Isnin, 21 Jun 2021

13 Punca Rezeki yang ramai terlepas pandang

Ramai di antara kita sebagai usahawan terlepas pandang dengan punca-punca rezeki. Di sini, kami nak kongsikan tentang 13 senjata booster rezeki.


Alhamdulillah, ramai yang perolehi result yang mengagumkan selepas mengamalkan 13 punca ini.


Bukan sahaja terkesan dari segi jualan & bisnes mereka, bahkan kehidupan mereka bersama keluarga pun berubah 360 darjah. Berikut adalah senarai punca rezeki tersebut.


1. SOLAT - "kami tidak minta rezeki, kami yang memberi rezeki".


2. AL QURAN - kelebihan surah waqiah, Allah hilangkan kefakiran selamanya.


3. ZIKIR - "ingat aku pagi & petang aku cukupkan keperluan pada hari itu."


4. ISTIGHFAR - sesiapa yang melazimi istigfar Allah akan hilangkan kesempitan hidup & kesusahan.


5. TUNTUT ILMU - barangsiapa menuntut ilmu, Allah tanggung rezeki (kisah imam bukhari)


6. SILATURRAHIM - mudahkan rezeki, menyambung silaturrahim panjang umur murah rezeki


7.SEDEKAH - Allah ganti sehingga 10 kali ganda (kisah Ali r.a dgn unta)


8. DAKWAH - asbab terbesar rezeki...kisah para nabi


9. TAQWA - barangsiapa bertaqwa kepada Allah, akan diberi rezeki dari jalan yang tak disangka-sangka

 

10. SYUKUR - kalau syukur Allah akan tambah nikmat, kalau kufur Allah ancam azab pedih


11. TAWAKKAL - surah at-Talaq (ayat seribu dinar) jika tawakkal Allah cukupkan.


12. NIKAH - cari keberkatan rezeki dgn nikah (kisah sahabat mengadu tentang rezeki, Nabi suruh kawin)


13. KERJA/BISNES - Kerja atau bisnes ada perintah dari Allah untuk menjadi asbab rezeki, tetapi belum ada jaminan dari Allah.


No 1 - 12 adalah jaminan dari Allah. 


Conclusion


Jadi jika kita buat bisnes ataupun kerja, untuk tambah rezeki, pastikan kita jangan tinggal no 1 hingga no 12 sebab itu ada jaminan rezeki dari Allah.


Seringkali ramai di antara kita yang fokus pada no 13 semata-mata, walhal "MAGIK"nya terletak pada punca no 1 hingga 12. Ayuh, kita sama-sama amalkan. Dah ramai yang merasai kejayaan daripada tindakan daripada punca-punca rezeki ini.


Kalau mereka boleh, anda pun boleh!!

5 PETUA MELEPASI FASA AWAL PERNIAGAAN‼️

1) Pemasaran Secara Konsisten

🔸 Tujuan pemasaran adalah untuk memberitahu sasaran pelanggan yang tepat tentang produk/servis yang kita ada. Pelanggan wajib “NAMPAK” kandungan content kita sekurang-kurangnya 3 kali setiap hari untuk membuatkan pelanggan tahu dan ingat apa yang kita ada. 


🔸 Lakukan secara konsisten, tanpa henti setiap hari sehingga produk/servis kita diterima oleh sasaran pelanggan. Pemasaran yang baik ialah yang tidak menampakkan kita terlalu menjual tetapi berkongsi sesuatu supaya mereka dapat manfaat daripada kempen pemasaran yang dijalankan.


🔸 Sebelum menjalankan aktiviti pemasaran, kenal pasti terlebih dahulu sasaran pelanggan, apa masalah mereka yang kita mahu selesaikan dan berapa mereka sanggup bayar untuk selesaikan masalah itu.



2) Jaga Pelanggan Sedia Ada

🔹 Pemasaran yang berkesan akan membuat pelanggan yang disasarkan berminat untuk berurusan dengan kita. Apabila sudah mendapat pelanggan, kita mestilah menjaga mereka dengan baik supaya mereka berpuas hati dengan layanan kita. Itu akan memudahkan mereka menjadi pelanggan setia.


🔹 Lebih kurang 7 daripada 10 pelanggan akan berurusan buat kali kedua jika mereka percaya, berpuas hati dan selesa berurusan dengan kita. Kesannya, jualan dapat ditingkatkan dan kos pemasaran dapat dijimatkan.


🔹 Selain itu, pemasaran daripada mulut ke mulut adalah pemasaran yang paling terbaik jika pelanggan sedia ada berpuas hati dengan servis yang kita berikan kepada mereka.



3) Asingkan Duit Bisnes Dan Duit Peribadi

🔸 Jika masih menggunakan akaun simpanan peribadi dan segala macam duit dalam akaun tersebut bercampur, perlu asingkan segera. Sebahagian masalah peniaga bukan disebabkan masalah jualan tidak rancak, tetapi duit keuntungan entah dibelanja ke mana.


🔸 Duit daripada pelanggan, duit daripada keluarga, duit gaji dan lain-lain dicampurkan sekali dalam satu akaun.


