sedekah jumlah yang banyak tu luar biasa.
.
Sekarang ni semua orang bisnes kan nak cari duit.
.
Bila tanya nak buat apa dengan bisnes. Apa big why? Kata nak sedekah zakat lebih banyak. Itu biasa.
.
Orang kafir pun boleh buat sedekah macam kita buat.
.
Macam saya cakap sebelum ni. Balasan #sedekah akan Allah berikan tak kira siapa sekalipun dia kafir. Jika dia selalu sedekah selalu bantu orang buat baik. Allah beri rezeki tambahan asbab amalannya tu, macam tu juga jutawan muslim yang dermawan kan. Tapi kita tengok jutawan tu sisi kehidupan dia tak macam muslim pun. Sibuk dengan muzik. Jual produk merosakkan muka orang. At last duit hasil jualan bisness dia tu kata derma kat anak yatim, masuk tabung masjid bina masjid. Tu sebab dia jadi kaya.
.
Sekarang ni masjid banyak kosong. Mesti ada sebab kenapa. Mungkin dari sumber derma yang tak diredhai. Fikirlah sendiri. Duit bina masjid tu dari sumber apa. Orang kafir pun ada sedekah bantu yatim piatu tapi dalam masa sama dia juga minum arak. Kaki perempuan. Terkinja-kinja.
.
Jadi apa beza dermawan kita dengan dermawan orang kafir. Kita bersedekah. Mereka juga bersedekah. Kita kaya mereka juga kaya. Itu tak pelik. Kenapa kita jadikan orang macam ni sebagai inspirasi? Sebab dia kaya? Dan kereta rumah dia harga juta-juta? Asbab dia bela anak yatim rupanya dia kaya? Tahukah kita sedekah ni tak semestinya orang Islam je dapat imbuhan. Orang bukan islam pun Allah bagi balasan yang sama.
.
Buatlah apa yang orang bukan islam tak boleh buat. Iaitu sebarkan agama Islam. Sampaikan dakwah. Sedekah bantu orang. Orang bukan islam pun buat. Apa mereka tak boleh buat? Sebarkan agama ISLAM.
.
Sebab tu lah kita ni sebagai muslim. Allah suruh sampaikan Islam, sampaikan dakwah. Berniaga? Semua orang boleh berniaga. Dakwah? Tak semua. Hanya orang Islam sahaja boleh buat. Itulah ganjaran yang orang bukan ISLAM takkan dapat. Tapi kita takda buat pun. Janji cukup dengan sedekah zakat kita kata. Sebenarnya tak cukup. Sebab sedekah tu takut tak diredhai macam saya terangkan kat atas tu. Sebarkan Islam. Dakwah. Biar makin ramai kenal Islam masuk Islam yang betul. Bukan dengan hanya beritahu sedekah sekian-sekian. Memang sedekah itu ajaran Islam. Tapi muslimnya tidak mengamalkan ISLAM jadi macam mana ISLAM tu nak sampai? Pakai baju aurat tak cukup cover. Makeup merah bak biji saga. Sanggul tinggi seperti bonggol unta.
.
Sedekah bukan buat bila kita dah senang. Buat saat kita tengah susah ni. Buat saat ni baru kita boleh jadi senang. Mereka yang kaya raya tu bukan sebab usaha mereka. Tapi ganjaran sedekah yang Allah balas tu berkali lipat. Sebab semua jutawan yang saya kenal itu lah dia formulanya. Banyakkan sedekah. Banyakkan zakat. Dia takda kata asbab copywriting aku power tu pasal aku kaya. Takda. Diorang tak cakap macam tu. Itu cuma asbab sahaja. 😊 Belajarlah. Sebab hakikat hati pembeli itu, Allah jua yang pegang. Dan copywriting power itu sebahagian dari ILMUNYA.