Ahad, 2 Mei 2021

"3 KEAJAIBAN AMALAN YANG BUAT REZEKI BERKAT DAN MENCURAH-CURAH"

1. NIAT BERNIAGA KERANA ALLAH


Kata ustaz, pernah ditanya pada 

seorang sahabat beliau ni..


' Kenapa nak bisnes lagi.. kan dah 

ada banyak duit, semua pun cukup

 lengkap.. apa lagi yang nak dicari?


Lalu sahabat ini menjawab,


'Ustaz, saya buat bisnes ni kerana 

Allah Ustaz.. saya nak ambik sunnah 

Nabi saw.. 


Saya niat dalam hati bila Allah beri

 saya untung, saya nak sedekah 

dan zakat sebanyak-banyaknya..


Nak bantu ummat dan agama Islam.. 

Saya rasa bahagia Ustaz..'


'Apa lagi yang saya boleh buat untuk

 agama saya Ustaz? Cuma ini yang

 saya mampu.. Nak berperang 

fisabilillah, belum tahu mampu 

ke tak..'


2. JAGA SOLAT


Janji Allah SWT pada yang menjaga 

solat :


- Dikurniakan REZEKI yang BERKAT


- Terlepas dari seksaan KUBUR


- Akan terima buku catatan amalan

 dengan tangan KANAN


- Melintas di titian Sirat sepantas 

KILAT


- Masuk SYURGA tanpa HISAB


Pesan Ustaz lagi, jangan tinggal

 solat Dhuha dan solat Tahajjud.. 


Sebab Allah janjikan rezeki yang tak

 disangka-sangka pada orang yang 

tunaikan solat2 sunat ni.. 


Solat Dhuha, tanda syukur kita pada 

Allah..


3. SAYANGI KELUARGA


Niatlah kita berniaga sebab nak 

tunaikan amanah yang Allah beri.. 

iaitu nak cari nafkah yang berkat

 dan halal untuk keluarga.. 


Supaya kita tak meminta-minta pada 

orang lain..

.

Pegang AMANAH Allah ni erat2, buat

 apapun sebab Allah yang suruh, 

supaya Allah sayang.. 


Jaga dan sayangi isteri dan anak2.. 

mak ayah, adik beradik dan sahabat2

 pun kerana Allah..

.

Allah kata, siapa yang buat keluarga

 dan mak ayahnya gembira, Allah 

akan berikan kegembiraan buat 

dia di akhirat.. 


Ingat, jika kebaikan yang kita beri, 

kebaikan juga yang Allah pulangkan 

pada kita nanti..

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama