Selasa, 8 Jun 2021

3 tips untuk menawan hati pelanggan

1. Bagi layanan terbaik. ‘Customer is always right’ istilah ini kita perlu pegang setiap hari apabila berurusan dengan pelanggan. Oleh itu, kita perlu memberi layanan terbaik kepada mereka mengikut kemahuan dan keinginannya. Hal ini bagi memastikan mereka seronok berurusan dengan kita. Dengan ini ia akan memberi impak yang positif kepada perniagaan kita. 


2. Keyakinan. Bila berurusan dengan pelanggan perkara utama yang perlu kita ada adalah keyakinan. Dengan keyakinan itu kita akan dapat memikat hati pelanggan dari segi percakapan dan tingkah laku kita. Hal ini secara tidak langsung pelanggan juga akan yakin untuk membeli produk atau perkhidmatan kita.


3. Fokus ‘After-sale, bukan jualan semata-mata. Apabila pelanggan sudah membeli produk atau perkhidmatan kita.  Jangan sesekali membiarkan mereka tanpa sebarang khabar. Hal ini bagi mengelakkan mereka menganggap kita untuk menjual sahaja. Sebaiknya, tunjukkan keprihatian kita dan setia untuk membantu mereka pada bila-bila masa. Hal ini membuatkan mereka akan rasa dihargai.

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama