1. Solat dhuha.
Dengan cara ini, kita boleh meminta secara terus dengan Allah untuk mendapatkan apa yang kita yang kita mahukan terutama rezeki. Cara ini mampu menjadi magnet rezeki jika kita lakukan setiap hari secara konsisten (dengan izin Allah).
2. Sedekah.
Amalan sedekah mempunyai khasiat yang amat mujarab untuk menyuburkan rezeki. Sebab semakin kita bersedekah, semakin banyak Allah tambahkan rezeki kita. Jadi, jangan takut untuk bersedekah walaupun nilainya sedikit.
3. Bagi duit pada Ibu bapa.
Jangan fikirkan berapa jumlahnya, bagi sekadar kita mampu sahaja setiap bulan. Perkara ini mampu mengembirakan ibu bapa dan mereka pasti mendoakan kita dimurahkan rezeki. Dengan cara ini, insyaAllah rezeki kita tidak akan putus dan kita akan jadi magnet rezeki.