🔸 Daftarkan akaun simpanan semasa untuk syarikat di bank. Selain dapat mengasingkan duit, kepercayaan dapat dibina kerana pelanggan akan berurusan terus dengan akaun bank syarikat.


🔸 Duit yang diasingkan mestilah diuruskan dengan betul supaya kita dapat aliran tunai yang positif untuk simpanan peribadi dan bisnes.


🔸 Majoriti usahawan yang berjaya hari ini, yang mana bisnes mereka sudah berkembang lebih 10 tahun, menjalani hidup seperti cukup-cukup makan sahaja pada fasa awal perniagaan. Keuntungan peringkat awal banyak dilaburkan semula untuk perkembangan bisnes mereka.



4) Letak Sasaran Dan Buat “WORKFLOW”

🔹 Setiap perjalanan akan lebih jelas jika kita ada hala tujuan. Jadi, letak sasaran yang jelas dalam bisnes. Boleh mulakan dengan sasaran sederhana agar kita tidak rasa tertekan atau terbeban.


🔹 Mula-mula letak sasaran 12 bulan dan pecahkan kepada tiga bulan, satu bulan dan harian. Ia akan jadi lebih spesifik dan kita pun jelas dengan apa yang perlu dicapai. Pencapaian yang besar datangnya daripada himpunan kejayaan kecil yang diperoleh dalam perjalanan perniagaan kita.



5) Ambil Risiko Yang Mampu Diserap.

🔸 Dalam apa-apa keputusan bisnes, usah gatal tangan atau teruja dengan mengambil risiko yang besar. Hal ini kerana apabila berlaku sebaliknya, kita pasti akan terduduk dan banyak berhutang.


🔸 Sentiasa mengambil risiko yang kecil banyak kali sehingga kita menemui cara yang betul. Pada masa yang sama, jangan terlalu takut sehinggakan lambat atau mengelak risiko yang kecil.

Selasa, 8 Jun 2021

5 Perkara Positif usahawan wajib tahu waktu sekarang

1.Sekarang banyak orang dirumah ,jadi masa bermain Handphone itu lebih banyak .Inilah peluang untuk all out di online .


2.Ramai orang terjejas pendapatan ,mungkin orang sekeliling anda ? Buka peluang untuk mereka jana pendapatan bersama anda .Masa yg paling sesuai untuk generate agent .


3.Perkhimatan pos still beroperasi seperti biasa ,All out di online dan kuasai pelbagai platform di media social .


4.Banyak masa dirumah ,inilah peluang untuk tambahkan lagi ilmu.Banyak sifu-sifu bisnes buat seminar online ,invest di ilmu pasti takkan rugi.


5.Yang last 🤣 , duit lebih jimat .

Kalau tak asyik beli barang je ,makan kedai makan,travel .Sekarang tiada pilihan 😢

3 tips untuk menawan hati pelanggan

1. Bagi layanan terbaik. ‘Customer is always right’ istilah ini kita perlu pegang setiap hari apabila berurusan dengan pelanggan. Oleh itu, kita perlu memberi layanan terbaik kepada mereka mengikut kemahuan dan keinginannya. Hal ini bagi memastikan mereka seronok berurusan dengan kita. Dengan ini ia akan memberi impak yang positif kepada perniagaan kita. 


2. Keyakinan. Bila berurusan dengan pelanggan perkara utama yang perlu kita ada adalah keyakinan. Dengan keyakinan itu kita akan dapat memikat hati pelanggan dari segi percakapan dan tingkah laku kita. Hal ini secara tidak langsung pelanggan juga akan yakin untuk membeli produk atau perkhidmatan kita.


3. Fokus ‘After-sale, bukan jualan semata-mata. Apabila pelanggan sudah membeli produk atau perkhidmatan kita.  Jangan sesekali membiarkan mereka tanpa sebarang khabar. Hal ini bagi mengelakkan mereka menganggap kita untuk menjual sahaja. Sebaiknya, tunjukkan keprihatian kita dan setia untuk membantu mereka pada bila-bila masa. Hal ini membuatkan mereka akan rasa dihargai.

Macam mana aku Nak naikkan Like di posting?

1. Add friends yang Aktif.


Banyak sumber anda boleh dapat, antaranya page berkenaan dengan Motivasi ke, Ilmu ke , Influencers ke 


Dari situ, anda akan dapat Friends yang aktif , So insyallah posting anda akan terima like dan komen 


2. Jangan terlalu banyak posting Menjual . 


Dalam dunia ni, siapa je yang suka iklan😅 kan .  So anda jangan lah 24 Jam iklan ajer . Facebook diciptakan untuk kita ber social .


Posting ada 3 jenis :


✅ To educate

✅ To inspire

✅ To monetize 


Banyak seni yang kita boleh buat untuk beriklan di personal profile . 


