak ditulis. Semuanya sudah tersedia.
*
Ya, ia memang proses yang sukar. Namun inilah cara nak dapatkan lebih 100,000 follower dan jutaan ringgit jualan.
Ini baru basic, belum lagi tambah perkara-perkara lain.
Ada orang anggap media sosial dan Facebook ini boleh hentam kromo, namun jujurnya ramai pemain di sini adalah mereka yang menyusun dan bermain dengan sangat strategi. Sebab itu mereka pungut hasil yang lumayan.
Begitulah.