1. Tidak buat ‘market survey’.
Anda tidak dapat ramal sejauh mana bisnes anda boleh pergi. Anda juga tidak akan tahu kuasa beli prospek, purata pendapatan, jantina & sebagainya. Ini akan menyukarkan anda untuk menjual kepada sasaran yang betul.
2. Berniaga seorang diri
Ini adalah kesilapan yang lazim dilakukan oleh usahawan. Kemungkinan mereka berniaga seorang diri untuk kurangkan kos. Akhirnya, bisnes semakin jadi kelam-kabut kerana sukar dikawal.
3. Tiada perubahan
Ramai usahawan sekarang masih menggunakan cara yang lama untuk promosikan produk mereka. Sebagai contoh melalui iklan surat khabar, majalah, emel & sebagainya. Ini menyebabkan mereka jauh ketinggalan dengan pesaing mereka yang sudah berubah.