So banyakkan sharing tentang Ilmu ke , segala ape yang kita mahir. So posting jenis insyallah akan tarik orang untuk like , komen, Share 



Okay so saya nak anda try dulu cara ini , insyallah Saya doakan anda berjaya

Isnin, 7 Jun 2021

3 Cara yang kita boleh buat untuk capai impian dengan mudah

1. Tuliskan impian kita. 


Kita boleh senaraikan seberapa banyak impian yang kita mahu. Pastikan impian yang yang kita tulis mudah dibaca setiap hari. Yang paling penting kita perlu kerap membaca impian kita. Sebab minda kita mudah mentafsirkan apa yang dapat kita lihat.


2. Sentiasa fokus. 


Untuk merialisasikan impian kita, kita perlu fokus dengan apa yang kita lakukan. Kita perlu letakkan fokus pada tahap yang tertinggi, hal ini kerana ia merupakan kekuatan mental kita. Pedulikan perkara yang menganggu fokus kita, insyaAllah impian kita akan dapat dicapai dengan mudah.


3. Tingkatkan keyakinan diri. 


Kita perlu sentiasa berkeyakinan diri untuk melakukan sesuatu dalam usaha mencapai impian kita. Dengan adanya keyakinan diri ini, kita semakin berani untuk berdepan dengan pelbagai risiko dalam mengejar impian itu. Hal ini juga mendorong kita untuk melakukan tindakan luar biasa.

3 amalan dilakukan sebelum tidur

1. Berwuduk. 


Sebelum tidur, kita disunatkan untuk berwuduk.  Hal ini untuk memastikan kita tidur dalam keadaan yang suci dan bersih. Secara tidak langsung, kita akan semakin dekat dengan Allah dengan keadaan sedemikian. Dengan berwuduk juga, kita dapat menghindari daripada gangguan syaitan.


2. Berzikir. 


Berzikir adalah tanda kita mengingati Allah. Berzikir sebelum tidur amat digalakan kerana ia dapat memberi ketenangan kepada jiwa. Berzikir juga adalah amalan sunnah yang sering dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW. Baginda akan berbaring berlapikkan bantal dan mengiring ke sebelah kanan dalam keadaan berzikir kepada Allah sehingga tidur. 


3. Membaca doa. 


Kita diwajibkan untuk membaca doa sebelum tidur.  Dengan berdoa, kita boleh memohon diberikan perlindungan daripada pelbagai gangguan. Hal ini akan menjadikan tidur kita lebih tenang . Secara tidak langsung kita mampu untuk melakukan pelbagai aktiviti dengan penuh semangat apabila bangun dari tidur.

3 cara untuk jadi magnet rezeki

1. Solat dhuha. 


Dengan cara ini, kita boleh meminta secara terus dengan Allah untuk mendapatkan apa yang kita yang kita mahukan terutama rezeki. Cara ini mampu menjadi magnet rezeki  jika kita lakukan setiap hari secara konsisten (dengan izin Allah).


2. Sedekah. 


Amalan sedekah mempunyai khasiat yang amat mujarab untuk menyuburkan rezeki. Sebab semakin kita bersedekah, semakin banyak Allah tambahkan rezeki kita. Jadi, jangan takut untuk bersedekah walaupun nilainya sedikit.


3. Bagi duit pada Ibu bapa. 


Jangan fikirkan berapa jumlahnya, bagi sekadar kita mampu sahaja setiap bulan. Perkara ini mampu mengembirakan ibu bapa dan mereka pasti mendoakan kita dimurahkan rezeki. Dengan cara ini, insyaAllah rezeki kita tidak akan putus dan kita akan jadi magnet rezeki.

Ramai usawahan yang ada masalah yang sama, iaitu tak fokus dalam berniaga

Ni saya share sikit :

.


3 Tips nak kekal fokus dalam bisnes kita


1. Buat satu kerja dalam satu masa. 


-Untuk kita lebih produktif menghasilkan satu-satu kerja. Berbanding banyak kerja, kita  susah nak fokus.


2. Kena tengok matlamat setiap hari. 


-Cara ini dapat mencipta keinginan kita kepada apa yang nak kita capai dalam minda kita. Lebih kerap kita tengok dan fikirkan lebih cepat peluang kita untuk capai matlamat.


3. Senaraikan apa yang perlu kita buat setiap hari. 


- Supaya sentiasa ingat apa yang kita perlu lakukan setiap hari. Jadi fokus kita tak akan lari.

3 KESALAHAN BIASA USAHAWAN LAKUKAN

1. Tidak buat ‘market survey’.


Anda tidak dapat ramal sejauh mana bisnes anda boleh pergi. Anda juga tidak akan tahu kuasa beli prospek, purata pendapatan, jantina  & sebagainya. Ini akan menyukarkan anda untuk menjual kepada sasaran yang betul.


2. Berniaga seorang diri


Ini adalah kesilapan yang lazim dilakukan oleh usahawan. Kemungkinan mereka berniaga seorang diri untuk kurangkan kos. Akhirnya, bisnes semakin jadi kelam-kabut kerana sukar dikawal.


3. Tiada perubahan


Ramai usahawan sekarang masih menggunakan cara yang lama untuk promosikan produk mereka. Sebagai contoh melalui iklan surat khabar, majalah, emel & sebagainya. Ini menyebabkan mereka jauh ketinggalan dengan pesaing mereka yang sudah berubah.

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama