NAMA BUSINESS KITA💻
Cari nama yang mudah diingat, mudah ditaip dan pendek mungkin agar mudah diingati. Korang juga boleh memilih nama perniagaan korang berdasarkan nama produk yang korang mahu jual.
START KECIK-KECIK DULU🏗
Tak semua business perlu mula secara besar-besaran yang pakai modal yg besar . Janganlah hanya sekadar hobi dan minat untuk memenuhi masa dianggap sudah memadai, ianya mestilah disertai dengan kesungguhan dan usaha. Jadi langkah terbaik utk mulakan business anda adalah dengan menjadi DROPSHIP / AGENT / STOKIS . Belajar daripada basic dulu.
MEMPUNYAI STRATEGY🗝
Untuk memastikan business itu berjaya, korang perlu mempunyai strategi yang berkesan. Bukan business je tapi setiap pekerjaan yang dilakukan juga memerlukan perancangan yang sempurna, supaya tidak musnah di pertengahan jalan. Selalu buat planning jika ingin berbuat sesuatu / menjual sesuatu . Nak buat marketing pun kena ada planning tau
DENGAR APA CUSTOMER NAK👫
Pihak yang akan menentukan jatuh bangun sesebuah business itu adalah “CUSTOMERS”.
Keinginan,kemahuan dan kehendak pelanggan wajib diambil kira dan tidak boleh dipandang remeh. Jika tidak, customer korang akan lari dan korang akan mengalami kerugian kerana gagal memenuhi kehendak mereka. Dalam pada masa yang sama, kehendak pelanggan memberikan anda sesuatu yang baru untuk dicuba di dalam dunia perniagaan. Mereka mungkin akan memberi idea yg bernas utk business korang . Jadi dengar atau bertanya la tentang pendapat customers
FOCUS🙇🏻♂️🙇🏻♀️
Setiap business bukan sahaja perlukan modal kewangan tetapi juga memerlukan modal tenaga, idea, kreativiti, masa dan sebagainya. Oleh itu, korang elak lah daripada run beberapa perniagaan serentak dalam satu-satu masa. Jual bag , baju , kasut , gadget . Semua nak jual . Last2 semua tak jadi. Focus kat 1 business dahulu. Korang jangan sesekali terpengaruh dengan peluang yang boleh mengalihkan fokus business korang . Korang perlu fokus kepada business yang korang buat sekarang dan sentiasa katakan kepada diri sendiri bahawa perniagaan yang korang tengah usahakan sekarang adalah yang terbaik.
MARKETING 💰💸
Marketing adalah nadi business yang perlu diberikan perhatian serius oleh pemilik business kerana ianya menentukan kejayaan business korang. Tiada cara lain untuk korang bersaing di dalam business sekarang melainkan dengan mengukuhkan cara dan teknik korang melakukan marketing.
Walaupun korang memiliki produk yang paling bagus dalam dunia , tapi marketing korang tak buat . In the end korang akan gagal untuk menjualnya. Korang perlulah sentiasa menimba ilmu dan teknik marketing yang paling latest 2019 ni agar dapat koranh guna dalam memajukan business korang .
RAJIN MENGKAJI👨🏻💻👩🏻💻
Selalu buat research menerusi pembacaan, menonton video tutorial . Dalam faceboon/ instagram / youtube ada macam2 ilmu latest . Korang kena banyak membaca dan cari ilmu tu . tentang teknik marketing , teknik copywriting , teknik edit gambar dan macam2 lagi teknik semua ada . Korang just research je . Kalau hanya tunggu je ilmu disuap , sampai bila2 korang takkan jadi orang yg "satu dalam seribu" . Business korang hanya takat itu sahaja