Isnin, 17 Mei 2021

TIP BISNES

1) Dalam bisnes, jika kita tidak mampu puaskan hati semua orang, itu bukan bermakna kita tidak boleh berniaga.


2) Adalah perkara biasa apabila dari 10 orang, 7 orang beri komen negatif, hanya 3 orang menjadi pelanggan yang menerima kita dengan baik.


3) Teruskan sahaja berbisnes. Dalam masa yang sama perbaiki kelemahan yang ada. Di awal bisnes memang kita ada banyak cacat cela yang tidak mampu disempurnakan. Jangan jadikannya sebagai penghalang untuk bermula.


4) Kesempurnaan akan datang setelah ia dimulakan dan dibaiki sedikit demi sedikit.


5) Sebaliknya bisnes tidak akan berjalan dan tiada apa yang akan berubah selagi kita tidak bermula kerana menunggu semua sempurna. Kerana hal itu adalah mustahil.

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama