Sabtu, 22 Mei 2021

Misalkan kita ada RM100 Dalam tangan, kemudian kita sedekah RM10

Kalau otak kita - kita ni, otak saudara,otak saya fikirnya bakal berkurang duit tu kerana sedekah.


Ya, mana mahu kita sedekah kalau macamtu kan?


"Dah penat-penat kerja ustaz, cari duit, bila dapat duit, mesti sedekah ke? Kan jadi berkurang duitnya? Buat saya saja tak cukup, buat nafkah anak bini juga tak cukup. Macamana nak sedekah?"


Sudahlah. 


Selama saudara duk berfikir tak cukup, memang tak akan pernah ada tambahan, kerana salah matematika sedekah yang dipakai.


Kalau saudara masih memandang 10 dikurangi 1 sama dengan 9, maka tidak hairan jika saudara tidak berani bersedekah, tidak mahu bersedekah.


Kerana saudara masih memiliki pemahaman bahawa bersedekah itu mengurangi harta.


Padahal, Rasulullah telah berpesan dalam sebuah hadis ;


"Tidak akan berkurang harta yang disedekahkan kecuali ia bertambah, bertambah, dan bertambah" ( H.R. At Tirmidzi)

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama