Selasa, 11 Mei 2021

BARU LA SMART IMPIAN KORANG

Bila kita berniaga tak kira apa pun produk/servis yang kita cuba jual , kita wajib ada business goal atau target yang kita cuba nak capai dlm business.


Lain org lain niat 

Lain org lain target 

Lain org lain big why

Lain org lain motivation


Tapi apa pun target/niat/big why/motivation kita dlm menjalankan perniagaan kita ,  ia mesti ada strategi atau framework utk memastikan ia menjadi realiti utk kita.


Jom saya kongsikan..


🔥 S.M.A.R.T Method 🔥


🚀 S - Specific 🚀


Kita akan lebih mudah utk capai sesuatu jika betul2 tahu secara spesifik atau details tentang perkara yg kita nk capai berbanding mereka yg tak tahu secara spesifik.


Contoh : 


👨🏻Mohd : Saya nak belikan ibu saya sebiji rumah banglo di kawasan kampung area Banting Selangor. Berkonsepkan inggeris & berkeluasan 6,000 kaki persegi


👨 Abu : Saya nak belikan rumah utk ibu..kalau ada rezeki.


Nampak x perbezaannya & siapa yg akan lebih mudah utk capai apa yg mereka impikan ? Semestinya 'Mohd'


🚀 M - MEASURABLE🚀


Measurable ini dlm bahasa melayu bermaksud "boleh diukur". Ada impian atau goal tak cukup jika kita x tahu BERAPA duit diperlukan utk capai impian kita


Cuba tanya pada diri sendiri :


Berapa lama diperlukan utk capai ?

Berapa byk duit diperlukan utk capai ? 

Berapa byk produk perlu terjual ? 

Apa yang diperlukan utk aku capai benda ni ?


Contoh :


👨🏻 Mohd menggunakan dividend sebanyak RM500,000 dari business beliau utk belikan aset atau belikan banglo utk ibunya di kampung. 


🚀 A - ATTAINABLE 🚀


Attainable ini bermaksud "MAMPU CAPAI" . Kita kena jadi realistik dlm impian yang kita nak capai. OPTIMISTIK penting tapi realitik lebih utama.


Jika kita ddk di Malaysia & hanya kerja makan gaji , agak mustahil utk kta beli "private jet" sendiri. 


Set goal yg realistik dgn kemampuan & kapasiti yg kita ada.


🚀 R - Realistic 🚀


Pilih impian atau set impian yang realistik utk diri kita sendiri & jgn ikut orang lain. Kita mesti tahu apa yg kita nak & mesti realistik utk KITA 


Sbg contoh , jika baru bernilai 2 hari jgnlah kita set nk untung RM1,000,000 dlm masa sebulan. MUSTAHIL ! 


🚀 T - TIMELINE 🚀


Impian kita wajib ada dateline atau due date. Ia akan melatih kita utk hormati masa , tepati masa & berdisiplin dlm membuat tindakan. 


Contoh :


👨🏻 Mohd ingin utk capai sales RM1,000,000 dalam masa 3 tahun beliau beroperasi.


Jadi , SMART ker impian korang ? 😊

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama