1. Sekiranya kita ditegur, dinasihat, letak dalam kepala dan jiwa kita ini adalah teguran yang Allah beri untuk kita jadi lebih baik lagi.
- sekiranya ia dilakukan di khalayak ramai dan menyebabkan kita malu dan segan, maka ambil pendekatan berjumpa dengan yang menasihat dan beritahu dia kita tak selesa dengan hal tersebut.
- tak perlu marah di mana-mana medan termasuk media sosial, berani berdepan.
2. Sekiranya kita dihina, dipandang jelek, tenang dan tarik nafas panjang-panjang. Letak dalam kepala dan jiwa kita ujian itu memang untuk kita hadap.
- takkan kita dihina jika Allah tak nak jiwa kita lebih besar. Takkan kita dipandang tak elok jika Allah tak nak kita jadi orang "cantik" hatinya selepas itu. Pasti ada sebabnya.
- tak perlu up status apa yang kita nak buat selepas itu, bangkit berubah dan perlahan-lahan menuju sukses.
3. Sekiranya kita banyak buat salah, banyak buat silap, kemudian kita bertanya kepada diri kenapa jadi begitu kenapa jadi begini, semak semula apa hubungan kita dengan Allah, apa hubungan kita dengan keluarga.
- 2 perkara ini akan memungkinkan segala apa kita buat itu lancar atau sebaliknya.
- baik hubungan, baik semua. Tak semua yang berlaku kepada diri kita adalah salah orang lain. Biasanya 80% salah diri kita sendiri.
Kawan-kawan,
Orang bijak, dia berubah.
Orang baik, dia tak cepat penat lelah,
Orang hebat, dia laju-laju tukar arah.
Dia tahu dia juga boleh tumbang,
Dia tahu dia juga boleh sedih boleh cedera parah,
Namun dia juga tahu dia perlu tarik hand brek dan berhenti sekejap.
Keluar dari kereta dan melihat di mana kerosakan, kemudian baiki dan jalan terus.
Dia tak ada nak maki kereta tersebut, tak ada nak marah siapa bina kereta tak ada juga nak carut di mana-mana socmed tentang apa yang jadi.
Bagi dia sampai ke destinasi lebih penting.
Mari sama-sama jadi orang kuat yang membina diri diam-diam.
Tak hebah tak heboh salah orang,
Nampak silap diri lebih banyak.
Kemudian baiki dan berubah.
Setahun, 2 tahun, 5 tahun, 10 tahun, lihatlah diri kalian dah sampai tahap mana.
Jika jenis tak boleh berubah, suka duduk di kerusi sama, kalian akan perasan pandangan kalian, cara kalian bercakap, cara kalian berfikir masih sama.
Namun jika kalian alami perubahan, 1-10 tahun itu kalian akan dekati banyaknya keindahan dalam sebuah kehidupan. Ada 1,001 pelajaran!
Begitulah.
Credit to Khairul Hakimin Muhammad,
Kita diam-diam bangkit! Bismillah 💪