Saya tak pernah lagi jumpa usahawan yang tak set matlamat.
Adalah satu perkara yang normal bila matlamat bertukar-tukar. Perubahan ini dipanggil sebagai pivot.
.
Orang bisnes akan bertukar matlamat apabila ada situasi yang mendesak atau apabila mereka perlu buat satu keputusan yang drastik.
(Jika keputusan itu tak dibuat, masalah yang lebih besar akan melanda)
.
Langkah 1 - Tulis matlamat.
Asas pertama adalah tulis. Semua orang bermula dengan matlamat yang kurang jelas.
Tapi lagi banyak dan kerap kita tulis, lagi jelas kita akan nampak hala tuju.
.
Langkah 2 - Matlamat yang kita mahu.
Kita hanya bermotivasi untuk kejar apa yang kita mahu.
Nampak macam selfish.
Tapi apabila kita kejar apa yang kita mahu, secara tak langsung ia memberi impak pada orang sekeliling kita.
.
Contoh? Mula-mula kita nak kejar sales RM1,000,000 sebulan.
Bila dah capai, mungkin kita berubah kepada nak tolong 20,000 customer sebulan.
Matlamat dimurnikan secara berperingkat.
Yang penting, start somewhere.
.
Langkah 3 - Cerita kat semua orang... YANG KITA PERCAYA.
Make it public.
Tujuan kita cerita ini bukan untuk riak atau over-confident.
Apabila kita make it public, kita boleh pantau pencapaian kita. Samada secara sedar atau tak sedar.
Sebab itu biasanya syarikat akan bagitahu kepada semua staf.
.
Langkah 4 - Senaraikan kerja-kerja yang perlu dibuat.
Sebaiknya dalam bentuk visual.
Apa nak kena buat? Distribution channel apa yang kita mahu pakai?
Tawaran apa yang kita mahu eksperimen?
.
Langkah 5 - Pecahkan kepada skop kerja yang paling spesifik.
Apa maksud spesifik?
Bila kita baca skop kerja itu, dalam masa 24 jam kita dah tahu apa yang perlu dibuat.
Contoh?
Setiap hari call 5 orang customer dan cakap: "Terima kasih. Pembelian anda membantu kami untuk bagi servis yang terbaik. Boleh saya tahu, produk dah sampai ke belum?"
.
Langkah 6 - Reward for your progress.
Selain daripada bagi ganjaran apabila dapat hasil, penting juga bagi ganjaran apabila kita sudah buat sesuatu (progress).
.
Langkah 7 - Jangan buat seorang diri.
Cari orang yang boleh melengkapi kelebihan dan kekurangan dalam diri kita.
If you want to go big, do it with a team.