Ahad, 2 Mei 2021

SIAPAKAH GOLONGAN YANG RUGI SETIAP KALI BERTEMU RAMADHAN

1. Mereka yang Allah panjangkan umurnya sampai ke akhir Ramadhan *TETAPI* membiarkan hari-hari Ramadhannya berlalu begitu sahaja tanpa amal yang bermanfa'at.


2. Mereka yg menunggu-nunggu waktu berbuka puasa *TANPA* mengambil kesempatan untuk berdoa kepada Allah di saat-saat mustajab doa.


3. Mereka yang bangun untuk bersahur semata-mata *TANPA* beramal dan mendirikan solat sunat sekurang-kurangnya 2 rakaat.


4. Mereka yang dikurniakan Allah nikmat yang berlebihan *TETAPI* bakhil untuk bersedekah dan menjamu orang berbuka puasa.


5. Mereka yang mampu membaca Al Quran dan memiliki masa lapang yang panjang untuk mempelajarinya *TETAPI* membiarkan dirinya jauh dari Al Quran.


6. Mereka yang sering menghadiri majlis ilmu dan memahami agama *TETAPI* kekal bermusuhan,berbencian dan memutuskan silaturrahim sesama Muslim.


7. Mereka yang mengetahui bahawa Ramadhan adalah Bulan Maghfirah *TETAPI* tidak mengambil kesempatan memohon keampunan dari Allah.


8. Mereka yang menyedari bahawa sepanjang Ramadhan doa diqabulkan *TETAPI* membiarkannya berlalu tanpa sebarang munajat.


9. Mereka yang bersungguh-sungguh memelihara puasa dari perkara yang membatalkan *TETAPI* berterusan mengumpat dan menabur fitnah sesama Muslim. 


10. Mereka yang sampai umurya ke penghujung Ramadhan *TETAPI* tidak berusaha untuk memburu kebaikan malam *AL QADAR.*


*Sabda Rasulullah SAW yg bermaksud;*

*"Berapa ramai orang yang berpuasa,akan* *tetapi ia tidak mendapat apa-apa daripada* *puasanya itu kecuali rasa lapar dan* *dahaga sahaja. Dan berapa ramai orang yang* *solat malam, akan tetapi dia tidak mendapat* *apa-apa daripada solat malamnya* *itu kecuali hanya terbatas kepada* *berjaga malam sahaja."*

             *(HR Ibnu Majah)*


Selamat bermuhasabah diri dan saya memohon ribuan kemaafan di atas segala kesalahan dan kesilapan yg dilakukan samada disedari atau tidak disedari.


*Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak*

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama