1. Tuliskan impian kita.
Kita boleh senaraikan seberapa banyak impian yang kita mahu. Pastikan impian yang yang kita tulis mudah dibaca setiap hari. Yang paling penting kita perlu kerap membaca impian kita. Sebab minda kita mudah mentafsirkan apa yang dapat kita lihat.
2. Sentiasa fokus.
Untuk merialisasikan impian kita, kita perlu fokus dengan apa yang kita lakukan. Kita perlu letakkan fokus pada tahap yang tertinggi, hal ini kerana ia merupakan kekuatan mental kita. Pedulikan perkara yang menganggu fokus kita, insyaAllah impian kita akan dapat dicapai dengan mudah.
3. Tingkatkan keyakinan diri.
Kita perlu sentiasa berkeyakinan diri untuk melakukan sesuatu dalam usaha mencapai impian kita. Dengan adanya keyakinan diri ini, kita semakin berani untuk berdepan dengan pelbagai risiko dalam mengejar impian itu. Hal ini juga mendorong kita untuk melakukan tindakan luar biasa.