1. Jika bagus menjaga solat pada tahun sebelum ini, tahun ini kita tambah dengan:
- solat sunat sebelum subuh.
- solat sunat sebelum dan selepas zohor, maghrib dan isyak.
- solat sunat sebelum asar.
2. Jika bagus menjaga solat tahajjud sebelum waktu subuh pada tahun sebelum ini, boleh kita bangun lebih awal untuk solat sunat taubat dan hajat.
3. Jika bagus kita bersedekah pada setiap hari jumaat pada tahun sebelum ini, maka kita cuba bersedekah setiap hari pula.
4. Jika bagus kita bawa makanan pada setiap hari jumaat untuk diberi kepada rakan sekerja, cuba bawa setiap 3 hari pula.
5. Jika memberi kepada emak ayah RM200 tahun sebelum ini, kita tambah kepada RM250 tahun ini.
6. Jika kita tak pernah memberi kepada adik beradik sebelum ini, tahun ini kita pasang niat dan terus mula.
7. Jika kita dengar radio pada setiap pagi pergi kerja, kita tukar kepada dengar zikir dan berzikir sampailah ke tempat kerja.
8. Jika kita terbiasa dengan membaca perkongsian di media sosial sahaja, tahun ini tanam hajat nak habiskan sekurang-kurangnya 12 buku setahun.
9. Jika kita terbiasa sembang benda negatif, tahun ini kita cuba sedaya upaya bersembang idea nak jadi lebih baik lagi dan lagi.
10. Jika kita dah biasa beri hadiah kepada pasangan hanya pada hari lahir dan ulang tahun, biasakan diri membeli sesuatu pada setiap bulan pula.
Kawan-kawan,
Kita nak Allah upgrade rezeki kita, kita juga kena upgrade lagi besar kehidupan kita. Jujur saya cakap, semua yang saya tulis di wall ini saya juga tulis dalam planner / diari saya.
Biasa apa yang kita tulis, Allah akan makbulkan. Di sini hanya 10. Kalian boleh buat sehingga sebanyak mana yang kalian boleh. Saya doakan semuanya kaya dan berjaya tahun ini.
Mari bersama-sama kita usahakannya.
Begitulah.