1. Buat. Buat dan Buat. Ramai orang ada idea bagus, tetapi tak buat. Nak berjaya, kena buat. Banyak bisnes besar, bermula kecil-kecilan.
2. Fokus kepada bisnes kita. Usah habis masa mengkritik dan mencari salah bisnes orang lain. Orang lain salah belum tentu kita betul.
3. Usah berhenti belajar. Belajarlah dari sesiapa sahaja. Usah pilih bulu untuk belajar. Orang di bawah kita pun banyak ilmu yang kita boleh ambil. Apabila kita berasa sudah cukup pandai, ketika itu kita menempah kegagalan.