Boleh sahaja nak up iklan pada setiap hari. Tak ada masalah. Yang penting #content itu tersusun. Itu sahaja.
Saya banyak kali beritahu, sekiranya dah buat profiling, dan susun positioning, dan letak apa topik yang nak dimuatnaik, game sebenar ada di bahagian penjadualan (scheduling).
Nak jadualkan post, tengok hari apa dan waktunya.
Ada 3 posisi: Crowd, Side dan RM.
Tiga-tiga posisi ini berbeza hasilnya. Ada untuk dapatkan follower ada untuk maintain engagement dan ada untuk dapatkan duit. Jadi susun content untuk raih semua itu.
Ingat, waktu aktif orang bermain media sosial ialah jam 7.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari. Jadi ada 15 jam untuk disusun content di dalam posting.
Saya bagi saranan di sini, jika nak buat iklan 1 kali sehari.
9.00 pagi - Crowd A (topik 1)
11.00 pagi - RM
2.00 petang - Side.
Sekiranya nak buat iklan 2 kali sehari maka jadualnya:
9.00 pagi - Crowd A (topik 1)
11.00 pagi - RM (a)
2.00 petang - Side.
4.00 petang - RM (b)
8.00 malam - Side atau Crowd B (topik 2).
Sekiranya kita dah siapkan mapping, dah susun semuanya untuk penulisan content setahun. Tak perlu bimbang sibuk nak uruskan bisnes.
Kita boleh susunkan semuanya. Sibuklah bagaimanapun, travellah sampai hujung dunia, kita tetap boleh up kerana kita ada #BankContent. Itu seronoknya bermain dengan dunia content.
Lebih dari itu, kita tidur pun duit masuk.
Begitulah.