Isnin, 7 Jun 2021

3 amalan dilakukan sebelum tidur

1. Berwuduk. 


Sebelum tidur, kita disunatkan untuk berwuduk.  Hal ini untuk memastikan kita tidur dalam keadaan yang suci dan bersih. Secara tidak langsung, kita akan semakin dekat dengan Allah dengan keadaan sedemikian. Dengan berwuduk juga, kita dapat menghindari daripada gangguan syaitan.


2. Berzikir. 


Berzikir adalah tanda kita mengingati Allah. Berzikir sebelum tidur amat digalakan kerana ia dapat memberi ketenangan kepada jiwa. Berzikir juga adalah amalan sunnah yang sering dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW. Baginda akan berbaring berlapikkan bantal dan mengiring ke sebelah kanan dalam keadaan berzikir kepada Allah sehingga tidur. 


3. Membaca doa. 


Kita diwajibkan untuk membaca doa sebelum tidur.  Dengan berdoa, kita boleh memohon diberikan perlindungan daripada pelbagai gangguan. Hal ini akan menjadikan tidur kita lebih tenang . Secara tidak langsung kita mampu untuk melakukan pelbagai aktiviti dengan penuh semangat apabila bangun dari tidur.

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama