مَّن ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا فَيُضَاعِفَهُ لَهُ أَضْعَافًا كَثِيرَةً
“Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada ALLAH, pinjaman yang baik (infak & sedekah), maka ALLAH akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan gandaan yang banyak.”
(Surah Al-Baqarah : 245)
Sebaik-baik Sedekah
Seorang lelaki menemui Rasulullah SAW lalu bertanya: “Ya Rasulullah, sedekah apakah yang paling besar pahalanya?"
Rasulullah SAW menjawab: “Sedekah yang engkau berikan semasa engkau dalam keadaan sihat, semasa kamu berasa ragu kerana khuatir menjadi miskin dan mengharapkan kekayaan.
Seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah SAW, "Apakah amalan yang terbaik dalam islam?" Baginda bersabda, "Memberi makan makanan dan memberi salam kepada orang engkau kenal dan orang yang engkau tidak kenal".
(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)